Bersendirian membesarkan dua anak kembar setelah berpisah dengan suami. Wanita ini kongsi pengalamannya menjaga anak anaknya tanpa suami di sisi

Kehidupan

Tak pernah terfikir untuk besarkan dua anak kembarnya sendirian,selepas dua cahaya mata yang dinanti-nantikan akhirnya lahir selepas enam tahun perkahwinan. Namun begitu,segalanya udah ditakdirkan apaila hubungan bersama suami tidak dapat diselamatkan di saat kedua dua si comel memasuki usia enam bulan.

Dan inilah perjalanan hidup ibu tunggal berusia 29 tahun ini yang perlu menggalas tanggungjawab berat membesarkan sepasang kembarnya sejak berpisah pada 2012.”Tumpah air mata hari ini. Enam tahun kahwin tiada anak dan kemudian Allah hadiahkan anak kembar tetapi Allah duga jodoh tak panjang. Ibarat ibu tunggal sejak anak enam bulan dan sekarang dah lima tahun,” tulisnya pada kapsyen video yang dikongsi di TikTok.

“Abang, anak kita dah sekolah tau. Tapi sebab PKP saya terpaksa hantar mereka ke cikgu private.”Dulu kita pernah janji kan nak jaga mereka sama-sama. Nak tengok mereka membesar, bawa pergi bercuti… tapi kita hanya mampu merancang Allah tentukan jodoh kita tak panjang.

“Saya tak marah abang, tak bnci abang. Saya reda dengan apa yang dah jadi, cuma hari ni hati saya terusik. Anak kita dah besar bang, anak kita dah besar,” demikian luahan yang dibuatnya menerusi video tular itu sambil menangis teresak-esak.

Nurul Afiqah Kamaruddin atau lebih mesra disapa Nuyoy berkata hatinya tiba-tiba terusik dan air mata mengalir sebaik sahaja menghantar kedua-dua anaknya pergi belajar bersama guru persendirian bagi mata pelajaran bahasa Inggeris dan bahasa Mandarin

Difahamkan Nuyoy yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan berkata luahan hati seperti itu jarang sekali berlaku apatah lagi dikongsikan bersama orang ramai, tetapi pada hari itu dia terpanggil untuk merakam video bagi memberi kekuatan kepada mereka luar di sana yang senasib dengan dirinya.

“Masa tu saya hantar anak ke kelas bahasa Inggeris dan Mandarin. Saya saja ambil gambar mereka. tak rakam apa-apa.”Tiba-tiba masa dalam perjalanan nak balik hati saya rasa sebak sangat sebab macam tak percaya anak dah besar.Nuyoy yang merakam sendiri dirinya sedang menangis dalam kereta dan membuat suntingan menjadi satu video luahan hati terkejut apabila perkongsiannya di TikTok tular dengan mendapat 9,000 likes dan lebih 1,000 komen dalam masa singkat.

“Saya tak niat nak malukan bekas suami. Dalam tu pun tak ada langsung cerita apa-apa, memang sekadar luahan suara hati saya sahaja.”Tak sangka ramai yang beri kata-kata semangat dan kongsi pengalaman mereka dengan saya.”Tak salah untuk seorang ibu tunggal menangis bagi melepaskan kesedihan tetapi jangan sampai mengabaikan anak,” katanya. Nuyoy bersyukur kerana walaupun terpaksa membesarkan dua anak sendirian, rezekinya selepas bercerai semakin luas.”Banyak sangat perubahan hidup saya. Dari hidup susah selepas berpisah, kereta rosak pun tak ada duit nak baiki, jual kacang masin 50 sen sampailah saya berniaga online dan kini ada rezeki lebih dapat buka taska.

“Saya bersyukur sangat dikurniakan keluarga dan rakan-rakan yang sangat memahami dan selalu beri sokongan sehingga hari ini,” ujarnya.Dua anak kembarnya, Iman dan Aneesa kini berusia lima tahun dan dijaga sepenuhnya oleh Nuyoy.Dengan perkongsian tersebut, dia berharap sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat bahawa tidak semestinya tanpa suami seorang wanita tidak boleh berjaya.”Saya belum kaya tetapi InsyaAllah menuju kesenangan,” katanya.

Bertemu Jodoh Dengan Anak Murid Yang Muda 10 Tahun Daripadanya. Tular Cikgu Cantik Ini Berkahwin Dengan Anak Murid Dan Ini Kisah Sebenar Mereka

Siapa sangka seorang wanita yang sering disindir anak dara tua akhirnya bertemu jodoh dengan anak murid sendiri yang muda 10 tahun daripada usianya.Muhrianti, 29, dari Kalimantan Timur, Indonesia selamat bernikah dengan Abdul Kodir yang berusia 19 tahun pada 10 Jun lalu, lapor Tribunnews.

” Orang sering bertanya bila saya mahu berkahwin apabila usia mencecah 28 tahun.” Saya tidak sangka jodoh saya ialah anak murid sendiri,” tulisnya di laman TikTok.Muhrianti berkenalan dengan suaminya ketika bertugas di Sekolah Menengah Atas tempat remaja itu bersekolah namun hubungan pada waktu itu sekadar sebagai guru dan pelajar.

Mereka menjadi semakin rapat apabila sama-sama terlibat dalam satu karnival anjuran sekolah.” Secara kebetulan, guru kaunseling meminta suami untuk menolong saya di karnival itu.” Guru kaunseling memberikan nombor telefon saya dan sejak itu, kami mula berbual dan berkenalan.

Perhubungan antara kami berterusan walaupun selepas karnival tamat namun masih terbatas kerana dia masih belajar,” jelasnya.Setelah Abdul tamat sekolah menengah dan bekerja, barulah suaminya meluahkan perasaan lalu melamar Muhrianti menjadi isteri.

” Pada awalnya biasa-biasa saja, belum timbul perasaan lagi, kami berbual dan berbalas mesej pun seperti biasa saja ,” imbuhnya.” Semakin hampir dengan peperiksaan SMA, jadi makin dekat akhirnya.”” Tapi belum bercinta lagi, kerana masih menjaga hubungan sebagai seorang guru dan murid,” jelas Muhrianti.

Setelah Abdul tamat pengajian dan bekerja, dia akhirnya melamar wanita yang juga merupakan seorang Youtuber dikenali sebagai Miss Yanti itu.” Selepas tamat pengajian di SMA, dia mula mencari kerja.” Akhirnya dia melamar saya dan saya terima.

” Saya akhirnya sedar, saya juga suka sama dia,” luah Muhrianti.Dalam pada itu, kisah seorang guru wanita yang akhirnya berkahwin dengan pelajar sendiri pernah juga berlaku di negara kita.Sebelum ini, menerusi mStar Online pada 2018, Muhammad Hazim Shahidan menceritakan detik manis pertemuan bersama Cikgu Aishah.

Muhammad Hazim memberitahu perhubungan bermula hanya dengan usik mengusik di sekolah. Selepas tamat SPM pada 2015, episod cinta antara mereka mula hadir sewaktu dia mahu melanjutkan pelajaran ke sebuah koleh swasta di Bangi.” Isteri saya adalah cikgu subjek Fizik kelas saya. Saya suka mengusik dan bergurau dengan dia. Saya pernah kata suatu hari nanti saya akan menikahinya.

” Ada suatu ketika, saya pernah kata cikgu tunggu saya lima tahun je, masa tu saya berumur 21 tahun, saya akan masuk meminang cikgu. Dia dengan selamba menjawab, kalau nak tunggu kamu, tualah saya kalau macam tu.” Takdir Allah, benarlah kata-kata itu satu doa. Lima tahun kemudian, saya benar-benar meminangnya dan dengan restu kedua ibu bapa, kami bernikah dan bergelar suami isteri yang sah.” ujar Hazim.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Pernah Tular Gadis 18 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki Berumur 62 Tahun. Pengantin Perempuan Ini Tampil Beri Ayat Padu Kepada Warganet

Masih Ingat Lagi Gadis 18 Tahun Yang Kahwin Lelaki 62 Tahun Selepas Hampir Setahun Berkahwin Inilah 5 Foto Terbaru Yang Amat Memeranjatkan | Pada mulanya, foto ini dikongsi Ustaz Saiful Bahri Mamat di laman Facebook,

Foto-foto itu tersebar luas di media sosial dah dikongsi oleh warganet dengan pelbagai tulisan yang kebanyakan menjadikan perkahwinan ini sebagai bahan lawakan. Ada yang mengatakan ia sepatutnya menjadi pasangan seperti seorang anak dan bapa, cucu perempuan dengan datuk.

Nur Nazirah Nazri18 tahun yang berumur 18 tahun. Allahu, kesakitan menembusi hati orang lemah. Hahahahaha, tulis halaman Lawak Picture Association dengan emosi tertawa tertawa. Menyedari perkahwinannya yang dianggap sebagai lelucon, pengantin perempuan, Nur Nasirah Nazri menjawab.

Hina sangat muda berkahwin dengan ibu bapa? Perkahwinan saya adalah perkawinan sah, bukannya buncit (hamil) dahulu baru kawin, soal Nasirah kepada warganet.Nur Nasirah mengakui pada mulanya hanya senyap apabila foto perkahwinan foto tersebar di Instagram.

Tetapi orang ramai yang ups (jawatan masih di atas), jadi saya kehilangan k3sabaran. Bagi mereka yang ingin kebahagiaan saya, saya sangat berterima kasih dan saya ucapkan terima kasih, menulis Nasirah lagi.Tetapi ada juga orang warganet yang membawa kata-kata semangat kepada pasangan ini. Jangan rasa macamtu adik, saya gembira, Wallahi ,, Rasulullah pun berkahwin dengan anak kawan baik sendiri yang jauh lebih muda iaitu Saidatina Aisyah,

Saya yakin ramai yang mendoakan adik dan pasangan, gambar ini jadi viral sebab rare jer, Dalam Jannah, tak de beza umur dah, semua umur yang sama, kata Faten Nasyrah Zulkifli.Nur Nazirah Nazri Abaikan saje, biasalah manusia, bila pemikiran tidak berfungsi dengan baik, macam inilah jadinyer, perkara baik diremeh-remehkan,

Bagus adik kawin awal, kakak doakan awak bahagai, by the way, suami yang dah berumur ini lagi romantik dari yang muda, tak percaya ? Lihatlah kemudian, kata Aliah Amanee.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Sumber : apacerita

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *