Nilai kompaun akan ditinggikan dan mungkin juga akan diambil tindakan ini. Termasuk juga pada penjawat awam yang melanggar SOP.

Amalan Covid 19 Dunia Uncategorized

PUTRAJAYA – Kerajaan akan bertindak lebih tegas termasuk mengenakan hkuman penjara kepada mereka yang didapati bersalah melnggar peraturan dan prosedur 0perasi standard (SOP) bagi membendung jngkitan wabak C0vid-19. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hkuman itu akan dilaksanakan selepas Pindaan Akta Pencega4han dan Pengawalan Penyakit Berjngkit 1988 (Akta 342) diluluskan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan D4rurat.

Beliau berkata, antara pindaan lain termasuk mengenakan kompaun lebih tinggi kepada pesalah berulang atau yang telah diberi amaran.
Ketika ini, kadar kompaun yang dikenakan adalah sebanyak RM1,000.

“Tindakan tatatertib ke atas penjawat awam yang tidak mematuhi peraturan dan SOP termasuk kepada ketua jabatan juga akan dikenakan. Selain itu, tindakan juga dikenakan terhadap rantaian pengurusan pekerja asing membabitkan majikan, ejen pembekal pekerja, kontraktor utama, sub-kontraktor dan orang perseora­ngan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan perutusan khas penjelasan pelaksanaan Proklamasi Darurat dan Pema­syuran Ordinan D4rurat dalam mengurus p4ndemik Covid-19 semalam.

Muhyiddin berkata, pindaan juga melibatkan tindakan ­pervndangan terhadap pemilik perniagaan, pemegang francais, 0perator francais dan
pihak berkepentingan lain dalam rantai­an organisasi perniagaan. Tambahnya, premis perniagaan yang melanggar SOP juga akan ditutup serta-merta.

Sektor pembinaan, kilang-kilang dan tempat penginapan pekerja juga perlu mematuhi SOP kerana ia telah berlaku peningkatan 59 peratus jngkitan di situ,” katanya. Ujar Muhyiddin, 19 peratus jngkitan lagi berlaku di pusat t4hanan diikuti kediaman dengan 14 peratus dan rumah ibadat atau aktiviti keagamaan (lima peratus) dan masing-masing dua peratus kes import dan kumpulan beris1ko.

“Sektor pengilangan merekodkan 128 kluster diikuti pembinaan (82) dan perkhidmatan (61) setakat kelmarin,” katanya. Sehubungan itu, Muhyiddin memberi peringatatan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tind4kan tegas terhadap mereka yang mel4nggar peraturan atau SOP.

Hanya 30 peratus pekerja dalam kategori pengurusan dibenarkan ke pejabat supaya pergerakan orang ramai dapat dikurangkan dan pada masa sama ekonomi dan industri terus ber0perasi,” katanya. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga dalam proses untuk meminda Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 atau Akta 446 bagi menangani isu-isu pengurusan tempat tinggal pekerja.

“Penginapan yang sesak menjadi punca utama penularan dalam kalangan pekerja. Majikan diwajibkan menyediakan tempat tinggal patuh SOP dan memantau pekerja asing sewaktu dan selepas bekerja
serta memastikan ejen menyediakan tempat tinggal menepati standard kesihatan awam,” katanya.

Tambahnya, Kementerian Sumber Manusia akan menge­tuai Pasukan Petugas Pengurusan Penginapan Pekerja yang akan mempunyai bidang kuasa lebih besar dan menyeluruh.

“Selain itu, satu Pasukan Petugas Khas Pemantauan dan Pe­nguatkuasaan PKP yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan Kementerian telah ditubuhkan untuk memantau pematuhan SOP yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Tular Penduduk Kampung Ini Dikenakan Kompaun Sewaktu Pergi Beli Barang Keperluan. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Jarak kampung yang agak jauh dari pekan menyukarkan mereka untuk berulang-alik hanya semata-mata untuk membeli barang keperluan. Namun, apabila mereka keluar dengan hasrat untuk mendapatkan bekalan makanan dan ubat-ubatan di pekan Tenom, lain pula jadinya. Hasrat penduduk dari beberapa kampung itu tidak kesampaian apabila mereka dikenakan kompaun RM1,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah.

Menurut FMT, kejadian itu berlaku pada 27 Januari lepas di mana 8 orang penduduk termasak warga emas itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom untuk dikeluarkan kompaun kerana bas dinaiki mereka melebihi kapasiti 50% penumpang seperti ditetapkan.

Bukan kesaIahan yang disengajakan 

Walau bagaimanapun, beberapa penduduk menyatakan kesedihan mereka kerana kesalahan tersebut bukanlah disengajakan. Salah seorang penduduk, Irip Pang berkata, tujuannya mengikuti perjalanan tersebut adalah untuk membeli barang keperluan cucunya yang masih kecil dan berstatus orang kurang upaya (0KU). Bukan saya turun untuk jalan-jalan, saya mahu membeli (barang keperluan) untuk cucu saya, susu dengan lampin pakai buang, tiada yang menjaga dia (cucu) sebab ibu dia sudah tiada, suami saya pun sudah terlalu berusia dan tidak mampu keluar.”

Seorang lagi penduduk, Buriat Alipan berkata dia pula terpaksa ke pekan pada hari itu kerana mahu membeli ubat kakinya yang sakit serta untuk membeli bekalan makanan. Mereka (p0lis) beritahu PKP, tetapi macam mana saya tidak turun (ke Pekan Tenom), saya mahu beli ubat kerana kaki saya pun sakit, sampai sekarang sakit sebab itu saya terpaksa pergi ke pekan.” Kami orang kampung, orang susah, bukan kami sengaja melakukan kesalahan itu, bukan keluar untuk suka-suka.”

“Mula mula tak mahu bagi, tapi kasihan” – Pemandu bas

Pemandu bas, Ruil Taligi berkata pada mulanya dia enggan mebenarkan bas itu dinaiki 8 penumpang berkenaan kerana melebihi kapasiti asal. Namun atas rasa kasihan dan simpati dengan penduduk itu kerana mereka benar-benar perlu ke pekan. Polis memberitahu saya yang telah lebih muatan (penumpang bas), saya sudah beritahu mereka (penumpang) tetapi mereka mahu ikut juga dan saya kasihan kerana mereka bukan selalu dapat keluar untuk membeli barang keperluan.”

Saya merayu kepada polis yang bertugas dalam sekatan jalan raya itu, kalau boleh beri amaran dulu atau saman saya seorang saja, bukannya mereka (penumpang) kerana mereka golongan susah yang hanya mahu keluar membeli barang keperluan, bagaimanapun anggota itu tetap mengarahkan kami pergi ke IPD (Tenom).”

Ketika artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dari pihak berkaitan termasuklah pihak polis berhubung perkara tersebut.

Pemuda Ini Menceritakan Pengalamannya Yang Hampir Dikenakan Kompaun. Sekali Ini Yang Berlaku.

Amr berkongsi pengalamannya mengenai pasukan polis membuat pemeriksaan di sebuah restoran, beberapa hari PKP dilaksanakan di Terengganu. Bukan semua orang mampu membayar kompaun sebanyak RM1,000 kerana ingkar arahan mendaftar nama dan nombor telefon apabila memasuki mana-mana premis.

Namun, semua orang boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang wajib untuk dilakukan ketika pandemik Covid-19 selain memakai pelitup muka dan pemeriksaan suhu. Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada sesiapa yang degil di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). Menerusi satu video aplikasi TikTok, seorang pemuda mengimbas kembali insiden dirinya nyaris dikenakan kompaun ketika berada di sebuah restoran.

Anggota polis melakukan pemeriksaan dari meja ke meja.

Pemuda berkenaan, Amrul Hakim Abd Razak berkata, kejadian berlaku di Kemaman, Terengganu, beberapa hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan di negeri itu bermula 22 Januari. Anak muda berusia 28 tahun itu memberitahu, ketika itu Terengganu dalam PKP Bersyarat (PKPB) yang masih membenarkan pengunjung makan di restoran berbanding hanya bungkus, pandu lalu dan penghantar sepanjang PKP.

“Hampir setiap hari saya lepak di bistro (kedai mamak), sama ada untuk minum, makan atau buat kerja. Kebiasaannya saya akan daftar dulu, tulis nama di buku yang disediakan. Tapi memandangkan petang tu saya untuk jumpa kawan di situ dan bawa laptop, jadi saya letak dulu beg untuk ‘cop’ tempat dulu,” katanya.

Amr sering berkunjung ke sebuah restoran mamak di Kemaman.

Lebih mesra disapa Amr, dia bagaimanapun terlupa untuk mendaftar dan hanya menyedarinya selepas berada di premis itu selama kira-kira dua jam. “Dekat dua jam saya duduk saya tiba-tiba terasa macam ada yang tak kena. Bukan rasa tak sedap hati, tapi lebih kepada sesuatu yang saya selalu buat tapi belum lakukan. Baru saya teringat yang saya masih belum daftar. Saya bangun dan pergi ke depan restoran dan mendaftar tulis nama dan nombor telefon,” ujar anak kelahiran Kemaman itu.

Walaupun kita hanya masuk sekejap saja ke mana-mana premis, pastikan daftar nama dan nombor telefon atau imbas guna aplikasi seperti MySejahtera terlebih dahulu

Bagaimanapun, anak kedua daripada lapan beradik itu terkejut sebaik kembali ke meja makan dan seakan tidak mempercayai apa yang berlaku selepas itu.

“Saya baru je kembali duduk kira-kira 10 minit, tiba-tiba satu pasukan polis masuk ke dalam restoran dan periksa setiap pelanggan buat spot check. Seorang demi seorang, dari meja ke meja anggota polis datang periksa tanya nama dan nombor telefon untuk pastikan pelanggan telah mendaftar,” katanya. Amr yang merupakan video creator menjelaskan dia benar-benar tidak menyangka menyaksikan kehadiran polis membuat pemeriksaan dari segi pematuhan SOP.

Amr merupakan ‘video creator’.

“Masa tu saya bersyukur sebab Tuhan gerakkan hati saya untuk rajinkan diri bangun dan mendaftar. Saya sedikit lega sebab hampir kena saman RM1,000. Rasa gemuruh tu tetap ada sebab abang polis garang tanya seorang demi seorang, rasa kecut perut macam kena spot check dengan warden masa saya tinggal di asrama di sekolah tahfiz di Kuantan, Pahang dulu. Tapi saya faham mereka lakukan tugas mereka demi kebaikan bersama,” katanya yang akan lebih berwaspada pada masa akan datang.

Menurut Amr, perkongsiannya itu mahu mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mengambil ringan terhadap pematuhan SOP sebagai norma baharu dalam kehidupan.

“Walaupun kita hanya masuk sekejap saja ke mana-mana premis, pastikan daftar nama dan nombor telefon atau imbas guna aplikasi seperti MySejahtera terlebih dahulu. Bukan hanya memudahkan pengesanan kontak sekiranya berlaku kes Covid-19, tetapi mengelakkan kita daripada dikenakan kompaun. RM1,000 bukannya sikit, jadi patuhilah SOP bila ke mana-mana,” katanya.

Disebabkan Terkesan Dengan PKP Kali Ini Pak Badut Iklankan Ini Pula Di Facebook. Tapi Tak Sangka Tiba Tiba Ini Pula Yang Dia Dapat.

Suwaibatun atau lebih dikenali sebagai Pak Kadut menjual makanan seperti tauhu bakar. Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini ternyata memberi kesan kepada banyak pihak yang bekerja untuk menyara kehidupan.

Ini terutama mereka yang menjana pendapatan ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki yang berkhidmat sebagai badut sepenuh masa, Suwaibatun Nahar Mohd Juffri. Enggan berputus asa dan bergelar penganggur, lelaki berusia 45 tahun itu mengambil keputusan untuk menjual makanan dari rumahnya di Simpang Renggam di Kluang, Johor.

Antara makanan yang dijual oleh Suwaibatun.

Mengakui baru berjinak-jinak dalam bisnes secara kecil-kecilan, Suwaibatun yang lebih dikenali sebagai Pak Kadut mengharapkan sokongan terhadap usahanya itu.

“Saya adalah seorang peniaga yang baru belajar. Saya akan iklankan jualan hari-hari walaupun tiada yang like (tanda suka). Inilah azam saya. Sokong ya,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Antara yang dijual oleh Suwaibatun adalah tauhu bakar, sosej bakar dan sate ikan atau lebih dikenali sebagai lokcing ikan serta mempelam asam boi. Bapa tiga anak itu berkata, dia berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi menyara keluarganya.

Pak Kadut merindui momen menceriakan orang ramai. foto Facebook Shamsusahar Eban

“Walaupun ia tidak banyak, selagi keluarga saya gembira, ia sudah mencukupi,” kata Suwaibatun. Walaupun PKP, dia masih memakai topeng badut dan melakukan gimik belon ketika menjual makanan memandangkan kebanyakan pelanggannya adalah kanak-kanak. Semasa PKP yang pertama tahun lalu, semasa melakukan pertunjukan jalanan atau di majlis tertentu, mahupun ketika saya bersiaran langsung di Facebook, saya sentiasa mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan norma baharu termasuk penjarakkan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan mereka,” katanya yang mempunyai lebih 10,000 pengikut di Facebook turut membantu rakan-rakannya menjual produk mereka di media sosial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *