Pemandu grab tidak sangka perkara ini akan berlaku di dalam keretanya. Masa ambil ada 2 orang bila tiba ke tempat destinasi ada 3 orang pula.

Amalan Kehidupan Keluarga KESIHATAN Uncategorized Viral

Seorang pemandu Grab tidak pernah menyangka akan melalui pengalaman membawa penumpang yang sarat hamil dan sudah tiba masa untuk bersalin. Selepas melakukan kerja ini selama dua tahun, keretanya bolehlah dikatakan ‘mencatat sejarah’ apabila salah seorang daripada penumpangnya selamat melah1rkan bayi semasa dalam perjalanan ke h0spital.

Pemandu Grab berkenaan, Mohamad Shahir Baharudin, 39, berkata, kejadian berlaku pada pagi Rabu ketika mahu mengambil penumpang yang merupakan pasangan suami isteri warga rohingya di sebuah apartment di Bukit Jambul, Pulau Pinang. Dia memberitahu, waktu puncak pagi itu menyebabkan dia ‘tersangkut’ di beberapa persimpangan lampu isyarat sebelum ke lokasi mengambil penumpang.

“Bila nak dekat sampai, penumpang tu call saya minta tolong cepat sebab isteri dia dah nak bersalin, minta tolong segera dibawa ke hospital. Sebaik tiba, isteri dia yang berkain batik dengan lapisan tuala lebih besar terus dibaringkan di tempat duduk belakang. Suami dia duduk di tempat duduk penumpang hadapan,” katanya.

Dalam perjalanan ke hospital Lam Wah Ee yang jaraknya kira-kira 15 minit, Mohamad Shahir yang berasal dari Bayan Baru, Pulau Pinang berkata, wanita itu beberapa kali mengerang kesakitan.

“Memang agak takut masa tu. Saya cuba memandu secepat yang mungkin tapi masih berhati-hati. Sebab saya duduk memandu di hadapan, tak tahu macam mana keadaan penumpang tu seorang di belakang. Sepanjang perjalanan, kedua-dua mereka bercakap dalam bahasa mereka. Tiba-tiba suami dia yang duduk di hadapan bangun dan melompat ke tempat duduk belakang bila jeritan isteri semakin kuat. Lepas tu suami cakap dengan saya dalam bahasa Melayu, dia minta saya pandu lebih laju. Saya tak tahu apa-apa mungkin kepala anaknya dah nak terkeluar,” katanya. Bagaimanapun sejurus selepas itu, kedengaran suara tangisan bayi dalam perjalanan yang hanya kurang lima minit sebelum tiba di hospital. Masa tu bukan setakat baru keluar kepala, tapi dah terkeluar bayi terus. Bau air ketuban memang kuat, walaupun tak tahan dengan bau tu saya teruskan pemanduan. Saya terus pandu ke bahagian wad, dan berhentikan kenderaan sebelum pergi jumpa jururawat beritahu ada penumpang bersalin dalam kereta saya,” katanya sambil menambah banyak cecair merah menitis dari kereta sehingga ke dalam wad.

Keadaan yang berlaku pada pasangan suami isteri itu mengimbas kembali pengalaman Mohamad Shahir saat bergelar bapa buat pertama kali kira-kira lebih setahun lalu.

“Tapi masa tu isteri dalam dewan bersalin, jadi tak tahu apa yang berlaku. Sekarang ni penumpang bersalin dalam kereta yang saya pandu, pengalamannya lain macam. Ambil dua penumpang, sampai destinasi ada tiga orang. Isterinya selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak kedua mereka. Syukur alhamdulillah. Isteri saya sekarang tengah sarat mengandung… juga anak kedua, insyaAllah dijangka bersalin awal bulan Disember depan. Tak dapat nak bayangkan isteri saya macam tu, semoga segala urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Jururawat Yang Mengandung Ini Sebak Apabila Terpaksa Lakukan Ini Pada Anaknya. Dia Juga Turut Mngharapkan Sesuatu Ini Akan Terjadi.

Wani yang merupakan jururawat berkongsi kisah mengenai dua anaknya yang melihat dari luar tingkap bilik dia menjalani kuarantin. Menjalani kuarantin di rumah bukan mudah seperti yang disangkakan. Sama ada disahkan positif Covid-19 mahupun menjadi kontak rapat kepada individu yang dijangkiti virus itu, masing-masing melalui ujian untuk diasingkan daripada orang tersayang.

“Angah sayang mama… bukalah pintu,” kedengaran rayuan seorang anak menerusi pesanan suara (voice note) di aplikasi WhatsApp yang dimuat naik di laman sosial, mengundang sayu. Ibu berkenaan, Nor Azwani Kamaruddin berkata, klip pesanan suara tersebut dimuat naik oleh adiknya yang sebelum itu dikongsinya di grup WhatsApp keluarga.

Wani menjalani kuarantin selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Saya bekerja sebagai jururawat di salah sebuah hospital di negeri Selangor. Dia berkongsikan dia mula menjalani kuarantin kendiri di rumah sendiri selepas dikenal pasti sebagai salah seorang kontak rapat pada seorang pesakit ini yang telah disahkan positif Covid-19.

“Saya bukan bertugas di wad Covid-19 dan keputusan RTK (kit ujian pantas) pesakit itu pada mulanya negatif, sebelum kemudiannya disahkan positif. Disebabkan kontak rapat dengan seorang pesakit ini, saya dikenal pasti sebagai berisiko tinggi kerana tidak memakai PPE (peralatan perlindungan diri) dan sedang hamil,” kata wanita berusia 30 tahun itu kepada mStar.

Wani berkhidmat sebagai jururawat selama enam tahun.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia menjalani kuarantin di bilik berasingan di rumahnya dan tindakan itu menimbulkan tanda tanya anak-anak lelakinya yang berusia lima dan empat tahun.

“Sebab biasa memang saya dan suami layan je mereka bermain. Mereka mungkin pelik kenapa mama berkurung dalam bilik, tak bermain sekali. Saya beritahu yang saya kena kuarantin. Tapi budak-budak kecilkan, cakap sekejap fahamnya pun sekejap. Suara kat voice note tu adalah anak berusia empat tahun yang lebih rapat dengan saya,” katanya yang lebih mesra disapa Wani. Sepanjang tempoh kuarantin selama 10 hari, dia bersyukur kerana mendapat bantuan suami dari segi makan dan minuman serta menguruskan anak-anak.

Wani bersama dua anak lelakinya.

“Sepatutnya anak yang sulung masuk sekolah pada 20 Januari (Rabu), tapi itulah hari pertama saya kena kuarantin. Saya terpaksa mesej guru dia beritahu tak boleh hantar sebab bimbang keputusan saya positif, jadinya anak saya nanti terbabit sekali. Jadi, selesaikan dulu hal saya kuarantin baru hantar anak ke sekolah,” ujar Wani yang hamil 10 minggu.

Rindu sangat rasanya. Hanya boleh dengar suara, tak boleh dakap. Sekarang ni saya harap cepatlah masa berputar

Dia yang berkhidmat sebagai jururawat sejak enam tahun lalu berkata, pada mulanya sukar untuk anak-anaknya sehingga mengetuk pintu bilik setiap hari untuk berjumpa dengannya.

“Bilik belakang tempat saya kuarantin ni ada tingkap. Mereka akan ketuk tingkap juga. Dari hari ke hari macam mereka boleh terima dah yang saya tak boleh keluar bilik. Tapi paling sebak apabila anak yang empat tahun dari luar tingkap bilik, dia menadah tangan berdoa untuk mama dan adik. Dia bahasakan bayi dalam kandungan saya ni sebagai adik dia,” katanya yang berasal dari Kajang, Selangor.

Wani merindui untuk kembali ke pangkuan keluarganya.

Menurut Wani, setakat ini ujian swab pertama dan kedua yang dilakukannya memberikan keputusan negatif dan akan menjalani ujian swab ketiga pada 26 Januari.

“Ujian swab pertama dan kedua saya negatif, alhamdulillah. Setakat ni tak ada simptom. Memang jaga jarak, cukup mereka tengok muka mama mereka dari tingkap. Tak sabar nak habiskan kuarantin, nak keluar bilik nak dakap mereka. Rindu sangat rasanya. Hanya boleh dengar suara, tak boleh dakap. Sekarang ni saya harap cepatlah masa berputar,” katanya.

Anak Baru Lahir Ada Di Luar Bilik Tapi Bapa Terpaksa Kuarantin Pula. Isterinya Pula Akan Tunjuk Sesuatu Ini Setiap Kali Video Call.

Syed Mohd Akif berkongsi rutin setiap pagi sebagai seorang pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di rumah, bagi menyebarkan mesej positif kepada masyarakat. Ketika ini kes Covid-19 di malaysia mencatatkan peningkatan ketara apabila ribuan kes baharu direkodkan saban hari.

Dengan angka yang semakin meningkat yang mana setakat ini lebih 40,000 kes aktif Covid-19 dilaporkan, fasiliti kesihatan termasuk pusat kuarantin sudah tentu mengalami kepadatan maksima. Justeru Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini berkata pesakit Covid-19 yang tidak mengalami sebarang gejala atau gejala ringan perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Syed Mohd Akif merupakan salah seorang daripada ribuan pesakit Covid-19 yang sedang menjalani kuarantin di rumah.Lelaki yang senang disapa sebagai Akif berkata ketika ini dia sudah pun menjalani tempoh kuarantin selama 11 hari sejak disahkan positif virus berkenaan.

Bagi menghilangkan kebosanan, juruvideo syarikat produk kecantikan, Ainaa Beauty milik selebriti Instagram popular, Hafiz Mahamad ini menghasilkan satu klip video pendek menceritakan rutinnya setiap pagi sebagai seorang pesakit Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah.

Sesi ‘photoshoot’ sebelum isteri Akif melahirkan bayi sulung mereka. Akif hanya sempat menatap wajah anaknya seketika sebelum disahkan positif Covid-19.

Menerusi video tersebut, Akif berkongsi rutinnya selepas bangun tidur selain menu sarapan yang dinikmati bagi mempercepatkan proses pemulihan.

“Selepas menonton video Alif Satar yang berkongsi pengalamannya, saya rasa saya pun perlu berbuat sesuatu untuk sebarkan mesej dan beri kesedaran kepada orang di luar sana. Jadi saya terfikir untuk berkongsi video ini di media sosial. Setiap pagi perkara pertama yang dibuat selepas bangun tidur adalah mengemas dan membersihkan tempat tidur dan seluruh bilik. Persekitaran yang kemas dan bersih sangat penting. Saya sangat bersyukur kerana keluarga termasuk ibu mentua begitu mengambil berat dan menyediakan semua keperluan sepanjang tempoh kuarantin. Mereka akan menyediakan makanan yang berkhasiat, dan paling penting pastikan saya minum air kelapa campur lemon, madu, vitamin C setiap hari.

Rutin Akif setiap pagi sepanjang menjalani kuarantin di bilik berasingan.

“Kita tahu pesakit Covid-19 tak boleh keluar bilik atau rumah, dan sudah pasti ia sangat sukar. Jadi dengan adanya keluarga dan orang sekeliling yang ambil berat, ia adalah satu bentuk sokongan yang pesakit amat perlukan. Itu yang saya cuba sampaikan,” katanya.

Walaupun mendapat sokongan padu daripada keluarga, Akif mengakui dia tidak dapat lari daripada rasa bersalah terhadap orang sekeliling dan juga ‘down’ lebih-lebih lagi apabila masih belum berkesempatan memeluk bayi sulungnya yang dilahirkan pada 12 Januari.

“Selepas beberapa rakan sekerja positif, kami yang lain pun kena buat swab test. Masa tu kebetulan pula isteri sedang nak bersalin. Saya tak bergejala dan bukan kontak rapat kepada kes positif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *