Heboh sama ada boleh makan makan dine in dalam kereta. Sekali ini respon Ketua Polis PJ bagi menjelaskan segalanya.

berita

Macam yang kita semua sedia maklum, buat masa ini (PKP) tidak membenarkan mana mana individu untuk makan atau dine in di kedai mahupun di restoran. Malahan hanya perkhidmtan take away sahaja yang dibenarkan.

Jika dilihat, sekarang sudah menjadi trend orang ramai menikmati makanan di dalam kereta dan kenderaan dipakir di hadapan kedai makan berkenaan. Situasi tersebut menimbulkan kerisauan orang ramai terhadap penularan Covid-19. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya iaitu Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal ada jawapan dan responnya.

Persoalan terhadap isu ‘dine-in’ makan di dalam kenderaan ini bagaimanapun telah ditanya oleh penyampai radio Kool FM iaitu Izwan Azir Saleh kepada Ketua Polis Daerah Petaling Jaya.Menurut Asisten Komisioner Nik Ezanee, dia tiada masalah dengan mana-mana individu yang parkir dan makan di dalam kenderaan selagi tidak melnggar syarat dan SOP.

Kalau dia duduk di dalam kenderaan, dia tidak lnggar jumlah tu tak apalah. Kalau dia single atau dua orang, okaylah. Bagi saya, saya tengok tiada pelanggaran syarat di situ. Syarat kata dua orang dalam satu kereta.Tambahnya, sehingga kini di daerah Petaling Jaya masih belum menerima laporan dari mana-mana individu berhubung isu ini. Malah, dia tidak mempunyai masalah dengan konsep ‘dine-in’ di kedai makan tersebut selagi tidak menerima arahan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi saya, tiada pelanggaran kecuali kalau keluar SOP baharu kata tidak boleh makan dalam kereta, baru saya kena lakukan sesuatu di situ. Saya tidak peduli warganet, saya ambil kira arahan pucuk pimpinan saya. Di Petaling Jaya, tiada orang complain atau laporan dibuat.

Tular Pula Servis Dine In Dalam Kereta. Sekali Ini Respon Warganet Lepas Perkongsian Itu Dibuat

Macam yang semua orang sedia maklum.PKP tidak membenarkan orang awam untuk makan di luar ataupun dine in serta di restoran. Hanya perkhidmatan bungkus iaitu take away sahaja dibenarkan buat masa ini. Dan beberapa hari lalu,tular di media sosial orang ramai yang makan di dalam kereta menggunakan sebuah meja kecil yang diletakkan di bahagian sterimg. Susulan tindakan segelinit pengusaha kedai makan yang menawarkan perkhidmatan ini demi memudahkan pelanggan.

Perkongsian yang berdurasi seminit itu memaparkan pasangan ini makan menggunakan meja tersebut di dalam kereta. Menarik sekali apabila makanan tersebut dihidang menggunakan pinggan seperti di dalam restoran. Namun ada segelintir warganet beranggapab dine in dalam kereta seperti ini tak perlu diteruskan bagi menyekat penularan pandemik. TAmbah mereka,orang ramai perlu bungkus dan makan di rumah atau di tempat tertutup sahaja memandangkan PKP kini dilaksanakan di seluruh Malaysia kecuali Sarawak.Sumber : Amey Musa

Warganet Ini Tampil Berani Kritik Kepada Peniaga Yang Tak Pandai Masak Dan Masih Jual Makanan. Sekali Ini Respon Warganet Lain

Bak kata warganet,tak semua orang meiliki kebolehan untuk memasak dalam skala yang agak besar,khususnya dijadikan sebagai bahan jualan. Banyak ragam pelanggan yang menjadi cabaran utama buat setiap peniaga. Tak dinafikan ada pelanggan yang cerewet,mengada ngada dan ada pula yang baik hati dan cukup memahami kesusahan para peniaga.

Terkini,lain pula ceritanya apabila rungutan seorang pelanggan yang tular di laman FB dan Twitter.Kata individu yang tidak dikenali itu,dia memohon mereka yang tidak pandai memasak agar tidak menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan.

“Siapa yang tak pandai masak, tolonglah jangan berniaga. Stress betul la, beli-beli tak sedap.”Bukan tak bersyukur, tapi kalau dah tak reti masak tu, tak payah berniaga boleh tak?” soal individu itu.Rungutan seorang individu mengenai kualiti rasa makanan yang dibeli tular di media sosial.

Katanya lagi, dia berhak berkata demikian memandangkan makanan tersebut dibeli menggunakan wang miliknya sendiri.”Ingat orang beli guna daun ke? Kalau tak reti masak, belajarlah. Ni dah tahu tak sedap, masih nak jual.”Time awak masak, awak tak try ke benda tu sedap atau tak?” soalnya lagi.

Dikongsi di Facebook, paparan skrin kenyataan lelaki itu ditularkan pula ke laman Twitter sehingga menerima lebih 5,600 ulang kicau (Retweet).Jika disoroti ruangan komen, ramai warganet turut meluahkan pendapat dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Tambah warganet lagi, tak semua individu memiliki kebolehan untuk memasak dalam skala besar, khususnya untuk dijadikan sebagai bahan jualan.Malah, ada dalam kalangan peniaga sendiri yang turut bersetuju degan kenyataan itu.”Betul tu! Dulu sebelum saya mula niaga pun saya test banyak kali sampai kena kat tekak baru jual. Kesianlah kat pembeli kan kalau dapat yang tak sedap.

“Betul. Tekak nak makan laksa, bila dapat rasa macam makan cuka je. Kurang sedap tak apa, jangan sampai hilang rasa makanan tu.”Yang paling sedih bulan puasa, mak ayah kumpul duit nak beli makanan kesukaan anak-anak, last-last dapat yang entah apa-apa.”Yang aku pelik tu, keluarga dia tak rasa dulu ke makanan tu sebelum jual?” soal beberapa wargamet di Twitter.

Tak Sangka Ikan Ini Hanya Chef Ternama Yang Sering Masak. Warganet Terkejut Dengan Harga Ikan Yang Semahal Ini Dan Ini Respon Warganet.

Pastinya di pasar-pasar basah terdapat macam-macam jenis ikan yang tersediakan untuk dijual pada orang ramai. Harga-harganya juga mengikuti jenis ikan dan berat ikan itu sendiri. Malah, tahukah anda, ada juga ikan yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Namun siapa sangka, walaupun harganya yang begitu mahal, permintaannya juga tetap tinggi dalam kalangan peminatnya sendiri. Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Humansicks, menceritakan mengenai spesis ikan yang dijual dengan harga yang mahal. Rata-rata warganet terkejut apabila mengetahui harga sebenar ikan tersebut, memang ikan kayangan ni!

Ikan kayangan

Mengikut gambar tersebut, Ikan sejenis Empurau ini kebiasaannya dijual dengan harga RM500 per kilo. Jadi jika dikirakan semua, ikan ini seberat 11 kilogram dan menjadikan harganya sebanyak RM5,700. Dengan harganya yang sebanyak ini dah mampu beli Iphone 12 Pro Max.

Hasil info yang diperoleh, ikan ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sarawak dan ia merupakan ikan paling mahal pernah dijual di Malaysia. Malahan, ikan Empurau ini mempunyai beberapa nama lain iaitu Raja Ikan Sarawak, Ikan Kelar dan bagi di semenanjung ikan ini dikenali sebagai Ikan Tengas. Manakala, dari segi rasa pula, ikan ini dikatakan mempunyai rasa-rasa lemak-lemak manis.

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dan menyatakan ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga mahal berikutan kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini. Malahan, ikan-ikan ini lazimnya dimasak di hotel dan restoran-restoran mahal mengikut permintaan pelanggannya.

Info ikan

Tular Video Perkongsian Gadis Ini Menangis Lihat Penjual Kerepek Dapat Set Makanan Oleh Abang Askar. Gadis Itu Sedih Bila Ini Terjadi.

Tangkapan skrin video TikTok merakamkan dua anggota tentera menghulurkan bantuan kepada seorang lelaki.Tanpa mengira siang atau malam, panas atau hujan, pasti ada insan yang memerah keringat demi mencari rezeki untuk menyara kehidupan. Begitu juga dengan seorang lelaki sudah berusia yang dirakamkan sedang menjual makanan di tepi lorong pandu lalu (drive thru) di sebuah premis makanan segera.

Penjual kerepek (kanan) mengangkat tangan tanda menghargai pemberian air minuman.

Menerusi video di aplikasi TikTok @maslianadin, dapat dilihat dua lelaki berpakaian seragam tentera yang menunggang motosikal kemudian menghulurkan minuman dan makanan kepada peniaga jalanan berkenaan. Gadis yang merakamkan video tersebut, Nur Amylia Nastasha Mohd Hisham berkata, video tersebut dirakamkan di Bayan Baru, Pulau Pinang, kira-kira pukul 2 petang Selasa. Gadis berusia 18 tahun itu memberitahu, ketika itu dia menunggu ibunya melakukan urusan di sebuah stesen minyak bersebelahan dengan restoran makan segera tersebut.

“Sementara menunggu dalam kereta, kira-kira 100 meter dari restoran tu, saya nampak seorang pakcik berusia lewat 50an menjual kerepek dekat lorong pandu lalu. Masa tu ramai keluar untuk membungkus makanan untuk lunch, jadi pakcik tu nampak bersungguh-sungguh berdiri di tengah panas terik sambil pegang beg plastik berisi bungkusan kerepek,” katanya. Lebih mesra disapa Amylia, katanya, dua anggota tentera itu merupakan antara pelanggan restoran makanan segera yang lalu di lorong tersebut bagi membeli makanan.

“Lepas ambil pesanan di kaunter pandu lalu, abang-abang askar tu memberhentikan motosikal mereka dan menyerahkan secawan air minuman kepada pakcik tu sebelum beredar. Pakcik tu terus duduk kat tembok nampak lega sangat dapat minum, sebab cuaca panas terik kan. Kasihan pula saya tengok,” ujarnya yang berasal dari Bayan Lepas di Pulau Mutiara itu.

Dua anggota tentera berpatah balik menemui penjual tersebut.

Bagaimanapun pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini berkata, dua anggota tentera itu datang semula berjumpa dengan lelaki tersebut beberapa minit kemudian.

“Kira-kira tujuh minit selepas tu, abang-abang askar datang semula dan kali ini menyerahkan makanan dari bungkusan yang dibeli mereka di restoran tu. Mereka macam berpatah balik dan bagi makanan yang dibeli mereka sebelum tu sebab tak nampak mereka beratur semula untuk beli makanan yang baharu.

Saya tak pasti mereka kemudian berkongsi makanan berdua sebab dah sedekahkan kat pakcik tu, tapi apa yang mereka buat tu begitu mulia

“Lagipun kem tentera pun tak jauh dari situ, mungkin mereka berpatah balik selepas dah hantar makanan, atau mungkin juga berpatah balik separuh jalan… apa pun, mereka kembali jumpa pakcik tu untuk lengkapkan makanan tengah hari pakcik tu,” tambahnya. Menyaksikan momen tersebut ternyata mengundang rasa sebak anak sulung daripada tiga beradik itu sehingga dia mengalirkan air mata.

Mereka kembali untuk memberikan makanan.

“Saya menangis masa rakam video tu. Bayangkanlah, tengah panas terik pakcik tu berdiri berharap ada yang beli kerepek dia tapi tak ada seorang pun datang beli. Sekurang-kurangnya abang-abang askar itu dapat melegakan pakcik tu selepas berdiri lama tengah panas. Saya tak pasti mereka kemudian berkongsi makanan berdua sebab dah sedekahkan kat pakcik tu, tapi apa yang mereka buat tu begitu mulia,” ujarnya.

Amylia berkata, kejadian yang dirakamkannya itu diceritakan kepada ibunya yang merupakan ahli perniagaan ketika dalam perjalanan untuk menghantar barang.

“Lepas hantar barang, mak segera berpatah balik ke kawasan restoran tu dengan harapan pakcik tu masih di situ untuk membeli kerepek dan menghulurkan sedikit sumbangan. Tapi pakcik tu dah tak ada, mungkin dah bergerak ke tempat lain. Jadi, mak berkongsi video yang saya rakam tu di TikTok supaya mereka yang di kawasan berdekatan Bayan Baru sudi membeli kerepek daripada pakcik tu atau membantu apa yang termampu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *