Masih terus pembelajaran walaupun berdepan dengan masalah. Pelajar istimewa ini dedahkan cabaran yang dilaluinya.

Kehidupan

Tatkala ramai pelajar dan ibu bapa keluh dengan pelbagai kekurangan menjalani pembelajaran dalam talian di rumah,namun begitu ada ada seorang pelajar kurang upaya di Sabah tidak melihat itu sebagai satu kekangan untuknya meneruskan pembelajaran.

Memperkenalkan adik Muhammad Shafiq yang berusia 13 tahun dan merupakan pelajar Tingkatan satu Pendidikan Khas di SMK Terusan gigih belajar walaupun kawasan rumahnya di Kampung Bakawali dekat sini tidak mempunyai jaringan Internet yang pantas

Tambahan pula, Muhammad Shafiq juga tak memiliki peranti tablet atau komputer riba,sebaliknya hanya menggunakan telefon bimbit milik ibunya. Untuk pengetahuan,Shafiq tiada keupayaan pada kedua dua kakinya sejak berusia 1 tahun selepas menjalani operasi tulang belakang dan kini bergerak menggunakan kudrat kedua tangannya dibantu kerusi roda.

“Saya tidak akan putus asa untuk berjuang. Saya akan buat yang terbaik dalam kehidupan ini.”Saya belajar setiap hari dari rumah… belajar Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik,” katanya.Shafiq yang sebelum ini bersekolah di SK Pekan Satu Lahad Datu dalam Kelas Pendidikan khas berhasrat membuka perniagaannya sendiri.”Cita-cita saya nak buka bisnes sendiri sebab saya suka menjual jadi untuk dapatkan duit untuk masa depan saya dan keluarga,”ujarnya.

DIfahamkan, Shafiq adalah anak kedua dalam keluarga dan mempunyai kakak yang kini bersekolah tingkatan lima.”Buat masa ini saya pakai telefon mak sahaja, ada group WhatsApp sekolah, jadi buka dari situ dan ambil tugasan harian dan hantar kepada cikgu bertugas.”Ibu kepada Muhammad Shafiq, Juriah Mekdam berkata anaknya cuma tiada keupayaan pada kaki, namun normal dari segi perkembangan otak.Menurutnye, semangat ditonjolkan Muhammad Shafiq membuatkan dia tekun memberi dorongan kepada anaknya itu agar tidak putus asa.

“Shafiq belajar secara dalam talian setiap hari mengikut jadual yang telah diberikan, dia guna telefon bimbit saya.”Alhamdulillah, semua tugasannya diselesaikan juga… tidak ada masalah serius setakat ini,” kata Juriah.Menurut Juriah lagi, dia dan suami tidak pernah putus asa walaupun hidup dalam serba kekurangan, mereka terus menerus membakar semangat Shafiq untuk belajar bersungguh-sungguh tanpa terlalu memikirkan ketiadaan komputer dan kemudahan internet yang pantas.Juriah juga sentiasa bersyukur bersama suami dan anak tidak sesekali meminta bantuan dan jauh sekali untuk mengeluh dengan ujian yang diberikan.

Aktif Nasyid Sejak Berumur 9 Tahun. Pelajar Ini Sanggup Lebarkan Bakat Di Tiktok Dan Ini Respon Luar Biasa Yang Dia Terima

Bakat yang dimiliki remaja ini sungguh mengagumkan. Aiman Najmuddin Jaidi atau lebih mesra dipanggil Aiman mula aktif menyertai nasyid sejak di bangku sekolah rendah lagi. Aktif sertai nasyid sejak berumur 9 tahun, remaja ini kini lebarkan bakat nyanyiannya menerusi aplikasi TikTok. Tambahan pula,banyak video nasyid yang dihasilkan meraih ribuan tontonan,seklai gus mempopularkan genre itu dalam aplikasi berkenaan.

Jelas Aiman, dia mula menyertai Tiktok pada penghujung taun lalu, DAn dia berkata dia sama sekali tidak menyangka akan menerima maklum balas positif daripada penggemar irama berkenaan. “Selain nasyid, saya juga bermain beberapa alat muzik seperti darbuka, conga, cajon dan djembe.

“Ustazah yang asah bakat saya masa sekolah rendah. Masuk sekolah menengah saya makin aktif dan pernah wakili daerah ke peringkat negeri sebanyak dua kali.”Saya sebenarnya memang minat seni suara. Masa umur 6 tahun saya dah naik pentas untuk bersajak,” ujarnya sewaktu dihubungi.

Kata pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu, dia bersyukur dengan reaksi positif yang diterima di media sosial sejak aktif berkongsi video nyanyian miliknya.Malah katanya, dia juga tidak sangka masih ramai orang di luar sana yang meminati genre itu.”Saya dah pernah kongsi video nyanyian di Instagram, tiba-tiba terfikir nak cuba di TikTok pula.

“Saya tak sangka orang boleh terima. Pada awalnya, ada satu video saya buat prank suara tak sedap. Video itu yang pertama tular.”Bermula dari situ, orang mula detect yang saya ada lenggok nasyid. Ramai yang minta saya teruskan nyanyi lagu nasyid.

Aiman menerima pujian ramai kerana memperjuangkan irama nasyid menerusi TikTok.”Kalau buat live di TikTok pun, ramai yang request lagu-lagu nasyid. Jadi saya rasa ia satu platform yang cukup baik.”Walaupun zaman makin moden, orang lagi suka irama nasyid. Jadi saya akan teruskan,” ujarnya yang berasal dari Kulai, Johor.

Selain cover nyanyian secara biasa, Aiman turut membuat rakaman suara menggunakan aplikasi telefon iaitu Garage Band yang menampilkan susunan sendiri hasil kreativitinya.Kenangan sewaktu menyertai nasyid bersama kawan sekolah.Namun kata pelajar bidang Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat itu, dia terpaksa mencari masa bersesuaian untuk menghasilkan lebih banyak video nasyid memandangkan masih sibuk dengan urusan pengajian.Dalam masa sama, Aiman turut menzahirkan rasa syukur atas segala tunjuk ajar ustaz dan ustazah dari sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah yang banyak mengasah bakatnya selama ini.

Pintu Belakang Van Terbuka Secara Tiba Tiba. Tindakan Pemuda Ini Meraih Perhatian Ramai Setelah Video Rakaman Tersebut Tular Di Tiktok

Pemuda yang bernama Qush ini berkongsi video itu menerusi IG dan Tiktok. Dalam hidup ini , kita bukan sahaja dituntut untuk berbuat baik,malah kita patut mengajak orang lain agar melakukan kebaikan. Begitu juga dengan jejaka ini yang berkongsi video di saat dia membantu seorang pemandu van di Subang Bestari,Selangor,Ahad lalu.

Kata Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar,25, menceritakan semula kejadian yang berlaku dalam tempoh singkat itu.” Saya tengah memandu di di kawasan rumah sebenarnya masa itu. Tiba tiba pintu belakang van di hadapan kereta saya terbuka.”

“Terbuka masa van tengah bergerak, pakcik tu pula tak perasan. Kebetulan lampu isyarat merah, saya pun tahu lampu isyarat di situ memang lama.Qush berkata, dia sekadar mahu membantu dan tiada niat untuk menunjuk-nunjuk.“Jadi saya turun dan tolong tutup pintu belakang van itu. Lepas saya tutup, nampak macam dia intai. Tapi kami tak sempat bertegur,” ujarnya.Berkongsi video di Instagram dan TikTok, usahawan kosmetik yang mesra disapa Qush itu turut menerima reaksi positif warganet.

Katanya lagi,dia menerima satu komen yang mempersoalkan kewajaranannya merakam video sambil membuat amal kebaikan. Tambahnya lagi yang merupakan anak ketiga daripada tujuh adik beradik ,dia secara spontan merakam vieo itu langsung tiada niat untuk menunjuk nujuk. Tambahan pula,telefon miliknya diletakkan di atas dashboard kereta dan dia yang bersendirian membuat rakaman berkenaan.

“Saya sebenarnya risau barang dalam van tu terjatuh ke atas jalan raya. Saya nampak macam ada tong cat.Qush merupakan seorang usahawan kosmetik.”Risau jika ia jatuh dan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.”Ada seorang individu tanya di ruangan komen, kenapa saya rakam video? Pada saya, kenapa tidak kita kongsi perkara positif.

“Bukan nak menunjuk. Cuma dalam tempoh sekarang, dengan pandemik Covid-19 lagi, inilah masanya kita gunakan hashtag #KitaJagaKita.”Sama-sama membantu masyarakat. Saya pun rakyat biasa je. Mana tahu hari ni dia susah, mungkin esok kita pula yang memerlukan pertolongan,” ujarnya lagi

Paparan skrin video tular itu.Namun katanya, dia bersyukur ramai yang faham mesej video tersebut dan turut berkongsi kata-kata positif menerusi ruangan komen.Tambah Qush lagi, dia tidak dapat membayangkan sekiranya pemandu tersebut merupakan ayahnya sendiri.Dalam perkongsian sama, dia turut mendoakan kesejahteraan individu itu dan berharap dia dapat pulang dengan selamat.

Tweet Yang Dibuat Suka Suka Disiarkan Di Saluran Berita. Pemuda Ini Terkejut Melohat Tweet Yang Ditulis Terpampang Dan Ini Pula Reaksi Ahli Keluarganya

LAMAN sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram dan TikTok kini menjadi tempat berkongsi pendapat, mencari informasi terkini serta menjadi satu bentuk hiburan kepada penggunanya.Di Twitter misalnya, kebanyakan tweet yang menarik pantas meraih perhatian warganet sekali gus juga akan tular di laman sosial yang lain.

Tetapi lain pula kisah seorang pemuda apabila tweet mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dibuatnya bukan sahaja tular di media sosial, tetapi turut masuk dalam Buletin Utama yang disiarkan di TV3 pada Rabu.Berkongsi cerita dengan mStar, Muhamad Asrhaf Mohd Nasir, 20, yang menetap dari Pasir Mas, Kelantan berkata dia amat terkejut apabila melihat tweet yang ditulis tiba-tiba terpampang di televisyen.

Ciapan tersebut dibuat selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat pengumuman mengenai pelaksanaan PKP dan ia menerima banyak retweet.”Sedang kami sekeluarga tengok berita, tiba-tiba keluar tweet tu sekali nama saya. Terbahak-bahak satu keluarga ketawa.

“Tweet tu memang sengaja saya buat nak hiburkan hati semua tak sangka sampai masuk TV. Tweet hampir sama sebelum ini pun orang lain pernah buat juga. Saya tiru je, tiba-tiba ramai pula yang retweet.Asrhaf menggangap tweetnya itu sekadar menghiburkan hati mereka di luar sana lebih-lebih dalam dalam situasi pandemik Covid-19 ini.

“Baguslah, sekurang-kurangnya saya dapat menghiburkan hati mereka di luar sana dalam keadaan yang sukar ini,” katanya sambil menambah ketika itu dia sedang menonton bersama ibu, bapa dan abangnya.Tambah Asrhaf, ibu dan bapanya merupakan orang paling teruja apabila mengetahui mengenai perkara itu

“Sebelum ada juga mereka tengok posting orang lain yang dikongsi d TV, tapi mereka tak sangka pula tweet anak sendiri pun sampai boleh masuk TV, apatah lagi pasal PKP,” katanya.Menurut Asrhaf, walaupun apa yang berlaku dianggap sebagai hiburan semata-mata, ada juga warganet yang tinggalkan komen-komen negatif kepadanya termasuklah menudh tweet tersebut palsu dan disunting.

“Mula-mula tu ada yang kata edit. Saya balas komen dia dengan bagi screenshot dekat YouTube. Lepas tu yang lain, saya dah malas layan.”Biarlah nak kata edit ke apa. Janji saya seronok, family pun terhibur.”Lagipun saya kongsi seronok-seronok je, bukannya saya dapat apa-apa pun kalau tweet masuk berita,” katanya.

Asrhaf (depan) bersama keluarga.Asrhaf yang kini bekerja sambilan dengan berniaga dalam talian mengakui dirinya turut terkesan gara-gara pandemik Covid-19 ini.”Biasalah saat macam ini siapa je yang tak serabut. Banyak perniagaan yang lebih besar pun terjejas apatah lagi perniagaan kecil macam saya.”Tetapi saya tetap bersyukur biarpun berniaga kecil-kecilan ja, ada juga rezeki orang beli cookies dan brownies saya,” ujarnya.

Tular Anak Muda Tunggu Di Tepi Jalan Untuk Mengagihkan Makanan Dan Minuman Kepada Pengguna Jalan Raya. Tak Sangka Sampaikan Air Mineral Dan Roti Di Kedai Habis Stok

Sekumpulan anak-anak muda Felda Lakum mengagihkan makanan dan minuman kepada pengguna jalan raya yang menggunakan laluan alternatif.SEJAK seminggu lalu, beberapa negeri dilanda hujan lebat saban hari sehingga mengakibatkan banjir yang teruk terutamanya di Pantai Timur yang menyaksikan belasan ribu orang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Selain itu, beberapa jalan utama juga telah ditenggelami air antaranya Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menyebabkan ribuan kenderaan terkandas dan terpaksa melalui jalan alternatif untuk pulang ke destinasi masing-masing.Jika disoroti laman sosial, rata-rata pelayar berkongsi keadaan jalan yang sesak teruk ketika melalui jalan kampung selepas keluar LPT untuk pulang ke ibu kota, baru-baru ini.

Dalam pada itu, antara perkongsian yang mengundang perhatian warganet adalah tindakan anak muda di sebuah Felda di Pahang yang menunggu di tepi jalan untuk mengagihkan makanan dan minuman kepada pengguna jalan raya yang melalui perkampungan mereka.Malah, video kumpulan anak muda dari Felda Lakum, Lanchang ini turut tular sekaligus mengundang pujian warga maya.

Ketika dihubungi mStar, Mohd Rohaizanizam Mat Rodzi selaku Ketua Belia Felda Lakum berkata, idea untuk mengagihkan makanan itu timbul secara spontan selepas melihat banyak kenderaan memasuki perkampungan mereka.Sekumpulan belia Felda Lakum berdiri di tepi jalan berhampiran simpang masuk kawasan perumahan mereka untuk mengagihkan makanan kepada pengguna jalan raya.

“Ketika itu kebetulan anak-anak buah saya tengah beriadah main bola tampar, mereka nampak banyak sangat kereta luar masuk, mungkin nak mencari makanan sebab lama terkandas di jalan raya.”Jadi kami pun bincang, dan akhirnya pakat-pakat kumpul duit seorang sedikit untuk beli roti dan air mineral. Sedikit sebanyak ia dapat mengalas perut mereka,” katanya yang berusia 37 tahun ini.

Tambah Mohd Rohaizanizam, agihan makanan tersebut dimulakan pada pukul 6 petang sehingga tengah malam, memandangkan pada waktu itu kenderaan masih bertali arus melalui jalan di persimpangan utama Felda Lakum.Lebih 20 anak muda Felda Lakum bergilir-gilir bermula petang sehingga tengah malam untuk mengagihkan makanan dan minuman.

“Ketua Pemuda Felda Lakum, Mohd Mustakim Mustafa dan anak-anak buah saya gilir-gilir berada di sana untuk sampaikan bantuan. Nak kata berapa banyak pek roti dan air, memang kami tak kira. Pendek cerita, sampaikan air mineral dan roti di kedai-kedai runcit di Felda Lakum ni habis stok,” katanya.Tidak menyangka video mereka tular di media sosial selepas dikongsikan beberapa pengguna jalan raya, dia berharap perkara berkenaan dapat dijadikan teladan dalam kalangan belia lain.

“Tak pernah bayangkan pun sampai jadi tular. Bantuan ini tak seberapa, tapi apa yang kami lakukan ini ikhlas daripada anak-anak Felda Lakum.”Perkara seperti ini tak perlu nak tunggu sesiapa yang mulakan, tak perlu tunggu jadi orang ternama, tapi apa yang termampu…bantulah seikhlas hati. Rasa seperti satu kepuasan apabila dapat bantu serba sedikit,” katanya lagi.

Terdahulu, video yang dimuat naik oleh seorang pelayar Twitter @AbenHazd yang memaparkan tindakan kumpulan anak muda Felda ini mengagihkan makanan di tepi jalan, menjadi tular sehingga meraih 23,000 retweet.Jalan alternatif Lanchang ke Bentong yang sesak teruk, Isnin baru-baru ini.

Menurut pelayar berkenaan, Hazidi Badarudin, video berkenaan dirakam oleh adiknya ketika keluarganya dalam perjalanan pulang ke ibu kota dari Kuantan selepas menghadiri kenduri kahwin.”Saya tidak turut serta ikut mereka. Menurut ibu dan adik, ketika melalui jalan kampung, dari jauh mereka nampak begitu ramai orang di tepi jalan. Ketika sampai dekat, baru nampak rupa-rupanya orang kampung beri makanan. Spontan adik rakam, ayah pula pandu kereta.

Perkongsian Hazidi di Twitter yang mengundang perhatian warganet“Memang terharu sangat… anak buah saya yang berumur lima tahun yang ada sekali dalam kereta gembira sangat dapat roti. Saya muat naik di Twitter sebab nak kongsikan kebaikan hati sesama rakyat Malaysia yang sentiasa hulur bantuan kepada mereka yang dalam kesusahan,” katanya sambil menambah, keluarganya tiba di ibu kota selepas menempuh perjalanan selama 11 jam.

Dalam pada itu, Hazidi berkata dia dan keluarga pasti tidak akan melupakan bantuan penduduk Felda berkenaan sampai bila-bila.”Saya tahu kampung berkenaan adalah Felda Lakum selepas baca komen-komen orang. Kami sekeluarga doakan agar seluruh penduduk di sana dimurahkan rezeki,” katanya lagi.Nak macam-macam info?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *