Pemuda ini borong nasi lemak di gerai pak cik ini. Turut pinta pak cik itu lakukan ini pada orang susah.

Amalan Semasa Uncategorized Viral

Setiap orang yang berniaga pasti akan berniat setiap kali ingin memulakan kerjanya mahukan apa yang dijualnya habis dan laku dijual sebagai menambah pendapatannya. Namun, setiap rezeki itu datang daripada Allah SWT dan kita harus percaya dengan rezeki diberikan. Menerusi perkongsian seorang pemuda di aplikasi TikTok, dia berkongsi kisah mengenai seorang pakcik yang memulakan perniagaan makanan seperti nasi lemak dan kuih-muih seawal jam 4.30 pagi.

4.30 pagi dah keluar rumah

Menerusi perbualan dirakam pemuda bernama Ariff Lubis itu, dia telah membeli sebanyak RM30.00 dan meminta agar peniaga tersebut memberi secara percuma kepada insan yang memerlukan. Selain itu, pakcik berkenaan juga sempat memberitahu seawal jam 4.30 pagi dia sudah keluar rumah untuk membawa makanan yang dijual ke gerai tersebut. Beliau turut bersyukur kerana setiap hari makanan yang dijual di lokasi terletak di Ayer Keroh, Melaka itu habis terjual selain sempat bersedekah makanan kepada Ariff.

Semoga diluaskan rezeki

Perkongsian video berdurasi 58 saat itu menerima reaksi warganet yang memuji tindakan murni Ariff yang disifatkan memberi inspirasi untuk terus bersedekah selain mendoakan agar pakcik itu sentiasa dimurahkan rezeki.

Semoga urusan pakcik dipermudahkan

Susah nak dapat nasi lemak daun pisang sekarang

Sebagai peniaga, memang harus melalui pasang surut musim perniagaan. Apa pun, diharapakan agar pakcik sentiasa kuat dan bertenaga untuk terus mencari rezeki. Sumber: TikTok Ariff Lubis

Ustaz Ini Terkesan Dengan Apa Yang Ditulis Pada Nota Ini. Tak Sangka Ada Yang Beri Sedekah Dan Nota Ini Dan Mengharapkan Diberi Ganjaran Macam Ni.

Rezeki kita dengan orang lain tak sama. Kadang keluarga kita meriah dengan kehadiran anak-anak, tapi bagi orang lain berkahwin dah lama pun Allah belum bagi rezeki padanya. Tapi rezeki duit sentiasa tak putus. Hanya Allah yang tahu semua ini. Sebagai hambanya kita sentiasalah berdoa kerana doa dan usaha yang dilakukan ini pasti akan ada sinar kegembiraan dipenghujungnya jika kita yakin dan percaya..

Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, beliau berkongsi kisah pasangan yang masih menanti kehadiran zuriat sendiri. Kisah ini sangat menyentuh hati kerana nampak usaha yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.

Apa yang membuatkan saya cukup terkesan, mereka sanggup memberi sedekah dengan niat moga Allah memberi ganjaran anak padanya. Ini benar-benar menyentuh hati saya.

Tengok FB terbaca kisah yang dikongsikan oleh abang Food Panda. Melalui apa yang dikongsikan abang Food Panda dia mendapati terdapat sekeping kertas bertulis dekat bakul motornya berserta nota ringkas yang ditinggalkan.

Nota tersebut di tulis: “Ada sedikit Bantuan Dari Kami, Doakan Kami Di Kurniakan Anak Yaa… Seorang Pun Jadilah

Saya terbaca kisah ini sebab ada orang tag saya. Dalam rumah tangga semua orang inginkan cahaya mata. Cahaya mata ini lah pelengkap dalam hidup bagi yang dah berumahtangga. Itu sebab orang sanggup buat apa sahaja untuk ikhtiar dapatkan anak.

Hanya orang yang rasa, mengalami sahaja yang tahu bagaimana rasanya tidak ada anak. Rasa sunyi, rasa sed!h, rasa tak0t kehilangan pasangan, rasa cembvru pada orang ada anak dan macam-macam rasa lagi.

Saya doakan agar si penulis nota ini dan semua yang masih belum dikurniakan cahaya mata yang membaca status saya ini, dipermudahkan Allah dikurniakan cahaya mata yang pertama, cahaya mata yang soleh dan solehah, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, diberi kebahagiaan dalam rumah tangga dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin!

Anak Selalu Ditukar Tukarkan Ke Pelbagai Hospital. Ibu Ini Kongsi Tentang Anaknya Yang Terpaksa Hadap Pelbagai Ujian Di Usia Masih Kecil

Sesungguhnya merasai kehilangan seseorang yang kita sayang adalah momen yang sangat sakit apatah lagi,insan tersebut pernah menumpang dalam rahim kita selama sembilan bulan. Di FB, Nurul Atikah berkonsi kisah mengenai pemergian anaknya disebabkan masalah saluran pernafasan terlalu smpit.

Muhammad Yusuf Mikael bin Abdul Gani. Mumy halalkan susu mumy sayang. Mumy redha anakku. Adik tinggal mumy atas pangkuan mummy. Mummy mengucap dekat adik, terus adik tersentak walaupun adik tak sedar. Sakit czer lahirkan adik pun belum hilang dik. Pergilah bermain di taman syurga anakku. 

Doa mummy sentiasa mengiringi mu. Anak yang sangat baik. Lepas ni ta ada yang kejut mummy ajak main 4 pagi. Tak ada lagi gelak tawa anak mumy. Allahuakbar sesungguhnya ujian mu terlalu berat ya Allah. Aku redhaa, aku pasrah. Tunggu mummy abah dan abang ya sayang. Allah tak akan uji di luar kemampuan kita. Maafkan mummy anakku.Menurut Atikah, anak keduanya iaitu Muhamad Yusuf Mikael telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang.

Sebagai ibu dia redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah terhadapnya. Bercerita mengenai lebih lanjut, Atikah memberitahu bahawa anaknya itu lahir tidak cukup bulan. Jelasnya lagi, anaknya turut mempunyai masalah saluran pernafasan yang sempit. Hanya doa dan keajaiban yang mampu diharapkan oleh Atikah sepanjang anaknya berada di hospital.Mummy harap apa doktor cakap semua bohong. yusuf tak berada dalam keadaan teruk. Mummy nak peluk Yusuf rindu sangat. Mummy nak anak mummy balik. Nak anak mumy sihat. Minta semua doakan malaikat kecilku. Dari Bagan specialist adik kena tukar ke Island Hospital bila keaadan adik makin dalam keadaan bahaya adik trus masuk icu Hospital Pulau Pinang. MuMmy abah masuk tengok adik.

Panggil adik. Walaupun doktor bagi ubat tidur adik dengar mummy dan abah panggil adik. Kuatnyaa adik sayang sekuat nama adik. Bagi yang tanya kenapa Yusuf masuk icu, saluran pernafasan yusuf terlalu sempit dan ada lagi sebab lain berkenan dengan saluran pernafasan dia. Buat masa sekarang doktor kata Yusuf dah teruk tapi mummy tak percaya cakap doktor sebab mummy percaya anak mummy kuat. Comel sangat Yusuf tadi bersih putih sangat adik. Doktor cakap mummy dan abah kena bersedia dengan keadaan adik macam ni.Sebelum ini, Atikah turut memaklumkan yang anaknya itu telah ditukar-tukarkan ke pelbagai hospital sebelum di bawa ke Hospital Pulau Pinang. Jelasnya lagi, doktor turut memintanya dan suami agar bersedia dengan keadaan anaknya pada masa tersebut.

Sebak Jodoh Tak Kesampaian. Wanita Kongsi Cerita Bakal Suami Pergi Dulu Selepas 10 Minit Bertemu Kali Terakhir Dan Tular Di Twitter

Husnina dan Allahyrhm Muhammad Ilham bersama sijil kursus perkahwinan.“SAYANG, kenapa tinggalkan saya seorang? Awak janji nak nikah dengan saya this year, kenapa awak pergi dulu?”Begitulah ciapan penuh meruntun jiwa oleh seorang wanita di Twitter, meluahkan kesedihannya ekoran pemergian bakal suami, sehingga membuatkan rata-rata warganet turut sama berduka.

Perkongsian tesebut sehingga kini meraih melebihi 10,000 retweet malah warganet juga memberikan kata-kata semangat buat wanita itu.Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nur Husnina Azman berkata bakal suaminya, Muhammad Ilham Norsham pergi buat selamanya pada Ahad lalu, akibat kejadian jalan raya.

Lebih menyedihkan kata Nur Husnina, lelaki tersebut ditimpa kecelakaan ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya.”Malam itu beliau baru je datang rumah keluarga saya di Klang, Selangor. Kira-kira 10 minit selepas beliau bergerak pulang, saya dapat panggilan telefon daripada kakaknya menyatakan beliau kejadian yang tidak diingini di Lebuhraya Persekutuan.

“Saya fikir hanya kejadian biasa. Saya kemudian cuba hubungi telefon bimbitnya, dan ia disambut oleh orang lain yang memberitahu owner telefon terlibat dengan kejadian terbabit. Kali kedua saya hubungi, orang di sebelah sana beritahu dia sudah tiada,” ceritanya.

Husnina dan Muhammad Ilham sudah tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing.Menurut wanita ini yang senang disapa sebagai Husnina, meskipun begitu, dia enggan percaya khabar duka yang baru didengari sebentar tadi.Lantas tanpa berlengah, dia ditemani ibu dan bapanya segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri keadaan lelaki tersebut.

“Sebaik sampai, dia sedang terbujur di tempat kejadian. Dia yang menunggang motosikal terlnggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan.”Saya segera berlari mendapatkannya yang sedang kaku… keadaan beliau ketika itu tak ubah seperti orang yang sedang pengsan. Beliau tidak mengalami luka luaran yang teruk pun.

Husnina turut berkongsi mengenai kisahnya dengan menerusi thread.“Ketika itu salah seorang orang awam yang berada di situ memeriksa denyutan nadi beliau, dan mengesahkan bahawa beliau sudah hembuskan nafas terakhir.”Saya memang tak boleh terima khabar itu, apatah lagi kami baru saja berjumpa. Siapa sangka, rupa-rupanya ia adalah pertemuan terakhir kami sebelum sempat dinikahkan,” kata wanita berusia 23 tahun ini.Menurut Husnina, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar Oktober tahun ini selepas tujuh tahun mengenali hati budi dan keluarga masing-masing.

“Sebenarnya sebelum ini dah plan untuk bernikah tapi tertangguh gara-gara PKP dan pandemik Covid-19. Jadi kami sepakat untuk bernikah hujung tahun ini.”Siapa sangka dia pergi terlebih dahulu meninggalkan kami. Empat hari selepas pemergiannya, kehidupan sangat berbeza. Tiada lagi insan yang rajin hantar mesej setiap hari, tiada lagi orang yang mendengar masalah.

“Hati memang kosong… pergi kerja teringat beliau, buat apa pun teringat beliau. Apa yang saya tak boleh lupa adalah senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya. Saya hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan tatap gambar serta video beliau setiap kali teringatkannya,” ceritanya.

Husnina (dua, kanan) dan Muhammad Ilham (tiga, kiri) bersama keluarga masing-masing ketika majlis perkahwinan kakak kepada beliau.Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di Twitter, Husnina berkata dia pada mulanya sekadar mahu mengabadikan kenangan bersama beliau.

“Tak sangka beliau dan ramai beri kata-kata semangat… terima kasih saya ucapkan. Apa yang boleh saya kata, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada. Kita tak tahu siapa yang pergi dulu,” katanya sambil menambah, perkara pertama yang akan dilakukannya sebaik sahaja ada kelonggaran merentas negeri adalah menziarahi tempat persemadian beliau di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Adik Sanggup Carikan Jodoh Buat Kakak Di Twiiter. Akhirnya Juga Dengan Salah Seorang Jejaka Dan Ini Pula Respon Kakaknya Berkenaan Hal Tersebut

Maisarah memuat naik hebahan itu di Twitter sehingga ia menjadi tular.KALAU sudah sampai ‘seru’, mulalah seseorang itu terfikir soal jodoh dan berasa sudah bersedia untuk berkongsi kehidupan dengan pasangan sehidup semti.Bagi mereka yang belum mempunyai calon terutamanya yang sudah berusia, sudah pasti hati risau memikirkan nasib hidup membujang sampai ke tua.

Dalam sesetengah situasi, bukan empunya diri saja yang bimbang sebaliknya ibu bapa dan adik beradik lain turut berasa tekanannya.Begitulah yang dialami seorang gadis bernama Maisarah yang bingung memikirkan nasib kakaknya yang sehingga kini belum bertemu jodoh.

Maisarah yang berusia awal 20-an berkata kakaknya masih belum menjumpai lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami walaupun sudah cuba menjalinkan hubungan serius dengan beberapa jejaka.”Saya dah penat tengok kakak saya kenal dengan ramai lelaki tapi selalu tak jadi.

”Bukan dia memilih, saya fikir mungkin belum jumpa jodoh. Kesian juga saya tengok dia, ” katanya kepada mStar.Tweet yang dimuat naik oleh Maisarah.Sebagai usaha, Maisarah mengambil keputusan membuat hebahan di Twitter bagi membantu mencari jodoh untuk kakaknya.Tweet itu tular dan disambut baik oleh warganet dengan pelbagai komen dan perkongsian diterima.”Tak sangka pula ramai yang senasib dengan kakak saya.

”Ramai lelaki yang DM (direct message) nak kenal-kenal dengan kakak dan ada juga yang cuba satukan abang atau adik lelaki mereka dengan kakak saya, ” katanya.Dalam pada itu, Maisarah mengakui dalam ramai-ramai lelaki yang berminat untuk berkenalan dengan kakaknya, ada seorang jejaka yang telah meraih tumpuannya.

Bagaimanapun kata Maisarah, dia menganggap ini bukanlah masa yang sesuai untuk dirinya mencari calon suami, tetapi tetap percaya bahawa jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan.“Ada juga minat seorang ni… tapi saya fikir belum tiba masanya lagi.

Lagi paparan skrin tweet gadis itu.”Memang susah juga nak percaya lelaki yang kenal online, tapi saya yakin ada je yang baik-baik dan boleh dipercayai. Sama macam orang lain, mereka pun dah tentu inginkan jodoh yang baik-baik juga,” katanya.

Mengulas mengenai reaksi kakaknya sebaik mengetahui tweet tentang dirinya tular, Maisarah berkata kakaknya tidak menunjukkan tanda-tanda marah atau kurang senang dengan tindakannya.“Kakak saya sebenarnya tak kisah sangat pun tak jumpa jodoh walaupun usia dia dah lanjut.”Dia sporting je, saya bagi dia baca semua DM dekat Twitter dan dia juga tengok gambar-gambar mereka yang nak kenal tu.”Sabar jap, kami kena tapis-tapis dulu,” ujarnya berseloroh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *