Tular situasi nenek yang terpaksa mengambil barang orang tanpa izin hanya untuk sesuatu ini. Sekali tak sangka orang sekeliling sanggup lakukan ini pada nenek tersebut.

Amalan Semasa Uncategorized Viral

Seorang nenek berusia 50 tahun dikerumuni orang ramai di tempat awam selepas cuba mengambil barang tanpa izin salah seorang penjual di pasar. Kejadian itu berlaku pada Sabtu lepas (30 Januari) kira-kira jam 5.45 petang di Pasar Mandiraja, Banjarnegara, Jawa Tengah dan video yang dirakam orang awam ketika itu mula viral di media sosial. Menurut Kompas, ketika kejadian nenek itu telah mencuri beg peniaga di situ namun tindakannya disedari individu yang bertindak menjerit  dan membuatkan orang di sekeliling terkejut.

Selepas mendengar peniaga itu teriak, peniaga yang lain bersama-sama dengan pengunjung yang berada di pasar tersebut terus mengejar nenek tersebut yang cuba melarikan diri. Sebaik saja ditangkap, nenek itu dikerumuni dan diserang oleh orang ramai yang turut bertindak mengasarinya.

Seorang individu dikatakan bertindak mencengkam leher dan bahagian belakang tudungnya namun nenek itu langsung tidak melawan dan hanya mendiamkan diri. Melalui video itu seseorang didengari berkata, Bukan hanya dikasari dan berlaku provokasi, nenek itu juga hanya mampu merelakan diri ketika diarak beramai-ramai oleh orang awam untuk dilaporkan kepada pihak polis.

Selepas diserahkan kepada polis dan disoal siasat, nenek itu mengaku terpaksa mencuri kerana sudah kelaparan dan tidak mempunyai wang untuk makan. Dia hanya hidup seorang diri kerana suami dan anaknya berhijrah ke bandar dan sudah lama tidak menghubunginya. Jadi pelaku ini hidup sebatang kara, suami dan anaknya merantau. Dia bingung enggak punya uang, akhirnya nekat nyopet buat makan sehari-hari.”

Individu yang terkena itu dikatakan tidak membuat laporan polis kerana mengasihani nasib nenek itu. Pada hari yang sama jam 9 malam pihak polis telah menemui nenek itu bersama individu tersebut dan saksi kejadian. Nenek itu menangis ketika membuat pengakuan dan berjanji tidak akan mengulanginya. Dia akui tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mencuri kerana memerlukan wang untuk makan.

“Individu sudah memaafkan dan tidak akan melanjutkan laporannya ke pihak berwajib, diselesaikan secara kekeluargaan, toh cuma hilang Rp 100.000 (RM28.96).”

Pihak polis juga turut memberi sumbangan beras dan barangan makanan lain kepada nenek itu. Dia juga turut diarahkan untuk lapor diri kepada polis setiap Isnin dan Khamis dan akan diberikan bantuan makanan serta wang untuk pengangkutan.

Lepas Pinjam RM20 Minta Pula Bantuan Lain. Aktivis Ini Mohon Maaf Dan Cerita Punca Dia Terpaksa Tolak Beri Bantuan

Baru baru ini,aktivis masyarakat Syed Azmi ALhabshi kongsi pengalaman beliau dihubungi seorang ibu yang merupakan antara penerima bantuan beberapa kali dari pertubuhan yang diasaskan beliau sebelum ini,”Assalam Encik Azmi…. Saya tak pasti saya bodh ikut kehendak anak atau memang ibu-ibu akan rasa macam saya rasa. Ni anak yang paling kecil enam tahun.”Malam ni merajuk, tak nak makan tak nak (minum) susu. Tidur dalam keadaan perut kosong. Sambil menangis, tertidur,” kata Syed Azmi mengimbas semula mesej berkenaan, yang dikongsikannya di laman Facebook beliau.

Ia bermula selepas si anak mengikut bapanya pergi menghantar mesin tebng pokok dan terdapat sebuah khemah permainan berwarna merah jambu di luar rumah.Syed Azmi berkata, si ibu memaklumkan bahawa khemah tersebut begitu dihajati oleh anaknya itu dan pernah dijanjikan oleh suaminya untuk membelinya.

Dah lama sangat dia nak, dari umur empat tahun. Masa tu ayah dia janji tunggu ada duit ayah beli. Lepas tu senyap, ingatkan dia lupa.”Hari ni meraung-raung tuntut janji. Tak tahu nak pujuk dah. Dia duk ulang-ulang dari dulu suruh beli tapi ayah ibu tak beli-beli sampai tahap kena marah. Last-last merajuk.

Bukan tak pernah ada duit, tapi kami dahulukan mana yang penting. Bagi kami ni sekadar mainan je. Tapi bila dia tertidur dalam air mata, perut kosong…. terkilan juga,” ujar Syed Azmi memetik kata-kata wanita itu.Untuk pengetahuan, Syed Azmi yang merupakan pengasas badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Untuk Anak Kita (Puak Payong) berkata, wanita berusia 36 tahun itu merupakan ibu kepada empat anak dan juga suri rumah.

Beliau berkata, wanita itu mahu meminjam sebanyak RM20 untuk membeli khemah permainan untuk anak bongsunya itu.Sehari sebelumnya, Syed Azmi telah memberi bantuan kepada wanita itu lebih RM300 untuk keperluan barang dapur, bil elektrik, makanan untuk sekeluarga termasuk tayar motosikal.

Antara mesej wanita itu kepada Syed Azmi. foto facebook Syed Azmi.Tambah beliau, kelengkapan persekolahan anak-anak wanita itu juga telah diselesaikannya dan sebanyak RM1,000 disalurkan kepada keluarga tersebut pada Disember lalu.”Minta duit buat cermin mata, bila saya dah bagi kata dah buat dah lepas tu minta duit lebih pakai baiki motor, saya kata okay. Ni nak minta pinjam,” katanya.

Bersikap tegas, Syed Azmi memberi jawapan tidak untuk meminjam wang kepada wanita wanita itu.”Saya rasa janji mak ayah pada anak memang kena mak ayah kotakan sendiri, ini jawapan saya. Bukan nak buatkan saya rasa bersalah. Jangan janji pada anak, mereka takkan lupa,” ujarnya.

Bercakap mengenai semua kes yang dikendalikan, Syed Azmi mahu penerima bantuan belajar untuk mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri mereka.”Kalau kita berikan, dia akan nampak peluang untuk sentiasa minta, minta, minta dan sentiasa tunjuk pada anak nak itu ini. Dan dia akan rasa senang jaja kisah sedih dan dapat.

“Sampai bila dia belajar nak bertanggungjawab? Dalam kes ini janji dia pada anak. Kalau senang dapat, kita tak nak jadikan mereka penagih bantuan.”Maaf, saya tak setuju. Dia kena berusaha dulu. Paling kurang tunjukkan usaha dulu. Tak boleh nak cepat dapat. Itu tak boleh. Jangan biasakan,” katanya.

Walaupun mengasihani anak wanita itu, Syed Azmi tetap dengan pendiriannya yang mahu membimbing keluarga dalam kalangan penerima bantuan.”Saya sarankan si ibu untuk minta anak buat kerja rumah dan bagi hadiah (khemah mainan) sebagai upah. Tapi dia senyap saja (tidak memberikan respons).

“Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak untuk berusaha bagi mendapatkan sesuatu. Jangan manjakan anak… usaha tu penting, jika ada usaha sedikit pun, pasti saya bagi.”Manjakan anak ini kena bertempat, tak nak jadi Anakku Sazali. Kita kena bimbing. Biarpun tegas dan dia bukan seorang dalam bab macam ni. Harap jadi pedoman. Maafkan saya apa-apa pun,” katanya.

Sebak Isteri Sanggup Minta Maaf Berkali Kali Kepada Suami. Doktor Ini Kongsi Kisah Sebak Tentang Keadaan Pesakit Ini Dan Isterinya

Macam yang kita semua tahu, jodoh, pertemuan serta bila kita akan pergi adalah ketentuan Tuhan. Kita sebagai mnusia hanya mampu merancang,tetapi dia yang menentukan. Begitulah juga seorang doktor,mereka hanya mampu berusaha untuk merawat pesakit dengan harapan diberikan kesembuhan dan kembali sihat.

Menurut seorang doktor,dia berasa sebak berkongsi kisah beliau yang menyaksikan pelbagi derma air mata antara seorang pesakit dan isterinya di hospital. “Baru saja aku terangkan “Baru saja aku terangkan kepada isteri pesakit. Pesakit perlu diberi bantuan pernafasan kerana keadaan semakin teruk.”Dia mengangguk faham dan bersetuju. Tapi mata sudah berkaca. Aku beri ruang padanya untuk berjumpa suami sebelum diintubasi,” tulis Dr Ahmad Samhan Awang di Facebook. Sambil memeluk tubuh suaminya, wanita itu berulang kali berkata sesuatu kepada suaminya yang terlantar di katil.

“Maafkan Ida bang, maafkan Ida bang. Halal makan minum Ida bang. Tangan suaminya mengusap lembut kepala isteri. Abang redakan Ida,” kata Dr Ahmad Samhan mengimbas kembali perbualan suami isteri itu.Menurut Dr Ahmad Samhan, sudah jadi kebiasaan mereka akan memberi penerangan dan mendapat persetujuan daripada pesakit dan waris sebelum melakukan intubasi.

Jelas doktor berusia 35 tahun itu, pesakit akan diberi ubat tidur dan dimasukkan tiub yang disambungkan pada alat bantuan pernafasan (ventilator).”Setelah diintubasi, mereka akan dipantau di ICU (unit rawatan rapi). Jika keadaan pesakit semakin baik, maka tiub tersebut akan dicabut.

“Tetapi jika keadaan semakin teruk, pesakit takkan sedarkan diri dan terus pergi tanpa dapat berbicara lagi,” ujar beliau yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Tr4uma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Memantau keadaan, Dr Ahmad Samhan yang berada dari kepala katil dapat melihat pergerakan dada pesakit selain nafasnya yang tercunga-cungap.”Turun naik dada pesakit. Mulutnya tercungap-cungap untuk memastikan lebih banyak oksigen memasuki paru-paru. Encik A, kami akan masukkan ubat tidur ya. Dia mengganguk.

“Ikut saya mengucap, Lailahaillah muhammadurrasullah. Terkumat-kamit mulutnya mengikuti,” kata beliau yang memimpin pesakit itu untuk mengucap dua kalimah syahadah.Walau bagaimanapun, Dr Ahmad Samhan berkata, setiap manusia tidak akan tahu bagaimana pengakhiran yang bakal dihadapi ketika ajl datang menjemput.

“Kita tidak pasti bagaimana pengakhiran yang bakal kita hadapi. Ada orang berakhir di atas jalan raya. Ada orang berakhir lemas dalam air. Ada orang berakhir terlantar di atas katil.”Yang pasti kita semua akan mati. Yang paling kaya pun mati. Yang paling miskin pun mati. Yang sihat mati, yang sakit apatah lagi.

“Kita cuma perlu doa, moga dipermudahkan saat-saat roh kita terpisah dari tubuh. Dapat lafaz kalimah syahadah dengan baik dan diampunkan segala dosa sebelum diambilnya nyawa kita… dan berharap kita tidak menyusahkan sesiapa dan tidak tinggalkan beban pada mereka yang masih hidup,” kata beliau.

Rasa Kenyang Sebelum Habis Makan Dan Hilang Berat Badan. Doktor Ini Ulas Lebih Lanjut Sakit Yang Akan Muncul Sekiranya Kerap Makan Mi Segera

Macam yang kita semua tahu,mi segera merupakan antara makanan paling disukai orang ramai. Ciri-ciriny a yang berharga murah dan mudah disediakan telah membuatkannya sungguh popular terutamanya di kalangan belia. Namun begitu,benarkah makan mi segera kerap boleh menyebabkan masalah yang serius seperti sakit teruk

Menerusi posting dikongsikan @ZaharahHafizah di Twitter, ramai yang bertanyakan kepadanya sama ada mi segera boleh menyebabkan kanser perut atau tidak. Wanita bergelar doktor ini memberitahu bahawa makanan yang diperasakan, disalai atau telah diawet merupakan salah satu faktor terjadinya stomach cncer. Namun begitu, ia juga boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain seperti jangkitan pada perut (H. Pylori Infection) ataupun gangguan genetik.

Dr Hafizah berkata jarang sekali seorang remaja berumur 18 tahun menghidap sakit tersebut hanya kerana kerap memakan mi segera. Merujuk kepada rajah dikongsikan wanita itu, masalah berkenaan sering dihidapi oleh golongan yang lebih dewasa.

Beliau memberitahu bahawa ia amat mustahil bagi seseorang itu untuk menghidap sakit tersebut hanya kerana mi segera, melainkan jika dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Wanita ini turut menasihati orang ramai supaya bertemu doktor dengan kadar yang segera jika mempunyai simptom-simptom sakit tersebut. Antaranya adalah merasa kenyang sebelum habis makan, kehilangan berat badan dengan tiba-tiba, pedih ulu hati dan masalah gastrik serta penghadaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *