Harga untuk buat haji di Jepun sekitar RM23k hingga RM26k seorang. Rakyat Malaysia ini tampil kongsi macam mana Jepun urus jemaah haji

berita

Macam yang kita sedia maklum,sebagai rakyat Malaysia, mudah untuk kita mengerjakan ibadah haji kerana negara kita ada institusi utama yang kelolakannya iaitu Lembaga Tabung Haji. Adakah anda pernah terfikir bagaiman pula dengan negara lain yang minoritinya orang Islam?

Terbaru, seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Jepun, Zunita Ramli ada berkongsi sedikit info tentang bagaimana umat Islam di negara matahari terbit itu mengerjakan ibadah haji.Adakah benar wujud ‘Lembaga Tabung Haji Jepun’? Mari ikuti perkongsiannya ini.

Umumnya,Kalau di Malaysia, kita ada Lembaga Tabung Haji, tapi di Jepun prosedur haji biasanya diuruskan oleh masjid-masjid Jepun dan antara yang popular adalah syarikat pelancongan seperti H.I.S.Berbeza dengan jemaah haji Malaysia yang diuruskan oleh Lembaga Tabung Haji, jemaah haji Jepun ni tak ada subsidi ye. Jadi harga untuk buat haji di Jepun ni agak berbeza dengan di Malaysia iaitu sekitar ¥610,000 – ¥660,000 (RM23k – RM26k) seorang.

Untuk haji, pihak HIS atau masjid juga bertanggungjawab untuk sediakan beberapa siri seminar untuk ajar cara nak mengerjakan haji dan perkara yang berkaitan dengan itu.Untuk orang bukan Jepun tapi tinggal di Jepun (seperti saya contohnya), juga boleh tunaikan haji dari Jepun. Sebenarnya kalau saya nak mengerjakan haji dari Jepun ni peluang tinggi untuk dapat sebab tak ramai yang mohon, cuma sediakan je lah duit RM26k tu. Hehe.

Manakala di Jepun tak ada sistem giliran sebab permohonan nak pergi haji tak ramai dan ianya diuruskan secara “independent” oleh syarikat yang uruskan Haji.Menariknya, kerajaan Arab Saudi ada menaja (kuota 20 orang pada 2019) orang Jepun yang baru memeluk Islam dan generasi kedua mualaf Jepun untuk buat Haji secara PERCUMA. Ini untuk menggalakkan mualaf baru untuk mendekati Islam dengan lebih mudah.Begitulah. #CatatanZunitaDiJepun. p/s: Special thanks to Kaiji Wada & Tuan Zulkarnain Hasan Basri for some info regarding this topic.

Berikut di bawah adalah foto-foto yang turut dikongsikan Zunita tentang suasana persediaan & ibadah haji warga Jepun di sana.Di atas ini adalah seminar persediaan ibadah haji yang dijalankan oleh syarikat pelancongan HIS untuk bakal jemaah haji.

“Gambar ini pernah viral dulu. Sekumpulan jemaah haji dari Jepun dilihat bawa plastik sampah dan mengutip sampah di sepanjang perjalanan mereka.“Hmm. Begitulah yang sepatutnya jika kita benar-benar mengamalkan Islam, kan?” kata Zunita dalam kapsyen gambar tersebut.

Menurut Zunita lagi, bilangan umat Islam di Jepun juga dikatakan berkembang pesat, dipercayai hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.Anggaran tersebut dirujuk melalui sumber Tanada Hirofumi dari Waseda University.

Untuk rekod, merujuk data The Economist, bilangan umat Islam di Jepun pada 2010 dahulu hanyalah sekitar 110,000 orang.Namun menurut rekod terkini pada 2019, bilangan angka tersebut dilapor meningkat ke 230,000 orang, di mana 50,000 daripadanya adalah mualaf Jepun.Sumber: Zunita Ramli

Ulasan Berkenaan Penggunaan Vaksin Dalam Kalangan Umat Islam. Dr Zulkifli Tampil Beri Keterangan Lanjut Tentang Isu Tersebut

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam di negara ini, minggu depan selepas keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas mengenai hal itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas itu bersidang semalam.”Perkara ini sudah dibincang tetapi kita akan mengikut secara tertib dan berhemah yang mana kita akan persembah perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Insya-Allah tidak ambil masa yang lama, dalam minggu depan kita akan bagi kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan video kreatif bersempena Maulidur Rasul 1442H, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata beliau dalam proses mengeluarkan majalah khas untuk memberi penjelasan dan ulasan berkenaan penggunaan vaksin dalam kalangan umat Islam sebagai usaha menangani permasalahan ummah dengan memberi kefahaman yang sebenarnya mengenai perkara itu.Beliau berkata, majalah setebal 40 muka surat itu akan diterbitkan dalam bentuk santai dan mudah difahami kira-kira dua minggu lagi.

Pemergian Pengasas Artortoise Mengejutkan Orang Ramai. Dr Zulkifli Titip Doa Diberi Ganjaran Syurga Dan Dedahkan Sesuatu Tentang Cenderahati Yang Dia Terima

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (gambar kecil) turut berkongsi khabar duka mengenai pelukis itu menerusi media sosial miliknya.PELUKIS karikatur terkenal, Mohamad Ikhsan Kamarudin atau Ise dilaporkan hembuskan nafas terakhirnya pada awal pagi Selasa.Perkara itu dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Artortoise.

“Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan Kamarudin telah kembali ke rhmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.”Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya beliau ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja,” ujar pengendali Facebook itu.

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut berkongsi khabar duka mengenai pelukis itu menerusi media sosial miliknya.Makluman mengenai pemergian pelukis itu menerusi Facebook.Dalam posting itu, Dr Dzulkifli turut berkongsi foto cenderahati yang mempamerkan karikatur dirinya yang diberikan oleh Ikhsan sebelum ini.”Setiap kali terpandang beg cenderahati di pejabat saya, pasti teringat @artortoise.

Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena.

“Lukisan itu hadiah beliau kepada saya. Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena.”Sama-sama kita sedekahkan bacaan Surah al-Fatihah,” ujarnya.Untuk rekod, Allahyarham pernah tampil menerusi temubual mStar pada 12 Februari lalu.

Beg cenderahati pemberian Allahyarham kepada Dr Dzulkifli.Dia pada waktu itu meluahkan rasa terkilan apabila karikatur pelawak, Allahyarham Abam Bocey yang dilukis digunakan sesuka hati oleh pihak tertentu tanpa mendapat kebenarannya.Sebelum itu, dia juga pernah menghasilkan banyak karikatur figura terkenal termasuklah penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Persoalan Berkaitan Letak Tangan Di Dada Gantikan Berjabat Tangan Di Norma Baharu Ikut Agama Lain. Ini Jawapan Dr Zulkifli Susulan Soalan Tersebut Meraih Perhatian Ramai

“Tuan, nak tanya bukankah letak tangan di dada sebagai tanda beri salam itu sama seperti menirv cara kaum yahvdi?”Persoalan ini sering diketengahkan oleh masyarakat tentang SOP norma baharu yang dijalankan di negara kita bagi mengelakkan daripada jangkitan wabak Covid-19. Seperti yang kita tahu, letak tangan di dada sebagai tanda hormat menggantikan bersalaman yang menyebabkan sentuhan secara fizikal.

Jadi, Menteri Agama, Datuk Seri Dr Zulfikli Al Bakri menjawab persoalan tersebut menerusi laman Twitternya. Jadi, ini jawapan yang jelas daripada beliau.Ia adalah persoalan mushabahah (persamaan), bukan tasyabbuh (penyerupaan). Bukan semua perkara yang kita lakukan dan dalam masa yang sama ia juga dilakukan oleh ahli agama lain maka ia menjadi haram. Sheikh Bin Bayyah ada ulas panjang lebar.

Nabi SAW pernah pakai sandal bulu sebagaimana rahib. Rujuk Radd al-Muhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar, 1/622.Saya mohon maaf, tetapi saya tidak bertemu apa-apa rujukan yang menyatakan meletakkan tangan di dada menyerupai Yahdi. Apa yang hampir adalah perbuatan menepuk dada (chest thumping) pada hari perayaan Yom Kippur. Pun begitu, ia berbeza dengan perbuatan meletakkan tangan di dada.

Jadi, selepas mendengar dan meneliti tentang penjelasan ini, kita sebagai umat Islam tidak perlulah khuathir dan was-was. Paling penting adalah sama-sama kita menjaga kesihatan dan memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda dunia ini.

Jumlah Jemputan Bagi Majlis Akad Nikah Sudah Ditentukan. Datuk Dr Zulkifli Dedahkan Jumlah Orang Yang Dibenarkan Bagi Majlis Akad Nikah Dan Harap Maklum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri memaklumkan bahawa jumlah jemputan majlis akad nikah tidak boleh melebihi 30 orang dengan mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan.Menurutnya, keputusan itu dibuat susulan sudah menjadi kelaziman orang ramai yang merancang perkahwinan pada hujung tahun ini.

“Jadi dalam majlis akad nikah, jumlah jemputan adalah tidak melebihi 30 orang denagn mengambil kira penjarakan 1 meter dan tertakluk pada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).“Dan premis tersebut merangkumi pejabat agama dan juga masjid-masjid yang terpilih. Yang mana, sama ada masjid itu masjid besar atau pun masjid kecil yang terpilih dan juga surau-surau seperti yang terpilih yang telah ditetapkan oleh JAWI.“Jurufoto adalah dibenarkan dan tidak termasuk dalam 30 orang jemputan tetapi hendaklah mematuhi SOP yang ditetapkan,” ujarnya.

Cara Dr Zulkifli Promosi Kan Saluran Utube Jadi Perhatian Warganet. Sampai Ada Yang Tegur Cara Dr Zulkifli. Mengejutkan Ini Respon Dari Dr Zulkifli Bila Dia Ditegur Macam Tu.

Siapa tak kenal dengan figura hebat Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang dahulunya Mufti Wilayah Persekutuan dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Keperibadiannya yang tenang dan berhikmah sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat.

Lebih-lebih lagi apabila beliau sangat aktif di media sosial sehingga membuatkan ramai belia yang tertarik untuk berinteraksi dengan beliau. Terbaru, beliau telah menjadi tumpuan warganet selepas memberi respon kepada salah seorang pengikutnya di laman Twitter.

“Bukan macam tu Datuk..” Awalnya @SyedMuzzammil_ mula ‘menegur’ dengan nada bergurau ketika beliau memuat naik video mempromosi saluran YouTube miliknya. Kemudian Dr. Zulkifli membalas tweet tersebut dengan menjawab, “Malu nak cakap macam tu. Hehe.” Perbualan antara mereka berdua ini sudah semestinya mencuit hati warganet. Ada juga nak tinggalkan komen gurauan untuk Dr. Zulkifli.

Sporting kan menteri kita. Haa siapa belum subscribe You Tube Dr. Zulkifli boleh subscribe sekarang. Min tengok memang banyak video-video yang bermanfaat kita boleh tengok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *