Warganet ini tampil berani kritik kepada peniaga yang tak pandai masak dan masih jual makanan. Sekali ini respon warganet lain

berita

Bak kata warganet,tak semua orang meiliki kebolehan untuk memasak dalam skala yang agak besar,khususnya dijadikan sebagai bahan jualan. Banyak ragam pelanggan yang menjadi cabaran utama buat setiap peniaga. Tak dinafikan ada pelanggan yang cerewet,mengada ngada dan ada pula yang baik hati dan cukup memahami kesusahan para peniaga.

Terkini,lain pula ceritanya apabila rungutan seorang pelanggan yang tular di laman FB dan Twitter.Kata individu yang tidak dikenali itu,dia memohon mereka yang tidak pandai memasak agar tidak menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan.

“Siapa yang tak pandai masak, tolonglah jangan berniaga. Stress betul la, beli-beli tak sedap.”Bukan tak bersyukur, tapi kalau dah tak reti masak tu, tak payah berniaga boleh tak?” soal individu itu.Rungutan seorang individu mengenai kualiti rasa makanan yang dibeli tular di media sosial.

Katanya lagi, dia berhak berkata demikian memandangkan makanan tersebut dibeli menggunakan wang miliknya sendiri.”Ingat orang beli guna daun ke? Kalau tak reti masak, belajarlah. Ni dah tahu tak sedap, masih nak jual.”Time awak masak, awak tak try ke benda tu sedap atau tak?” soalnya lagi.

Dikongsi di Facebook, paparan skrin kenyataan lelaki itu ditularkan pula ke laman Twitter sehingga menerima lebih 5,600 ulang kicau (Retweet).Jika disoroti ruangan komen, ramai warganet turut meluahkan pendapat dan bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Tambah warganet lagi, tak semua individu memiliki kebolehan untuk memasak dalam skala besar, khususnya untuk dijadikan sebagai bahan jualan.Malah, ada dalam kalangan peniaga sendiri yang turut bersetuju degan kenyataan itu.”Betul tu! Dulu sebelum saya mula niaga pun saya test banyak kali sampai kena kat tekak baru jual. Kesianlah kat pembeli kan kalau dapat yang tak sedap.

“Betul. Tekak nak makan laksa, bila dapat rasa macam makan cuka je. Kurang sedap tak apa, jangan sampai hilang rasa makanan tu.”Yang paling sedih bulan puasa, mak ayah kumpul duit nak beli makanan kesukaan anak-anak, last-last dapat yang entah apa-apa.”Yang aku pelik tu, keluarga dia tak rasa dulu ke makanan tu sebelum jual?” soal beberapa wargamet di Twitter.

Tak Sangka Ikan Ini Hanya Chef Ternama Yang Sering Masak. Warganet Terkejut Dengan Harga Ikan Yang Semahal Ini Dan Ini Respon Warganet.

Pastinya di pasar-pasar basah terdapat macam-macam jenis ikan yang tersediakan untuk dijual pada orang ramai. Harga-harganya juga mengikuti jenis ikan dan berat ikan itu sendiri. Malah, tahukah anda, ada juga ikan yang mencecah sehingga ribuan ringgit. Namun siapa sangka, walaupun harganya yang begitu mahal, permintaannya juga tetap tinggi dalam kalangan peminatnya sendiri. Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Humansicks, menceritakan mengenai spesis ikan yang dijual dengan harga yang mahal. Rata-rata warganet terkejut apabila mengetahui harga sebenar ikan tersebut, memang ikan kayangan ni!

Ikan kayangan

Mengikut gambar tersebut, Ikan sejenis Empurau ini kebiasaannya dijual dengan harga RM500 per kilo. Jadi jika dikirakan semua, ikan ini seberat 11 kilogram dan menjadikan harganya sebanyak RM5,700. Dengan harganya yang sebanyak ini dah mampu beli Iphone 12 Pro Max.

Hasil info yang diperoleh, ikan ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sarawak dan ia merupakan ikan paling mahal pernah dijual di Malaysia. Malahan, ikan Empurau ini mempunyai beberapa nama lain iaitu Raja Ikan Sarawak, Ikan Kelar dan bagi di semenanjung ikan ini dikenali sebagai Ikan Tengas. Manakala, dari segi rasa pula, ikan ini dikatakan mempunyai rasa-rasa lemak-lemak manis.

Memang mahal ikan ni!

Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dan menyatakan ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga mahal berikutan kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini. Malahan, ikan-ikan ini lazimnya dimasak di hotel dan restoran-restoran mahal mengikut permintaan pelanggannya.

Info ikan

Tular Video Perkongsian Gadis Ini Menangis Lihat Penjual Kerepek Dapat Set Makanan Oleh Abang Askar. Gadis Itu Sedih Bila Ini Terjadi.

Tangkapan skrin video TikTok merakamkan dua anggota tentera menghulurkan bantuan kepada seorang lelaki.Tanpa mengira siang atau malam, panas atau hujan, pasti ada insan yang memerah keringat demi mencari rezeki untuk menyara kehidupan. Begitu juga dengan seorang lelaki sudah berusia yang dirakamkan sedang menjual makanan di tepi lorong pandu lalu (drive thru) di sebuah premis makanan segera.

Penjual kerepek (kanan) mengangkat tangan tanda menghargai pemberian air minuman.

Menerusi video di aplikasi TikTok @maslianadin, dapat dilihat dua lelaki berpakaian seragam tentera yang menunggang motosikal kemudian menghulurkan minuman dan makanan kepada peniaga jalanan berkenaan. Gadis yang merakamkan video tersebut, Nur Amylia Nastasha Mohd Hisham berkata, video tersebut dirakamkan di Bayan Baru, Pulau Pinang, kira-kira pukul 2 petang Selasa. Gadis berusia 18 tahun itu memberitahu, ketika itu dia menunggu ibunya melakukan urusan di sebuah stesen minyak bersebelahan dengan restoran makan segera tersebut.

“Sementara menunggu dalam kereta, kira-kira 100 meter dari restoran tu, saya nampak seorang pakcik berusia lewat 50an menjual kerepek dekat lorong pandu lalu. Masa tu ramai keluar untuk membungkus makanan untuk lunch, jadi pakcik tu nampak bersungguh-sungguh berdiri di tengah panas terik sambil pegang beg plastik berisi bungkusan kerepek,” katanya. Lebih mesra disapa Amylia, katanya, dua anggota tentera itu merupakan antara pelanggan restoran makanan segera yang lalu di lorong tersebut bagi membeli makanan.

“Lepas ambil pesanan di kaunter pandu lalu, abang-abang askar tu memberhentikan motosikal mereka dan menyerahkan secawan air minuman kepada pakcik tu sebelum beredar. Pakcik tu terus duduk kat tembok nampak lega sangat dapat minum, sebab cuaca panas terik kan. Kasihan pula saya tengok,” ujarnya yang berasal dari Bayan Lepas di Pulau Mutiara itu.

Dua anggota tentera berpatah balik menemui penjual tersebut.

Bagaimanapun pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini berkata, dua anggota tentera itu datang semula berjumpa dengan lelaki tersebut beberapa minit kemudian.

“Kira-kira tujuh minit selepas tu, abang-abang askar datang semula dan kali ini menyerahkan makanan dari bungkusan yang dibeli mereka di restoran tu. Mereka macam berpatah balik dan bagi makanan yang dibeli mereka sebelum tu sebab tak nampak mereka beratur semula untuk beli makanan yang baharu.

Saya tak pasti mereka kemudian berkongsi makanan berdua sebab dah sedekahkan kat pakcik tu, tapi apa yang mereka buat tu begitu mulia

“Lagipun kem tentera pun tak jauh dari situ, mungkin mereka berpatah balik selepas dah hantar makanan, atau mungkin juga berpatah balik separuh jalan… apa pun, mereka kembali jumpa pakcik tu untuk lengkapkan makanan tengah hari pakcik tu,” tambahnya. Menyaksikan momen tersebut ternyata mengundang rasa sebak anak sulung daripada tiga beradik itu sehingga dia mengalirkan air mata.

Mereka kembali untuk memberikan makanan.

“Saya menangis masa rakam video tu. Bayangkanlah, tengah panas terik pakcik tu berdiri berharap ada yang beli kerepek dia tapi tak ada seorang pun datang beli. Sekurang-kurangnya abang-abang askar itu dapat melegakan pakcik tu selepas berdiri lama tengah panas. Saya tak pasti mereka kemudian berkongsi makanan berdua sebab dah sedekahkan kat pakcik tu, tapi apa yang mereka buat tu begitu mulia,” ujarnya.

Amylia berkata, kejadian yang dirakamkannya itu diceritakan kepada ibunya yang merupakan ahli perniagaan ketika dalam perjalanan untuk menghantar barang.

“Lepas hantar barang, mak segera berpatah balik ke kawasan restoran tu dengan harapan pakcik tu masih di situ untuk membeli kerepek dan menghulurkan sedikit sumbangan. Tapi pakcik tu dah tak ada, mungkin dah bergerak ke tempat lain. Jadi, mak berkongsi video yang saya rakam tu di TikTok supaya mereka yang di kawasan berdekatan Bayan Baru sudi membeli kerepek daripada pakcik tu atau membantu apa yang termampu,” katanya.

Ustaz Ini Terkesan Dengan Apa Yang Ditulis Pada Nota Ini. Tak Sangka Ada Yang Beri Sedekah Dan Nota Ini Dan Mengharapkan Diberi Ganjaran Macam Ni.

Rezeki kita dengan orang lain tak sama. Kadang keluarga kita meriah dengan kehadiran anak-anak, tapi bagi orang lain berkahwin dah lama pun Allah belum bagi rezeki padanya. Tapi rezeki duit sentiasa tak putus. Hanya Allah yang tahu semua ini. Sebagai hambanya kita sentiasalah berdoa kerana doa dan usaha yang dilakukan ini pasti akan ada sinar kegembiraan dipenghujungnya jika kita yakin dan percaya..

Seperti apa yang dikongsikan oleh Ustaz Mujahidin dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin, beliau berkongsi kisah pasangan yang masih menanti kehadiran zuriat sendiri. Kisah ini sangat menyentuh hati kerana nampak usaha yang dilakukan oleh pasangan suami isteri ini.

Apa yang membuatkan saya cukup terkesan, mereka sanggup memberi sedekah dengan niat moga Allah memberi ganjaran anak padanya. Ini benar-benar menyentuh hati saya.

Tengok FB terbaca kisah yang dikongsikan oleh abang Food Panda. Melalui apa yang dikongsikan abang Food Panda dia mendapati terdapat sekeping kertas bertulis dekat bakul motornya berserta nota ringkas yang ditinggalkan.

Nota tersebut di tulis: “Ada sedikit Bantuan Dari Kami, Doakan Kami Di Kurniakan Anak Yaa… Seorang Pun Jadilah

Saya terbaca kisah ini sebab ada orang tag saya. Dalam rumah tangga semua orang inginkan cahaya mata. Cahaya mata ini lah pelengkap dalam hidup bagi yang dah berumahtangga. Itu sebab orang sanggup buat apa sahaja untuk ikhtiar dapatkan anak.

Hanya orang yang rasa, mengalami sahaja yang tahu bagaimana rasanya tidak ada anak. Rasa sunyi, rasa sed!h, rasa tak0t kehilangan pasangan, rasa cembvru pada orang ada anak dan macam-macam rasa lagi.

Saya doakan agar si penulis nota ini dan semua yang masih belum dikurniakan cahaya mata yang membaca status saya ini, dipermudahkan Allah dikurniakan cahaya mata yang pertama, cahaya mata yang soleh dan solehah, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, diberi kebahagiaan dalam rumah tangga dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin!

Anak Selalu Ditukar Tukarkan Ke Pelbagai Hospital. Ibu Ini Kongsi Tentang Anaknya Yang Terpaksa Hadap Pelbagai Ujian Di Usia Masih Kecil

Sesungguhnya merasai kehilangan seseorang yang kita sayang adalah momen yang sangat sakit apatah lagi,insan tersebut pernah menumpang dalam rahim kita selama sembilan bulan. Di FB, Nurul Atikah berkonsi kisah mengenai pemergian anaknya disebabkan masalah saluran pernafasan terlalu smpit.

Muhammad Yusuf Mikael bin Abdul Gani. Mumy halalkan susu mumy sayang. Mumy redha anakku. Adik tinggal mumy atas pangkuan mummy. Mummy mengucap dekat adik, terus adik tersentak walaupun adik tak sedar. Sakit czer lahirkan adik pun belum hilang dik. Pergilah bermain di taman syurga anakku. 

Doa mummy sentiasa mengiringi mu. Anak yang sangat baik. Lepas ni ta ada yang kejut mummy ajak main 4 pagi. Tak ada lagi gelak tawa anak mumy. Allahuakbar sesungguhnya ujian mu terlalu berat ya Allah. Aku redhaa, aku pasrah. Tunggu mummy abah dan abang ya sayang. Allah tak akan uji di luar kemampuan kita. Maafkan mummy anakku.Menurut Atikah, anak keduanya iaitu Muhamad Yusuf Mikael telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang.

Sebagai ibu dia redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah terhadapnya. Bercerita mengenai lebih lanjut, Atikah memberitahu bahawa anaknya itu lahir tidak cukup bulan. Jelasnya lagi, anaknya turut mempunyai masalah saluran pernafasan yang sempit. Hanya doa dan keajaiban yang mampu diharapkan oleh Atikah sepanjang anaknya berada di hospital.Mummy harap apa doktor cakap semua bohong. yusuf tak berada dalam keadaan teruk. Mummy nak peluk Yusuf rindu sangat. Mummy nak anak mummy balik. Nak anak mumy sihat. Minta semua doakan malaikat kecilku. Dari Bagan specialist adik kena tukar ke Island Hospital bila keaadan adik makin dalam keadaan bahaya adik trus masuk icu Hospital Pulau Pinang. MuMmy abah masuk tengok adik.

Panggil adik. Walaupun doktor bagi ubat tidur adik dengar mummy dan abah panggil adik. Kuatnyaa adik sayang sekuat nama adik. Bagi yang tanya kenapa Yusuf masuk icu, saluran pernafasan yusuf terlalu sempit dan ada lagi sebab lain berkenan dengan saluran pernafasan dia. Buat masa sekarang doktor kata Yusuf dah teruk tapi mummy tak percaya cakap doktor sebab mummy percaya anak mummy kuat. Comel sangat Yusuf tadi bersih putih sangat adik. Doktor cakap mummy dan abah kena bersedia dengan keadaan adik macam ni.Sebelum ini, Atikah turut memaklumkan yang anaknya itu telah ditukar-tukarkan ke pelbagai hospital sebelum di bawa ke Hospital Pulau Pinang. Jelasnya lagi, doktor turut memintanya dan suami agar bersedia dengan keadaan anaknya pada masa tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *