Mempunyai 375 ribu pengikut di Tiktok. Gadis ini kongsi kerjayanya dan luah perasaannya selepas terima pelbagai komen negatif

Viral

Difahamkan Raihan mula aktif di Tiktok sekitar tahun 2018. Apabila menampilkan diri sendiri secara terbuka di media sosial kita pastinya tak terlepas menjadi bahan pandangan warganet. Sudah jadi lumrah, ada yang suka, ada pula yang tak menyukai sehingga sanggup tinggalkan pelbagai komen jahat.

Bagi Raihan Farhana Abdullah, 19, dia yang memiliki berat badan 178 kilogram (kg) tidak terlepas menerima komen kecaman di aplikasi TikTok.Aktif menghasilkan video sejak 2018, dia yang mesra disapa Raihan menganggap komen sebegitu sebagai lumrah biasa dalam hidupnya.

“Saya dah aktif TikTok sejak tahun 2018. Sekadar suka-suka untuk hilangkan stres. Seronok main TikTok.”Komen mengenai bentuk fizikal badan ni, saya dah lalui sejak zaman sekolah. Memang dari kecil lagi.”Saya selalu dikritik sampai benda tu dah tak masuk dalam fikiran,” ujarnya.

Kata Raihan yang menetap di Tanah Merah, Kelantan, segala kata kritikan itu juga menjadi pembkar semangat untuk dia menguruskan badan.Sejak memulakan diet pada November tahun lalu, dia sudah kehilangan 10kg dan ia ternyata menjadikan dia lebih bersemangat untuk mencapai berat ideal suatu masa nanti.

“Saya ambil sebagai pembaar semangat. Bila orang kecam, saya nak buktikan bahawa saya boleh kurus.”Sekarang saya kawal pemakanan dan bersenam, Alhamdulillah dah turun 10kg. Rasa bersemangat sebab ada target.

“Antara kritikan yang paling saya ingati sebelum ni, orang cakap saya tak perlu buat video sebab gemuk.”Semua kata-kata orang saya tak ambil peduli, ia buatkan saya lebih tekad untuk buktikan sebaliknya,” kata Raihan.Bercerita mengenai dirinya, Raihan yang sudah tiada bapa kini menetap dengan ibunya yang juga seorang tukang urut.

Menurut Raihan yang juga anak kedua daripada tiga beradik, dia bersyukur apabila menerima sokongan penuh keluarga selama ini.Malah katanya, dia turut menerima mesej di media sosial termasuklah daripada jurulatih kecergasan yang mahu membantu dirinya untuk kurus.

“Kepada waragnet yang selalu kritik, saya tentunya ada perasaan. Cuma saya dah tak hiraukan. Kepada mereka yang berbadan besar, jom sama-sama kita turunkan berat.”Emak dengan adik beradik banyak bagi sokongan. Mereka banyak bantu saya dalam proses ini. Malah, ada yang turut mesej saya nak kongsi ilmu dan sebagainya.

“Jika ada orang gemuk yang nak bertanya, saya juga bersedia kongsi apa yang saya tahu,” ujarnya lagi.Kini, dia turut menjalankan perniagaan perkhidmatan ‘kejutan hari lahir’ di sekitar Tanah Merah.”Ada yang kata, dulu followers sikit tak buat bisnes. Sekarang dah ada followers, terus minta simpati buat bisnes.

“Saya sebenarnya tengah tunggu nak sambung belajar. Saya duduk rumah tak ada buat apa, tercetus dalam fikiran nak tolong mak. Jadi saya buat bisnes,” ujarnya lagi.Di Tiktok misalnya, video-video gadis itu turut meraih jutaan tontonan, sekali gus membuatkan dia dikenali ramai.Dia kini memiliki 375,000 pengikut di TikTok.

Sanggup Ambil Gambar Usahawan Otai Solat Di Gerai Dan Tak Sangka Ia Tular. Sekali Ini Respon Warganet Dan Ini Punca Dia Minta Maaf

Difahamkan hampir setiap hari melihat anak muda yang bernama Firdaus mengerjakan solat di gerai burger,gadis yang bernama Farha tergerah hati untuk membuat rakaman video. Menceritakan pengalamannya, Nur Farhana Kamarrudin, 19 berkata dia tidak berniat untuk menularkan kisah penjual burger tersebut tetapi sekadar ingin berkongsi kegigihan seorang umat Islam yang tidak lupa melaksanakan kewajibannya.

“Semoga urusan dipermudahkan, syurga buatmu anak muda,” tulisnya pada kapsyen TikTok .Nur Farhana yang berkerja di sebuah restoran di kawasan Plaza Indah, Kajang itu berkata selepas video tersebut tular, dia tiba-tiba berasa serba salah kerana merakam video pemuda yang berusia awal 20-an itu tanpa kebenarannya.

Farhana yang membuat rakaman itu pada Ahad lalu, kira-kira pukul 5 petang ketika Muhammad Firdaus Hakimy Afinddy sedang menunaikan solat Asar di gerainya berdekatan lokasi tempatnya bekerja.Video yang dimuat naiknya di aplikasi TikTok itu tular sehingga mendapat lebih 42,000 likes dan 300 komen.

“Sebenarnya, masa saya nak rakam video tu pun memang dah rasa serba salah sebab ambil tanpa pengetahuan dan izin dia.”Hampir setiap hari saya nampak dia solat di situ tiba-tiba sahaja hari tu tak tahu kenapa saya terdetik hati nak rakam, edit dan kongsi dengan orang ramai.

“Sehinggakan kakak penjual burger tu pun komen minta saya hantar video adiknya kepada dia.”Tetapi selepas saya terbaca beberapa komen warganet yang cakap tak baik tularkan pemuda tu, terus saya terdetik nak jumpa dia dan minta maaf,” ujarnya.

Oleh itu, pada Isnin Farhana bersama rakannya Nurainaa Jasri, yang seusia dengannya telah ke gerai burger tersebut untuk bertemu dengan Firdaus dan memohon maaf.”Saya dengan kawan tak sedap hati sebab video tu sampai tular kan.. takut dia terasa hati atau rasa kurang selesa.

“Masa saya datang minta maaf tu saya tanya dia tahu tak video dia tular.. Dia cakap tahu sebab ada kawan hantar di grup WhatsApp.”Saya minta maaf sangat. Dia cakap tak apa dia tak kisah pun malah siap cakap terima kasih,” katanya.

Bagi dia,Perlakuan lelaki itu kata Farhana menampakkan dia seorang yang baik, juga pemalu kerana dia asyik tunduk ketika bercakap dengannya.”Tenang je hati berdepan insan macam ni,” katanya.Sementara itu, berdasarkan pemantauan di ruangan komen mendapati ada beberapa individu yang mempunyai pengalaman bekerja dengan francais Otai burger memberitahu mereka telah dididik untuk mengerjakan solat terlebih dahulu sebelum berniaga..

“Kalau nak tahu pekerja Otai semua duduk asrama dan dididik bangun solat subuh, jemaah bersama.”Terima kasih kak, saya salah seorang usahawan Otai… Kami satu hati satu jemaah, amin,” tulis beberapa individu di ruangan komen.

Farhana berkata biarpun dirinya belum menutup aurat dengan sempurna, namun dia menganggap tidak salah berkongsi perbuatan baik seperti ini.”InsyaAllah, siapa tahu pengalaman ini akan membuatkan saya berubah ke arah kebaikan walaupun sedikit,” jelasnya.

Gerai Beroperasi Depan Rumah Sahaja Dan Kelihatan Seperti Kafe Hipster. Wanita Ini Cerita Inspirasi Yang Dia Peroleh

Sempena musim PKP ketika ini membuatkan lebih ramai berusaha untuk menjana pendapatan dengan cara yang kreatif. Ini termasuklah bisnes secara kecil kecilan dari rumah.Walau hanya ‘kedai biasa’, tetapi gerai seorang wanita yang beroperasi di hadapan rumahnya kelihatan seperti sebuah kafe hipster.Pengusaha gerai berkenaan, Nur ‘Atiqah Bahirah Raidah Ahmad Zubaidi berkata, gerai tersebut dibuka di kediamannya di Seri Manjung, Perak.

Tambahnya Wanita berusia 36 tahun itu, idea untuk menjalankan bisnes tersebut adalah inspirasi daripada perniagaan ibunya yang sebelum ini mengusahakan gerai minuman.”Mak pernah buka gerai minuman selama lima tahun sehingga 2016. Mak jual cendol dan air Milo depan rumah, lokasi yang sama saya buka gerai jual kopi sekarang.

“Kebanyakan pelanggan mak adalah pelajar memandangkan rumah kami terletak berdekatan dengan sekolah dan menjadi laluan utama mereka,” katanya .Lebih mesra disapa ‘Atiqah, katanya, gerai kopinya mula beroperasi sejak pertengahan Januari lalu ketika PKP 2.0 mula dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak.



Persiapan untuk mengecat semula kabinet kayu lama.Tanpa perlu berbelanja besar, kabinet kayu lama di rumahnya telah diubah suai dan dan dicat semula, sebelum dijadikan sebagai kaunter yang beroperasi seawal pukul 8 pagi hingga 6.30 petang.”Dulu kabinet kayu tu jadi tempat simpan barang-barang lama, diletakkan di luar rumah. Daripada terbiar, saya ubah suai jadi kaunter untuk ambil pesanan pelanggan,” ujarnya.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia menghadapi cabaran kerana ketika PKP ini sebahagian besar pelajar masih menjalani kelas secara dalam talian dari rumah.”Jadi, tak ramai pelanggan yang datang. Tapi syukur, ada 11 cawan yang terjual masa hari pertama gerai beroperasi.”Bila ada rakan yang kongsi pasal gerai saya di laman Twitter dan menjadi viral, terus naik sebanyak 40 cawan pada hari ketiga dan pelanggan semakin bertambah,” ujar ‘Atiqah..Membuat persiapan di ‘dapur’.

Bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) itu berkata, kedai biasa yang diusahakannya itu juga mempunyai kelebihan kerana menjual kopi pada harga ‘biasa-biasa’.”Bukan semua orang mampu nak rasa minuman kopi di kafe-kafe popular sebab harganya bukan murah. Jadi, saya tawarkan harga mampu beli antara RM4 hingga RM7.

“Dan percaya atau tidak, budak-budak yang ramai datang membeli,” tambahnya.Gerai dikunjungi ramai pelanggan.Walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga mahupun menjadi barista sebelum ini, namun ‘Atiqah menjadikan kegigihan ibunya mencari rezeki sebagai idolanya.

“Mak dulu jual cendol tengah panas bila orang nak pergi atau balik sekolah. Ramai masa tu yang datang membeli. Kepuasan mak berniaga tanpa kenal penat lelah tu membakar semangat saya.”Kalau saya tak cuba, saya tak tahu. Sekurang-kurangnya mencuba dan banyak saya belajar dari laman YouTube.”Tak ada ilmu atau tak pernah kerja sebagai barista tak apa, yang penting saya belajar untuk jadi seperti mereka yang berpengalaman,” katanya yang mempunyai impian untuk mengusahakan kafe sendiri pada masa akan datang.

Penghantar Makanan Ini Dedah Dah Beli Makanan Sampai Ratusan Ringgit. Sekali Pelanggan Ini Cancel Order Dan Ini Yang Terjadi

Sebelum ini pernah tular kisah seorang penghantar makanan yang terima pesanan misteri yang membuat pesanan dari tempat persemadian Cina. Namun,apabila sampai ke tempat kejadian tidak kelihatan sesiapa pun berada di situ. Ekoran daripada kejadian itu,lelaki itu tampil memberikan nasihat kepada orang ramai dengan tidak melakukan prank order yang sekali gus menyusahkan pelbagai pihak.

Baru baru ini, seorang penghantar makanan dikenali sebagai Anas Mansor, tampil meluahkan rasa kecewa terhadap pelangganya yang ‘mendiamkan’ diri setelah pesanan tersebut telah diambil olehnya. Kisah tersebut diceritakan menerusi satu video di laman TikTok menerusi akaunnya.

Berdasarkan video tersebut, lelaki ini menceritakan dia mendapat pesanan penghantaran makanan yang berharga RM110 dan pelanggannya ketika itu memilih kaedah membayar secara cash on delivery. Namun, setelah makanan tersebut diambil olehnya pelanggan tersebut bertindak mendiamkan diri dan sama sekali tidak menjawab panggilan dan mesej yang dibuatnya.

Tidak berakhir di situ, pelanggannya yang tidak bertanggungjawab itu juga tidak meletakkan alamat yang betul, ditambah pula keadaan cuaca yang panas ketika itu. Susulan daripada pelanggan itu yang bertindak mendiamkan diri, pihak pengurusannya memaklumkan pesanan tersebut telah dibatalkan dan dia perlu menunggu pesanan yang seterusnya.

Lagi menyedihkan, apabila dia meluahkan rasa kecewa apabila tidak mendapat bayaran yang sepatutnya diteirma olehnya.Jauh-jauh aku datang dan aku tak dapat payment penuh sebab order tu cancel. Banyak-banyak ni nak buat apaPada masa yang sama, dia turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya meletakkan alamat yang betul dan sentiasa memeriksa status pesanan yang telah dibuat.

Perunding Kecantikan Ini Sanggup Buat Agihan Makanan Kepada Rider. Ternyata Perkongsian Yang Dibuat Raih Tumpuan Orang Ramai

Selepas PKP berlangsung,kebanyakan kita terpaksa duduk di rumah sepanjang pandemik Covid 19 masih ada, malahan golongan rider banyak membantu dalam kehidupan sehari hari. Paling ketara tentunya tugas mereka menghantar pesanan makanan terus ke pintu kediaman kita,sekaligus memudahkan urusab harian kala ini.

Dalam usaha menghargai golongan itu, seorang perunding kecantikan yang juga ahli perniagaan, Nur Azraliyana Azmi, 25, tampil dengan inisiatif agihan makanan percuma buat mereka.Video agihan sumbangan yang dibuat di Senawang, Negeri Sembilan pada Isnin dan Selasa itu turut meraih perhatian ramai menerusi media sosial.

Dia yang mesra disapa Azra mendedahkan usaha murni itu dijayakan dengan sumbangan dana peribadi oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.”Ini sebenarnya idea ibu saudara saya. Dia sudah buat inisiatif ini di ibu negara baru-baru ini. Saya kata, alangkah indahnya kalau boleh buat perkara sama.

Tambahan pula Azra merupakan seorang perunding kecantikan dan juga ahli perniagaan.”Kemudian ibu saudara kata, kenapa tak buat di Negeri Sembilan? Dia yang bagi tunjuk ajar kepada saya.”Ini inisiatif keluarga dan kawan-kawan, dengan pasukan bisnes saya. Keluarga saya pun ada buka kedai kerepek di Senawang, sebelum ini keluarga saya ada buat tabung makanan di kedai.”Bila dengar saya nak buat untuk rider, mereka pun nak sertai dan bagi sumbangan. Tapi yang turun buat agihan tak ramai sebab tak digalakkan dalam waktu sekarang,” ujarnya.

Dalam video tular itu, Azra bersama beberapa individu lain berada di Dataran Senawang sebelum mengagihkan bungkusan makanan seperti bihun dan nasi bajet buat golongan rider.Jelas Azra yang masih belum mendirikan rumah tangga itu, dia bersyukur apabila rancangan itu berjalan lancar yang mana ia disifatkan cukup bermakna buat dirinya.

“Sebenarnya kita bukan tolong golongan rider sahaja. Makanan yang diagihkan, kami tempah daripada peniaga kecil. Jadi dapat tolong mereka juga.”Memang perasaan tu, rasa lapang dada. Saya tak pernah ikuti program kebajikan sebelum ini. Ini kali pertama saya handle.”Paling best bila rider doakan kita balik. Masa saya hulurkan makanan, mereka berdoa depan-depan, mohon saya dimurahkan rezeki.

Bihun dan nasi bajet antara yang diagihkan pada Isnin dan Selasa lalu.”Bila dia bagi reaksi macam tu, saya rasa terharu. Patutlah ramai orang nak buat kebajikan, saya baru dapat rasa benda tu.”Sebab dia doakan kita depan-depan, tak dapat saya nak gambarkan perasaan tu,” ujarnya yang menetap di Seremban.

Menurut Azra, dia juga tidak kisah berpanas dalam misi itu kerana ia cukup memberi kepuasan kepadanya.”Sebak juga sikit, tapi lebih kepada happy sebab dapat membantu. Bila borak dengan kawan-kawan, ada yang kata… gigihnya kat tengah panas, tak penat ke?

Agihan kepada rider di sekitar Senawang.“Bagi saya, ia penat yang memberi kepuasan. Dengan respon positif di media sosial, saya rasa lagi bersemangat untuk teruskan pada masa akan datang.”Mungkin tak semua boleh membantu dari segi kewangan, tapi kita boleh bantu dengan duduk di rumah untuk kurangkan jangkitan Covid-19.”Sekecil-kecil duduk di rumah pun dah boleh tolong ramai orang. Saya sebagai orang bisnes berdoa agar ia berakhir segera.”Siapa nak hidup macam ni, dah setahun berlalu,” ujarnya mengakhiri bicara.

Berusaha Untuk Membangunkan Ibunya Yang Tidak Bangun Bangun. Kisah Sedih Gadis 10 Tahun Terus Jadi Yatim Piatu Setelah Ibunya Tiada Akibat Covid19

Baru baru ini,seorang gadis berusia 10 tahun di desa Benda Baru,Kabupaten Pamulang,Kota Tangerang Selatan,Indonesia tinggal sebatang kara apabila Covid19 mengambil nyawa ibunya. Kisah sedih ini telah mnimpa adik Aisyah Alusa selepas ibunya pergi tinggalkannya buat selama lamanya akibat daripada virus COVID19 pada 15 Januari 2021 yang lalu.

“Ayahnya sudah pergi buat selamanya ketika Aisyah masih berumur 2 tahun,” kata Marliansyah A. Baset, Ketua RW 18, Benda Baru, kepada wartawan.Baset juga turut menceritakan tentang nasib malang yang menimpa adik Aisyah ini. Bermula pada pagi Jumaat yang lalu, Allahyarham Rina, ibu kepada adik Aisyah, mengadu pening kepala, batuk dan demam kepada jiran di rumahnya. Kemudian, Rina telah dihantar ke Pusat Kesihatan Benda Baru untuk mendapatkan rawatan.

Ketika tiba di pusat kesihatan tersebut, Rina telah menjalani ujian rapid test dan telah disahkan positif terhadap virus COVID-19. Kemudian, pusat kesihatan tersebut telah merujuknya ke Hospital Permata bagi menjalani ujian swab PCR.

“Hasilnya dia telah disahkan positif COVID-19 dan telah diberikan pilihan sama ada mahu dirawat di hospital atau mengkuarantinkan diri di rumah. Kerana risau untuk tinggalkan anaknya keseorangan di rumah, dia telah memutuskan untuk mengasingkan diri di rumah sahaja,” kata Baset.

Kemudian, ketika dia sampai di rumah, Aisyah menjaganya dan memberinya makan. Sehingga akhirnya pada petang Sabtu, Aisyah telah berusaha untuk membangunkan ibunya yang masih tidur bagi bersiap-siap untuk solat Maghrib secara berjemaah, namun ibunya itu tidak bangun-bangun.Tubuh ibunya menjadi kaku, dia terus menggoncangkannya dengan harap agar mata ibunya itu terbuka memberi respon kepada Aisyah.

Hingga akhirnya, Aisyah telah menangis sambil memanggil-manggil ibunya. Jiran-jirannya yang terdengar teriakan itu terus pergi ke kawasan rumah Aisyah.“Kami juga berasa serba salah kerana kami tahu bahawa almarhumah telah dijangkiti COVID-19. Dan tidak ada siapa pun yang diizinkan masuk ke rumahnya, disebabkan itu saya segera menghubungi pusat kesihatan,” kata Baset.

Kemudiannya, doktor dari pusat kesihatan datang dengan memakai sut PPE yang lengkap dan telah mengesahkan bahawa pesakit itu telah tiada. Sejurus selepas itu, jnzhnya itu telah dirapikan di atas tempat tidur sementara menunggu pasukan petugas COVID-19 datang untuk mengsemadikanya.“Kerana sudah malam, persemadian tidak dapat dilakukan, para petugas hanya datang keesokan harinya,” kata Baset.

Pada hari Ahad, 17 Januari 2021, pasukan petugas COVID-19 yang berpakaian lengkap dengan sut PPE telah datang. Selepas ibunya dimandikan, ianya segera disemadikan.“Hari minggu itu juga saya bawa Aisyah ke hospital untuk melakukan ujian swab. Ternyata Aisyah juga telah dijangkiti dengan COVID-19 daripada ibunya. Aisyah terus dibawa ke Rumah Lawan COIVD-19 di Tangsel,” ujar Baset.

Sehingga kini, Aisyah masih lagi dalam rawatan sementara penduduk setempat memerhatikan pengambilan makanannya serta apa yang diperlukannya semasa dirawat.“Kami memastikan segala keperluan Aisyah mencukupi, kami memantaunya setiap hari, kami memberikan makanan yang sedap-sedap dan sihat, untuk pastikan dia terus bersemangat demi kesihatannya,” kata Baset.Sumber: Liputan6

Sebak Dengan Kisah Budak Lelaki Ini Bila Dia Kehilangan Ayahnya Sebab Covid19 Masa Dalam Kuarantin Dan Lebih Menyedihkan Lagi Apabila Melihat Riak Wajah Adik Ini

Sungguh mengharukan, seorang anak muda kehilangan ayahnya akibat Covid-19 ketika dirinya sedang menjalani tempoh kurarantin.Tak dapat menatap buat kali terakhir, apatah lagi mencium dahi kerana pandemik yang membahayakan ini.Video adik ini tular di Twitter setelah perkongsian daripada Fahmi ini telah meraih sebanyak hampir 7K retweets dalam masa 13 jam ia dikongsikan.

Adik ini dikatakan sedang menjalani tempoh kuarantin di Maeps Serdang. Orang ramai yang turut bersimpati di dalam pusat kuarantin itu turut memberikan sokongan moral.Mereka membuat bacaan yassin dan tahlil untu arwah ayah adik ini. Orang ramai yang berada disana juga turut memberikan sumbangan kepada adik ini.

Sudah semestinya  ia membuatkan kami rasa sebak bahkan warganet juga apabila mengenangkan nasib ini, lebih menyedihkan lagi apabila melihat riakk wajah adik ini. Mungkin dia sunyi berseorangan dalam pusat kuarantin sebab ayah dia dah tak ada.Tak boleh bayangkan kalau aku ada dalam situasi ini – Warganet

Orang ramai yang ingin salurkan bantuan boleh berikan sumbangan anda ke nombor akaun Maybank,  Nur Kamilatul Alifah, 162021615921 atau ke nombor akaun ibunya NORASAH BINTI ABDUL AZIZ, Agrobank seperti yang tertera dibawah.

Sebelum Ini Kecoh Video Budak 5 Tahun Naik Ambulans Seorang Diri Selepas Disahkan Positif Covid 19. Ini Keadaan Terkininya.

Ketika ambulans sampai untuk mengambil anak perempuannya, Nur Saffiya di rumahnya di Sepang malam tadi, hati Ira Hazwani tidak tenteram. Baru berusia lima tahun, Saffiya disahkan positif Covid-19, sedangkan ibu dan adik perempuannya tidak dijangkiti virvs berkenaan.

“Semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil Safiyya, saya tak dapat ikut untuk hantar dia. Kalau saya ikut, saya perlu bawa anak yang kecil sekali. Ini akan merisikokan anak kedua saya yang baru berusia tiga tahun,” kata Ira Hazwani kepada Malaysiakini hari ini.

Saffiya dipercayai mendapat virus itu daripada ayahnya, yang disahkan positif selepas disaring di tempat kerja. Ayahnya, Muhammad Ifwan ditempatkan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setelah Saffiya disahkan positif, Ira Hazwani berkata KKM memindahkan suaminya ke Hospital Kuala Lumpur, supaya dia dan Saffiya dapat bersama. Meskipun tahu Saffiya akan tinggal bersama ayahnya, Ira Hazwani tetap risau untuk melepaskan anak perempuannya itu ke hospital menaiki ambulans seorang diri.

“Perasaan saya memang sedih dan risau, sebab dia baru umur lima tahun, kena pergi seorang-seorang naik ambulans. Takut tak jumpa ayah dia dekat sana. Tapi bila tanya dia, ‘Kakak okay ke naik ambulans seorang-seorang? Mama tak ada’ Dia jawab, ‘Kakak okay. Kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah. Sekarang dia dah bersama ayah dia,” kata Ira Hazwani.

Dalam satu video yang dirakam Ira Hazwani, Saffiya kelihatan tenang dan bersemangat ketika mengucapkan selamat tinggal. Satu lagi video yang dirakam Muhammad Ifwan selepas itu pula, menunjukkan Saffiya teruja apabila dapat bertemu dengan ayahnya. Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan.

“Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi. Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *