Ada yang sengaja tinggal solat Jumaat dengan alasan Covid19. Syed Ali keluarkan pendapatnya tentang tempoh masjid dibiarkan kosong

berita

Terbaru,Datuk Seri Syed Ali Al Habshee minta agar para agamawan dan pihak berkuasa untuk nilai dan fikir semula tempoh beraa lama lagi masjid akan dibiarkan kosong dengan jemaah yang terhad dan kuliah kuliah agama dihentikan.

Menurutnya,ia penting kerana ramai umat islam kecewa dengan pelbagai sekatan dikenakan terhadap mereka terutama untuk tunaikan solat Jumaat. Katanya lagi, beliau terkilan kerana jumlah jemaah yang begitu terhad itu seperti rumah ibadat bahaya untuk dikunjungi.

Saya bimbang, apabila jumlah kehadiran jemaah yang disekat dengan bilangan tertentu akan menyebabkan tercetus fenomena baharu di mana ada yang akan sengaja tinggalkan solat Jumaat dengan alasan COVID-19.”Baginya, masjid dan surau akan terbiar sepi tanpa sebarang aktiviti keaagamaan jika gejala ini berterusan dan ia disifatkan menjadi satu kezaliman baharu masyarakat.

Oleh sebab itu, beiau mencadangkan agar rumah-rumah ibadat patut dibuka tanpa mengehadkan bilangan jemaah dengan syarat pematuhan SOP diperkettkan, seperti dilakukan di tempat awam seperti pasa raya dan sebagainya.“Penularan pandemik COVID-19 sudah setahun lebih berlaku di negara ini dan adalah mustahil kerajaan masih lagi tidak ada pengalaman untuk menguruskan wabak tersebut.”“Setahun lebih bukan jangka masa yang singkat dan banyak negara jiran dilihat lebih berkesan menangani COVID-19 berbanding Malaysia.”Saran hentikan pengumuman harian kes jangkitan harian Covid-19

Menerusi Astro Awani, beliau juga gesa agar pengumuman harian mengenai jumlah jangkitan kes COVID-19 di televisyen kerana ia hanya menambahkan lagi kegusaran rakyat.Katanya, dengan melaporkan kes semakin meningkat malah tiada sebarang petunjuk penurunan ini seolah-olah memberi gambaran kerajaan telah gagal menangani isu tersebut.

“Apa justifikasinya saban hari pengumuman mengenai angka kes COVID19 dipaparkan dikaca televisyen sedangkan jumlah kes tidak memberi petunjuk penurunan malah semakin meningkat ? Ia seolah-olah memberi gambaran kerajaan telah gagal menanganinya.”Baginya lagi, adalah lebh penting jika kerajaan menumpukan keutamaan mengatasi isu kemiskinan dan kesusahan yang sedang dihadapi oleh rakyat serta memikirkan bagaimana usaha untuk mengatasinya secara lebih berkesan dan menyeluruh disebalik akibat penularan COVID19.

Ramai Yang Teringin Nak Buat Tahajud Tapi Ada Sahaja Benda Yang Halang. Pelajar Ini Kongsi Cara Mudah Untuk Bangun Tengah Malam Solat Tahajud

Tular video yang dihasilkan Fatin di Tiktok. Bila buka topik mengenai solat sunat Tahajud,ramai sebenarnya dalam kalangan kita teringin untuk melakukan ibadah tersebut. Terkadang,ia terhalang apabila kita berasa malas dan susah untuk bangun dari tidur pada wakti awal subuh. Menerusi aplikasi Tiktok,seorang pelajar UIAM , Fatin Nabila Ahmad Zainuddin,22,berkongsi video mengenai ibadah itu yang mana ia menerima reaksi yang cukup positif dalam kalangan warganet

Diinspirasikan daripada apa yang dipelajari menerusi kelas bersama pakar motivasi, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, dia yang mesra disapa Fatin berkongsi satu kaedah yang digelar sebagai movie mind menerusi video berkenaan.”Saya berkongsi kaedah movie mind yang mana sebelum kita tidur, kita cuba bayangkan apa yang akan terjadi esok.

“Sebelum tidur kita bayangkan esok kita bangun pagi dalam keadan tenang, pakai telekung yang cantik dan wangi, bayangkan kita solat dengan khusyuk dan sebagainya.”Idea itu saya sendiri dah lalui dan ia berkesan. Jadi saya nak kongsi dengan orang lain juga,” ujarnya.Menurut Fatin yang turut bekerja secara sambilan sebagai tutor bahasa Inggeris, dia bersyukur apabila video yang dikongsi sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi buat orang di luar sana.

Malah katanya, dia yang mula berjinak-jinak dengan TikTok pada hujung tahun lalu sama sekali tidak menyangka video yang dikongsi akan menerima ratusan ribu jumlah tontonan.Fatin merupakan penuntut UIAM,”Allahuakhbar, saya tak pernah sangka… selain video movie mind untuk solat Tahajud, saya juga ada kongsi video wirid untuk elakkan rasa bimbang.

“Terharu sebab dapat reaksi positif. Ia sangat membantu untuk bangun Tahajud, pada masa sama saya risau dengan diri sendiri.”Saya cuma berdoa agar sentiasa jadi rendah diri dan taat pada Allah dan ibu bapa, supaya ikhlas berkongsi semua video tu.

“Sebelum ini saya ada baca buku mengenai wirid dan doa Nabi Muhammad SAW, saya rasa ruginya kalau orang tak tahu. Jadi saya kongsi video-video itu di TikTok.”Saya buat bukan untuk kejar jumlah tontonan, InsyaAllah saya akan terus konsisten kongsi video bermanfaat untuk semua,” ujarnya.

Antara video lain yang turut tular di TikTok milik gadis itu.Tambah Fatin, dia menyifatkan semua perkara yang berlaku merupakan satu kurniaan atas keizinan Allah dan sebagai orang muda, dia hanya mahu menyampaikan informasi berguna kepada warganet menerusi aplikasi video itu.

Dalam pada itu, Fatin turut berkongsi perancangannya untuk menganjurkan kelas al-Quran besar-besaran pada bulan Ramadan ini.”Kelas itu bertujuan untuk mengajar kita memperbaiki bacan al-Quran dan dijalankan secara percuma secara dalam talian.”InsyaAllah saya akan kongsikan update dari semasa ke semasa menerusi media sosial,” ujarnya lagi.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ramai Yang Masih Belum Terdedah Dengan Kebaikan Kuaci Ini. Kini Anda Perlu Tahu Nutrisi Yang Ada Dalam Kuaci.

Ramai tak tahu kuaci mempunyai pelbagai khasiat. Kuaci sering menjadi pilihan ramai sebagai makanan ringan ketika menonton televisyen atau berbual bersama rakan-rakan. Sebenarnya kuaci bukan sekadar makanan ringan tetapi termasuk dalam kumpulan makanan yang kaya dengan nutrisi dan baik untuk kesihatan. Health Line menyenaraikan lima kebaikan biji bunga matahari itu kepada kesihatan.

1. Menurunkan tekanan darh, kolesterol dan gula

Biji bunga matahari dapat membantu menurunkan tekanan darh, kolesterol dan gula dalam darh kerana ia mengandungi vitamin E, magnesium, protein dan asid lemak linoleat.

Kuaci adalah daripada biji bunga matahari.

2. Mengurangkan keradangan

Keradangan kronik merupakan risiko kepada pelbagai penyakit seperti peningkatan kadar inflamasi protein C-reaktif dalam darh yang berkaitan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes jenis 2. Dalam sebuah kajian terhadap 6,000 orang dewasa, mereka yang makan kuaci lima kali seminggu memiliki tingkat protein C-reaktif 32 peratus lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak memakannya.

3. Melawan penyakit jantung

Tekanan darh tinggi adalah faktor risiko utama penyakit jantung yang dapat menyebabkan serangan jantung atau angin ahmar. Senyawa dalam biji bunga matahari diketahui dapat menghalang enzim yang menyebabkan pembuluh darh tersekat. Akibatnya, ia dapat membantu pembuluh darh menjadi longgar dan menurunkan tekanan darh.

4. Melawan diabetes

Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal ISRN Nutrion pada 2012 menunjukkan bahawa individu yang makan 30 gram kuaci setiap hari dapat mengurangkan gula dalam darh sebanyak 10 peratus dalam enam bulan, berbanding diet biasa. Kajian lain pula mendapati menambahkan kuaci ke dalam makanan seperti roti dapat membantu mengurangkan kesan karbohidrat pada gula dalam darh. Protein dan lemak kuaci melambatkan pengosongan perut serta melepaskan gula kepada berperingkat berbanding karbohidrat.

5. Menguatkan sistem imunisasi

Kuaci adalah sumber vitamin dan mineral yang dapat menguatkan sistem kekebalan tubuh serta meningkatkan kemampuan melawan virus.

Banyak Perniagaan Yang Menggunakan Modal Yang Kecil Tapi Membawa Pulangan Yang Besar. Ini Antara Ideanya Dan Tips.

3 Perniagaan modal yang kecil tapi membawa pulangan yang besar sekiranya anda bijak menguruskannya. Perniagaan sememangnya boleh memberikan pulangan yang sangat besar jika kena pada tempat dan gayanya dalam perniagaan terdapat 1001 jenis perniagaan yang mudah untuk dilakukan tetapi boleh memberikan keuntungan yang besar, berikut kami berikan 3 jenis perniagaan yang mampu berikan keuntungan yang besar walaupun dengan gunakan modal yang kecil.

Menjual Nasi Yang Sedap

Cuba anda lihat dikawasan-kawasan berdekatan rumah anda yang mempunyai penduduk yang ramai ataupun menjadi tempat laluan utama.  Sekiranya anda menjumpai tempat sebegini kami sarankan anda untuk menjual nasi bungkus yang sedap kepada mereka. Untuk menjual nasi bungkus yang bernilai rm4 sebanyak 150 bungkus bukanlah perkara yang sukar RM150 x 4 = RM600 dan keuntungan bagi perniagaan nasi selalunya 50% ini bermakna pendapatan bersih anda sehari rm300 x 30 hari = RM9000 sebulan Keuntungan bersih.

Antara Port terbaik untuk jual buah potong adalah tempat yang ramai pengunjung kanak-kanak, di luar masjid, ataupun taman-taman riadah. Keuntungannya untuk penjualan buah selalunya sekitar 40% – 50% andaikan anda menjual RM1/plastik dan sehari anda berjaya menjual 300 plastik ini bermakna sehari anda memperoleh keuntangan kasar RM300 dan keuntungan bersih RM150 x 30 hari = RM4500 sebulan keuntungan bersih.

Agent Jualan Produk

Ramai yang tidak tahu bahawa seorang agent jualan mampu memperoleh pendapatan melebihi RM10,000 sebulan dan antara agent jualan yang mampu menjana pendapatan RM10,000 adalah agent jualan kereta,agent insurance,agent coway dan kalau anda berminat untuk menjadi salah seorang agent jualan coway anda boleh baca di laman webnya. Banyak lagi agent jualan yang mampu memberikan anda pulangan yang sangat lumayan termasuk menjadi agent farida atau agent jualan tudung neelofa.

Kesimpulannya kesemua jenis perniagaan ada cabaran yang harus ditempuhi dan bagi kami perkara utama untuk menentukan kejayaan perniagaan adalah lokasi jadi kami sarankan kepada anda sebelum memulakan sebarang perniagaan cuba anda teliti dan mengkaji lokasi yang ingin anda jalankan perniagaan jika mempunyai pontensi barulah anda mulakan perniagaan anda. Kami harap dengan post 3 Perniagaan modal kecil tapi untung besar ini mampu memberikan sedikit sebanyak idea untuk anda memulakan perniagaan anda sendiri.

Graduan Ini Pilih Untuk Menjadi Usahawan Di Kampungnya. Tak Sangka Perniagaannya Mendapat Sambutan Dan Berharap Akan Lebih Berkembang Pada Tahun Baru Ini.

Persekitaran kampung di tempat tinggalnya cukup sesuai untuk menjalankan perniagaan dan perusahaan ikan air tawar. Lepasan universiti pada era pandemik pastinya berdepan detik sukar untuk melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Dengan ekonomi yang tidak menentu, banyak syarikat tidak membuka peluang kerjaya, sekali gus memberi kebimbangan kepada para graduan. Namun, lain pula kisah graduan Sains Marin dari Univerisi Malaysia Sabah (UMS) ini yang memilih untuk menjadi usahawan akuakultur.

Menurut Noel Juvinol Joimil Regencia, 24, dari Penampang, Sabah, minat sejak sekian lama terhadap bidang itu baru dapat direalisasikannya sebulan yang lalu.

Noel merupakan graduan UMS dalam bidang Sains Marin.

“Ia bermula dari hobi sewaktu saya masih belasan tahun lagi. Saya gemar ikan air tawar. Dari situ saya timba pengalaman untuk penjagaan ikan. Bidang akuakultur ni memang impian saya sebelum masuk UMS lagi. Memang minat nak buka bisnes. Di UMS, makin banyak ilmu yang saya pelajari. Bermula dengan penjagaan akuarium kecil, kini saya menggunakan kolam kanvas besar,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Noel, perniagaan melibatkan ikan gapi dan talapia itu diusahakan di belakang kediamannya yang mana dia turut mendapat sokongan keluarga, rakan-rakan serta mentor. Jelasnya, persekitaran kampung di kawasan itu juga cukup sesuai untuk dia menjalankan perniagaan berkenaan yang diharap mampu berkembang luas suatu masa nanti.

Bagi saya, saya lebih suka masa sendiri. Risau terikat dengan masa pejabat sehingga impian saya akan hilang.

“Saya tinggal di kawasan kampung. Kolam kanvas juga belum siap sepenuhnya, ada yang masih dalam pembinaan. Kita buat berperingkat mengikut fasa. Kolam kanvas ni dibuat di atas darat. Modal dalam RM15,000, tapi nanti perlu tambah lagi. Selain sokongan dan bantuan keluarga, rakan-rakan serta mentor dalam bidang ini juga banyak membantu saya,” ujarnya lagi.

Perniagaan itu baru sahaja bermula sekitar Disember lalu.

Tambahnya lagi, dia turut bersyukur apabila rakan-rakan di media sosial turut membantu dan membuat hebahan mengenai perniagaan yang diusahakannya. Dalam pada itu, Noel berkata dia selesa memilih pekerjaan sebagai penjual ikan dan tidak mengimpikan untuk berpakaian segak ke pejabat seperti kebanyakan graduan lain. Malah, dia bersyukur apabila perniagaan yang baru bertapak ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

“Bagi saya, saya lebih suka masa sendiri. Risau terikat dengan masa pejabat sehingga impian saya akan hilang. Sambutan sangat menggalakkan dari hari ke hari. Cuma kadang-kadang risau dengan cuaca. Nak jaga ikan hidup, kena monitor 24 jam. Perubahan suhu mendadak juga boleh sebabkan ikan mati. Bisnes saya baru satu langkah, perjalanan masih jauh lagi. Saya harap 2021 jadi year for growth. Saya juga impikan agar dapat supply ikan sehingga ke luar negara suatu hari nanti,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *