Tular perkongsian pelajar ini yang menunjukkan cara dine in yang baharu di musim PKP. Sekali ini respon warganet.

Amalan Dunia Uncategorized Viral

Perkongsian Faqeeh yang menunjukkannya menikmati hidangan di dalam kereta, mengundang kritikan warganet. Umum sedia maklum semua restoran dan gerai makan hanya dibenarkan beroperasi untuk perkhidmatan bawa pulang atau pandu lalu sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketika semua orang patuh dengan prosedur operasi standard (SOP) ini, tular satu video di TikTok menunjukkan seorang pemuda sedang menikmati hidangan lengkap makanan yang dihidangkan oleh peniaga di dalam keretanya. Sehingga kini perkongsian itu meraih 61,000 likes dan hampir 2,000 komen dengan pelbagai reaksi diberikan warganet.

“Akhirnya dapat pengalaman drive-in dining, ” tulisnya pada kapsyen video TikTok yang dimuat naik oleh pemuda berkenaan. Muhammad Faqeeh Abdullah Ahmad Sofian, 20, berkata segalanya bermula apabila dia tiba-tiba berasa lapar selepas keluar membeli barang dapur untuk ibunya kira-kira jam 2.30 petang, Rabu.

Lantas dia terfikir untuk cuba makan di dalam kereta, yang mana peniaga akan meletakkan makanan di atas meja khas yang disangkut pada stereng, seperti yang pernah dibaca menerusi perkongsian di Twitter.

Faqeeh langsung tidak menyangka perkongsiannya tular sehingga ramai yang meninggalkan komen-komen negatif.

“Kebetulan kedai tu memang dekat kawasan Cyberjaya jadi saya buat keputusan nak pergi cuba servis makan dalam kereta yang pernah saya baca di Twitter. Pada pandangan saya, tak ada apa yang salah… setiap orang ada pendapat masing-masing yang penting saya tahu macam mana pekerja kedai tu jaga SOP, ” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyangka video pengalaman baharu yang dikongsi di TikTok itu akan tular, malah lebih teruk lagi ada yang bertindak mempertikai tindakannya yang masih mahu makan di luar dan berdegil untuk tidak duduk di rumah walaupun kes Covid-19 sedang meningkat.

“Orang suruh duduk rumah, nak makan dalam keretalah, atas motorlah, tepi lorilah. Aku punya duduk rumah nak dekat sebulan hangpa seronok dine-in dalam kereta pulak. Jangan galakkan orang untuk keluar rumah geng, ” demikian antara komen yang ditinggalkan warganet.

Faqeeh berharap warganet melihat perkongsiannya dari sudut positif.

Lebih mesra disapa Faqeeh, dia yang tinggal di Cyberjaya berkata di sebalik komen negatif dia juga menerima komen positif apabila ada individu berpandangan servis itu memudahkan pelanggan dan pada masa sama mampu membantu peniaga yang kini masing-masing bergelut untuk mencari rezeki.

Jelas anak kedua daripada lima beradik itu lagi, tindakannya bersama seorang lagi rakan singgah makan di situ juga bukan berniat mahu membuat rakaman video untuk dijadikan konten TikTok semata-mata.

“Idea nak rekod tu tak ada apa pun sebenarnya. Macam biasa kita selalu pergi makan di luar dan nak kongsi apa yang kita makan. Sekarang memang ramai kritik, nanti kalau dah banyak kedai buat macam tu saya agak semua akan join sekaki, ” katanya.

Masa tu memang tak ramai, tak banyak kereta. Parking lot ada banyak tapi kereta yang ada dua tiga buah saja termasuk kereta saya.

Bercerita mengenai pengalamannya menikmati hidangan cara baharu ini yang tak ubah seperti makan dalam penerbangan, Faqeeh berkata perkhidmatan ditawarkan dengan mematuhi setiap SOP ditetapkan.

“Masa tu memang tak ramai, tak banyak kereta. Parking lot ada banyak tapi kereta yang ada dua tiga buah saja termasuk kereta saya. Sampai saja di petak parking kita perlu hon untuk panggil pelayan ambil order. Dia akan lakukan sanitasi, suruh scan MySejahtera dan periksa suhu terlebih dahulu. Kemudian baru bagi menu untuk pilih makanan. Sebelum hantar makan, pelayan akan datang hantar meja kecil yang disediakan untuk makan dalam kereta. Memang tak banyak interaksi. Sama macam pergi beli bungkus makanan di kedai je, ” ujarnya.

Walaupun teruja dengan pengalaman baharu itu, Faqeeh yang masih belajar di sebuh kolej swasta di Kajang mengakui agak sedih apabila menerima banyak kecaman dalam kalangan warganet.

Faqeeh berharap masyarakat tidak memandang tindakannya itu sebagai sesuatu yang keterlaluan kerana dia masih menjaga SOP, begitu juga peniaga kedai tersebut.

Penghantar Makanan Ini Dedah Dah Beli Makanan Sampai Ratusan Ringgit. Sekali Pelanggan Ini Cancel Order Dan Ini Yang Terjadi

Sebelum ini pernah tular kisah seorang penghantar makanan yang terima pesanan misteri yang membuat pesanan dari tempat persemadian Cina. Namun,apabila sampai ke tempat kejadian tidak kelihatan sesiapa pun berada di situ. Ekoran daripada kejadian itu,lelaki itu tampil memberikan nasihat kepada orang ramai dengan tidak melakukan prank order yang sekali gus menyusahkan pelbagai pihak.

Baru baru ini, seorang penghantar makanan dikenali sebagai Anas Mansor, tampil meluahkan rasa kecewa terhadap pelangganya yang ‘mendiamkan’ diri setelah pesanan tersebut telah diambil olehnya. Kisah tersebut diceritakan menerusi satu video di laman TikTok menerusi akaunnya.

Berdasarkan video tersebut, lelaki ini menceritakan dia mendapat pesanan penghantaran makanan yang berharga RM110 dan pelanggannya ketika itu memilih kaedah membayar secara cash on delivery. Namun, setelah makanan tersebut diambil olehnya pelanggan tersebut bertindak mendiamkan diri dan sama sekali tidak menjawab panggilan dan mesej yang dibuatnya.

Tidak berakhir di situ, pelanggannya yang tidak bertanggungjawab itu juga tidak meletakkan alamat yang betul, ditambah pula keadaan cuaca yang panas ketika itu. Susulan daripada pelanggan itu yang bertindak mendiamkan diri, pihak pengurusannya memaklumkan pesanan tersebut telah dibatalkan dan dia perlu menunggu pesanan yang seterusnya.

Lagi menyedihkan, apabila dia meluahkan rasa kecewa apabila tidak mendapat bayaran yang sepatutnya diteirma olehnya.Jauh-jauh aku datang dan aku tak dapat payment penuh sebab order tu cancel. Banyak-banyak ni nak buat apaPada masa yang sama, dia turut memberikan nasihat kepada orang ramai supaya meletakkan alamat yang betul dan sentiasa memeriksa status pesanan yang telah dibuat.

Perunding Kecantikan Ini Sanggup Buat Agihan Makanan Kepada Rider. Ternyata Perkongsian Yang Dibuat Raih Tumpuan Orang Ramai

Selepas PKP berlangsung,kebanyakan kita terpaksa duduk di rumah sepanjang pandemik Covid 19 masih ada, malahan golongan rider banyak membantu dalam kehidupan sehari hari. Paling ketara tentunya tugas mereka menghantar pesanan makanan terus ke pintu kediaman kita,sekaligus memudahkan urusab harian kala ini.

Dalam usaha menghargai golongan itu, seorang perunding kecantikan yang juga ahli perniagaan, Nur Azraliyana Azmi, 25, tampil dengan inisiatif agihan makanan percuma buat mereka.Video agihan sumbangan yang dibuat di Senawang, Negeri Sembilan pada Isnin dan Selasa itu turut meraih perhatian ramai menerusi media sosial.

Dia yang mesra disapa Azra mendedahkan usaha murni itu dijayakan dengan sumbangan dana peribadi oleh keluarga, saudara-mara dan sahabat handai.”Ini sebenarnya idea ibu saudara saya. Dia sudah buat inisiatif ini di ibu negara baru-baru ini. Saya kata, alangkah indahnya kalau boleh buat perkara sama.

Tambahan pula Azra merupakan seorang perunding kecantikan dan juga ahli perniagaan.”Kemudian ibu saudara kata, kenapa tak buat di Negeri Sembilan? Dia yang bagi tunjuk ajar kepada saya.”Ini inisiatif keluarga dan kawan-kawan, dengan pasukan bisnes saya. Keluarga saya pun ada buka kedai kerepek di Senawang, sebelum ini keluarga saya ada buat tabung makanan di kedai.”Bila dengar saya nak buat untuk rider, mereka pun nak sertai dan bagi sumbangan. Tapi yang turun buat agihan tak ramai sebab tak digalakkan dalam waktu sekarang,” ujarnya.

Dalam video tular itu, Azra bersama beberapa individu lain berada di Dataran Senawang sebelum mengagihkan bungkusan makanan seperti bihun dan nasi bajet buat golongan rider.Jelas Azra yang masih belum mendirikan rumah tangga itu, dia bersyukur apabila rancangan itu berjalan lancar yang mana ia disifatkan cukup bermakna buat dirinya.

“Sebenarnya kita bukan tolong golongan rider sahaja. Makanan yang diagihkan, kami tempah daripada peniaga kecil. Jadi dapat tolong mereka juga.”Memang perasaan tu, rasa lapang dada. Saya tak pernah ikuti program kebajikan sebelum ini. Ini kali pertama saya handle.”Paling best bila rider doakan kita balik. Masa saya hulurkan makanan, mereka berdoa depan-depan, mohon saya dimurahkan rezeki.

Bihun dan nasi bajet antara yang diagihkan pada Isnin dan Selasa lalu.”Bila dia bagi reaksi macam tu, saya rasa terharu. Patutlah ramai orang nak buat kebajikan, saya baru dapat rasa benda tu.”Sebab dia doakan kita depan-depan, tak dapat saya nak gambarkan perasaan tu,” ujarnya yang menetap di Seremban.

Menurut Azra, dia juga tidak kisah berpanas dalam misi itu kerana ia cukup memberi kepuasan kepadanya.”Sebak juga sikit, tapi lebih kepada happy sebab dapat membantu. Bila borak dengan kawan-kawan, ada yang kata… gigihnya kat tengah panas, tak penat ke?

Agihan kepada rider di sekitar Senawang.“Bagi saya, ia penat yang memberi kepuasan. Dengan respon positif di media sosial, saya rasa lagi bersemangat untuk teruskan pada masa akan datang.”Mungkin tak semua boleh membantu dari segi kewangan, tapi kita boleh bantu dengan duduk di rumah untuk kurangkan jangkitan Covid-19.”Sekecil-kecil duduk di rumah pun dah boleh tolong ramai orang. Saya sebagai orang bisnes berdoa agar ia berakhir segera.”Siapa nak hidup macam ni, dah setahun berlalu,” ujarnya mengakhiri bicara.

Berusaha Untuk Membangunkan Ibunya Yang Tidak Bangun Bangun. Kisah Sedih Gadis 10 Tahun Terus Jadi Yatim Piatu Setelah Ibunya Tiada Akibat Covid19

Baru baru ini,seorang gadis berusia 10 tahun di desa Benda Baru,Kabupaten Pamulang,Kota Tangerang Selatan,Indonesia tinggal sebatang kara apabila Covid19 mengambil nyawa ibunya. Kisah sedih ini telah mnimpa adik Aisyah Alusa selepas ibunya pergi tinggalkannya buat selama lamanya akibat daripada virus COVID19 pada 15 Januari 2021 yang lalu.

“Ayahnya sudah pergi buat selamanya ketika Aisyah masih berumur 2 tahun,” kata Marliansyah A. Baset, Ketua RW 18, Benda Baru, kepada wartawan.Baset juga turut menceritakan tentang nasib malang yang menimpa adik Aisyah ini. Bermula pada pagi Jumaat yang lalu, Allahyarham Rina, ibu kepada adik Aisyah, mengadu pening kepala, batuk dan demam kepada jiran di rumahnya. Kemudian, Rina telah dihantar ke Pusat Kesihatan Benda Baru untuk mendapatkan rawatan.

Ketika tiba di pusat kesihatan tersebut, Rina telah menjalani ujian rapid test dan telah disahkan positif terhadap virus COVID-19. Kemudian, pusat kesihatan tersebut telah merujuknya ke Hospital Permata bagi menjalani ujian swab PCR.

“Hasilnya dia telah disahkan positif COVID-19 dan telah diberikan pilihan sama ada mahu dirawat di hospital atau mengkuarantinkan diri di rumah. Kerana risau untuk tinggalkan anaknya keseorangan di rumah, dia telah memutuskan untuk mengasingkan diri di rumah sahaja,” kata Baset.

Kemudian, ketika dia sampai di rumah, Aisyah menjaganya dan memberinya makan. Sehingga akhirnya pada petang Sabtu, Aisyah telah berusaha untuk membangunkan ibunya yang masih tidur bagi bersiap-siap untuk solat Maghrib secara berjemaah, namun ibunya itu tidak bangun-bangun.Tubuh ibunya menjadi kaku, dia terus menggoncangkannya dengan harap agar mata ibunya itu terbuka memberi respon kepada Aisyah.

Hingga akhirnya, Aisyah telah menangis sambil memanggil-manggil ibunya. Jiran-jirannya yang terdengar teriakan itu terus pergi ke kawasan rumah Aisyah.“Kami juga berasa serba salah kerana kami tahu bahawa almarhumah telah dijangkiti COVID-19. Dan tidak ada siapa pun yang diizinkan masuk ke rumahnya, disebabkan itu saya segera menghubungi pusat kesihatan,” kata Baset.

Kemudiannya, doktor dari pusat kesihatan datang dengan memakai sut PPE yang lengkap dan telah mengesahkan bahawa pesakit itu telah tiada. Sejurus selepas itu, jnzhnya itu telah dirapikan di atas tempat tidur sementara menunggu pasukan petugas COVID-19 datang untuk mengsemadikanya.“Kerana sudah malam, persemadian tidak dapat dilakukan, para petugas hanya datang keesokan harinya,” kata Baset.

Pada hari Ahad, 17 Januari 2021, pasukan petugas COVID-19 yang berpakaian lengkap dengan sut PPE telah datang. Selepas ibunya dimandikan, ianya segera disemadikan.“Hari minggu itu juga saya bawa Aisyah ke hospital untuk melakukan ujian swab. Ternyata Aisyah juga telah dijangkiti dengan COVID-19 daripada ibunya. Aisyah terus dibawa ke Rumah Lawan COIVD-19 di Tangsel,” ujar Baset.

Sehingga kini, Aisyah masih lagi dalam rawatan sementara penduduk setempat memerhatikan pengambilan makanannya serta apa yang diperlukannya semasa dirawat.“Kami memastikan segala keperluan Aisyah mencukupi, kami memantaunya setiap hari, kami memberikan makanan yang sedap-sedap dan sihat, untuk pastikan dia terus bersemangat demi kesihatannya,” kata Baset.Sumber: Liputan6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *