Nasi bajet beraneka lauk dengan harga serendah RM3. Duyong Marina and Resort dedah punca mereka buka gerai nasi bajet

Viral

Tak dinafikan cabaran hebat terhadap industri perhotelan susulan pelaksanaan PKP yang memaksa pihak Duyong Marina & Resort membuka gerai nasi bajet demi kelangsungan hidup. Dan menarik sekali, qerai nasi bajet beraneka lauk dengan harga serendah RM3 sebungkus yang dibuka di tepi jalan berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini sejak kelmarin semakin mendapat perhatian ramai.

Pengurus Besar Duyong Marina & Resort, Wan Mohd. Faizul Wan Abas berkata, inisiatif membuka gerai nasi bajet tersebut bukan semata-mata sekadar untuk menambah sumber pendapatan malah lebih bertujuan menaikkan semula moral kakitangan hotel tersebut.

Beliau berkata, cetusan idea membuka gerai nasi bajet berkenaan hasil perbincangan antara kakitangan dan pihak pengurusan Duyong Marina & Resort pada hujung tahun lalu.“Impak negatif penularan pandemik Covid-19 mula dirasai berikutan penurunan tempahan bilik hotel sejak tahun lalu.

“Kami bersetuju memilih idea seorang chef untuk menjual nasi bajet bercita rasa makanan bertaraf empat bintang pada harga mampu milik sebagai penyelesaian untuk menambah pendapatan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.Wan Mohd. Faizul berkata, moral kakitangan Duyong Marina & Resort dilihat semakin pulih sejak pembukaan gerai nasi bajet berkenaan yang mendapat sambutan menggalakkan itu.

Makanan Hanya Dijual Dengan Harga RM3 Sahaja. Pengurus Ini Terima Banyak Pujian Selepas Sanggup Pegang Promosi Makanan Demi Bantu Staf

Gara gara pelaksanaan PKP,pelancongan antara industri yang terjejas kerana sektor tersebut terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan wabak COVID19. Malahan hotel dan pusat pelancongan alami kerugian besar sehinggakan ada yang ditutup kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan. Gara gara jugalah,ramai individu kehilangan pekerjaan.

Walaupun begitu, kita patut memuji usaha seorang pengurus hotel di Pulau Pinang ini kerana sanggup turun padang dan membantu staf hotelnya menjual makanan demi mencari alternatif lain dalam sumber pendapatan. Menurut Instagram Bernama, Jeffrey Lim iaitu Pengurus Hotel Red Rock di Jalan Maccalister, George Town dilihat memegang kad manila dan melaungkan ‘tiga ringgit, tiga ringgit’ semasa menjual makanan di luar bangunan hotel tersebut.

Menurut Jeffrey, pihak mereka terpaksa mencari sumber pendapatan lain kerana tiada tempahan pengunjung ke hotel berikutan PKP.Kami lakukan ini adalah untuk bantu staf dan hotel untuk terus bertahan semasa musim Covid. Ini sajalah cara yang boleh kami lakukan kerana kami tak dapat apa-apa sangat dari kerajaan dan industri hotel,” katanya. 

Petugas di hotel tersebut juga telah mula menjual menu yang dimasak chef hotel tersebut bagi membantu mereka yang terdesak kerana tiada kewangan semasa tempoh PKP ini.Antara menu yang dijual oleh hotel tersebut ialah bihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam serta kesemua menu ini hanya dijual dengan harga RM3 je! Murah benor tuuu! 

“Respect dengan tauke hotel ni. Cari duit dengan usaha sendiri” Rata-rata warganet memuji tindakan pengurus hotel tersebut yang mencari alternatif lain dalam mendapatkan sumber pendapatan buat para pekerjanya. Malah dia juga tidak malu dalam mempromosi makanan yang dijual hotel tersebut.Kita doakan semoga mereka yang tengah struggle cari sumber pendapatan masa PKP ni dimewahkan rezeki mereka. Amin! 

Sanggup Cari Duit Dengan Jual Jeruk Asam Boi Lepas Ibunya Pergi Buat Selamanya. Perkongsian Yang Dibuat Pemuda Ini Raih Perhatian Warganet

Macam yang kita sedia tahu,sejak pandemik Covid19 mula melanda dunia telah menyebabkan pelbagai sektor ekonomi terjejas. Dan ramai di antara kita yang hilang pekerjaan dan terpaksa teruskan hidup dengan berniaga secara kecil kecilan.

Baru baru ini,seorang pemuda Hiken No Ace meminta pengguna media sosial di laman Twitter membantunya mempromosikan jualannya jeruk asam boi. Lebih menyedihkan lagi apabila mengetahui ibunya baru pergi buat selamanya dan kini dia yang menanggung keluarga.

Difahamkan Status yang dikongsikan pemuda ini di laman Twitter mendapat lebih 25 ribu tanda Retweet. Difahamkan, ibunya telah pergi buat selamanya pada Jumaat lalu dan kini dia hanya tinggal bersama adiknya sahaja. Segala komitmen dan perbelanjaan bulanan terpaksa dia tanggung.

Katanya, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan menyebabkan dia hilang pekerjaan. Apa yang dia boleh lakukan sekarang adalah berniaga jeruk asam boi di sekitar Kuala Lumpur sahaja.Difahamkan, sebelum ini dia bekerja tetapi dalam status kontrak. Namun, disebabkan PKP segala perniagaan terjejas dan syarikat berkenaan tidak meneruskan kontrak tersebut. Adiknya turut menghadapi nasib yang sama, tiada pekerjaan disebabkan PKP.

Mereka adik-beradik terpaksa berusaha dan bekerja keras bagi membayar komitmen bulanan seperti membayar rumah, barangan dapur, bil-bil kemudahan dan sebagainya.Terbaru, disebabkan ‘kuasa tularl’ dia telah menerima banyak tempahan jeruk asam boi tersebut. Pemuda ini meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pengguna media sosial yang telah membantunya.

Makanan Hanya Dijual Dengan Harga RM3 Sahaja. Pengurus Ini Terima Banyak Pujian Selepas Sanggup Pegang Promosi Makanan Demi Bantu Staf

Gara gara pelaksanaan PKP,pelancongan antara industri yang terjejas kerana sektor tersebut terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan wabak COVID19. Malahan hotel dan pusat pelancongan alami kerugian besar sehinggakan ada yang ditutup kerana tidak mampu menampung kos perbelanjaan. Gara gara jugalah,ramai individu kehilangan pekerjaan.

Walaupun begitu, kita patut memuji usaha seorang pengurus hotel di Pulau Pinang ini kerana sanggup turun padang dan membantu staf hotelnya menjual makanan demi mencari alternatif lain dalam sumber pendapatan. Menurut Instagram Bernama, Jeffrey Lim iaitu Pengurus Hotel Red Rock di Jalan Maccalister, George Town dilihat memegang kad manila dan melaungkan ‘tiga ringgit, tiga ringgit’ semasa menjual makanan di luar bangunan hotel tersebut.

Menurut Jeffrey, pihak mereka terpaksa mencari sumber pendapatan lain kerana tiada tempahan pengunjung ke hotel berikutan PKP.Kami lakukan ini adalah untuk bantu staf dan hotel untuk terus bertahan semasa musim Covid. Ini sajalah cara yang boleh kami lakukan kerana kami tak dapat apa-apa sangat dari kerajaan dan industri hotel,” katanya. 

Petugas di hotel tersebut juga telah mula menjual menu yang dimasak chef hotel tersebut bagi membantu mereka yang terdesak kerana tiada kewangan semasa tempoh PKP ini.Antara menu yang dijual oleh hotel tersebut ialah bihun tomyam, nasi goreng dan nasi ayam serta kesemua menu ini hanya dijual dengan harga RM3 je! Murah benor tuuu! 

“Respect dengan tauke hotel ni. Cari duit dengan usaha sendiri” Rata-rata warganet memuji tindakan pengurus hotel tersebut yang mencari alternatif lain dalam mendapatkan sumber pendapatan buat para pekerjanya. Malah dia juga tidak malu dalam mempromosi makanan yang dijual hotel tersebut.Kita doakan semoga mereka yang tengah struggle cari sumber pendapatan masa PKP ni dimewahkan rezeki mereka. Amin! 

Wanita Ini Kantoi Dating Semasa PKP. Sekali Bila Ingin Dibawa Ke Balai Ini Pula Respon Mereka.

Masih ada lagi individu yang berdegil dengan SOP yang telah ditetapkan. Malah, pihak berkuasa juga telah diingatkan dan telah memberi kompaun pada yang berdegil tetapi masih mengingkari oleh sesetengah pihak. Pihak polis menganggap serious soal SOP PKP yang telah ditetapkan ini. Ianya juga untuk kebaika kita bersama supaya wabak ini tidak berpanjangan dan tidak merebak jauh ke seluruh tempat.

Setiap pasangan mesti merancang setiap kali keluar berjumpa. Ini untuk membuatkan setiap destinasi yang dituju itu bakal dijadikan kenangan manis. Walaupun pada masa ini masih lagi dalam mood PKP, anda boleh simpan dahulu apabila tempoh PKP ini sudah selesai.

Seperti sebuah rakaman video yang tular di media sosial hari ini, dengan hampir 10 ribu tontonan rata rata warganet terhibur dengan gelagat gadis ini cuba untuk balik setelah dihalang pihak berkuasa kerana dating semasa tempoh PKP.

Anakkk oiii…tu Mak pak pesan ..jgn p mne..kan dah mendapat..nak keslan ka nak gelak…..brlajar dari kes.ilapan naaa…aduhaiiii. Tak mauu laa paklonggg takk mauuu la paklongg .. saat bilaa aku jadi paklong hang .. katanya. Ni mesti keluar tak habaq mak pak hang kan..sat g balik kepala hilang. Punyala r.omantik siap pakai baju sama kaler..hahahaha…sekali teqiak. Suh duk uma bkn melepak pandai kess dh naik mend.adak tak t.akut ka hampa semua, duk m.erayap buat apa. Suara die. Haha! Anywoos semut berkawad satu satu hoora hoore. Semut berkawad satu satu hoora hoore. Pompuan yg lebih2..lelaki tu duk relaxx jerr.

Nilai komp4un, denda ingk4r SOP dinaikkan dalam Ordinan D4rurat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kompaun dan denda bagi kesalahan individu atau syarikat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dinaikkan dalam Ordinan Darurat. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang menggubal hukuman lebih berat melalui ordinan berkenaan berikutan masih ramai yang gagal mematuhi SOP mengekang penularan COVID-19 ketika ini. Jelas Ismail Sabri, melalui pelaksanaan Ordinan Darurat tersebut, individu yang dihadapkan ke mahkamah akan dikenakan denda yang lebih tinggi berbanding sekarang.

“Jadi saya harap rakyat tidak perlulah sehingga diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana disiplin diri yang paling penting. Maka, tuan-tuan perlu patuh kepada setiap SOP yang dikeluarkan kerana SOP yang dikeluarkan bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi memastikan kesihatan tuan-tuan dapat dijaga dengan baik,” katanya dalam sidang media, pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri menambah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 494 lagi individu atas kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara Daripada jumlah tersebut, seramai 464 individu telah dikompaun sementara 29 direman dan seorang dibebaskan dengan jaminan polis. Kesalahan tersebut termasuk tidak memakai pelitup muka, merentas negeri tanpa kebenaran serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Mengenai Op Benteng pula, Ismail Sabri berkata, 21 warga asing tanpa izin (PATI) ditangkap, manakala dua kenderaan darat dirampas. Dalam operasi itu, turut dikesan 110 bot dan kapal berada di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan. Sumber: OM, astro awani

Tular Di Twitter Satu Paparan Skrin Di Status Whatsapp Seperti Mempersoalkan Situasi PKP. Sekali Ini Respon Warganet.

Ramai warganet mengkritik individu itu yang disifatkan seolah-olah sedang mengata diri sendiri. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk mengambarkan sikap individu ini yang seolah-olah mencari kesalahan orang lain, sedangkan dia turut melakukan perkara sama. Terbaharu, tular paparan skrin status WhatsApp individu itu yang memuat naik foto pelanggan di sebuah gedung perabot terkenal.

Posting asal status WhatsApp berkenaan.

Menerusi kapsyen, dia mempersoalkan situasi itu yang kelihatan seperti bukan dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “PKP ke tak ni oii?” soalnya sambil meletakkan satu emoji ketawa. Paparan skrin status WhatsApp itu kemudiannya ditularkan ke Twitter sehingga menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet). Pergi I**a, up gambar tayang makhluk ramai ya ampun, lepas tu persoalkan PKP ke tak ni oii?

Kan! Patut dia tanya diri dia semula soalan tu.

“Eh buntal, kau tak kira makhluk ke menyemak kat I**a tu?” soal @fazrulazreen menerusi Twitter. Rata-rata warganet turut mempersoalkan tindakan idividu itu yang dianggap tiada beza dengan pelanggan lain yang berkunjung ke sana.

Status WhatsApp itu tular selepas dikongsi seorang individu menerusi Twitter.

Malah kata warganet, melihat kepada situasi itu, maka tidak hairan jika kes Covid-19 di negara ini meningkat saban hari. “Agak pelik sekali. Orang yang ambil gambar ni mengadu ramai kat I**a walaupun PKP. Tapi apa yang dia sendiri buat kat sana waktu PKP?

Warganet di Twitter luah rasa bimbang ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

“Agaknya dia seorang je ada urusan penting dekat I**a. Orang lain yang ramai-ramai tu pergi tanpa sebab. Salahkan I**a kenapa? Salahkan diri sendiri yang gigih pergi sana jalan-jalan. Sedangkan dah cakap stay at home. “Kan! Patut dia tanya diri dia semula soalan tu,” tulis beberapa warganet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *