Ada satu portal mendedahkan sumber pendapatan Che Nom. Che Nom tampil jelaskan hal tersebut

Viral

Mungkin ada yang mengenali dan mungkin ada yang tidak. Ini dia seorang Youtuber masakan iaitu Che Nom yang memiliki pengikut di YT seramai 997k subsribers. Kebanyakan contents yang dikongsi Che Nom berfokuskan perkongsian resepi masakan termasuklah masakan Melayu dan manisan. Mungkin ramai di antara kita tertanya berapakah pendapatan yang diterimanya setiap bulan sebagai Youtuber? Malah ada yang mengatakan Che Nom terima hampir RM120k. Betul kah

Che Nom sebelum ini sempat screenshot kenyataan yang dikeluarkan satu portal berhubung pendedahan pendapatan bulanannya didakwa cecah RM120 ribu sebulan. Screenshot berkenaan dimuat naik melalui laman Twitternya dan telahpun diturunkan selepas wakil dari portal berkenaan memohon maaf terhadap kenyataan yang dikeluarkan.Youtuber itu mendakwa dan menganggap pendedahan pendapatannya cecah sekitar RM120 ribu sebulan adalah sebagai keterlaluan dan tidak tepat.

Terbaru, Che Nom menjelaskan bahawa dia sudah menerima permohonan maaf dari portal berkenaan. Susulan itu, artikel dari portal berkenaan sudahpun diturunkan.Tambah Che Nom lagi, pendapatan dari laman Social Blade terlalu meluas dan dinasihati supaya tidak menjadikan laman ini sebagai rujukan untuk menyemak pendapatan mana-mana Youtuber atau influencer.Bagi anda yang belum mengetahui siapa Che Nom ini, atau mencari resipi menarik untuk memasak, bolehlah ke YouTube Che Nom. Lebih kurang 178 resipi yang pernah dikongsinya. Tengok pun dah terliur, sudah tentu sedap!

Warganet Ini Tampil Berani Kritik Kepada Peniaga Yang Tak Pandai Masak Dan Masih Jual Makanan. Sekali Ini Respon Warganet Lain

Bak kata warganet,tak semua orang meiliki kebolehan untuk memasak dalam skala yang agak besar,khususnya dijadikan sebagai bahan jualan. Banyak ragam pelanggan yang menjadi cabaran utama buat setiap peniaga. Tak dinafikan ada pelanggan yang cerewet,mengada ngada dan ada pula yang baik hati dan cukup memahami kesusahan para peniaga.

Terkini,lain pula ceritanya apabila rungutan seorang pelanggan yang tular di laman FB dan Twitter.Kata individu yang tidak dikenali itu,dia memohon mereka yang tidak pandai memasak agar tidak menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan.

“Siapa yang tak pandai masak, tolonglah jangan berniaga. Stress betul la, beli-beli tak sedap.”Bukan tak bersyukur, tapi kalau dah tak reti masak tu, tak payah berniaga boleh tak?” soal individu itu.Rungutan seorang individu mengenai kualiti rasa makanan yang dibeli tular di media sosial.

Katanya lagi, dia berhak berkata demikian memandangkan makanan tersebut dibeli menggunakan wang miliknya sendiri.”Ingat orang beli guna daun ke? Kalau tak reti masak, belajarlah. Ni dah tahu tak sedap, masih nak jual.”Time awak masak, awak tak try ke benda tu sedap atau tak?” soalnya lagi.

Dikongsi di Facebook, paparan skrin kenyataan lelaki itu ditularkan pula ke laman Twitter sehingga menerima lebih 5,600 ulang kicau (Retweet).Jika disoroti ruangan komen, ramai warganet turut meluahkan pendapat dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Tambah warganet lagi, tak semua individu memiliki kebolehan untuk memasak dalam skala besar, khususnya untuk dijadikan sebagai bahan jualan.Malah, ada dalam kalangan peniaga sendiri yang turut bersetuju degan kenyataan itu.”Betul tu! Dulu sebelum saya mula niaga pun saya test banyak kali sampai kena kat tekak baru jual. Kesianlah kat pembeli kan kalau dapat yang tak sedap.

“Betul. Tekak nak makan laksa, bila dapat rasa macam makan cuka je. Kurang sedap tak apa, jangan sampai hilang rasa makanan tu.”Yang paling sedih bulan puasa, mak ayah kumpul duit nak beli makanan kesukaan anak-anak, last-last dapat yang entah apa-apa.”Yang aku pelik tu, keluarga dia tak rasa dulu ke makanan tu sebelum jual?” soal beberapa wargamet di Twitter.

Tak Sangka Ikan Ini Hanya Chef Ternama Yang Sering Masak. Warganet Terkejut Dengan Harga Ikan Yang Semahal Ini Dan Ini Respon Warganet.

Pastinya di pasar-pasar basah terdapat macam-macam jenis ikan yang tersediakan untuk dijual pada orang ramai. Harga-harganya juga mengikuti jenis ikan dan berat ikan itu sendiri. Malah, tahukah anda, ada juga ikan yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Namun siapa sangka, walaupun harganya yang begitu mahal, permintaannya juga tetap tinggi dalam kalangan peminatnya sendiri. Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Humansicks, menceritakan mengenai spesis ikan yang dijual dengan harga yang mahal. Rata-rata warganet terkejut apabila mengetahui harga sebenar ikan tersebut, memang ikan kayangan ni!

Ikan kayangan

Mengikut gambar tersebut, Ikan sejenis Empurau ini kebiasaannya dijual dengan harga RM500 per kilo. Jadi jika dikirakan semua, ikan ini seberat 11 kilogram dan menjadikan harganya sebanyak RM5,700. Dengan harganya yang sebanyak ini dah mampu beli Iphone 12 Pro Max.

Hasil info yang diperoleh, ikan ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sarawak dan ia merupakan ikan paling mahal pernah dijual di Malaysia. Malahan, ikan Empurau ini mempunyai beberapa nama lain iaitu Raja Ikan Sarawak, Ikan Kelar dan bagi di semenanjung ikan ini dikenali sebagai Ikan Tengas. Manakala, dari segi rasa pula, ikan ini dikatakan mempunyai rasa-rasa lemak-lemak manis.

Memang mahal ikan ni!

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dan menyatakan ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga mahal berikutan kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini. Malahan, ikan-ikan ini lazimnya dimasak di hotel dan restoran-restoran mahal mengikut permintaan pelanggannya.

Info ikan

Tular Video Perkongsian Gadis Ini Menangis Lihat Penjual Kerepek Dapat Set Makanan Oleh Abang Askar. Gadis Itu Sedih Bila Ini Terjadi.

Tangkapan skrin video TikTok merakamkan dua anggota tentera menghulurkan bantuan kepada seorang lelaki.Tanpa mengira siang atau malam, panas atau hujan, pasti ada insan yang memerah keringat demi mencari rezeki untuk menyara kehidupan. Begitu juga dengan seorang lelaki sudah berusia yang dirakamkan sedang menjual makanan di tepi lorong pandu lalu (drive thru) di sebuah premis makanan segera.

Penjual kerepek (kanan) mengangkat tangan tanda menghargai pemberian air minuman.

Menerusi video di aplikasi TikTok @maslianadin, dapat dilihat dua lelaki berpakaian seragam tentera yang menunggang motosikal kemudian menghulurkan minuman dan makanan kepada peniaga jalanan berkenaan. Gadis yang merakamkan video tersebut, Nur Amylia Nastasha Mohd Hisham berkata, video tersebut dirakamkan di Bayan Baru, Pulau Pinang, kira-kira pukul 2 petang Selasa. Gadis berusia 18 tahun itu memberitahu, ketika itu dia menunggu ibunya melakukan urusan di sebuah stesen minyak bersebelahan dengan restoran makan segera tersebut.

“Sementara menunggu dalam kereta, kira-kira 100 meter dari restoran tu, saya nampak seorang pakcik berusia lewat 50an menjual kerepek dekat lorong pandu lalu. Masa tu ramai keluar untuk membungkus makanan untuk lunch, jadi pakcik tu nampak bersungguh-sungguh berdiri di tengah panas terik sambil pegang beg plastik berisi bungkusan kerepek,” katanya. Lebih mesra disapa Amylia, katanya, dua anggota tentera itu merupakan antara pelanggan restoran makanan segera yang lalu di lorong tersebut bagi membeli makanan.

“Lepas ambil pesanan di kaunter pandu lalu, abang-abang askar tu memberhentikan motosikal mereka dan menyerahkan secawan air minuman kepada pakcik tu sebelum beredar. Pakcik tu terus duduk kat tembok nampak lega sangat dapat minum, sebab cuaca panas terik kan. Kasihan pula saya tengok,” ujarnya yang berasal dari Bayan Lepas di Pulau Mutiara itu.

Dua anggota tentera berpatah balik menemui penjual tersebut.

Bagaimanapun pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini berkata, dua anggota tentera itu datang semula berjumpa dengan lelaki tersebut beberapa minit kemudian.

“Kira-kira tujuh minit selepas tu, abang-abang askar datang semula dan kali ini menyerahkan makanan dari bungkusan yang dibeli mereka di restoran tu. Mereka macam berpatah balik dan bagi makanan yang dibeli mereka sebelum tu sebab tak nampak mereka beratur semula untuk beli makanan yang baharu.

Saya tak pasti mereka kemudian berkongsi makanan berdua sebab dah sedekahkan kat pakcik tu, tapi apa yang mereka buat tu begitu mulia

“Lagipun kem tentera pun tak jauh dari situ, mungkin mereka berpatah balik selepas dah hantar makanan, atau mungkin juga berpatah balik separuh jalan… apa pun, mereka kembali jumpa pakcik tu untuk lengkapkan makanan tengah hari pakcik tu,” tambahnya. Menyaksikan momen tersebut ternyata mengundang rasa sebak anak sulung daripada tiga beradik itu sehingga dia mengalirkan air mata.

Mereka kembali untuk memberikan makanan.

“Saya menangis masa rakam video tu. Bayangkanlah, tengah panas terik pakcik tu berdiri berharap ada yang beli kerepek dia tapi tak ada seorang pun datang beli. Sekurang-kurangnya abang-abang askar itu dapat melegakan pakcik tu selepas berdiri lama tengah panas. Saya tak pasti mereka kemudian berkongsi makanan berdua sebab dah sedekahkan kat pakcik tu, tapi apa yang mereka buat tu begitu mulia,” ujarnya.

Amylia berkata, kejadian yang dirakamkannya itu diceritakan kepada ibunya yang merupakan ahli perniagaan ketika dalam perjalanan untuk menghantar barang.

“Lepas hantar barang, mak segera berpatah balik ke kawasan restoran tu dengan harapan pakcik tu masih di situ untuk membeli kerepek dan menghulurkan sedikit sumbangan. Tapi pakcik tu dah tak ada, mungkin dah bergerak ke tempat lain. Jadi, mak berkongsi video yang saya rakam tu di TikTok supaya mereka yang di kawasan berdekatan Bayan Baru sudi membeli kerepek daripada pakcik tu atau membantu apa yang termampu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *