Isteri sebak bila dalam ketika ini suami masih terkenangkan duit KWSP. Sekali tak sangka tiba tiba ini yang terjadi pada suaminya.

Amalan ISU SEMASA Uncategorized Viral

MALAYSIA: Isu mengeluarkan duit dalam akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bukanlah satu isu baru kerana ia sering diperdebatkan di media sosial. Terbaru tular beberapa hari lepas kisah mengenai sebuah keluarga yang mana suaminya tidak sempat untuk merasa wang KWSP apabila suaminya sudah terpanggil terlebih dahulu.

Kisah ini diceritakan oleh Ariahni Eny pada 28 Januari yang lalu. Menurutnya sebelum suaminya pergi buat selamanya dia sibuk menyuruh Ariahni untuk memohon KWSP dia (suaminya). Nak buat repair rumah dan bayar hutang. Sanggup suaminya telefon kawan-kawan dia ambikkan gambar dan slip gaji dia. Nak cuba untuk mohon kali ke-2. sebab kali pertama dalam proses jadi mereka mahu mohon untuk kali ke-2. Hantar dokumen, tepat jam 12 malam. Suami suruh dia buat tapi tak boleh sebab sistem ketika itu tergendala. Pada jam 1 lebih suami kejut suruh buat sekali lagi. Tapi ketika itu masih lagi tergendala.

Katanya susah betul untuk dapatkan duit sendiri. Bermacam-macam syarat. Pada pukul 6 lebih kata Ariahni dia terbangun tengok suami dah terbaring. Sebab selama ini, suaminya memang tidak pernah tidur baring. Dia akan tidur duduk, Allahuakbar, perasaan terus jadi tak sedap ambik henfon dan bukan “torchlight” Tengok sudah tidak bergerak. Buka lampu, kejut suami memang dah tak bangun katanya. Suami telah pergi tinggalkan aku dan 4 orang anak kami untuk selamanya.

Patutlah malam itu dia suruh aku bersungguh-sungguh untuk mohon KWSP dia. Al fatihah (dibaca) semoga suami aku Mohd Afizinorisham Bin Md Fauzi tenang di sana. AMinn. Tulis Ariahni Eny.

KENAPA RAKYAT MASIH MARAH DALAM ISU PENGELUARAN WANG AKAUN 1 KWSP?

1. Hakikatnya apa yang rakyat faham ialah wang yang dicarum melalui potongan gaji dan disimpan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah tetap milik penyimpan ataupun pencarum tersebut sendiri

2. Kerajaan melalui KWSP hanyalah bertindak selaku pemegang amanah, di mana sepatutnya jika pemiliknya ingin mengeluarkan wang tersebut atas sebab yang mustahak dan tidak dapat dielakkan kerana kehidupan terjejas akibat pandemik Covid-19, kerajaan tidak ada alasan menghalang dan wajar menyegerakan pengeluaran tersebut

3. Sekiranya wujud isu KWSP atau kerajaan tidak mempunyai aliran tunai yang cukup untuk diberikan, ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk berdolak-dalik dengan pelbagai syarat – di mana jika benar masalah aliran tunai tersebut berlaku, kerajaan perlu selesaikan dengan penuh saksama tanpa melibatkan rakyat

4. Rakyat melihat keadaan ini semakin susah dan rumit sedangkan ia boleh diselesaikan dengan mudah, malah tidak akan menambah bebanan kerja kakitangan KWSP untuk mengesahkan “bukti rakyat terjejas” serta urusan semakan dan pemprosesan dokumen akan menjadi lebih mudah

5. Rakyat juga meluat apabila melihat kerajaan tidak mampu memberi cadangan yang lebih baik berbanding pengeluaran RM10,000 secara ‘one off‘ yang diminta rakyat, kerana itu asyik memberi pelbagai alasan termasuk perbandingan yang tidak masuk akal dan tersilap kiraan

6. Apatah lagi cadangan ini bukanlah permohonan geran atau bantuan lain seperti BR1M, BSH ataupun BPR yang memerlukan semakan kelayakan pemohon – malah cadangan ini jauh lebih baik kerana semua pencarum layak secara automatik kerana simpanan tersebut adalah wang mereka sendiri

7. Ini yang rakyat tidak faham kenapa kerajaan tidak boleh memahami perkara yang semudah ini sebaliknya rakyat terpinga-pinga melihat kerajaan asyik ‘menyusahkan’ rakyat dengan ‘syarat tersembunyi’ – antaranya di awal pengumuman rakyat dibenarkan keluar sehingga RM10,000 tetapi rupa-rupanya perlu menunjukkan bukti

8. Kemudiannya ditambah syarat lain iaitu hanya akan diberi separuh iaitu bayaran pertama (jika diluluskan) adalah sebanyak RM5,000 dan bakinya akan dibayar dalam tempoh enam bulan, kemudian terdedah pula pembayaran paling cepat akan diterima adalah pada penghujung bulan Februari tahun hadapan.

9. Sedangkan ketika inilah rakyat sangat memerlukan, terutamanya di penghujung tahun di mana rakyat akan berdepan masalah untuk pembayaran yuran pengajian, sekolah dan taska, termasuk melangsaikan hutang, menyediakan keperluan anak-anak serta keluarga

10. Cukup-cukuplah kerajaan ‘meremehkan’ kesusahan rakyat ketika ini apatah lagi memerlukan bukti kononnya “hanya untuk yang terjejas” – kerana adakah rakyat perlu menunjukkan sebarang bukti jika ingin mengeluarkan wangnya sendiri?

11. Terpulanglah kepada rakyat sendiri untuk mendefinisikan maksud ‘pendapatan terjejas’ masing-masing dan menimbangkan sama ada perlu mengeluarkan RM10,000 tersebut ataupun tidak

12. Jangan hadkan atau wujudkan sebarang tempoh pengeluaran sebaliknya hanya hadkan kepada jumlah yang dibenarkan keluar iaitu sebanyak RM10,000 sahaja, malah tidak perlupun sehingga RM60,000 seperti yang dicadangkan kerajaan

13. Kerajaan boleh menjadi ‘hero’ jika bertindak sebagai pemudah cara di mana “siapa hendak keluar, boleh keluar, siapa tidak mahu, tidak perlu keluar” – janganlah pula menjadi punca masalah sehingga merumitkan keadaan

14. Namun jika kerajaan tetap mahu ‘berpolitik’ sehingga sanggup menyukarkan pengeluaran KWSP ini kerana khuatir ia akan memberi ‘mileage‘ kepada ahli politik lain, maka adakah kerajaan sedar rakyat juga boleh membalas dengan cara yang sama?

15. Bagaimana jika rakyat pula meletakkan syarat agar tidak mahu mengundi sebarang parti dalam kerajaan Perikatan Nasional jika tuntutan pengeluaran wang sendiri sebanyak RM10,000 secara ‘one off‘ ini tidak dimudahkan? – bukan rakyat sebaliknya kerajaanlah yang akan rugi atas ‘kesalahan’ meremehkan kesusahan rakyat.

Wallahualam. – Editor Malaya

Persoalan Sama Ada Pengeluaran Wang I Sinar KWSP Perlu Dizakatkan Atau Tidak. Pengurus Unit Syariah Tampil Jawab Persoalan Tersebut

Ada pelbagai persoalan yang menjadi tanda tanya tapi ini antara yang kerap ditanya. Adakah pengeluaran menerusi program i-Sinar dan i Lestari perlu dizakatkan? Zakat adalah ibadah yang memiliki 2 dimensi iaitu sebagai ketaatan kepada Allah dan kewajiban kepada sesaa manusia.. Tambahan pula, ia turut terkandung dalam rukun Islam keempat yang mana menjadi satu kewajipan bagi umat Islam untuk menunaikan ibadah itu.

Manakala dari sudut bahasa pula, zakat bererti bersih, suci, subur, berkat dan berkembang.Sementara itu dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Semenjak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, ramai terkesan akibat virus itu termasuk hilang sumber pendapatan, perniagaan terpaksa ditutup selain dibuang kerja oleh majikan.Bagi membantu mengurangkan beban golongan yang terkesan, kerajaan memperkenalkan pelbagai bantuan termasuk kemudahan pengeluaran wang daripada program i-Lestari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membolehkan pencarum memilih untuk mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada Akaun 2 mereka.

Pengurus Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abdul Rahman.Baru-baru ini pula, kerajaan memperkenalkan program i-Sinar melalui Akaun 1, KWSP dengan jumlah pengeluaran minimum RM10,000 ke RM60,000 mengikut kriteria kelayakan ahli.

Persoalannya kini, adakah pengeluaran menerusi program i-Lestari dan i-Sinar itu perlu dizakatkan?Pengurus Unit Syariah Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), Ahmad Husni Abdul Rahman menjelaskan secara asasnya apa-apa jumlah wang dikeluarkan daripada KWSP berdasarkan kriteria tertentu adalah wajib dizakatkan khasnya apabila jumlahnya melebihi nisab.

Pengeluaran seumpama ini meskipun tidak mencukupi nisab, ia perlu ditaksir bersama sumber pendapatan yang lain bagi melengkapkan nisab untuk tujuan zakat.Bagaimanapun Ahmad Husni memberitahu, disebabkan oleh pandemik wabak covid-19 pengeluaran yang tidak melebihi nisab (jumlah batasan pemilikan seorang Muslim selama satu tahun untuk wajib mengeluarkan zakat) adalah dikecualikan dari zakat jika pemiliknya benar-benar terkesan dengan keadaan tersebut.

“Pengeluaran i-Lestari atau i-Sinar KWSP dalam keadaan terpaksa dan terkesan teruk akibat terjejas sumber pendapatan, maka zakat tidak diwajibkan.”Seperti i-Lestari pengeluaran RM500 selama 12 bulan masih dibawah nisab yang tak wajib dizakatkan,” katanya.

Pengeluaran wang KWSP menerusi i-sinar dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat pandemik.Sementara itu, bagi pengeluaran atas pilihan dan bukan kerana darurat serta masih mempunyai sumber pendapatan serta tidak terjejas keperluan asas hidup dan tanggungan serta melebihi nisab, zakat diwajibkan ke atas keseluruhan pengeluaran dilakukan.

Pun begitu jelas Ahmad Husni, situasi itu bergantung kepada keadaan sesama individu memandangkan pelbagai perkara boleh berlaku dalam tempoh pandemik.”Katakan pencarum adalah seorang majikan atau pemilik syarikat, dia mengeluarkan wang KWSP menerusi program i-Sinar dan wang tersebut digunakan sepenuhnya untuk melangsaikan hutang-piutang serta gaji pekerja, maka ia tidak perlu dizakatkan.

“Bagaimanapun sebab-sebabnya kena jelas dan memang terbukti digunakan untuk menyelesaikan hutang,” katanya.Dalam pada itu amaun nisab bagi tahun 2021 menerusi kalkulator zakat PPZ-MAIWP ialah RM20,299. Ini bermakna, jika pengeluaran wang i-Sinar melebihi jumlah itu, individu terlibat perlu membayar zakat dengan syarat dia tidak terjejas daripada sumber pendapatannya.Sebarang pertanyaan mengenai zakat boleh menghubungi melalui talian zakat di 1-300-88-5757 atau melalui emel info@zakat.com.my

Isu I Sinar Dalam Kalangan Rakyat Malaysia. Warganet Merayu Untuk Luluskan I Sinar Tanpa Syarat Lepas Umum PKP 2.0

Ketika Belanjawan 2020 diumumkan Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan yang Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan melalui program i-Sinar.Pun begitu, pengeluaran dari Akaun 1 KWSP ini hanya boleh dikeluarkan sekiranya ahli tak mencarum sekurang-kurangnya dua bulan atau ahli yang masih bekerja tapi gaji pokok dikurangkan sebanyak 30% ke atas.

Sementara itu, ahli yang mendapat pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% bermula Mac lalu juga boleh keluarkan duit dari Akaun 1 jika dapat berikan surat sokongan seperti slip gaji.Dikatakan, untuk ahli kategori 1 yang layak dan permohonan dah diluluskan, KWSP telah pun mula mengeluarkan wang sejak hari ini manakala kategori 2 dah pun boleh memohon sejak semalam.

Pun begitu, semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan yang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikuatkuasakan mulai esok.Ekoran pengumuman ini dan pengisytiharan Proklamasi Darurat pagi tadi, ramai warganet telah merayu dan meminta agar Muhyiddin dapat memberikan kelulusan i-Sinar kepada semua orang tanpa syarat bagi membantu mengurangkan beban lagi-lagi dengan keadaan ekonomi sekarang.

Sebelum Memohon I Sinar KWSP. Ini Antara Perkara Yang Anda Patut Ketahui Sebelum Membuat Keputusan Untuk Keluarkan Duit Di Akaun 1 KWSP.

Bermula 21 Disember 2020 haritu meriah di media sosial, sampai jadi viral apabila permohonan KWSP i-Sinar sudah dibuka untuk kategori 1. Untuk yang belum tahu, i-Sinar ini adalah satu inisiatif kerajaan membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan duit dari akaun 1 mereka. i-Sinar ni khas untuk mereka yang mengalami kesempitan kewangan dan pendapatan terjejas ketika pandemik Covid-19.

Rasanya semua tahu, kenapa selama kita bekerja, kita perlu mencarum dengan KWSP. Ya, betul untuk dana persaraan korang nanti selepas umur 55 tahun. Yelah, korang dah bersara nanti mesti memerlukan duit untuk kelangsungan hidup, penjagaan kesihatan, bayar bil-bil utiliti rumah dan mungkin masih ada hutang-hutang yang perlu dibayar. Sebab korang mungkin tidak mampu lagi untuk bekerja selepas umur 60 tahun. Tambahan pula, jangka hidup rakyat Malaysia sekarang makin meningkat. Selepas bersara, macam mana nak tampung kehidupan kalau tiada simpanan?

Tapi sejak Covid-19 melanda negara ni, isu pengeluaran duit KWSP sering diperdebatkan di media sosial khususnya. Pada yang dah bercadang nak memohon i-Sinar ni, fikir dua tiga kali, fikir sampai ‘masak’ supaya bila korang dah bersara nanti, pengeluaran hari ini tidak menjadi beban korang di kemudian harinya. Jika tiada keperluan dan pendapatan bulanan tidak terjejas, sebaik-baiknya duit dalam akaun 1 korang tu tak diusik untuk korang guna lepas bersara nanti.

Menyimpan dalam KWSP ni banyak manfaatnya, duit yang korang simpan akan dilaburkan dalam pelbagai pelaburan. Makin lama, simpanan korang makin bertambah kerana setiap tahun KWSP akan memberikan dividen dari hasil pelaburan yang mereka buat. Jika banyak korang menyimpan, lagi banyak lah yang korang boleh dapat. Sampailah masa bersara nanti, boleh keluarkan semua duit simpanan ini untuk enjoy hari tua korang.

Selain itu, kerajaan juga ada menyediakan pelbagai bantuan untuk isi rumah, bujang, peniaga kecil dan juga syarikat-syarikat yang terjejas. Apa kata korang manfaatkan dulu bantuan kerajaan yang korang layak untuk memohon dan jadikan pengeluaran KWSP menerusi program i-Sinar ini sebagai pilihan terakhir. Ini memang duit korang, tapi duit untuk persaraan, bukan untuk hari ini.

Tapi, jangan salah anggap, tiada langsung niat untuk melarang korang keluarkan duit akaun 1 tu. Cuma, jika tiada keperluan adalah lebih baik korang biarkan duit dalam akaun 1 tu terus bertambah untuk korang ‘tuai’ bila sampai waktunya nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *