Luar biasa dan lain daripada yang lain . Lelaki ini berjaya pancing ikan dari rumah dan ini antara komen warganet

Viral

Tak dinafikan musim PKP ini memang banyak idea yang orang dapat untuk hilangkan rasa bosan. Contohnya, ada yang buat projek DIY dengan keluarga,ada yang memancing,ada yang belajar memasak dan bermacam lagi. Ya percaya atau tidak ada seseorang ni memancing dari rumah.

Kalau yang memancing dari rumah tu lokasinya dekat sungai kita boleh terima lagi, tapi ni dari apartment. Yang bestnya siap dapat ikan lagi tu.Dapat pulak tu!Tak pasti kejadian ni berlaku kat mana. Tapi yang pastinya bukan dekat Jengka, Pahang seperti yang didakwa dalam tweet tu. Kalau tengok cara lelaki tu memancing, admin rasa dia memang pro dalam bab memancing ni. Hebat betul!

Barikut antara komen warganet.Memang power habis mamat ni. Dah lah jauh, tinggi pulak tu. Ilmu apa dia pakai admin pun tak pasti. Jangan ditebar jala dari atas. Nanti bukan ikan yang dapat. Silap-silap burung tengah bertenggek kat rumah bawah yang masuk jala.Memancing dari rumah pun boleh. Nak saman pun tak tau nak tulis apa. SOP semua ikut dah. . 

Sanggup Ambil Gambar Usahawan Otai Solat Di Gerai Dan Tak Sangka Ia Tular. Sekali Ini Respon Warganet Dan Ini Punca Dia Minta Maaf

Difahamkan hampir setiap hari melihat anak muda yang bernama Firdaus mengerjakan solat di gerai burger,gadis yang bernama Farha tergerah hati untuk membuat rakaman video. Menceritakan pengalamannya, Nur Farhana Kamarrudin, 19 berkata dia tidak berniat untuk menularkan kisah penjual burger tersebut tetapi sekadar ingin berkongsi kegigihan seorang umat Islam yang tidak lupa melaksanakan kewajibannya.

“Semoga urusan dipermudahkan, syurga buatmu anak muda,” tulisnya pada kapsyen TikTok .Nur Farhana yang berkerja di sebuah restoran di kawasan Plaza Indah, Kajang itu berkata selepas video tersebut tular, dia tiba-tiba berasa serba salah kerana merakam video pemuda yang berusia awal 20-an itu tanpa kebenarannya.

Farhana yang membuat rakaman itu pada Ahad lalu, kira-kira pukul 5 petang ketika Muhammad Firdaus Hakimy Afinddy sedang menunaikan solat Asar di gerainya berdekatan lokasi tempatnya bekerja.Video yang dimuat naiknya di aplikasi TikTok itu tular sehingga mendapat lebih 42,000 likes dan 300 komen.

“Sebenarnya, masa saya nak rakam video tu pun memang dah rasa serba salah sebab ambil tanpa pengetahuan dan izin dia.”Hampir setiap hari saya nampak dia solat di situ tiba-tiba sahaja hari tu tak tahu kenapa saya terdetik hati nak rakam, edit dan kongsi dengan orang ramai.

“Sehinggakan kakak penjual burger tu pun komen minta saya hantar video adiknya kepada dia.”Tetapi selepas saya terbaca beberapa komen warganet yang cakap tak baik tularkan pemuda tu, terus saya terdetik nak jumpa dia dan minta maaf,” ujarnya.

Oleh itu, pada Isnin Farhana bersama rakannya Nurainaa Jasri, yang seusia dengannya telah ke gerai burger tersebut untuk bertemu dengan Firdaus dan memohon maaf.”Saya dengan kawan tak sedap hati sebab video tu sampai tular kan.. takut dia terasa hati atau rasa kurang selesa.

“Masa saya datang minta maaf tu saya tanya dia tahu tak video dia tular.. Dia cakap tahu sebab ada kawan hantar di grup WhatsApp.”Saya minta maaf sangat. Dia cakap tak apa dia tak kisah pun malah siap cakap terima kasih,” katanya.

Bagi dia,Perlakuan lelaki itu kata Farhana menampakkan dia seorang yang baik, juga pemalu kerana dia asyik tunduk ketika bercakap dengannya.”Tenang je hati berdepan insan macam ni,” katanya.Sementara itu, berdasarkan pemantauan di ruangan komen mendapati ada beberapa individu yang mempunyai pengalaman bekerja dengan francais Otai burger memberitahu mereka telah dididik untuk mengerjakan solat terlebih dahulu sebelum berniaga..

“Kalau nak tahu pekerja Otai semua duduk asrama dan dididik bangun solat subuh, jemaah bersama.”Terima kasih kak, saya salah seorang usahawan Otai… Kami satu hati satu jemaah, amin,” tulis beberapa individu di ruangan komen.

Farhana berkata biarpun dirinya belum menutup aurat dengan sempurna, namun dia menganggap tidak salah berkongsi perbuatan baik seperti ini.”InsyaAllah, siapa tahu pengalaman ini akan membuatkan saya berubah ke arah kebaikan walaupun sedikit,” jelasnya.

Gerai Beroperasi Depan Rumah Sahaja Dan Kelihatan Seperti Kafe Hipster. Wanita Ini Cerita Inspirasi Yang Dia Peroleh

Sempena musim PKP ketika ini membuatkan lebih ramai berusaha untuk menjana pendapatan dengan cara yang kreatif. Ini termasuklah bisnes secara kecil kecilan dari rumah.Walau hanya ‘kedai biasa’, tetapi gerai seorang wanita yang beroperasi di hadapan rumahnya kelihatan seperti sebuah kafe hipster.Pengusaha gerai berkenaan, Nur ‘Atiqah Bahirah Raidah Ahmad Zubaidi berkata, gerai tersebut dibuka di kediamannya di Seri Manjung, Perak.

Tambahnya Wanita berusia 36 tahun itu, idea untuk menjalankan bisnes tersebut adalah inspirasi daripada perniagaan ibunya yang sebelum ini mengusahakan gerai minuman.”Mak pernah buka gerai minuman selama lima tahun sehingga 2016. Mak jual cendol dan air Milo depan rumah, lokasi yang sama saya buka gerai jual kopi sekarang.

“Kebanyakan pelanggan mak adalah pelajar memandangkan rumah kami terletak berdekatan dengan sekolah dan menjadi laluan utama mereka,” katanya .Lebih mesra disapa ‘Atiqah, katanya, gerai kopinya mula beroperasi sejak pertengahan Januari lalu ketika PKP 2.0 mula dilaksanakan di seluruh negara kecuali Sarawak.



Persiapan untuk mengecat semula kabinet kayu lama.Tanpa perlu berbelanja besar, kabinet kayu lama di rumahnya telah diubah suai dan dan dicat semula, sebelum dijadikan sebagai kaunter yang beroperasi seawal pukul 8 pagi hingga 6.30 petang.”Dulu kabinet kayu tu jadi tempat simpan barang-barang lama, diletakkan di luar rumah. Daripada terbiar, saya ubah suai jadi kaunter untuk ambil pesanan pelanggan,” ujarnya.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, dia menghadapi cabaran kerana ketika PKP ini sebahagian besar pelajar masih menjalani kelas secara dalam talian dari rumah.”Jadi, tak ramai pelanggan yang datang. Tapi syukur, ada 11 cawan yang terjual masa hari pertama gerai beroperasi.”Bila ada rakan yang kongsi pasal gerai saya di laman Twitter dan menjadi viral, terus naik sebanyak 40 cawan pada hari ketiga dan pelanggan semakin bertambah,” ujar ‘Atiqah..Membuat persiapan di ‘dapur’.

Bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) itu berkata, kedai biasa yang diusahakannya itu juga mempunyai kelebihan kerana menjual kopi pada harga ‘biasa-biasa’.”Bukan semua orang mampu nak rasa minuman kopi di kafe-kafe popular sebab harganya bukan murah. Jadi, saya tawarkan harga mampu beli antara RM4 hingga RM7.

“Dan percaya atau tidak, budak-budak yang ramai datang membeli,” tambahnya.Gerai dikunjungi ramai pelanggan.Walaupun tidak mempunyai pengalaman berniaga mahupun menjadi barista sebelum ini, namun ‘Atiqah menjadikan kegigihan ibunya mencari rezeki sebagai idolanya.

“Mak dulu jual cendol tengah panas bila orang nak pergi atau balik sekolah. Ramai masa tu yang datang membeli. Kepuasan mak berniaga tanpa kenal penat lelah tu membakar semangat saya.”Kalau saya tak cuba, saya tak tahu. Sekurang-kurangnya mencuba dan banyak saya belajar dari laman YouTube.”Tak ada ilmu atau tak pernah kerja sebagai barista tak apa, yang penting saya belajar untuk jadi seperti mereka yang berpengalaman,” katanya yang mempunyai impian untuk mengusahakan kafe sendiri pada masa akan datang.

Penghantar Makanan Ini Dedah Dah Beli Makanan Sampai Ratusan Ringgit. Sekali Pelanggan Ini Cancel Order Dan Ini Yang Terjadi

Sebelum ini pernah tular kisah seorang penghantar makanan yang terima pesanan misteri yang membuat pesanan dari tempat persemadian Cina. Namun,apabila sampai ke tempat kejadian tidak kelihatan sesiapa pun berada di situ. Ekoran daripada kejadian itu,lelaki itu tampil memberikan nasihat kepada orang ramai dengan tidak melakukan prank order yang sekali gus menyusahkan pelbagai pihak.

Baru baru ini, seorang penghantar makanan dikenali sebagai Anas Mansor, tampil meluahkan rasa kecewa terhadap pelangganya yang ‘mendiamkan’ diri setelah pesanan tersebut telah diambil olehnya. Kisah tersebut diceritakan menerusi satu video di laman TikTok menerusi akaunnya.

Berdasarkan video tersebut, lelaki ini menceritakan dia mendapat pesanan penghantaran makanan yang berharga RM110 dan pelanggannya ketika itu memilih kaedah membayar secara cash on delivery. Namun, setelah makanan tersebut diambil olehnya pelanggan tersebut bertindak mendiamkan diri dan sama sekali tidak menjawab panggilan dan mesej yang dibuatnya.

Tidak berakhir di situ, pelanggannya yang tidak bertanggungjawab itu juga tidak meletakkan alamat yang betul, ditambah pula keadaan cuaca yang panas ketika itu. Susulan daripada pelanggan itu yang bertindak mendiamkan diri, pihak pengurusannya memaklumkan pesanan tersebut telah dibatalkan dan dia perlu menunggu pesanan yang seterusnya.

Lagi menyedihkan, apabila dia meluahkan rasa kecewa apabila tidak mendapat bayaran yang sepatutnya diteirma olehnya.Jauh-jauh aku datang dan aku tak dapat payment penuh sebab order tu cancel. Banyak-banyak ni nak buat apaPada masa yang sama, dia turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya meletakkan alamat yang betul dan sentiasa memeriksa status pesanan yang telah dibuat.

Perunding Kecantikan Ini Sanggup Buat Agihan Makanan Kepada Rider. Ternyata Perkongsian Yang Dibuat Raih Tumpuan Orang Ramai

Selepas PKP berlangsung,kebanyakan kita terpaksa duduk di rumah sepanjang pandemik Covid 19 masih ada, malahan golongan rider banyak membantu dalam kehidupan sehari hari. Paling ketara tentunya tugas mereka menghantar pesanan makanan terus ke pintu kediaman kita,sekaligus memudahkan urusab harian kala ini.

Dalam usaha menghargai golongan itu, seorang perunding kecantikan yang juga ahli perniagaan, Nur Azraliyana Azmi, 25, tampil dengan inisiatif agihan makanan percuma buat mereka.Video agihan sumbangan yang dibuat di Senawang, Negeri Sembilan pada Isnin dan Selasa itu turut meraih perhatian ramai menerusi media sosial.

Dia yang mesra disapa Azra mendedahkan usaha murni itu dijayakan dengan sumbangan dana peribadi oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.”Ini sebenarnya idea ibu saudara saya. Dia sudah buat inisiatif ini di ibu negara baru-baru ini. Saya kata, alangkah indahnya kalau boleh buat perkara sama.

Tambahan pula Azra merupakan seorang perunding kecantikan dan juga ahli perniagaan.”Kemudian ibu saudara kata, kenapa tak buat di Negeri Sembilan? Dia yang bagi tunjuk ajar kepada saya.”Ini inisiatif keluarga dan kawan-kawan, dengan pasukan bisnes saya. Keluarga saya pun ada buka kedai kerepek di Senawang, sebelum ini keluarga saya ada buat tabung makanan di kedai.”Bila dengar saya nak buat untuk rider, mereka pun nak sertai dan bagi sumbangan. Tapi yang turun buat agihan tak ramai sebab tak digalakkan dalam waktu sekarang,” ujarnya.

Dalam video tular itu, Azra bersama beberapa individu lain berada di Dataran Senawang sebelum mengagihkan bungkusan makanan seperti bihun dan nasi bajet buat golongan rider.Jelas Azra yang masih belum mendirikan rumah tangga itu, dia bersyukur apabila rancangan itu berjalan lancar yang mana ia disifatkan cukup bermakna buat dirinya.

“Sebenarnya kita bukan tolong golongan rider sahaja. Makanan yang diagihkan, kami tempah daripada peniaga kecil. Jadi dapat tolong mereka juga.”Memang perasaan tu, rasa lapang dada. Saya tak pernah ikuti program kebajikan sebelum ini. Ini kali pertama saya handle.”Paling best bila rider doakan kita balik. Masa saya hulurkan makanan, mereka berdoa depan-depan, mohon saya dimurahkan rezeki.

Bihun dan nasi bajet antara yang diagihkan pada Isnin dan Selasa lalu.”Bila dia bagi reaksi macam tu, saya rasa terharu. Patutlah ramai orang nak buat kebajikan, saya baru dapat rasa benda tu.”Sebab dia doakan kita depan-depan, tak dapat saya nak gambarkan perasaan tu,” ujarnya yang menetap di Seremban.

Menurut Azra, dia juga tidak kisah berpanas dalam misi itu kerana ia cukup memberi kepuasan kepadanya.”Sebak juga sikit, tapi lebih kepada happy sebab dapat membantu. Bila borak dengan kawan-kawan, ada yang kata… gigihnya kat tengah panas, tak penat ke?

Agihan kepada rider di sekitar Senawang.“Bagi saya, ia penat yang memberi kepuasan. Dengan respon positif di media sosial, saya rasa lagi bersemangat untuk teruskan pada masa akan datang.”Mungkin tak semua boleh membantu dari segi kewangan, tapi kita boleh bantu dengan duduk di rumah untuk kurangkan jangkitan Covid-19.”Sekecil-kecil duduk di rumah pun dah boleh tolong ramai orang. Saya sebagai orang bisnes berdoa agar ia berakhir segera.”Siapa nak hidup macam ni, dah setahun berlalu,” ujarnya mengakhiri bicara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *