Tular perkongsian ini pemuda ini sebak apabila tempahan 60 bungkus makanan dibatalkan secara tiba-tiba. Dan rupanya dia ada lakukan ini sebelum menyiapkan tempahan tersebut.

Amalan Semasa Viral

Satu video yang memaparkan seorang lelaki menangis ketika memasak menjadi tular di media sosial. Cerita mengenai nasib yang menimpa lelaki ini agak menyedihkan. Video yang dimuat naik oleh akaun TikTok bernama @heppy08 itu memaparkan seorang lelaki menangis kerana didakwa tempahan 60 bungkus nasi yangditempah secara tiba-tiba dibatalkan.

Video itu menunjukkan beberapa bahan makanan yang sedang disediakan. Bermula dari sayur-sayuran, cili, bawang, keropok, semuanya sudah dibeli dalam jumlah yang banyak. Menurut portal suara.com, lelaki itu difahamkan membuat pinjaman untuk membeli segala bahan-bahan masakan tersebut. Ianya kerana, duit pendahuluan yang diberikan kepadanya tidak mencukupi untuk dia membeli bahan-bahan tersebut.

“Padahal dia meminjam untuk belanja bahan mentah”

Pada ketika itu, keadaan kewangan lelaki itu agak sempit. 60 bungkus nasi yang dipesan itu diharapkan dapat memberinya nafas sedikit namun lain yang terjadi. Lelaki di Sumatera Utara, Indonesia itu menangis teresak-esak sambil mengacau sayur yang dimasaknya. Dia juga turut menangis di pangkuan isterinya atas kejadian itu.

“Wahai pembeli, bayangkan anda yang berada di tempatnya. Lihatlah tangisan itu. Adakah anda boleh menghadapinya?” ulas kapsyen individu yang memuat naik video tersebut. Lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahu bagaimana dia hendak mencari duit bagi menggantikan duit yang telah dipinjamnya.

Makanan yang telah dimasaknya itu akhirnya dilaporkan disumbangkan ke rumah anak yatim dan juga ke masjid. Perakam video tersebut berharap agar sumbangan itu dapat menjadi pembuka rezeki untuk lelaki terbabit. Kisah pilu berkenaan lelaki itu telah menjadi tular di TikTok. Hanya kurang daripada 24 jam, video itu telah ditonton hampir 7 juta kali. Sumber: Suara.com

Tular Perkongsian Video Ini Remaja Bantu Bapa Jual Kopi Tepi Jalan Sehingga Jadi Begini Hanya Untuk Mencari Rezeki. Warganet Turut Sebak.

Seorang pemuda, Dodi Hidayatullah ada memuat naik video di aplikasi TikTok yang memberi motivasi dan kesedaran mengenai kepayahan hidup dalam mencari sesuap nasi. Video yang telah tular di media sosial itu memaparkan seorang remaja sedang kepenatan dan tertidur di pingg1r jalan sambil memegang barangan jualannya.

Tolong bapa untuk ringankan beban

Menerusi video yang berdurasi satu minit tersebut, Dodi berkata remaja berusia 15 tahun itu baru sahaja sebulan menetap di Kota Bandung. Tambahnya lagi, remaja dipanggil Endra itu datang ke Bandung untuk membantu bapanya mencari rezeki yang menjual roti dan dia memilih untuk menjual air minuman kopi Sumantra dengan harga 4,000 rupiah.

Bawa makan bersama

Menerusi perkongsian video kedua pula, selepas Dodi selesai bertemu rakannya dia kembali ke tempat remaja itu untuk mengajak makan. Pada mulanya tawaran itu dit0lak oleh remaja tersebut, namun dia akur sebelum mengikut Dodi makan tengahari bersama. Setibanya di kedai makan, remaja itu makan dengan begitu laju kerana kelaparan dan kepenatan mencari rezeki.

Di akhir video, dia mengucapkan terima kasih kepada Dodi kerana sanggup memberi makanan dan membeli kopi yang dijualnya itu. Dodi juga sempat mendoakan agar Endra dalam keadaan yang baik-baik, menjadi anak yang soleh dan mampu meringankan beban keluarga.

Sebak Lihat Pakcik Usia 80 Tahun Jual Air Kelapa. Seorang Pelanggan Ini Membuat Perkongsian Menyentuh Hati Perasaan Orang Ramai

Demi kelangsungan hidup,pakcik yang berusia lebih kurang 80 tahun tetap gigih bekerja untuk sara kehidupannya dan isteri serta cucu tercinta. Dan mungkin ini adalah pekerjaan yang sudah lama. Namun begitu, perkongsian kali ini telah menyentuh hati kecil ramai pembaca. Mana taknya,bila kita lihat pakcik ini,mula lah teringat mak ayah di kampung.

Perkongsian penuh hiba ini dikongsikan oleh salah seorang pelanggan tetap pakcik air kelapa ini yang dikenali sebagai Aida Aidil. Wanita ini berharap perkongsiannya akan dapat sambutan daripada orang ramai supaya dapat membantu pakcik ini.

Menurut wanita ini semasa dihubungi, lori pakcik ini akan berada di kawasan Bandar Puteri, Klang. Tempatnya agak tersorok sikit tetapi berdekatan dengan laluan yang orang ramai selalu guna. Jalan ini antara laluan untuk orang naik dan turun dari KESAS. Bagi yang tinggal di kawasan Johan Setia mungkin mereka lebih familiar.

Tambahnya, jangan take them for granted. Macam mana kita buat kat parents kita macam tu anak kita akan buat kat kita bila kita dah tua. Pakcik ni dah 80 tahun. Isteri jaga cucu kat rumah.Aku tak kenal pakcik ni tapi memang dah kebiasaan aku kalau membeli dengan orang macam ni aku suka nak tanya sebab kadang ada yang jenis nak share problem mungkin boleh tolong dorang ringankan beban sikit-sikit.

Bila aku tengok pakcik ni aku terbayang tokki aku dulu lebih kurang mcm ni la. Abah aku pun kalau dah umur macam ni mungkin macam ni juga susuk dia. Aku jarang balik kampung bila balik nampak sangat perubahan parents aku.

As a designer. Aku cuba buat mana yang aku rasa perlu untuk marketing pakcik ni. Harap sesiapa yang baca ni akan dapat manfaat dan its time for us to give back to our parents. Sedekah tu bukan dari aku sahaja, ada juga dari kawan2. tak dapt bantu banyak.

By the way, aku rakam sebab aku nak anak-anak yang ada mak bapak yang sebaya pakcik ni tengok and renung kat mak bapak masing-masing. Sanggup ke weh tengok dorang kerja mcm ni. Bagi dorang jaga cucu lagi. Pakcik cakap dia kerja sebab kena bayar bills aku tak nak tanya banyak nanti bngkak mata aku.Sesiapa yang nak derma dekat pakcik ni boleh bank in dekat bank saya 168621030856 -maybank -CHE ENGKU NUR AIDA .

Semoga dimurahkan rezeki korang semua Loudly crying face. Nanti pakcik ni nangis lagi. At least dia nangis kurang beban kan. yay! Thank you so much.The purpose saya buat thread ni bukan nak mengaibkan anak menantu pakcik ni ya. Focus saya hanya untuk kelangsungan hidup pakcik ni je. Meringankan beban dia. Maaf kalau ada yang rasa saya aibkan anak menantu dia. Saya sebak tengok org tua kena hadap benda mcm ni.

Tular Di Laman Tiktok Anak Merakam Video Bapanya Yang Sedang Makan Nasi Kosong. Sekali Jawapan Bapa Ini Buatkan Orang Lain Rasa Sebak.

Baru-baru ini viral di laman TikTok satu video seorang bapa makan nasi kosong sehingga undang simpati orang ramai. Video itu dirakam oleh anaknya sendiri yang sememangnya aktif di aplikasi tersebut dan sering berkongsi rutin sehariannya. Menurut bapa berkenaan, video itu bukan tujuan meraih simpati atau lakonan seperti did4kwa sesetengah warganet.

Video ini mula viral di TikTok selepas individu yang dikenali sebagai Nissa berkongsi video mereka di laman Twitter sehingga mendapat 7k retweet. Rata-rata sebak melihat video itu dan tak kurang juga yang tersentuh melihat kasih sayang dua anak beranak ini. Difahamkan anak beranak itu hanya tinggal di Kuala Nerus, Terengganu berdua selepas berpisah dengan bekas isteri pada tahun 2019.

Kami pilih doa lagi

Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat. Memang ada setengah sahabat nak bantu, minta akaun kami. Kami terus terang cakap, kalau dengan duit beribu, kami pilih doa lagi dari duit. Itulah perjalanan kami. Doa lagi bernilai dari wang ringgit, dan kekayaan. Kami tak perlukan apa-apa, kami cuma perlukan doa untuk kami, sihat waalfiat. Syukur kepada Allah SWT.

Menurut lelaki itu, dia menerima banyak mesej untuk membantu dia dan sahabat kerana melihat kesusahan mereka. Namun dia tidak memerlukan duit, dia hanya memerlukan doa dari semua orang. Akhir sekali dia berterima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakan mereka.

Sumber : OhBulan

Satu Keluarga Menjual Nasi Kukus Perniagaan Turun Temurun Dari Bapanya. Sekali Tak Sangka Pula Dulu Bapa Pergi Sebab Ini Tapi Kali Ini Ibu Pula.

Bapa Bella yang pergi pada tahun 2015 bersama ibunya yang kini terlantar sakit, dipercayai akibat terkena buatan orang. “Jangan malu nak mengaku kita susah.”

Itulah kata-kata yang menjadi pegangan Nur Salshabila Muhammad Rufdi, 21, sejak kematian bapanya pada tahun 2015. Terbaharu, kisah gadis itu serta perniagaan nasi kukus keluarganya yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas menjadi tular di laman Twitter.

Menurut gadis yang mesra disapa Bella itu, kedai nasi kukus mereka di Uptown Shah Alam, Selangor terpaksa dihentikan operasi dan ‘direhatkan’ sepanjang tahun lalu. Baru-baru ini, dia serta adik-beradik yang lain tampil dengan alternatif baharu dengan membuka gerai nasi kukus di Bandar Putera 2, Jalan Kebun Nenas, Shah Alam. Kata Bella yang juga anak kelima daripada enam beradik, dugaan itu cukup berat memandangkan dia dan adik beradiknya yang lain sama-sama mencari rezeki dengan perniagaan itu sejak sekian lama.

Bella bersyukur menerima sokongan ramai di Twitter.

“Kami berniaga di Uptown sejak tahun 2005. Jadi sekarang terpaksa cari alternatif lain, kami buka gerai. Kami bahagikan tugas, ada abang dan kakak uruskan gerai, saya dan kakak yang lain uruskan proses penyediaan di rumah. Masa awal PKP tahun lepas kami tak boleh berniaga langsung. Mama pun korek duit simpanan yang ada. Tahun lepas sangat sukar untuk kami. Tahun ni baru je bisnes nak elok, PKP lagi sekali,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah.

Menurut Bella, ibunya kini hanya berehat di rumah kerana uzur sejak beberapa tahun lalu. Dakwa Bella, ibunya terkena buatan orang yang dipercayai iri hati dengan perniagan mereka.

“Masakan nasi kukus tu memang resepi turun-temurun ibu. Tapi sekarang kakak saya yang masak. Mak sakit, berniaga ada orang dengki. Boleh cakap macam terkena buatan oranglah. Papa pun kena macam tu, tapi telah pergi kena sakit jantung.

Sebahagian ahli keluarga Bella.

“Mak sakit sejak 2016. Tak boleh nak jalan sangat, mak banyak berehat je,” ujarnya yang juga penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan. Dalam pada itu, Bella turut berkongsi kata-kata bapanya yang masih menjadi pegangan sehingga ke hari ini. Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah. Sebab kami memang susah dari dulu. Sebelum buka kedai nasi kukus, ibu bapa saya bangun pukul 3 pagi buat kuih, hantar ke kilang.

Hidangan nasi kukus ini menjadi punca pendapatan mereka sekeluarga sejak sekian lama.

“Itulah satu kata-kata semangat dari papa sebelum dia tinggalkan kami,” ujar Bella yang juga seorang model sambilan. Dalam pada itu, posting Bella mengenai gerai nasi kukus keluarganya menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Ujarnya, dia bersyukur menerima sokongan ramai, sekali gus membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga. “Sangat terharu sebab ramai bagi sokongan, ramai yang cakap nak datang,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *