Pembeli dari China tawarkan 10 juta baht. Sebuah keluarga nelayan jumpa mutiara Melo Oren yang amat susah dijumpai

Viral

Baru baru ini,hidup sebuah keluarga nelayan di thailand akan mengalami perubahan selepas salah seorang daripada mereka telah menemukan mutiara Melo oren yang sangat rare di sebuah pantai negara tersebut. Dilaporkan penemuan menakjubkan itu berlaku apabila pasangan adik beradik iaitu Hatchai Niyomdecha, 37, dan Worachat Niyomdecha, 35, sedang mengutip cangkerang pada pelampung terbiar di wilayah Nakhon Si Thammarat pada 27 Januari lalu, lapor Daily Mail.

Selepas selesai mengutip cangkerang, kedua-dua beradik itu pulang ke rumah dan memberikannya kepada bapa mereka untuk dibersihkan sebelum dijadikan santapan. Ketika itulah, si bapa, Bangmad Noyomdecha, 60 tahun terjumpa mutiara terbabit yang seberat 7.68 gram.

Untuk pengetahuan, mutiara Melo dijumpai di dalam cangkerang siput laut bernama Melo Melo. Mutiara ini boleh dijumpai dalam beberapa warna lain seperti coklat. Namun, warna oren adalah warna yang paling mahal.Kata Hatchai, dia bercadang untuk menjual mutiara itu pada harga yang paling tinggi.“Duit hasil penjualan mutiara ni bukan saja boleh ubah hidup saya. Keluarga saya juga boleh mempunyai hidup yang lebih baik,” katanya.

Tambah lelaki itu lagi, sudah ada sekurang-kurangnya tiga orang pembeli yang datang kepadanya untuk membeli mutiara terbabit.Walaupun begitu, Hatchai dilapor sudah menolak dua daripadanya kerana harga yang ditawarkan terlalu rendah.Hatchai dilapor mungkin akan menerima tawaran seorang pembeli dari China yang dikatakan telah menawarkan 10 juta Baht.

Ibu Nak Hantar Anak Mengaji Tapi Dikatakan Yuran RM30 Itu Mahal. Lebih Mengejutkan Respon Dari Ibu Ini Pada Ustazah Berkenaan.

Kisah seorang ibu bertanyakan tentang yuran kelas mengaji al-Quran tular di media sosial. Selain memberi tumpuan kepada mata pelajaran akademik, pengajian al-Quran turut dititikberatkan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka. Maka mereka berusaha mencari tempat mahupun pengajar yang dapat membimbing anak-anak dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Menerusi satu tangkapan skrin mesej yang tular di media sosial, seorang ibu yang bertanyakan tentang bayaran kelas mengaji al-Quran untuk anaknya.

“Boleh saya tahu yuran berapa sebulan? Sebab nak hantar anak ke sana. Setiap hari apa dan jam berapa kelas mula,” ujarnya dipercayai menghantar mesej itu kepada seorang guru agama.

Pertanyaan itu segera dibalas dengan memaklumkan bahawa kelas mengaji al-Quran itu diadakan setiap Isnin sehingga Rabu, bermula pukul 7.30 malam hingga 8.30 malam. “Kalau sempat, jemaah Isyak sama-sama. Yuran dia RM30 sahaja puan,” katanya.

Jumlah bayaran yuran itu bagaimanapun mengejutkan si ibu sehingga mempersoalkan kewajaran kadar tersebut ditetapkan sedemikian. “RM30… kenapa mahal?” soal wanita itu.

Namun, apa lebih mengejutkan warganet adalah maklum balas ibu berkenaan berhubung yuran kelas mengaji al-Quran berjumlah RM30 itu. “Bukan bayar seikhlas hati ke ustazah? Kalau kelas tuisyen tak apalah nak bayar. Benda akademik penting untuk cari kerja. Lepas tu susah ajar akademik ni. Tapi ni kelas mengaji, ajar macam tu je. Tak susahkan? Kecewa saya,” ujar si ibu.

Tangkapan skrin mesej yang tular. sumber Twitter Mar_excel

Komen wanita berkenaan membangkitkan kemarahan warganet sehingga menimbulkan pelbagai reaksi. “Kalau RM30 dia kata mahal, habis tu kalau bayaran seikhlas hati dia nak bayar berapa pula? RM5?” komen seorang warganet.

Tiada beza ilmu dunia dan ilmu agama, dua-dua sama tak boleh berkira. Kebanyakan pusat mengaji yang ‘bayaran seikhlas hati’ kebanyakannya ada sponsor (penaja)

“Minta maaf cakap, kenapa bab akademik sanggup bayar ratus-ratus. Tapi bab mengaji bekal akhirat sambil lewa. Kecewa la dapat mentaliti sampah macam ni,” ujar yang lain dengan nada kesal. “Kalau senang nak ajar, kenapa dia tak ajar sendiri? Kenapa nak sub pada ustazah pula,” komen lain yang turut mempersoalkan kewajaran respons wanita berkenaan.

Antara komen warganet.

Mesej yang tular itu turut meraih perhatian seorang guru persendirian yang turut membuka kelas dan mengenakan sejumlah bayaran di atas perkhidmatannya. “Tiada beza ilmu dunia dan ilmu agama, dua-dua sama tak boleh berkira. Kebanyakan pusat mengaji yang ‘bayaran seikhlas hati’ kebanyakannya ada sponsor (penaja). Saya seorang guru persendirian, jadi saya tahu tentang ini,” katanya. “Saya guru persendirian yang buka kelas sendiri, saya ambil bayaran sebab saya nak buat benda ni jangka panjang. Ambil bayaran bukan nak untung, tapi nak mengajar betul-betul, nak seronok, bila ibu bapa bagi feedback bagus, kita pun dengar gembira,” tambahnya.

Pelanggan Ini Merungut Apabila Kuih Dijual Dengan Harga 50 Sen Sebiji. Tapi Bila Peniaga Ini Beri Jawapan Yang Makan Dalam Sebegini Terus Terkedu Pelanggan Tersebut.

Seorang pelayar berkongsi kisah pelanggan yang merungut kerana mendakwa harga kuih yang dibelinya di gerai agak mahal. Kuih tradisional Melayu pasti memikat selera sesiapa sahaja. Bukan hanya disajikan sebagai pemanis mulut ketika sarapan atau minum petang bersama, namun ia juga sering menjadi pilihan untuk dihidangkan ketika majlis keraian.

Kuih-muih seperti koci, lepat, ketayap, seri muka, kuih lapis, keria, bingka, kuih cara dan sebagainya adalah antara kuih yang sering dicari ketika berkunjung ke gerai. Di sebalik rasanya yang lazat, proses penyediaannya juga begitu renyah kerana memerlukan bahan-bahan khusus, cara penyediaan yang berbeza serta memakan masa yang agak lama.

Justeru tidak hairanlah harga kuih tradisional pada masa kini mencecah di antara RM0.50 sehingga RM0.80 sebiji, tambahan pula harga barang keperluan di pasaran sentiasa meningkat. Namun begitu, ada pula segelintir individu yang sewenang-wenangnya meminta diskaun kepada penjaja kuih kerana merasakan ia terlalu ‘mahal’ dan tidak sepadan dengan standard harga jualan di gerai, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang pelayar di Facebook.

Kuih tradisional memerlukan kemahiran dan memakan masa yang agak lama untuk dibuat.

“Perbualan penjual kuih dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja. ’50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?’ tanya Nora (bukan nama sebenar) secara berseloroh. 50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik. Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” tulis pelayar berkenaan mengimbas kembali perbualan di antara peniaga dan pembeli.

Dalam masa yang sama, peniaga itu turut mengambil kesempatan menceritakan kisahnya yang membuat kuih berseorangan tanpa dibantu sesiapa, selain terpaksa bersedia beberapa jam lebih awal. Menurut peniaga itu lagi, bukan sahaja keuntungan yang diperoleh terlalu sedikit, malah kadang kala penatnya seakan-akan tidak berbaloi apabila pelanggan yang datang membeli boleh dikira dengan jari.

Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual.

Bagaimanapun ujarnya, hanya ada satu perkara yang membuatkannya terus bertahan untuk berniaga kuih muih. “Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah. Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik RM2, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih-kuih ni dekat adik? Makcik itu menghulurkan duit RM3 semula kepada Nora. Makcik tak nak duit kau dik, makcik sedekah. Tiap-tiap orang yang beli kuih dengan makcik dan dia kata mahal, makcik bagi balik duit kat dia dan makcik sedekahkan,” tulis pelayar itu lagi sebagaimana luahan peniaga berkenaan.

Komen warganet yang turut sependapat dengan perkongsian pelayar berkenaan.

Tambah pelayar itu lagi, tindakan peniaga tersebut jelas memeranjatkan pelanggan wanita berkenaan, namun jawapan yang diberikan lebih membuatkan mereka terpana. “Kalau orang Melayu tak nak tolong orang Melayu yang tak mampu, tak ada orang lain lagi yang akan tolong orang kita. RM0.50 sebiji adik kata mahal, tak mampulah tu,” tulis pelayar itu lagi sambil menambah, peniaga berkenaan kelihatan benar-benar ikhlas bersedekah.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih 393 shares. Rata-rata warganet turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir individu yang mempertikaikan harga kuih-muih tradisional. “Terkenang dulu buat kuih kadang tak jadi, kena buang. Lepastu yang jadi pula orang cakap mahal bila dijual,” komen seorang warganet.

Tular Apabila Seorang Remaja Kayuh Basikal Semata Mata Untuk Meniaga Teh Di Tepi Jalan. Kini Dia Jelaskan Kenapa Dia Memilih Kerja Ini.

” Sudah menjadi cita-cita saya sejak kecil mempunyai perniagaan sendiri. Berniaga dengan konsep seperti ini membuka mata saya mengenai dunia sebenar.” Itu kata-kata seorang pemuda yang berniaga dengan mengayuh basikal sambil membawa tong air panas berisi minuman teh Masala seberat 20 liter di sekitar Brickfields setiap hari.

Meskipun tidak mudah, namun, S Kavievanan, 23, cekal mencari rezeki dengan konsep perniagaan sebegitu walaupun memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Bagi Kavievanan, ia satu cabaran dalam mencari rezeki selain menimba pengalaman sementara menunggu peluang pekerjaan dalam bidangnya.

” Konsep dan idea perniagaan ini muncul selepas saya tamat pengajian Februari lalu di Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Saya bermula pada awal Mei lalu dengan menjual minuman teh Masala dengan harga RM1 secawan bermula jam 3 hingga 5 petang. Pada awalnya saya hanya dapat menjual 30 cawan sehari dan selepas dua bulan hasil jualan semakin meningkat kepada 100 cawan sehari,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berkata, dia tidak pernah berasa malu dengan pekerjaan yang dilakukannya dan menganggap bapanya yang berniaga kacang putih di Masjid India, di sini, sebagai inspirasi.

” Saya ada merancang untuk mengajak lebih ramai rakan melakukan konsep perniagaan ini supaya sekurang-kurangnya dapat membantu mereka yang tiada pekerjaan. Sekarang, konsep perniagaan seperti saya ini sudah diusahakan oleh rakan seusia, Arvind Ratnakumar di sekitar Masjid India,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai proses pembuatan teh Masala, Kavievanan berkata, resepi minuman itu dibuatnya sendiri. ” Teh Masala mengandungi serbuk teh dari India dan rempah ratus iaitu buah pelaga, kayu manis, halia, lada hitam, bunga cengkih dan dididihkan selama dua jam.

” Selepas siap, saya akan menuangnya ke dalam tong air panas dan membawanya menaiki motosikal manakala basikal pula saya letak dan kunci di belakang kedai di sini. Perlu berhati-hati ketika membawa tong itu disebabkan ianya pernah terjatuh sebelum saya sempat memulakan jualan,” katanya. Kavievanan berkata, kos ubahsuai basikal supaya sesuai digunakan untuk perniagaan memakan hampir RM500 dan tong pula dibeli dengan harga RM150.

” Walaupun begitu, saya tetap bersyukur dengan hasil jualan apatah lagi sudah ada pelanggan tetap,” katanya. Menurutnya, selain pengusaha restoran, kakitangan pejabat dan pekerja kedai adalah pelanggan tetapnya.

Katanya, dia juga tidak menyangka perniagaan kecil-kecilannya itu tular di media sosial dan akan meneruskan perniagaannya itu memandangkan permohonan kerjanya dalam bidang kejuruteraan belum mendapat respon positif.

” Buat masa ini, saya merancang untuk meneruskan dan mengembangkan lagi perniagaan menjual teh Masala ini. Lebih enam bulan berniaga di sini banyak yang saya pelajari mengenai erti kehidupan terutamanya apabila mendengar perkongsian mereka yang lebih tua,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *