Berhasrat untuk menaja sesiapa yang berminat mendapatkan vaksin itu dengan segera. Aznil Nawawi dedah mahu taja

artis

Ramai mungkin sudah mengetahui kerajaan dalam proses mendapatkan vaksin Covid19 yang akan diberikan secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Namun begitu,pemberian vaksin tersebut diberikan secara berperingkat dengan keutamaan kepada petugas barisan hadapan serta orang tua yang berisiko tinggi terdedah dengan jangkitan virus tersebut.

Terbaru,, pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi berharap mempunyai peluang untuk mendapatkan vaksin tersebut dengan sedikit bayaran tanpa perlu menunggu giliran.Aznil atau lebih dikenali sebagai Paknil, 58, menerusi Instagram turut berhasrat untuk menaja sesiapa yang berminat mendapatkan vaksin itu dengan segera.

“Salam semua, katanya proses suntikan vaksin percuma adalah berperingkat-peringkat. Keutamaan akan diberikan kepada warga tua dan frontliners dahulu.”Yang lain harus mendaftar online dan tunggu giliran. Mungkin lima hingga sepuluh bulan akan datang. Namun begitu, mungkin ada juga peluang untuk dapatkan vaksin dengan cepat dan tak perlu tunggu giliran dengan sedikit bayaran.

“Paknil ingat Paknil nak ambil yang berbayar. Ada sesiapa yang nak join Paknil? Paknil sponsor la tapi taklah ramai sebab harga pun tak tahu lagi, ” katanya.Rata-rata pengikutnya memuji usaha yang ingin dilakukan oleh bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia ini dan berharap vaksin itu diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

“Bagusnya niat baik Paknil ni… ikutkan saya pun nak tapi lebih baik diberikan kepada yang lebih memerlukan dahulu.”Semoga Paknil dimurahkan rezeki! Kalau nak sponsor elok diberikan pada yang betul-betul memerlukan ya,” komen pengikut.Sebelum ini media melaporkan kerajaan mensasarkan 70 peratus atau 23 juta rakyat Malaysia akan diberikan vaksin selepas vaksin Pfizer-BioNTech yang akan diterima Malaysia akhir Februari ini sudah diberi kelulusan bersyarat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM).Malah, pendaftaran untuk orang ramai menerima vaksin Covid-19 akan dibuka tidak lama lagi dan ia akan dilaksanakan dalam tiga fasa.

Pemuda Ini Antara Individu Pertama Di Malaysia Yang Menerima Suntikan Vaksin Covid 19. Rata Rata Warganet Memuji Dengan Tindakan Keberanian Beliau.

Seorang pemuda yang dikenali sebagai Adam Loh telah mencipta sejarah apabila dia menjadi orang pertama di Malaysia yang menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi peringkat kajian klinikal. Suntikan tersebut diterima melalui satu prosedur percubaan klinikal fasa tiga vaksin Covid-19 yang dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bermula semalam, 30 Januari 2021.

Suntikan untuk vaksin percubaan

Menerusi sebuah posting di Facebook miliknya, dia menyatakan rasa bangga dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KKM dan para penyelidik atas usaha mereka yang sekian lama bekerja keras memerangi pandemik itu. Dalam pada itu, Adam turut memuat naik beberapa keping gambar bersama kakitangan KKM, penerima vaksin kedua yang dikenali sebagai BK Tan, dan sukarelawan lain yang hadir sewaktu prosedur berkenaan.

Bangga & terkejut jadi orang pertama!

“Saya percaya kaedah utama untuk melawan virus ini adalah melaui vaksin. Walaupun ini hanyalah tahap percubaan dan vaksin masih belum diluluskan, namun sumbangan kecil dan kerjasama sebegini boleh melancarkan lagi prosedur kajian vaksin demi masa depan yang cerah. Jangan putus asa dan teruskan percaya, kita akan kalahkan virus ini!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Manakala di ruangan komen pula, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bangga atas keberanian pemuda itu yang sudi dan bersedia menerima sebarang risiko serta kesan setelah disuntik vaksin tersebut.

Tolong kongsi apa kesan lepas disuntik!

Hebatnya!

Memetik laporan Utusan Malaysia, KKM sebelum ini menyatakan terdapat sebanyak sembilan hospital di seluruh negara terlibat di bawah penyelarasan Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) dengan penglibatan seramai 3,000 sukarelawan berusia 18 tahun ke atas dan sihat. Para sukarelawan tersebut telah mengambil inisiatif dengan menawarkan diri dan berani mengambil risiko supaya negara dapat mencari vaksin yang selamat dan berkesan untuk melindungi masyarakat daripada ancaman Covid-19.

Panggilan untuk sukarelawan!

Tahniah diucapkan kepada saudara Adam Loh dan semua sukarelawan yang menyertai ujian klinikal terbabit! Mari kita doakan semoga semua usaha mereka berjaya. Sumber: Facebook Adam Loh, Twitter KKM, Utusan Malaysia

Baru Sehari Sahaja Lepas Terima Vaksin Covid19. Ramai Menganggap Ia Merupakan Kesan Vaksin Namun Ternyata Ini Punca Sebenar

Ternyata berita seorang doktor hembuskan nafas terakhir selepas mendapat suntikan vaksin covid19 heboh di Indonesia. Perkongsian rakan beliau di FB turut mendapat perhatian dan ramai rakyat yang risau sselepas mendapat tahu berita tersebut.

Bahkan Mereka menjadi semakin khuatir dengan kesan vaksin serta semakin tinggi rasa was-was untuk mendapat suntikan. Menurut rakannya itu, doktor berusia 49 tahun itu ditemukan tidak sedarkan diri di dalam keretanya, Jumaat baru-baru ini.

Difahamkan, beliau telah menerima suntikan tersebut pada Khamis, 21 Januari lepas. Profesor Yuwono itu yang juga seorang doktor menuntut agar pihak berwajib memberi penjelasan sama ada pemergian tersebut membabitkan vaksin Covid-19.

Apakah ini ada hubungannya dgn vaksin? Perlu penjelasan dari dinkes kota sebagai penanggungjawab vaksin sekaligus lembaga di mana sahabatku mengabdi.”Beliau pergi buat selamanya sebab…

Susulan kegusaran ramai mula heboh, pihak berkuasa Palembang tampil memberikan penjelasan. Menurut Kompas, doktor yang ditemui pada jam 9 malam itu dipercayai pergi buat elamanya akibat sakit jantung.Ia susulan keadaan beliau ketika ditemui di kereta dalam keadaan tingkap terbuka dan enjin dihentikan. Kata polis, ketika itu doktor tersebut ditemui dalam keadaan telungkup ke belah kiri dan tangan kanannya memegang dada di bahagian kiri. Bahagian bibir dan muka beliau juga sudah membiru.Ketika di lokasi, ubat Nitrokaf Retard ditemukan, mempunyai isi 10 biji (namun) satu sudah tiada, kemungkinan besar sudah dimakan.”Selepas soal siasat dan konsultasi, ubat itu disahkan untuk sakit jantung.”

Ada sejarah rawatan sakit jantung.Bukan setakat itu, hasil pemeriksaan rakaman CCTV di lokasi mendapati beliau parkir keretanya pada jam 8.05 malam (Jumaat, 25 Januari) namun tidak keluar langsung dari kereta selepas itu.Hasil siasat juga menemukan bintik pendarhan di kedua-dua bebola mata, dada, perut dan beberapa bahagian tubuh.”

Rakyat Indonesia Khuatir Sama Ada Vaksin Covid19 Halal Atau Tidak. Kerajaan Indonesia Sanggup Guna Taktik Ini Untuk Yakinkan Penduduk

Ketika berita negara mereka bakal menerima vaksin Covid-19, ramai rakyat Indonesia menyatakan kerisauan dan keraguan sama ada ianya halal di sisi agama Islam.Hal itu menyebabkan kerajaan terpaksa merancang strategi bagi meyakinkan penduduk negara tersebut mendapatkan suntikan vaksin. Menurut AsiaOne, selain Presiden Joko Widodo yang mendapat suntikan, beberapa orang artis dipilih untuk menjadi antara yang terawal menerima vaksin tersebut.

Raffi Ahmad selebriti pertama dapat vaksin.Mempunyai 50 juta pengikut di Instagram, Raffi Ahmad terpilih menjadi selebriti Indonesia pertama yang mendapatkan suntikan vaksin tersebut. Kelmarin, artis berusia 33 tahun itu telah melalui prosedur suntikan dan ada memuat naik gambar bersama Presiden Joko Widodo serta video ketika dia disuntik oleh doktor.Alhamdulillah vaksin. Semangat semuanya. Ayuh (dapatkan suntikan) vaksin, jangan takut vaksin.”

Selain Raffi Ahmad, Ariel Noah dan penulis, Risa Saraswati juga telah mendapatkan suntikan vaksin semalam. Menurut CNN, mereka ini selain Majelis Ulama Indonesia (MUI) telah mengeluarkan fatwa halal, barisan selebriti atau influencer ini diharap akan membuat rakyat mereka mendaftar dalam program vaksinasi nasional.

Taktik kerajaan untuk ‘tarik’ orang muda dapatkan suntikan vaksin.Pegawai kanan kementerian kesihatan Indonesia, Siti Nadia Tarmizi berkata, keputusan untuk meletakkan selebriti di dalam senarai individu awal menerima suntikan bersama dengan hampir 1.5 juta pekerja kesihatan, adalah satu strategi untuk dirancang oleh kerajaan. Menurutnya, ia bertujuan agar selebriti ini semua dapat ‘menarik’ dan meyakinkan golongan muda bahawa vaksin tersebut selamat dan tidak memberikan kesan buruk.

Selain barisan menteri dan frontliners, Indonesia kini sedang dalam perancangan dan dijadualkan akan menyuntik vaksin Covid-19 kepada hampir 180 juta rakyatnya dalam tempoh 15 bulan akan datang.Negara itu mencatatkan 870,000 jumlah kes Covid-19 setakat ini dengan lebih 25,000 pemergian manakala seramai lebih 711,000 dilaporkan sembuh.

Mengagumkan Sekali Indonesia Cipta Bas Anticorona Yang Lengkap Dengan Pelbagai Teknologi Yang Hebat

Tidak dinafikan, musim penularan pandemik ini membuatkan manusia semakin kreatif mengadaptasi teknologi yang ada untuk memastikan keselamatan komuniti dan survival masing-masing.Dron penyembur cecair pembasmi kuman, helmet pintar yang boleh mengesan suhu badan dan sebagainya.

Ini hanyalah sebahagian inovasi yang kita sudah ketahui. Mungkin masih ada banyak lagi ciptaan yang sedang dibangunkan untuk kemudahan kita pada masa akan datang — siapa tahu kan?Di Jawa Tengah misalnya, mereka sudah pun membangunkan prototaip bas anticorona yang dicipta untuk membantu mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Memetik laporan CNN Indonesia, bas berukuran 12 meter itu dilengkapi dengan kabin penapis menggunakan teknologi HEPA yang kebiasaannya dipakai dalam pesawat komersial. Ia bagi memastikan pengaliran udara yang bersih di dalam bas.

Ia juga dilengkapi dengan teknologi sinaran UV untuk membantu membunh kuman dan bakteria.Selain itu, reka bentuk kedudukan kerusinya juga mempraktikkan penjarakkan sosial, disusun tiga baris memanjang ke belakang — berbeza dengan rekabentuk bas yang kita sedia maklum.

Apa yang lebih menarik, adalah setiap penumpang yang menaiki bas ini akan dibekalkan dengan sejenis topeng pelitup muka herbal yang dipercayai dapat meningkatkan imun dan melancarkan sistem pernafasan pemakainya.Bas ini dicipta untuk dua kegunaan. Selain untuk membawa penumpang, satu lagi bas sejenis dengannya akan digunakan sebagai makmal bergerak yang akan disasarkan di kawasan-kawasan pedalaman yang tidak mempunyai klinik atau hospital

Tular Lelaki Ini Sanggup Lamar Bakal Isteri Dengan Hantaran RM87k Rumah Mewah Serta Set Berlian. Menarik Sekali Status Pasangan Ini Meraih Perhatian Di Indonesia

Benarlah jika ada perumpamaan mengatakan bahawa cinta itu bvta. Kalau hati dan sayang dan berkenan, apa sahaja pasti sanggup dilakukan demi mendapatkan cinta. Malah, ada yang sanggup mmpertrhkan nyawa mereka dan sanggup habiskan wang ringgit. Setuju tak?Seperti perkongsian ini dimana seorang ahli perniagaan sanggup gunakan hartanya demi memiliki gadis idamannya. Bukan sikit jumlah hantaran namun semua dilakukan demi cinta.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial Indonesia selepas sepupu kepada pengantin perempuan memuat naik status mengucapkan tahniah. Difahamkan,seorang ahli perniagaan sanggup memberikan hantaran mewah berupa wang tunai sebanyak 300.78 juta rupiah (kira-kira RM87,000), rumah mewah dan set berlian bernilai tiga bilion rupiah (kira-kira RM87,000).

Lelaki berkenaan, Ajis Kalla yang lebih dikenali sebagai Haji Ambo merupakan seorang ahli perniagaan dari Makassar melamar kekasihnya, Nadia Margareza yang berusia 29 tahun pada Isnin lalu di Dusun Kambisa, Desa Baku-Baku, Luwu Utara.

Menurut saudara terdekat Haji Ambo, Hasan Basri Baso, pasangan berkenaan sudah lama menjalinkan hubungan dan membuat keputusan untuk melangsungkan perkahwinan selepas mendapat persetujuan ibu bapa Nadia.Mereka menjalin hubungan sejak setahun lalu. Namun, acara pernikahan hanya akan berlangsung pada 17 Disember nanti.

Berdasaran maklumat yang diperoleh, lelaki berkenaan adalah seorang usahawan yang memiliki beberapa kafe terkemuka di Kota Makassar. Malah, Nadia juga seorang usahawan yang memiliki butik di daerah sama.Sumber : Tribun News

Tular Kluster Kenduri Kahwin Di Indonesia. Pemergian Pengantin Perempuan Serta Ibu Bapanya Jadi Tumpuan Ramai Setelah Mengadakan Majlis Perkahwinan 24 Oktober Lalu

Malang tidak berbau. Itu yang boleh digambarkan mengenai kejadian yang menimpa seorang pengantin perempuan di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, apabila dia hembuskan nafas terakhirnya bersama ibu bapanya kerana dijangkiti Covid-19.Menurut laporan CNN Indonesia, kes tersebut berpunca gara-gara pihak keluarga mereka mengadakan majlis perkahwinan pada 24 Oktober lalu.

Kejadian tersebut berlaku ketika pengantin perempuan dikenali sebagai L (28), pulang dari Jakarta pada Khamis (22 Oktober), dua hari sebelum majlis perkahwinan berlangsung di kediamannya.Setelah selesai majlis, L dan suaminya berangkat ke Wonogiri untuk majlis menyambut menantu pada hari Isnin (26 Oktober).

Tetapi dalam perjalanan, L mengeluh bahawa dia merasa sakit dan dibawa ke Hospital Dr. Moewardi di Solo, dan disahkan positif Covid-19.Setelah beberapa hari dirawat, L kemudiannya hembuskan nafas terkhirnya pada hari Khamis (5 November).Lebih memilukan, sehari setelah dia pergi, ibunya (57), disahkan turut dijangkiti dan hembuskan nafas terakhir keesokkannya (6 November) sebelum disusuli ayahnya (60) pada hari Isnin (9 November).

Kes tersebut dikategorikan sebagai kluster baru berkaitan majlis perkahwinan di mana setakat ini seramai 113 kontak rapat telah dikesan.“Kluster baru di Sragen berkaitan majlis perkahwinan di mana tiga orang dalam satu keluarga pergi buat selamanya, dan setelah dikesan, 113 orang menjadi kontak rapat dan sedang menunggu hasil ujian,” kata Ketua Pejabat Kesihatan Kabupaten Sragen, Hargiyanto ketika dihubungi CNN Indonesia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *