Tak sangka pelajar Malaysia Nur Athirah ini raih keputusan tertinggi bagi peperiksaan CAT. Rupanya ini yang ibu bapanya pesan selama ini.

Amalan Semasa Uncategorized Viral

Anak jati Pahang, Nur Athirah Mohamad Zaini, 19, berjaya menjulang nama negara apabila disenarai pada kedudukan kedua dunia selepas memperolehi markah tinggi bagi peperiksaan Certified Accounting Technician (CAT) pada Disember lepas.Nur Athirah memperoleh tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia bagi kertas Maintaining Financial Records (FA2), yang menyaksikan penuntut di INTEC Education College di Shah Alam, Selangor itu berkongsi tempat dengan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), Putera Aiman Abdul Rashid, 19.

Nur Athirah ketika dihubungi Bernama berkata usaha dan penat lelahnya mengulang kaji pelajaran selama ini berbaloi dengan keputusan cemerlang itu, yang sudah tentunya membanggakan kedua-dua orang tuanya. Menurut anak keempat kepada pasangan Mohamad Zaini Ismail, 59, dan Noorhaslinda Mat Ali, 49, itu, pesan ibu bapanya supaya tekun belajar bagi memperoleh masa depan yang baik digunakan sebagai pemangkin semangat ketika menuntut ilmu.

“Ibu dan ayah saya amat bersyukur dan berbangga dengan kejayaan ini dan mereka selalu mengingati saya untuk sentiasa belajar bersungguh-sungguh kerana ini juga untuk masa depan saya sendiri,” katanya yang berazam menjadi seorang akauntan profesional sejak dibangku sekolah lagi. Ditanya mengenai rahsia kejayaannya yang juga pernah memperoleh 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anak kelahiran Balok, Kuantan itu berkata beliau melakukan ulang kaji setiap hari tanpa gagal.

“Saya tidak pernah tinggalkan pelajaran walau sehari, sekurang-kurangnya setiap hari perlu membuka buku walau sedikit sahaja yang dapat,” kata Nur Athirah yang dijangka menamatkan kursus CAT pada Oktober ini, sebelum meneruskan pengajian The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA) di INTEC.

Sementara itu, Pusat Perakaunan Profesional Malaysia (MyPAC) dalam kenyataan berkata kejayaan Nur Athirah membuktikan bahawa dengan bimbingan dan dorongan yang berterusan, pelajar bumiputera juga mampu meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.Menurut MyPAC, pencapaian bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan itu, yang ditaja sepenuhnya oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di bawah kelolaan MyPAC sejak tahun lepas amat bermakna buat semua pihak.Sumber & Foto: BERNAMA

Tular Perkongsian Pelajar Ini Yang Menunjukkan Cara Dine In Yang Baharu Di Musim PKP. Sekali Ini Respon Warganet.

Perkongsian Faqeeh yang menunjukkannya menikmati hidangan di dalam kereta, mengundang kritikan warganet. Umum sedia maklum semua restoran dan gerai makan hanya dibenarkan beroperasi untuk perkhidmatan bawa pulang atau pandu lalu sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika semua orang patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) ini, tular satu video di TikTok menunjukkan seorang pemuda sedang menikmati hidangan lengkap makanan yang dihidangkan oleh peniaga di dalam keretanya. Sehingga kini perkongsian itu meraih 61,000 likes dan hampir 2,000 komen dengan pelbagai reaksi diberikan warganet.

“Akhirnya dapat pengalaman drive-in dining, ” tulisnya pada kapsyen video TikTok yang dimuat naik oleh pemuda berkenaan. Muhammad Faqeeh Abdullah Ahmad Sofian, 20, berkata segalanya bermula apabila dia tiba-tiba berasa lapar selepas keluar membeli barang dapur untuk ibunya kira-kira jam 2.30 petang, Rabu.

Lantas dia terfikir untuk cuba makan di dalam kereta, yang mana peniaga akan meletakkan makanan di atas meja khas yang disangkut pada stereng, seperti yang pernah dibaca menerusi perkongsian di Twitter.

Faqeeh langsung tidak menyangka perkongsiannya tular sehingga ramai yang meninggalkan komen-komen negatif.

“Kebetulan kedai tu memang dekat kawasan Cyberjaya jadi saya buat keputusan nak pergi cuba servis makan dalam kereta yang pernah saya baca di Twitter. Pada pandangan saya, tak ada apa yang salah… setiap orang ada pendapat masing-masing yang penting saya tahu macam mana pekerja kedai tu jaga SOP, ” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka video pengalaman baharu yang dikongsi di TikTok itu akan tular, malah lebih teruk lagi ada yang bertindak mempertikai tindakannya yang masih mahu makan di luar dan berdegil untuk tidak duduk di rumah walaupun kes Covid-19 sedang meningkat.

“Orang suruh duduk rumah, nak makan dalam keretalah, atas motorlah, tepi lorilah. Aku punya duduk rumah nak dekat sebulan hangpa seronok dine-in dalam kereta pulak. Jangan galakkan orang untuk keluar rumah geng, ” demikian antara komen yang ditinggalkan warganet.

Faqeeh berharap warganet melihat perkongsiannya dari sudut positif.

Lebih mesra disapa Faqeeh, dia yang tinggal di Cyberjaya berkata di sebalik komen negatif dia juga menerima komen positif apabila ada individu berpandangan servis itu memudahkan pelanggan dan pada masa sama mampu membantu peniaga yang kini masing-masing bergelut untuk mencari rezeki.

Jelas anak kedua daripada lima beradik itu lagi, tindakannya bersama seorang lagi rakan singgah makan di situ juga bukan berniat mahu membuat rakaman video untuk dijadikan konten TikTok semata-mata.

“Idea nak rekod tu tak ada apa pun sebenarnya. Macam biasa kita selalu pergi makan di luar dan nak kongsi apa yang kita makan. Sekarang memang ramai kritik, nanti kalau dah banyak kedai buat macam tu saya agak semua akan join sekaki, ” katanya.

Masa tu memang tak ramai, tak banyak kereta. Parking lot ada banyak tapi kereta yang ada dua tiga buah saja termasuk kereta saya.

Bercerita mengenai pengalamannya menikmati hidangan cara baharu ini yang tak ubah seperti makan dalam penerbangan, Faqeeh berkata perkhidmatan ditawarkan dengan mematuhi setiap SOP ditetapkan.

“Masa tu memang tak ramai, tak banyak kereta. Parking lot ada banyak tapi kereta yang ada dua tiga buah saja termasuk kereta saya. Sampai saja di petak parking kita perlu hon untuk panggil pelayan ambil order. Dia akan lakukan sanitasi, suruh scan MySejahtera dan periksa suhu terlebih dahulu. Kemudian baru bagi menu untuk pilih makanan. Sebelum hantar makan, pelayan akan datang hantar meja kecil yang disediakan untuk makan dalam kereta. Memang tak banyak interaksi. Sama macam pergi beli bungkus makanan di kedai je, ” ujarnya.

Walaupun teruja dengan pengalaman baharu itu, Faqeeh yang masih belajar di sebuh kolej swasta di Kajang mengakui agak sedih apabila menerima banyak kecaman dalam kalangan warganet.

Faqeeh berharap masyarakat tidak memandang tindakannya itu sebagai sesuatu yang keterlaluan kerana dia masih menjaga SOP, begitu juga peniaga kedai tersebut.

Penghantar Makanan Ini Dedah Dah Beli Makanan Sampai Ratusan Ringgit. Sekali Pelanggan Ini Cancel Order Dan Ini Yang Terjadi

Sebelum ini pernah tular kisah seorang penghantar makanan yang terima pesanan misteri yang membuat pesanan dari tempat persemadian Cina. Namun,apabila sampai ke tempat kejadian tidak kelihatan sesiapa pun berada di situ. Ekoran daripada kejadian itu,lelaki itu tampil memberikan nasihat kepada orang ramai dengan tidak melakukan prank order yang sekali gus menyusahkan pelbagai pihak.

Baru baru ini, seorang penghantar makanan dikenali sebagai Anas Mansor, tampil meluahkan rasa kecewa terhadap pelangganya yang ‘mendiamkan’ diri setelah pesanan tersebut telah diambil olehnya. Kisah tersebut diceritakan menerusi satu video di laman TikTok menerusi akaunnya.

Berdasarkan video tersebut, lelaki ini menceritakan dia mendapat pesanan penghantaran makanan yang berharga RM110 dan pelanggannya ketika itu memilih kaedah membayar secara cash on delivery. Namun, setelah makanan tersebut diambil olehnya pelanggan tersebut bertindak mendiamkan diri dan sama sekali tidak menjawab panggilan dan mesej yang dibuatnya.

Tidak berakhir di situ, pelanggannya yang tidak bertanggungjawab itu juga tidak meletakkan alamat yang betul, ditambah pula keadaan cuaca yang panas ketika itu. Susulan daripada pelanggan itu yang bertindak mendiamkan diri, pihak pengurusannya memaklumkan pesanan tersebut telah dibatalkan dan dia perlu menunggu pesanan yang seterusnya.

Lagi menyedihkan, apabila dia meluahkan rasa kecewa apabila tidak mendapat bayaran yang sepatutnya diteirma olehnya.Jauh-jauh aku datang dan aku tak dapat payment penuh sebab order tu cancel. Banyak-banyak ni nak buat apaPada masa yang sama, dia turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya meletakkan alamat yang betul dan sentiasa memeriksa status pesanan yang telah dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *