Disebabkan nak menyimpan kenangan manis bersama mentua. Menantu sanggup lakukan ini tapi sekali mentua keluar pakai pakaian begini.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Ibu mentua dan anak perempuan Fitrin disatukan dalam sesi photoshoot baru-baru ini. Antara golongan terjejas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tentunya mereka yang berkhidmat dalam bidang fotografi. Dalam tempoh itu, banyak majlis perkahwinan ditunda dan dibatalkan, sekali gus memberi impak kepada pendapatan mereka.

Menurut seorang jurufoto, Mohamad Fitrin Ruslee, 31, dia turut mengalami nasib sama. Disebabkan kelapangan waktu sepanjang tempoh ini juga, dia tampil dengan satu idea unik untuk menyatukan ibu mentua, Hasmah Md Ramli serta anak perempuannya, Noreen Aqelah dalam satu sesi photoshoot baru-baru ini. Mesra disapa Fitrin, dia berkata, projek itu sekadar untuk mencipta kenangan antara ibu mentuanya yang berusia 70-an dengan puteri keduanya yang kini berusia 5 tahun.

Setelah dipujuk, wanita berusia 70-an ini akhirnya setuju untuk menjadi model dalam sesi photoshoot berkenaan.

“Memandangkan PKP, job pun tak banyak sangat… rasa gian nak shoot. Ia dilakukan di halaman rumah mentua di Air Kuning, Kampar, Perak. Saya terfikir untuk buat kenangan saja, sebab mak mentua susah nak bergambar. Jadi apa salahnya rakam foto dia kali ini. Lagipun kita tak tahu usia masing-masing sampai bila. Sementara ada, kita cuba hasilkan kenangan bersama. Saya minta isteri pujuk. Walaupun saya photographer, susah nak shoot gambar mak mentua sebelum ni. Alhamdulillah akhirnya dia setuju,” ujarnya. Mesra disapa Fitrin, bapa kepada tiga cahaya mata itu mendedahkan sesi photoshoot berkenaan dilakukan dalam tempoh 10 minit sahaja.

Saya pun tak tahu ia akan viral. Sekurang-kurangnya ada kenangan untuk keluarga kami.

Malah katanya, proses berjalan dengan lancar apabila anak dan ibu mentuanya memberi kerjasama padu dalam sesi berkenaan.

Suntikan elemen kampung dalam sesi photoshoot itu menyebabkan ia menerima pujian ramai di TikTok.

“Kami shoot sekejap saja sebelum masuk waktu Zohor. Saya kata pada mak mentua, tak payah bersiap lawa-lawa, tak perlu pakai gincu. Kami cuba buat ala-ala suasana kampung. Guna barang-barang yang ada di rumah.
Tengok-tengok mak mentua keluar pakai macam tu. Dia sememangnya sentiasa berpakaian macam tu, jadi memang dapat feel kampung dulu-dulu tu. Jadi kami photoshoot sekejap, dapatlah dalam 30 keping gambar hari tu,” ujarnya.

Sementara itu, video di sebalik tabir photoshoot berkenaan yang dirakam oleh isteri Fitrin turut dikongsi ke laman TikTok sehingga menjadi tular. Kata Fitrin, dia sama sekali tidak menyangka video berkenaan akan menerima reaksi positif daripada warganet.

Kemesraan dua beranak ini jelas terpancar menerusi foto-foto yang dihasilkan.

“Seronok. Biasanya TikTok banyak kritikan, tapi video ni tak ada orang kritik pun. Saya pun tak tahu ia akan viral. Sekurang-kurangnya ada kenangan untuk keluarga kami,” ujarnya lagi.

Rata-rata warganet di TikTok memuji karya Fitrin, malah ada yang meluahkan rasa rindu pada kampung halaman dan nenek masing-masing setelah melihat hasilI photoshoot itu. Dalam pada itu, Fitrin turut berharap agar pandemik Covid-19 berakhir segera agar dia boleh kembali bekerja seperti biasa.

Anak kedua Fitrin tak kekok beraksi di hadapan lensa.

“Terjejas juga, ada job yang ditunda. Kalau macam dulu boleh buat photoshoot sanding dan akad nikah. Sekarang akad nikah saja. Jadi pendapatan tu hanya separuh. Saya harap Covid-19 akan berakhir secepatnya,” ujar Fitrin lagi.

Pengantin Tengah Syok Bergambar Sekali Terkejut Bila Tiba Tiba Kena Angkut Dengan Lori Polis Gara Gara Ingkar Arahan Pkp. Sekali Ini Yang Pengantin Ni Kena Buat Ramai Terkedu.

LANGKAWI – Sepasang pengantin berpakaian sedondon yang sedang leka bergambar kenangan di kawasan sungai berhampiran kongsi bilis, Taman Nilam di sini ditahan polis kelmarin. Selain pasangan tersebut, 17 individu termasuk pengiring pengantin turut ditahan polis pada pukul 6.30 petang susulan ingkar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Shariman Ashari berkata, kesemua mereka dit.ahan sepasukan polis yang kebetulan melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan tersebut. “Secara keseluruhan seramai 19 individu berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun dit.ahan sebelum dibawa ke balai polis.

“Kesemua mereka termasuk pasangan pengantin itu ditahan kerana ingkar peraturan yang dikuat kuasakan ketika PKP. “Hasil pemeriksaan juga mendapati kebanyakan mereka menetap di Taman Nilam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Shariman, kesemua mereka dibebaskan pada hari yang sama selepas tlndakan kompaun dikenakan. Dalam perkembangan sama, Shariman memberitahu pihaknya meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan susulan orang ramai suka berkumpul di tepi sungai dan padang tersebut. Terdahulu, tular satu video berdurasi 23 saat menunjukkan kumpulan pasangan tersebut dibawa ke balai menaiki lori polis bersama beberapa individu.

Tengah Pkp Selamba Je Boleh Buat Majlis Pertunangan. Ramai Yang Bengang Bila Ank Sheila Rusly Buat Majlis. Mengejutkan Siap Ada Yang Nak Keluarkan Surat Saman Lagi.

Baru-baru ini, anak sulung Sheila Rusly dan Jinggo telah selamat bertunang dengan pelakon, Elisya Sandha. Pertunangan itu dimaklumkan kedua-dua pihak melalui media sosial masing-masing termasuklah kakak Elisya sendiri, Fasha Sandha.

Bagaimanapun, menurut Gempak, majlis tersebut mendapat kritikan dan dipersoalkan oleh warganet di Twitter memandangkan ianya dilakukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sedang berlangsung sejak 13 Januari lepas.

Umum mengetahui, prosedur operasi standard (SOP) bagi PKP tidak membenarkan sebarang majlis keramaian. Melalui Twitter, seorang pengguna mempersoalkan tindakan kedua-dua buah keluarga itu melangsungkan majlis itu.

Kenapa ada anak artis buat majlis tunang? Bukan SOP PKP tak boleh buat majlis pertunangan ke? Ramai orang terpaksa cancel majlis merisik & tunang sebab PKP, tapi artis elok je buat, siap upload IG lagi.” Bukan itu saja, mereka juga turut mengaitkan situasi berkenaan dengan isu ‘double standard’ apatah lagi ramai rakyat marhaen yang terpaksa batalkan majlis dan ada yang ditangguhkan berkali-kali kerana keadaan tidak mengizinkan.

Ramai kot terpaksa tangguh berkali kali majlis merisik tunang, ada yang tak tunang terus kahwin sebab nak patuh SOP PKP, kalau ingkar kena sman.” Tapi tu la, yang ni semua rakyat biasa la. Untuk artis SOP lain kot.”

“Sila keluar surat saman” Melalui ruangan komen, ramai jugalah warganet lain yang bersetuju dan mengaku turut berfikir tentang hal yang sama. Mereka juga rasa geram dengan situasi sebegitu kerana seharusnya pihak berkuasa bersikap adil dan sama rata tidak kira status seseorang.

Ada yang turut tag pihak berwajib dan meminta agar kes itu disiasat serta tindakan sepatutnya diambil terhadap pihak sana kerana terang-terangan telah ingkar SOP ketika PKP. Bukan itu saja, ramai yang berpendapat situasi itu tidak adil bagi mereka

yang telah membatalkan atau terpaksa menangguhkan majlis kerana perlu patuhi SOP ditetapkan oleh kerajaan. Namun, golongan ‘kayangan’ pula sewenang-wenangnya boleh ingkar SOP tanpa dikenakan apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: Lobakmerah

Baru Je Beberapa Harilepas Tular Tentang Elisya Sandha Bertunang Dengan Ank Sheila Rusly Sekali Tiba Tiba Fasha Sandha Tampil Luahkan Sesuatu Buat Ramai Yang Sebak.

Selepas menjadi bualan hangat peminat, akhirnya pelakon Elisya Sandha dan anak lelaki kepada penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly yang dikenali sebagai Uzair Haqimy selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada Ahad.

Biarpun begitu, Fasha Sandha yang merupakan kakak kepada selebriti jelita itu turut berkongsikan detik bahagia adiknya dengan pasangan. Detik itu turut dikongsikan bersama satu rakaman video dan dengan berkapsyenkan kata-kata yang panjang buat adiknya itu.

“Melepaskanmu, bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah, Elisya masih lagi our baby girl. Walaupun berat untuk kami, sejujurnya apa saja yang akan membuatmu bahagia. Kami turuti, bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia.

Persanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing-masing kerana manusia itu diciptkan Tuhan tidak sempurna namun disebalik ketidaksempurnaan itu Tuhan ciptakan bahagia antara manusia.

“Welcome to the family, Uzair Haqimy! Alhamdulillah keluarga kami kini menjadi lebih besar, Syukur Alhamdulillah. Semoga kasih sayang dan cinta kalian, kekal dan bahagia ke Jannah.” Posting Fasha Sandha bagaimanapun turut menerima komen daripada pasangan sama cantik, sama padan itu dengan mengucapkan terima kasih kepadanya dan dalam pada masa yang sama, kapsyen panjang Fasha Sandha mengundang sebak peminat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/2021/02/02/pada-angah-elisya-masih-lagi-our-baby-girl-fasha-sandha/

Majlis Diadakan Secara Sederhana Dan Dihadiri 15 Tetamu. Sheila Rusly Bongkar Punca Dia Terima Elisya Sandha

Semalam heboh tentang gambar Sheila Rusly memeluk seorang wanita memakai busana putih. Berhubung dengan isu tersebut,pelakon dan penerbit Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya,Uzair Haqimy,25 telah selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon iaitu Elisya Sandha,21 petang semalam. Sheila berkata,majlis diadakan secara sederhana dan dihadiri 15 tetamu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga pelakon popular,Fasha Sandha.

Kata Sheila,”Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.”Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.

“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,”Sheila berkata, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.

“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.”Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” ujarnya.

Menceritakan kriteria Elisya membuatkan hati terbuka menerimanya sebagai bakal menantu, pelakon drama Bukan Gadis Biasa itu mendedahkan, selain gadis idaman Haq, pelakon Misteri Mona itu juga diyakini mampu membahagiakan anak sulungnya itu.”Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.

“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” cerita Sheila.Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.

Sementara itu, Elisya ketika dihubungi meluahkan rasa syukur dengan statusnya sebagai tunangan orang.”Maaf saya agak sibuk hari ini. Apa-apapun, Alhamdulillah. Doakan yang baik-baik. Terima kasih,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.Majlis pertunangan itu turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial mereka.Perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah apabila masing-masing gembira dengan penyatuan dua keluarga itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *