Kenalkan penggunaan kad imbasan kepada bayi. Dr Sheikh Muszaphar kongsi tips ajar anak untuk panduan bersama

berita

Baru baru ini, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang merupakan angkasawan negara mendedahkan waktu terbaik untuk kenalkan penggunaan kad imbasan ataupun flashcards kepada bayi. Melalui posting terbaharu di IGnya ,Dr Muszaphar berkongsi beberapa tips terbaik buat ibu bapa yang ingin mencuba.

Perkongsian itu juga turut disertakan dengan video pendek merakamkan beliau sedang menunjukkan cara menggunakan flashcards kepada pasangan bayi kembarnya, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.Berikut merupakan tips yang dikongsi Dr. Muszphar:1.Masa terbaik untuk melakukan Flashcards adalah selepas memberi makan – ketika bayi merasa selesa.

2.Anda dapat melihat di mata mereka – fokus sepenuhnya dan rasa ingin tahu.3.Jarak terbaik adalah sekitar 18 inci.4.Gunakan Flashcards bersaiz 12 “x12” yang besar5.Tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju6.Hanya bertahan selama 1-2 minit, 3 kali sehari7.Lakukan untuk setiap kategori selama 5 hari.8.Baca dengan kuat dan jelas9.Jangan uji Anak anda – idea penggunaan ini adalah untuk memberikan daya ingatan kepada mereka

Untuk pengetahuan anda, Dr. Muszaphar dan Dr. Halina Mohd Yunos telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan, Sophea Isabella, Sophea Natasha serta cahaya mata kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah pada 27 Julai 2017.Rezeki buat Dr. Muszaphar dan Dr. Halina apabila pasangan ini sekali lagi dikurniakan pasangan kembar yang dinamakan Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia pada 20 November 2020.Sekadar info: Flashcards atau kad imbasan merupakan salah satu teknik pembelajaran memaparkan gambar objek, huruf atau nombor yang selalu digunakan kepada bayi.

Sheikh Muszaphar Mahu 6 Anaknya Ikut Jejak Langkahnya Sebagai Doktor. Ini Yang Dia Didikkan Pada Anaknya Sejak Kecil.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar meluahkan hasratnya untuk melihat kesemua enam orang anaknya nanti membesar mengikut jejak langkahnya menjadi seorang doktor.Menurut Sheikh Muszaphar disebabkan itu, beliau cuba mendedahkan anak-anaknya dengan segala hal berkaitan dunia perubatan seperti yang pernah dilakukan bapanya kepadanya dulu.

“Impian saya mahu menjadikan semua anak saya sebagai seorang doktor.”Dr. Isabella, Dr. Natasha, Dr. Adam, Dr. Noah. Dr. Eusoff, Dr. Emelia,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.Dalam entri tersebut Sheikh Muszaphar berkongsi foto terbaharu anak kembarnya, Eusoff dan Emelia yang menjalani sesi fotografi berkonsepkan profesion sebagai doktor. Pada masa sama, beliau turut mengimbau kenangan perjalanannya menjadi doktor yang didorong oleh bapanya. Saya bercita-cita mahu menjadi doktor sejak berumur 6 tahun. Bapa saya perkenalkan dengan stetoskop, mikroskop, buku-buku berkaitan biologi sejak usia muda membuatkan saya cakap pada diri ‘saya mahu bergelar doktor’ sebanyak 10 kali sehari. Ada poster pada dinding untuk ingatkan saya setiap kali saya bangun tidur,” katanya.

Bahkan, pada usia muda, katanya dia juga sudah mula berjinak-jinak melakukan ‘pembedahan’ ke atas haiwan.”Pertama kali bedah katak pada usia 8 tahun. Saya tak pernah mahu menjadi selain doktor, malah saya bangga saya berjaya capai impian itu.”Ayah saya menggunakan kuasa visual ketika membesarkan saya. ‘‘What the mind believes, the body can achieve’ (badan akan peroleh apa yang minda percaya) . Inilah apa yang ayah beritahu setiap hari dan saya lakukannya pada anak-anak saya pula,” katanya.

Dr. Sheikh Muszaphar, 48, mendirikan rumah tangga dengan Dr. Halina, 39, pada 10 Oktober 2010.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9, Sophea Natasha, 7, dan anak kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun serta sepasang kembar, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang lahir pada 20 November lalu.

Anak Kembar Sheikh Muszaphar Genap 5 Hari. Tetapi Anak Kembarnya Perlu Menjalani Satu Rawatan Ini.

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar memaklumkan bahawa kedua-dua anak kembarnya yang baru berusia lima hari mengalami jaundis atau demam kuning hari ini. Menurut Dr. Sheikh Muszaphar, anak kembarnya itu kini perlu menjalani rawatan fototerapi berikutan bacaan paras bilurubin anaknya agak tinggi.

“Kedua-dua anak kembar saya mengalami demam kuning hari ini. Paras bacaannya tinggi iaitu 210.  Mereka kini menjalani rawatan fototerapi. Harapnya ini hanyalah jaundis fisiologi sahaja,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instgaram awal pagi tadi.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut memuat naik sebuah video yang memaparkan sepasang anak kembarnya itu menjalani rawatan fototerapi.Pada masa sama, Dr. Sheikh Muszaphar berkata, anaknya juga perlu menjalani pemeriksaan dar4h setiap hari bagi mengenal pasti tahap kesihatannya.

“Penting untuk mereka kekal hidrasi, teruskan penyusuan badan dan dedahkan pada sinaran matahari pagi atau fototerapi. Ujian harian perlu untuk memantau sama ada trend bacaan meningkat atau menurun. Maksudnya hari-hari kena cucuk, kasihan pula, dan setiap kali itu jugalah saya yang merasai kesakitannya. 

“Bertahan anakku, Daddy akan sentiasa berada di sini. InsyaAllah semuanya akan beransur baik,” katanya. Sebelum ini, isterinya, Datin Dr. Halina Mohd. Yunos melahirkan anak kembar kedua mereka pada 20 November lalu. Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Kami Mengharapkan Kelahiran Normal Kali Ini. Dr Sheikh Muszaphar Dedahkan Keadaan Bayi Mereka Dalam Kandungan Sekarang Yang Hanya Bergantung Kepada Sesuatu Ini.

Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar mengakui beliau dan isteri, Dr. Halina mengharap kelahiran normal buat sepasang bayi kembarnya yang kini sudah berusia 32 minggu dalam kandungan. Pun begitu, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu ia bergantung kepada kedudukan bayi dalam kandungan sebelum kelahiran mereka.

“Alhamdulillah, anak kembar membesar dengan baik dalam perut. Bayi kembar lelaki kini 2.1 kilogram (kg) dan perempuan pula 1.9 kg. “Kami mengharapkan kelahiran normal kali ini tetapi semuanya bergantung pada kedudukan bayi pertama. Kepalanya perlu berada di bawah. “Nampaknya yang si perempuan itu seronok bermain akrobat dan kedudukannya songsang,” katanya. Dr Sheikh Muszaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut beliau memuat naik rakaman video doktor sedang melalukan imbasan di perut isterinya.

Bercerita lanjut mengenai keadaan isterinya, Dr Sheikh Muszaphar memberitahu Dr. Halina sedang sarat dan sering mengalami sakit belakang. “Halina kini semakin sarat, dia sering mengadu sakit belakang dan sukar untuk tidur malam. Sehinggakan dia hendak menangis menahan kesakitan. Kalau lah saya dapat mengambil alih tempatnya.

“Apa-apa pun saya doakan agar ia dipermudahkan,” katanya lagi. Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.- GEMPAK

Mengejutkan Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya alami trauma selepas ini yang berlaku pada kandungan isterinya. Kejadian itu dikongsikan melalui satu video

Datuk Dr Sheikh Muszaphar berkongsi satu video isterinya Datin dr Halina yang sedang melakukan scan untuk mencari degupan jantung bayi kembar yang sedang dikandung isterinya itu. Menurut Dr Sheikh Muszaphar, mereka melalui satu pengalaman yang cukup traumatik malam tadi apabila bayi kembar dalam kandungan tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini. 

“Kami mengalami pengalaman yang cukup traumatik malam tadi. Ketika kembar Adam dan Noah sedang bermain, secara tidak sengaja mereka terjatuh di atas perut Dr Halina. Mereka jatuh dengan kuat. “Dr Halina hanya mendiamkan diri sepanjang masa dan hanya memberitahu saya salah seorang kembar di dalam perutnya tidak bergerak atau menendang sudah lebih dua jam,” tulis Dr Sheikh Muszaphar dalam Bahasa Inggeris.

Tambah Dr Sheikh Muszaphar, dia berasa tidak sedap hati memandangkan kembar di dalam perut sangat aktif pada waktu malam terutamanya kembar perempuan. “Tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, kami terus ke Bahagian Kecemasan pada pukul 1:00 pagi. Perjalanan 20 minit ke hospital seperti terlalu lama. Kami hanya terdiam di dalam kereta. Saya lihat Dr Halina menangis.

“Did an urgent Ultrasound Scan and Alhamdulillah both heartbeats were detected. Syukur sangat kepada Allah. Saya tak dapat bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kembar yang belum lahir atau mana-mana anak kami. Minta Tuhan jauhkan, Nauthu Billah,” tulis Dr. Sheikh Muszaphar lagi. Datuk Dr Sheikh Muszaphar juga ingin berkongsi dengan semua ibu yang sedang mengandung di luar sana supaya tidak mengambil mudah dalam apa jua keadaan yang berlaku.

“Ikut firasat dan rasa anda kerana seorang ibu lebih mengetahui. Pastikan anak dalam kandungan sentiasa menendang, sekurang-kurangnya 10 kali dalam sejam. “Jangan tangguh untuk ke hospital. Setiap saat sangat getir. Setiap ibu mengandung perlu ada pengetahuan tentang anak yang dikandung dalam apa juga keadaan. Expect the unexpected. Pasangan juga perlu ada bersama setiap masa untuk menyokong. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja,” pesan Dr Sheikh Muszaphar.

Dr Sheikh Muszaphar turut memohon daripada semua agar mendoakan kemudahan kepada Dr Halina sepanjang kehamilannya. Dia juga memberitahu mereka akan melakukan scan sekali lagi pada hari ini. Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga bersama Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010. Mereka dikurniakan 4 orang cahaya mata, Sophea Isabella dan Sophea Natasha, serta cahaya mata kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah. Dr Halina kini sedang hamil dengan kembar perempuan.

SUMBER: GEMPAK

Sekali lagi bakal terima bayi kembar. Kali ni lain daripada yang lain. Datuk Dr. Sheikh Muszaphar terus dedahkan jantina anak

Angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar berkongsi khabar gembira di Instagram memaklumkan dia sekali lagi bakal menimang cahaya mata kembar.Tambah menggembirakan, ahli keluarga baru yang bakal dilahirkan nanti dijangka kembar sepasang iaitu lelaki dan perempuan.

Menerusi posting berkenaan, Dr. Muszaphar turut berkongi foto imbasan ultrasound kandungan isterinya, Datin Dr. Halina Yunos.“Pic – Antenatal Scan today. Alhamdulillah – it’s a pair. A Boy and A girl. Truly excited.“Dr Halina is 22 weeks pregnant now. Still a long way to go. Do pray for her well being everyone. Amiinn. Love As Always.

“PS – The twins are laying side by side,” tulisnya.Berita gembira tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih lebih 47,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.Melihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mendoakan segala urusan Dr. Muszaphar dan isteri dipermudahkan.

Terdahulu, Dr Muszaphar berkahwin dengan Dr Halina Mohd pada Oktober 2010 dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.Dua orang puteri yang diberi nama Sophea Isabella dan Sophea Natasha serta dua putera kembar, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

Sumber: Instagram Datuk Dr. Sheikh Muszaphar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *