Dahulu tak gemar makan sayur tetapi sekarang sampai buat perkongsian makan sayur. Cik Pia kongsi pengalaman pahit yang ramai tak tahu

Kehidupan tips

Lain daripada yang lain, wanita yang dikenali sebagai Cik Pia raih tumpuan orang ramai di Tiktok menerusi perkongsiannya memakan sayur sayuran. Selepas dia sering memuat naik video makan sayur sayuran,Cik Pia dikritik oleh segelintir pengikurnya.

“Salah ke bahagia makan sayur?” luahnya menerusi posting di akaun TikTok Norsufiajohari.Namun, siapa sangka, wanita tersebut, Norsufia Johari sebenarnya pernah melalui peristiwa hitam yang tidak akan dilupakannya sampai bila-bila.

Gemar dipanggil Cik Pia, katanya, dia pernah mengalami berat badan yang berlebihan iaitu 98 kilogram semasa belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) di Bangi, Selangor pada 2014.”Dulu saya gemuk, rasa tak yakin pada diri sehingga obses untuk kuruskan badan. Saya cuba pelbagai jenis produk… ubat kuruslah, kopi suplemen kurus pun saya ambil.”Memang ketgih, sampaikan saya rebah ketika berjalan di fakuliti dan dimasukkan ke hospital kerana dos ubat kurus yang berlebihan,” kata wanita berusia 34 tahun itu kepada mStar.

Jelas Cik Pia, dia amat bersyukur kerana ajlnya belum tiba dan umurnya masih panjang meskipun keadaannya begitu teruk akibat ketgihan itu.Cik Pia pernah mempunyai berat badan berlebihan iaitu 98kg.”Doktor beritahu,kalau saya tak rebh masa tu dan masih ambil ubat-ubat kurus, belum pasti sama ada saya akan ada lagi atau tak selepas itu.”Syukur kepada Allah kerana diberikan peluang kedua. Selepas kejadian tu, saya buang segala ubat dan minuman suplemen kurus,” ujarnya yang berasal dari Chini, Pahang.

Susulan daripada kejadian itu, ibu kepada dua anak itu mendapatkan khidmat nasihat nutrisi dan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.”Jujurnya, dulu saya tak berapa suka makan sayur. Tapi lama-kelamaan sayur-sayuran dah macam best friend saya. Saya juga amalkan makan buah-buahan dan ulam.

“Tapi saya bukan vegetarian, saya masih ambil makanan lain untuk sumber nutrisi yang seimbang. Saya juga masih makan nasi, tapi kurangkan pengambilannya,” katanya yang menggemari sayur sawi dan buah jambu batu.

Sebaik sahaja mengubah cara pemakanan serta melakukan senaman seperti berbasikal, usaha Cik Pia berhasil apabila berjaya menurunkan berat badan kepada 55 kilogram pada 2016.Ia sekali gus memberi semangat kepada suri rumah itu untuk berkongsi manfaat nutrisi dengan pengambilan sayur dan buah-buahan di laman Facebook sebelum diperluaskan ke TikTok.

“Sebab itulah video-video saya makan sayur dan buah di TikTok itu untuk mendidik masyarakat tentang betapa pentingnya pemakanan sihat,” katanya yang turut belajar secara dalam talian mengenai diet dan kecergasan daripada figura kecergasan terkenal kelahiran Sweden, Pauline Nordin.

Hasil pemakanan sihat dan senaman, berat badan Cik Pia mencecah 55kg.Menurut Cik Pia, terdapat sayur yang boleh dimakan mentah, termasuk yang perlu direbus atau dimasak secara stim sebelum dia membuat video di TikTok.”Saya mahu video-video ini untuk memberi inspirasi kepada masyarakat, dari yang tak suka makan sayur terus jadi suka. Ada yang turun berat badan 30kg. Paling saya terharu apabila ada anak-anak mereka yang mula menyukai makan sayur kerana tengok video-video saya.

“Sampaikan ada ibu-ibu mereka berpesan, kalau nak cantik macam Cik Pia… kenalah rajin makan sayur dan buah. Bukanlah nak kata saya ni cantik, tapi cara didikan ibu-ibu untuk menarik minat anak-anak mereka nampaknya berkesan kerana khasiat sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan,” ujarnya.

Sanggup Minta Restu Ibu Untuk Buat Tiktok. Dalam Masa Yang Singkat Doktor Ini Berjaya Kumpul 300 000 Followers Masuk Bulan Kedua

Sebelum ini,ramai yang menganggap aplikasi popular iaitu Tiktok hanya sekadar menayangkan aksi tarian terkinja kinja semata mata. Sebenarnya mereka yang mempunyai tanggapan itu silap kerana selain hiburan,pelbagai manfaat dan maklumat yang berguna turut dikongsikan di platform media sosial itu.

Dan terbukti,ramai figura pelbagai latar belakang dan kerjaya,malahan golongan doktot yang mula menjadikan Tiktok untuk sampaikan informasi dan nasihat berkaitan dengan perubatan. Terbaru, salah seorang daripada mereka adalah Dr Ahmad Samhan Awang,doktor tular yang sering berkongsi pengalaman mengenai dunia kedoktoran,perubatan dan kemasyarakatan.

Antara tips yang dikongsi Dr Ahmad Samhan di TikTok.Walaupun sudah berumah tangga dan mempunyai cahaya mata, doktor berusia 35 tahun itu tetap merendah diri dengan mendapatkan restu daripada ibunya.”Ma, abe nak buat Tiktok. Ma doakan ok? Apa benda pula Tiktok?

“Itulah aku. Tiap kali nak buat sesuatu aku minta Ma doakan. Biarpun aku tahu, satu benda pun Ma tak faham pasal Tiktok,” tulisnya di halaman Facebook milik beliau.Namun, beliau tetap menjelaskan kepada ibunya mengenai aplikasi itu dengan kebanyakan pengguna membuat video tarian.

“Kenapa nak kena joget. Tak payah jogetlah, ” ujar ibu Dr Ahmad Samhan.”Mana ada nak joget. Nak buat video kongsi ilmu, Ma. Ma doakan ramai yang follow. Makin ramai follow makin ramai dapat belajar dan dapat manfaat.”Kalau gitu Ma doakan followers abe 150,000 bulan ni. Ah sudah. Tepuk dahi. Ni Ma betul-betul tak faham pasal Tiktok ni. Mana lojiknya orang follow ramai tu dalam sebulan,” kata doktor yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Aksi Dr Ahmad Samhan memberi penerangan.Menurut Dr Ahmad Samhan, beliau memuat naik video pertama di TikTok pada 1 Disember lalu dan bermula secara konsisten sebanyak satu video dimuat naik setiap hari.Beliau bagaimanapun kecewa kerana jumlah pengikutnya ketika itu kurang daripada 100 orang.

“Ma, dah seminggu abe post video. Tak ramai pun follow.Jangan bimbang. Betulkan niat. Tengok nanti hujung bulan ni. 150,000 yang follow. Bulan depan jadi 300,000,” ujar beliau yang mengimbas kembali perbualan bersama ibunya.



Ibu kepada Dr Ahmad Samhan. foto facebook Ahmad Samhan.Tanpa disangka-sangka jumlah pengikut beliau di TikTok mencecah 150,000 orang pada 31 Disember, dan ia meningkat sekali ganda kepada 300,000 pengikut pada 31 Januari.

“Tak kurang seorang tak lebih seorang. Sebiji macam yang Ma cakap. Termenung kejap aku. Berbisa betul doa mak ni.”Sebab itulah kalau aku harapkan sesuatu, aku minta Ma Abah doa. Pasti ada keajaiban berlaku. Benar, doa ibu ayah tiada hijab. Allah makbul.

“Ya Allah, panjangkan usia ibu dan ayahku kerana disitulah terletaknya keberkatan hidupku,” katan Dr Ahmad Samhan yang kini menghasilkan lebih 85 video berkaitan kesihatan di TikTok.Setakat ini juga Dr Ahmad Samhan menerusi akaun Dr.Samhan di TikTok mempunyai lebih 319,000 pengikut dan meraih lebih 1.5 juta likes (tanda suka).

Pintu Belakang Van Terbuka Secara Tiba Tiba. Tindakan Pemuda Ini Meraih Perhatian Ramai Setelah Video Rakaman Tersebut Tular Di Tiktok

Pemuda yang bernama Qush ini berkongsi video itu menerusi IG dan Tiktok. Dalam hidup ini , kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat baik,malah kita patut mengajak orang lain agar melakukan kebaikan. Begitu juga dengan jejaka ini yang berkongsi video di saat dia membantu seorang pemandu van di Subang Bestari,Selangor,Ahad lalu.

Kata Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar,25, menceritakan semula kejadian yang berlaku dalam tempoh singkat itu.” Saya tengah memandu di di kawasan rumah sebenarnya masa itu. Tiba tiba pintu belakang van di hadapan kereta saya terbuka.”

“Terbuka masa van tengah bergerak, pakcik tu pula tak perasan. Kebetulan lampu isyarat merah, saya pun tahu lampu isyarat di situ memang lama.Qush berkata, dia sekadar mahu membantu dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.“Jadi saya turun dan tolong tutup pintu belakang van itu. Lepas saya tutup, nampak macam dia intai. Tapi kami tak sempat bertegur,” ujarnya.Berkongsi video di Instagram dan TikTok, usahawan kosmetik yang mesra disapa Qush itu turut menerima reaksi positif warganet.

Katanya lagi,dia menerima satu komen yang mempersoalkan kewajaranannya merakam video sambil membuat amal kebaikan. Tambahnya lagi yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik ,dia secara spontan merakam vieo itu langsung tiada niat untuk menunjuk nujuk. Tambahan pula,telefon miliknya diletakkan di atas dashboard kereta dan dia yang bersendirian membuat rakaman berkenaan.

“Saya sebenarnya risau barang dalam van tu terjatuh ke atas jalan raya. Saya nampak macam ada tong cat.Qush merupakan seorang usahawan kosmetik.”Risau jika ia jatuh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.”Ada seorang individu tanya di ruangan komen, kenapa saya rakam video? Pada saya, kenapa tidak kita kongsi perkara positif.

“Bukan nak menunjuk. Cuma dalam tempoh sekarang, dengan pandemik Covid-19 lagi, inilah masanya kita gunakan hashtag #KitaJagaKita.”Sama-sama membantu masyarakat. Saya pun rakyat biasa je. Mana tahu hari ni dia susah, mungkin esok kita pula yang memerlukan pertolongan,” ujarnya lagi

Paparan skrin video tular itu.Namun katanya, dia bersyukur ramai yang faham mesej video tersebut dan turut berkongsi kata-kata positif menerusi ruangan komen.Tambah Qush lagi, dia tidak dapat membayangkan sekiranya pemandu tersebut merupakan ayahnya sendiri.Dalam perkongsian sama, dia turut mendoakan kesejahteraan individu itu dan berharap dia dapat pulang dengan selamat.

Tweet Yang Dibuat Suka Suka Disiarkan Di Saluran Berita. Pemuda Ini Terkejut Melohat Tweet Yang Ditulis Terpampang Dan Ini Pula Reaksi Ahli Keluarganya

LAMAN sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok kini menjadi tempat berkongsi pendapat, mencari informasi terkini serta menjadi satu bentuk hiburan kepada penggunanya.Di Twitter misalnya, kebanyakan tweet yang menarik pantas meraih perhatian warganet sekali gus juga akan tular di laman sosial yang lain.

Tetapi lain pula kisah seorang pemuda apabila tweet mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuatnya bukan sahaja tular di media sosial, tetapi turut masuk dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3 pada Rabu.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Asrhaf Mohd Nasir, 20, yang menetap dari Pasir Mas, Kelantan berkata dia amat terkejut apabila melihat tweet yang ditulis tiba-tiba terpampang di televisyen.

Ciapan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai pelaksanaan PKP dan ia menerima banyak retweet.”Sedang kami sekeluarga tengok berita, tiba-tiba keluar tweet tu sekali nama saya. Terbahak-bahak satu keluarga ketawa.

“Tweet tu memang sengaja saya buat nak hiburkan hati semua tak sangka sampai masuk TV. Tweet hampir sama sebelum ini pun orang lain pernah buat juga. Saya tiru je, tiba-tiba ramai pula yang retweet.Asrhaf menggangap tweetnya itu sekadar menghiburkan hati mereka di luar sana lebih-lebih dalam dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

“Baguslah, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan hati mereka di luar sana dalam keadaan yang sukar ini,” katanya sambil menambah ketika itu dia sedang menonton bersama ibu, bapa dan abangnya.Tambah Asrhaf, ibu dan bapanya merupakan orang paling teruja apabila mengetahui mengenai perkara itu

“Sebelum ada juga mereka tengok posting orang lain yang dikongsi d TV, tapi mereka tak sangka pula tweet anak sendiri pun sampai boleh masuk TV, apatah lagi pasal PKP,” katanya.Menurut Asrhaf, walaupun apa yang berlaku dianggap sebagai hiburan semata-mata, ada juga warganet yang tinggalkan komen-komen negatif kepadanya termasuklah menudh tweet tersebut palsu dan disunting.

“Mula-mula tu ada yang kata edit. Saya balas komen dia dengan bagi screenshot dekat YouTube. Lepas tu yang lain, saya dah malas layan.”Biarlah nak kata edit ke apa. Janji saya seronok, family pun terhibur.”Lagipun saya kongsi seronok-seronok je, bukannya saya dapat apa-apa pun kalau tweet masuk berita,” katanya.

Asrhaf (depan) bersama keluarga.Asrhaf yang kini bekerja sambilan dengan berniaga dalam talian mengakui dirinya turut terkesan gara-gara pandemik Covid-19 ini.”Biasalah saat macam ini siapa je yang tak serabut. Banyak perniagaan yang lebih besar pun terjejas apatah lagi perniagaan kecil macam saya.”Tetapi saya tetap bersyukur biarpun berniaga kecil-kecilan ja, ada juga rezeki orang beli cookies dan brownies saya,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *