Mampu jamah makanan sekali sehari dan terpaksa catu makanan. Pasangan warga emas ini kongsi kisah mereka

Kehidupan

Bak kata orang,berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Dan inilah nasib pasangan warga emas ini yang terpaksa mencatu makanan harian mereka. Berbekalkan wang bantuan JKM,mereka sanggup berjimat dengan makan sekali sehari.

Difahamkan Arshad Sukri, 75, dan isteri, Saadiah Kasim, 76, kini tinggal di sebuah rumah sewa yang kelihatan agak uzr di Kampung Sembrong Lapis, Kluang, Johor tidak mempunyai pendapatan lain.Menurut Arshad, mereka menjamah makanan sekali sehari bagi mengelakkan bahan mentah terputus sebelum sampai hujung bulan iaitu tarikh penerimaan bantuan JKM.

“Kami juga bersyukur kerana pemilik rumah sewa mengizinkan untuk tinggal tanpa sebarang bayaran, ” katanya selepas menerima sumbangan Yayasan Perbandaran Kluang (YPK) menerusi program Ziarah Kasih YPK di rumahnya pada Jumaat.Sumbangan disampaikan Pengurus Eksekutif YPK, Zainani Jamaludin yang turut dihadiri Penolong Pegawai Tadbir Unit Komunikasi Korporat dan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Kluang (MPK) serta Ahli Jawatankuasa Penerangan UMNO Bahagian Kluang, Abdul Rahiman Alwi.

Menurut Arshad, dia masih mampu bekerja ringan tetapi disebabkan keadaan isterinya yang sakit dan hasrat itu terpaksa dilupakan.“Kami mempunyai seorang anak perempuan tetapi sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain.”Sesekali ada juga anak tunggal kami datang membantu namun kami faham dia juga ada kekangan dan mempunyai keluarga sendiri, ” katanya.

Selain daripada bantuan JKM katanya, pemimpin setempat serta jiran ada memberikan makanan dan bahan keperluan asas bagi membantu mereka meneruskan kehidupan.Menurut Arshad, semua kerja rumah seperti memasak dan mencuci pakaian dilakukan sendiri selepas keluar ke kedai runcit pada setiap pagi berdekatan rumah menggunakan basikal bagi mendapatkan bahan mentah.

“Jika semua barang-barang keperluan dapur lengkap, saya hanya tinggal di rumah menemani isteri sambil melakukan kerja rumah, ” ujarnya.Sementara itu, Zainani berkata, pihaknya mengetahui berkenaan pasangan itu selepas dimaklumkan penduduk kampung sebelum datang sendiri melihat keadaan warga emas terbabit.“Berikutan itu, kedatangan hari ini (Jumaat) untuk mengenal pasti keperluan mereka selain menghulurkan bantuan sewajarnya sebelum langkah susulan diambil bagi memastikan kehidupan mereka berdua terbela, ” katanya. – Sinar Harian.

Tular Seorang Pakcik Jual Air Kelapa Yang Tidak Dibantu Sesiapa. Sekali Ahli Keluarganya Tampil Jelaskan Hal Sebenar.

Beberapa hari lepas viral di laman media sosial perkongsian mengenai seorang pakcik warga emas yang dirakam ketika sedang menjual air kelapa. Perk0ngsian tersebut bukan sahaja mendapat perhatian dan simpati ramai malah membuatkan ramai dalam kalangan warganet yang tampil menghulurkan bantuan.

Walaupun ramai yang membantu dan menyatakan simpati, namun ada juga segelintir warganet yang dilihat mempersoalkan tanggungjawab mereka dalam menjaga kebajikan pakcik berkenaan. Tidak mahu perkara tersebut terus berlarutan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai, salah seorang wakil daripada keluarga lelaki tersebut kemudiannya tampil menjelaskan situasi sebenar.

Menurut individu yang hanya mahu dikenali sebagai @balqishmazlan itu, warga emas tersebut yang dikenali dengan ‘Atok Long’ mempunyai sebuah perniagaan iaitu menyediakan servis kanopi namun disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan beliau telah melibatkan diri di dalam perniagaan menjual air kelapa.

“Saya tiada niat lain selain membantu keluarga ini. Atok Long ini dia ada perniagaan kanopi, jadi faham-fahamlah apabila sudah PKP, business dia jatuh macam mana. Betullah apa yang dia kata, dia mempunyai anak dan cucu. Cucu pula dijaga oleh nenek. Saya nak tekankan yang Atok Long memang seorang yang kuat dan suka bekerja. Dia sejenis yang tidak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja yang ingin dibuat. Anak-anak beliau sudah pesan banyak kali untuk duduk rumah namun beliau masih berdegil hendak membuat kerja,” jelas beliau melalui untaian (thread) berikut.

Menurut beliau, disebabkan oleh itu, anak-anak kepada ‘Atok Long’ tersebut tidak dapat lakukan apa-apa selain akur atas permintaan beliau ingin bekerja.

Sedih atas kritikan yang diberikan

Menjawab persoalan dari pihak The v0cket, apabila perkara tersebut v!ral di seluruh media sosial, ahli keluarga bagi ‘Atok Long’ tidak berapa senang kerana mereka jelasnya masih berkemampuan untuk membiayai keperluan warga emas tersebut.

“Mereka bersedih atas semua kritikan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap diri mereka. Yang menyatakan mereka tidak reti menjaga kedua ibu bapa. Mereka menangis atas kritikan yang diberikan sampai mereka berasa ketakutan. Nasihat saya, tidak salah memberikan bantuan kepada orang yang nampak di dalam kesusahan tetapi adalah satu tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menjaga mulut dari berkata kata buruk. Menol0ng orang itu amalan yang baik, namun andaian yang melampau tanpa soal siasat adalah bur0k,” jawab beliau.

Justeru, beliau berharap selepas dari perkara ini, setiap kali jika ternampak kisah-kisah yang seakan seperti ini dipersilakan untuk menol0ng namun simpanlah kata-kata berbentuk negatif di dalam hati sahaja kerana kita tidak tahu akan perkara sebenar. Diharap dengan perk0ngsian ini, ia dapat membantu menjawab persoalan serta andaian dari rata-rata rakyat Malaysia berkenaan isu tersebut. – Sumber dipetik dari The v0cket, Twitter@balqishmazlan

Sebak Lihat Pakcik Usia 80 Tahun Jual Air Kelapa. Seorang Pelanggan Ini Membuat Perkongsian Menyentuh Hati Perasaan Orang Ramai

Demi kelangsungan hidup,pakcik yang berusia lebih kurang 80 tahun tetap gigih bekerja untuk sara kehidupannya dan isteri serta cucu tercinta. Dan mungkin ini adalah pekerjaan yang sudah lama. Namun begitu, perkongsian kali ini telah menyentuh hati kecil ramai pembaca. Mana taknya,bila kita lihat pakcik ini,mula lah teringat mak ayah di kampung.

Perkongsian penuh hiba ini dikongsikan oleh salah seorang pelanggan tetap pakcik air kelapa ini yang dikenali sebagai Aida Aidil. Wanita ini berharap perkongsiannya akan dapat sambutan daripada orang ramai supaya dapat membantu pakcik ini.

Menurut wanita ini semasa dihubungi, lori pakcik ini akan berada di kawasan Bandar Puteri, Klang. Tempatnya agak tersorok sikit tetapi berdekatan dengan laluan yang orang ramai selalu guna. Jalan ini antara laluan untuk orang naik dan turun dari KESAS. Bagi yang tinggal di kawasan Johan Setia mungkin mereka lebih familiar.

Tambahnya, jangan take them for granted. Macam mana kita buat kat parents kita macam tu anak kita akan buat kat kita bila kita dah tua. Pakcik ni dah 80 tahun. Isteri jaga cucu kat rumah.Aku tak kenal pakcik ni tapi memang dah kebiasaan aku kalau membeli dengan orang macam ni aku suka nak tanya sebab kadang ada yang jenis nak share problem mungkin boleh tolong dorang ringankan beban sikit-sikit.

Bila aku tengok pakcik ni aku terbayang tokki aku dulu lebih kurang mcm ni la. Abah aku pun kalau dah umur macam ni mungkin macam ni juga susuk dia. Aku jarang balik kampung bila balik nampak sangat perubahan parents aku.

As a designer. Aku cuba buat mana yang aku rasa perlu untuk marketing pakcik ni. Harap sesiapa yang baca ni akan dapat manfaat dan its time for us to give back to our parents. Sedekah tu bukan dari aku sahaja, ada juga dari kawan2. tak dapt bantu banyak.

By the way, aku rakam sebab aku nak anak-anak yang ada mak bapak yang sebaya pakcik ni tengok and renung kat mak bapak masing-masing. Sanggup ke weh tengok dorang kerja mcm ni. Bagi dorang jaga cucu lagi. Pakcik cakap dia kerja sebab kena bayar bills aku tak nak tanya banyak nanti bngkak mata aku.Sesiapa yang nak derma dekat pakcik ni boleh bank in dekat bank saya 168621030856 -maybank -CHE ENGKU NUR AIDA .

Semoga dimurahkan rezeki korang semua Loudly crying face. Nanti pakcik ni nangis lagi. At least dia nangis kurang beban kan. yay! Thank you so much.The purpose saya buat thread ni bukan nak mengaibkan anak menantu pakcik ni ya. Focus saya hanya untuk kelangsungan hidup pakcik ni je. Meringankan beban dia. Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok org tua kena hadap benda mcm ni.

Tular Di Laman Tiktok Anak Merakam Video Bapanya Yang Sedang Makan Nasi Kosong. Sekali Jawapan Bapa Ini Buatkan Orang Lain Rasa Sebak.

Baru-baru ini viral di laman TikTok satu video seorang bapa makan nasi kosong sehingga undang simpati orang ramai. Video itu dirakam oleh anaknya sendiri yang sememangnya aktif di aplikasi tersebut dan sering berkongsi rutin sehariannya. Menurut bapa berkenaan, video itu bukan tujuan meraih simpati atau lakonan seperti did4kwa sesetengah warganet.

Video ini mula viral di TikTok selepas individu yang dikenali sebagai Nissa berkongsi video mereka di laman Twitter sehingga mendapat 7k retweet. Rata-rata sebak melihat video itu dan tak kurang juga yang tersentuh melihat kasih sayang dua anak beranak ini. Difahamkan anak beranak itu hanya tinggal di Kuala Nerus, Terengganu berdua selepas berpisah dengan bekas isteri pada tahun 2019.

Kami pilih doa lagi

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat. Memang ada setengah sahabat nak bantu, minta akaun kami. Kami terus terang cakap, kalau dengan duit beribu, kami pilih doa lagi dari duit. Itulah perjalanan kami. Doa lagi bernilai dari wang ringgit, dan kekayaan. Kami tak perlukan apa-apa, kami cuma perlukan doa untuk kami, sihat waalfiat. Syukur kepada Allah SWT.

Menurut lelaki itu, dia menerima banyak mesej untuk membantu dia dan sahabat kerana melihat kesusahan mereka. Namun dia tidak memerlukan duit, dia hanya memerlukan doa dari semua orang. Akhir sekali dia berterima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakan mereka.

Sumber : OhBulan

Satu Keluarga Menjual Nasi Kukus Perniagaan Turun Temurun Dari Bapanya. Sekali Tak Sangka Pula Dulu Bapa Pergi Sebab Ini Tapi Kali Ini Ibu Pula.

Bapa Bella yang pergi pada tahun 2015 bersama ibunya yang kini terlantar sakit, dipercayai akibat terkena buatan orang. “Jangan malu nak mengaku kita susah.”

Itulah kata-kata yang menjadi pegangan Nur Salshabila Muhammad Rufdi, 21, sejak kematian bapanya pada tahun 2015. Terbaharu, kisah gadis itu serta perniagaan nasi kukus keluarganya yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas menjadi tular di laman Twitter.

Menurut gadis yang mesra disapa Bella itu, kedai nasi kukus mereka di Uptown Shah Alam, Selangor terpaksa dihentikan operasi dan ‘direhatkan’ sepanjang tahun lalu. Baru-baru ini, dia serta adik-beradik yang lain tampil dengan alternatif baharu dengan membuka gerai nasi kukus di Bandar Putera 2, Jalan Kebun Nenas, Shah Alam. Kata Bella yang juga anak kelima daripada enam beradik, dugaan itu cukup berat memandangkan dia dan adik beradiknya yang lain sama-sama mencari rezeki dengan perniagaan itu sejak sekian lama.

Bella bersyukur menerima sokongan ramai di Twitter.

“Kami berniaga di Uptown sejak tahun 2005. Jadi sekarang terpaksa cari alternatif lain, kami buka gerai. Kami bahagikan tugas, ada abang dan kakak uruskan gerai, saya dan kakak yang lain uruskan proses penyediaan di rumah. Masa awal PKP tahun lepas kami tak boleh berniaga langsung. Mama pun korek duit simpanan yang ada. Tahun lepas sangat sukar untuk kami. Tahun ni baru je bisnes nak elok, PKP lagi sekali,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *