Sakit yang dirasainya tidak langung berkurangan walaupun dah ambil ubat ubatan. Dr Dalvin cerita pengalamannya berhadapan dengan virus tersebut

berita

Terbaru,Dr Dalvin merupakan seorang bekas pesakit Covid19 berkongsi pengalamannya berhadapan dengan virus berbahaya itu menerusi perkongsiannya di FB. Katanya dia hampir mengalah kerana mengalami kesukaran bernafas,dengan batuk yang teruk. Staf ICU suruh keluarga saya bersiap sedia untuk keadaan yang lagi buruk.

Dr Dalvin Sidhu yang merupakan seorang pengamal perubatan berkongsi cerita mengenai detik yang hampir mengambil nyawanya,gara gara dijangkiti COVID19. Melihat coretan yang dikongsi di FB PHM,Dr Dalvin jelaskan dia disahkan positif COvid19 berkenaan pada 8 Disember lalu, selepas terdedah dengan seorang pesakit Covid19 di wad tempatnya bertugas.

“Sejurus selepas mendapat infomasi bahawa pesakit saya positif covid-19, saya menerima arahan untuk menjalani home quarantine pada keesokan harinya (2 Disember).”Selama satu minggu saya telah mengasingkan diri, ahli keluarga saya meletakkan satu kerusi plastik diluar pintu bilik dimana saya mengasingkan diri.

“Keluarga saya juga telah mengasingkan semua barang keperluan harian saya seperti sudu, gelas, pinggan mangkuk dan sebagainya. Makanan dan minuman saya pun hanya akan diletakkan di atas kerusi plastik sahaja. Kami bercakap menerusi video call atau menjerit dengan pintu bilik yang tertutup,” kongsinya.Menurut Dr Dalvin, ujian calitan (swab) pertama yang dilakukannya pada 3 Disember menunjukkan keputusan negatif malah dia juga tidak mengalami sebarang gejala Covid-19.

Selepas dua hari kemudiannya, dia mula mengalami beberapa gejala seperti demam, sakit kepala yang teruk, sakit badan dan sendi, sakit mata, cirit-birit dan keletihan.Sebahagian perkongsian Dr Dalvin yang dimuat naik di laman Facebook Public Health Malaysia.Malah sakit yang dirasainya tidak langung berkurangan walaupun dia mengambil ubat-ubatan, sehingga membuatkan dia mula mengesyaki berkemungkinan dirinya sudah dijangkiti virus berkenaan.

“Pada 8 Disember, keputusan swab saya positif. Sejurus selepas itu, saya menerima beberapa panggilan, untuk mengesahkan diagnosis, gejala dan akhirnya ambulans dihantar untuk mengambil saya dari rumah. Saya telah dimasukan ke wad Covid-19.”Pada permulaannya, saya agak sihat untuk bersembang and berkawan dengan pesakit yang lain di wad. Saya juga agak gembira dengan makan dan minuman yang disediakan.

“Setelah tiga hari di wad, saya mula mengalami batuk yang teruk serta kurang deria rasa dan bau, pada masa yang sama demam pun masih tidak surut, sakit badan dan sendi, cirit-birit masih berterusan.”Lebih teruk lagi, saya mulai mengalami kesukaran untuk bernafas dan tahap Spo2 (kandungan oksigen dalam drah) semakin menurun,” katanya sambil menambah, dia kemudian dipindahkan ke wad ICU pada hari keempat mendapatkan rawatan di hospital.

Dr Dalvin ditempatkan dalam wad ICU selama 13 hari kerana keadaannya yang teruk ekoran mengalami sesak nafas yang teruk. Gambar hiasanKetika ditempatkan di ICU, Dr Dalvin berkata keadaan kesihatannya dipantau dengan teliti malah dia turut diberitahu setiap butiran perkembangan harian oleh doktor yang bertugas.

Tanpa disangka, pada hari kelima di ICU, dia berdepan dengan saat getir berjuang antara hidup dan mati apabila mengalami kesukaran bernafas dan batuk yang teruk.”Staf ICU juga standby mesin ventilator dekat dengan katil. Mereka beritahu bahawa mereka mungkin perlu menggunakkan tiub pernafasan jika Spo2 saya semakin merosot kerana saya sudah mendapat sokongan oksigen aliran tertinggi.

“Tanpa saya tahu, pasukan Anestesia sebenarnya menghubungi keluarga dan isteri saya beberapa jam kemudian dan memberitahu mereka bahawa saya dalam keadaan kritikal, pada masa yang sama, mereka suruh keluarga saya untuk bersiap sedia untuk keadaan yang lagi buruk.

“Bagaimanapun dengan rahmat Tuhan, saya berjaya mengharungi malam itu dan sejak hari itu saya mempunyai keberanian untuk terus berjuang kembali,” kongsinya.Selepas 13 hari berjuang di ICU dengan segala macam prosedur dan dos ubat-ubatan, Dr Dalvin akhirnya dipindahkan ke wad biasa selepas menunjukkan perkembangan positif.

“Pada hari ke-20 di hospital, saya tidak lagi perlu sokongan oksigen dan saya dapat mengekalkan Spo2 saya sekitar 95 peratus dan ke atas. Tanggal 27 Disember 2020, hari yang paling dinanti-nantikan, setelah 23 hari dimasukkan ke hospital, saya telah diberi kebenaran daripada pihak doktor untuk pulang ke rumah.”Bagaimanapun saya diberitahu bahawa parameter darah dan x-ray saya akan mengambil masa berbulan-bulan untuk kembali ke tahap normal. Semua ini tidak akan berlaku tanpa doa, kasih sayang dan sokongan isteri, keluarga, Tuhan dan kawan-kawan saya,” katanya lagi.

Sungguhpun sudah sebulan pulih, Dr Dalvin berkata dia masih merasai perubahan di mana tubuh badannya kerap mengalami sakit sendi, keletihan dan sesekali semput apabila berjalan pantas dan jauh.Dr Dalvin mengingatkan orang ramai agar sama-sama membantu para frontliners melawan Covid-19 dengan mematuhi SOP. Gambar hiasan

“Selain itu, stigma masyarakat memainkan peranan penting, ramai orang tidak akan mendekati saya sebab saya seorang bekas pesakit Covid-19. Salah seorang kawan saya juga tidak ingin ambil duit baki dari saya, sebab katanya ada virus di tangan saya.Sehingga kini perkongsian tersebut meraih hampir 5,000 shares di Facebook.”Nasihat saya kepada semua, tolong jaga SOP, tolong hormati frontliners, mereka juga insan yang ada keluarga. tolong jangan cakap seperti Covid-19 ini bohong… tolong jangan memperlekehkan usaha-usaha frontliners,” katanya lagi.

Jalani Ujian RTK Berdasarkan Kosnya Yang Lebih Murah Berbanding PCR. Makcik Ini Dilaporkan Positif COVId19 Tapi Pelik KKM Tak Datang Ambil

Selepas menjalani ujian RTK,seorang makcik mendedahkan dirinya positif COVID19. Tak kisah la bergejala mahupun dikenalpasti sebagai kontak rapat,masyarkat kini mula sedar mengenai kepentingan untuk melakukan ujian saringan.

Untuk pengetahuan anda,terdapat dua teknik untuk ujian saringan iaitu Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen atau lebih dikenali sebagai RTK ) atau ujian pantas antigen dan Real Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (rRt-PCR). Walaupun RTK memberikan keputusan ujian yang lebih pantas,namun teknik tersebut tidak disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk diagnosa Covid19

Tambahan pula, keputusan ujian yang lebih tepat melalui teknik rRT-PCR atau lebih dikenali sebagai PCR, yang digunakan oleh ujian makmal yang dijalankan di makmal fasiliti kesihatan kerajaan bagi mengesan Covid-19.
Orang ramai melakukan ujian saringan Covid19..Seorang doktor berkongsi pengalaman beliau didatangi seorang wanita berusia secara bersendirian sebelum memberitahu sesuatu yang mengejutkan.

“Puan, kenapa puan datang hari ni? Wanita tu dah berumur, datang seorang. Saya hari tu demam. Selepas tu pergi hospital *tut* buat (ujian) swab, mereka kata positif.”Jadi makcik kuarantin kat rumah. Tunggu juga orang KKM datang ambil, tapi tak ada pun. Orang hospital tu kata, orang KKM nak ambil,” tulis Dr Sakinah Sulong di laman Facebook milik beliau yang mengimbas kembali perbualannya bersama wanita itu.

Walaupun tidak didedahkan butiran lokasi ujian itu yang dilakukan oleh pesakit itu, namun ia dipercayai dibuat di klinik atau hospital swasta.Dr Sakinah Sulong memakai peralatan perlindungan diri (PPE). foto facebook Sakinah Sulong

Dr Sakinah yang merupakan pakar perubatan keluarga bertanya lebih lanjut, dan wanita berusia itu memberi gambaran dia menjalani ujian RTK berdasarkan kosnya yang lebih murah berbanding PCR.”Saya buat 1 hari bulan (hb) hari tu, 2hb hospital telefon. Makcik duduk diam-diam je lah kat rumah. Makcik ada pakai gelang tak? Saya tanya sambil intai di lengannya… tiada gelang,” tanya beliau yang merujuk kepada gelang sebagai tanda seseorang itu menjalani kuarantin.

Dr Sakinah kemudian meminta staf beliau memeriksa nama pesakit tersebut menerusi Sistem Informasi Maklumat Kesihatan Awam (Simka), di mana sebarang keputusan PCR pesakit akan didaftarkan, sama ada dari hospital kerajaan atau swasta.

“Tiada namanya tersenarai. Sah, dia buat RTK. Tapi RTK bukan ujian pengesahan. Sepatutnya kena buat ujian PCR kalau RTK positif, baru seseorang disahkan sebagai pesakit Covid-19.”Kalau tak buat PCR, tiada nama dalam sistem Simka dan ujian dibuat di hospital swasta, memang KKM tak akan tahu. Sebab itulah tiada staf KKM yang menghubungi pesakit ini.

“Yang ada dalam senarai pun, beribu-ribu satu hari, memang tak terkejar semuanya. Apatah lagi kalau tiada nama dalam sistem Simka tu,” ujar beliau.Perkongsian Dr Sakinah di Facebook.Walaupun pesakit itu kurang kesedaran mengenai ujian Covid-19 yang dilakukannya, namun Dr Sakinah menyentuh mengenai kepatuhan wanita tersebut menjalani kuarantin.

“Nasib baiklah makcik duduk je diam-diam dalam rumah walaupun dia tak pakai gelang. Dan memandangkan tempoh 10 hari dah berlalu, makcik ini dah dianggap telah melepasi tempoh kuarantin 10 hari.”Memang kes ini bukan kes terpencil. Memang ia boleh berlaku kerana lambakan kes daripada hospital kerajaan mahupun klinik atau hospital swasta. Tanggungjawab pihak yang melakukan swab untuk mengesan keputusan dan memaklumkan kepada pesakit serta notifikasi kalau perlu… dan mengemaskini maklumat dalam sistem Simka agar tiada kes yang tercicir,” katanya.

Nasihat Dr Sakinah supaya individu perlu bertanggungjawab menjalani kuarantin di rumah.Sehubungan itu, beliau menggesa individu yang menjalani kuarantin di rumah agar bersikap bertanggungjawab dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Yang pakai gelang, duduklah diam-diam di rumah. Pihak polis yang buat sekatan jalanraya, mungkin boleh minta pemandu selak sikit lengan baju agar mereka tidak terlepas.”Tolong jadi manusia yang bertanggungjawab kalau anda dah pakai gelang. Tak patuh arahan kuarantin, anda boleh dikompaun RM1,000. Jaga diri, semoga dengan itu, orang kesayangan anda pun terjaga,” ujar Dr Sakinah.

Berusaha Untuk Membangunkan Ibunya Yang Tidak Bangun Bangun. Kisah Sedih Gadis 10 Tahun Terus Jadi Yatim Piatu Setelah Ibunya Tiada Akibat Covid19

Baru baru ini,seorang gadis berusia 10 tahun di desa Benda Baru,Kabupaten Pamulang,Kota Tangerang Selatan,Indonesia tinggal sebatang kara apabila Covid19 mengambil nyawa ibunya. Kisah sedih ini telah mnimpa adik Aisyah Alusa selepas ibunya pergi tinggalkannya buat selama lamanya akibat daripada virus COVID19 pada 15 Januari 2021 yang lalu.

“Ayahnya sudah pergi buat selamanya ketika Aisyah masih berumur 2 tahun,” kata Marliansyah A. Baset, Ketua RW 18, Benda Baru, kepada wartawan.Baset juga turut menceritakan tentang nasib malang yang menimpa adik Aisyah ini. Bermula pada pagi Jumaat yang lalu, Allahyarham Rina, ibu kepada adik Aisyah, mengadu pening kepala, batuk dan demam kepada jiran di rumahnya. Kemudian, Rina telah dihantar ke Pusat Kesihatan Benda Baru untuk mendapatkan rawatan.

Ketika tiba di pusat kesihatan tersebut, Rina telah menjalani ujian rapid test dan telah disahkan positif terhadap virus COVID-19. Kemudian, pusat kesihatan tersebut telah merujuknya ke Hospital Permata bagi menjalani ujian swab PCR.

“Hasilnya dia telah disahkan positif COVID-19 dan telah diberikan pilihan sama ada mahu dirawat di hospital atau mengkuarantinkan diri di rumah. Kerana risau untuk tinggalkan anaknya keseorangan di rumah, dia telah memutuskan untuk mengasingkan diri di rumah sahaja,” kata Baset.

Kemudian, ketika dia sampai di rumah, Aisyah menjaganya dan memberinya makan. Sehingga akhirnya pada petang Sabtu, Aisyah telah berusaha untuk membangunkan ibunya yang masih tidur bagi bersiap-siap untuk solat Maghrib secara berjemaah, namun ibunya itu tidak bangun-bangun.Tubuh ibunya menjadi kaku, dia terus menggoncangkannya dengan harap agar mata ibunya itu terbuka memberi respon kepada Aisyah.

Hingga akhirnya, Aisyah telah menangis sambil memanggil-manggil ibunya. Jiran-jirannya yang terdengar teriakan itu terus pergi ke kawasan rumah Aisyah.“Kami juga berasa serba salah kerana kami tahu bahawa almarhumah telah dijangkiti COVID-19. Dan tidak ada siapa pun yang diizinkan masuk ke rumahnya, disebabkan itu saya segera menghubungi pusat kesihatan,” kata Baset.

Kemudiannya, doktor dari pusat kesihatan datang dengan memakai sut PPE yang lengkap dan telah mengesahkan bahawa pesakit itu telah tiada. Sejurus selepas itu, jnzhnya itu telah dirapikan di atas tempat tidur sementara menunggu pasukan petugas COVID-19 datang untuk mengsemadikanya.“Kerana sudah malam, persemadian tidak dapat dilakukan, para petugas hanya datang keesokan harinya,” kata Baset.

Pada hari Ahad, 17 Januari 2021, pasukan petugas COVID-19 yang berpakaian lengkap dengan sut PPE telah datang. Selepas ibunya dimandikan, ianya segera disemadikan.“Hari minggu itu juga saya bawa Aisyah ke hospital untuk melakukan ujian swab. Ternyata Aisyah juga telah dijangkiti dengan COVID-19 daripada ibunya. Aisyah terus dibawa ke Rumah Lawan COIVD-19 di Tangsel,” ujar Baset.

Sehingga kini, Aisyah masih lagi dalam rawatan sementara penduduk setempat memerhatikan pengambilan makanannya serta apa yang diperlukannya semasa dirawat.“Kami memastikan segala keperluan Aisyah mencukupi, kami memantaunya setiap hari, kami memberikan makanan yang sedap-sedap dan sihat, untuk pastikan dia terus bersemangat demi kesihatannya,” kata Baset.Sumber: Liputan6

Sebak Dengan Kisah Budak Lelaki Ini Bila Dia Kehilangan Ayahnya Sebab Covid19 Masa Dalam Kuarantin Dan Lebih Menyedihkan Lagi Apabila Melihat Riak Wajah Adik Ini

Sungguh mengharukan, seorang anak muda kehilangan ayahnya akibat Covid-19 ketika dirinya sedang menjalani tempoh kurarantin.Tak dapat menatap buat kali terakhir, apatah lagi mencium dahi kerana pandemik yang membahayakan ini.Video adik ini tular di Twitter setelah perkongsian daripada Fahmi ini telah meraih sebanyak hampir 7K retweets dalam masa 13 jam ia dikongsikan.

Adik ini dikatakan sedang menjalani tempoh kuarantin di Maeps Serdang. Orang ramai yang turut bersimpati di dalam pusat kuarantin itu turut memberikan sokongan moral.Mereka membuat bacaan yassin dan tahlil untu arwah ayah adik ini. Orang ramai yang berada disana juga turut memberikan sumbangan kepada adik ini.

Sudah semestinya  ia membuatkan kami rasa sebak bahkan warganet juga apabila mengenangkan nasib ini, lebih menyedihkan lagi apabila melihat riakk wajah adik ini. Mungkin dia sunyi berseorangan dalam pusat kuarantin sebab ayah dia dah tak ada.Tak boleh bayangkan kalau aku ada dalam situasi ini – Warganet

Orang ramai yang ingin salurkan bantuan boleh berikan sumbangan anda ke nombor akaun Maybank,  Nur Kamilatul Alifah, 162021615921 atau ke nombor akaun ibunya NORASAH BINTI ABDUL AZIZ, Agrobank seperti yang tertera dibawah.

Sebelum Ini Kecoh Video Budak 5 Tahun Naik Ambulans Seorang Diri Selepas Disahkan Positif Covid 19. Ini Keadaan Terkininya.

Ketika ambulans sampai untuk mengambil anak perempuannya, Nur Saffiya di rumahnya di Sepang malam tadi, hati Ira Hazwani tidak tenteram. Baru berusia lima tahun, Saffiya disahkan positif Covid-19, sedangkan ibu dan adik perempuannya tidak dijangkiti virvs berkenaan.

“Semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil Safiyya, saya tak dapat ikut untuk hantar dia. Kalau saya ikut, saya perlu bawa anak yang kecil sekali. Ini akan merisikokan anak kedua saya yang baru berusia tiga tahun,” kata Ira Hazwani kepada Malaysiakini hari ini.

Saffiya dipercayai mendapat virus itu daripada ayahnya, yang disahkan positif selepas disaring di tempat kerja. Ayahnya, Muhammad Ifwan ditempatkan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setelah Saffiya disahkan positif, Ira Hazwani berkata KKM memindahkan suaminya ke Hospital Kuala Lumpur, supaya dia dan Saffiya dapat bersama. Meskipun tahu Saffiya akan tinggal bersama ayahnya, Ira Hazwani tetap risau untuk melepaskan anak perempuannya itu ke hospital menaiki ambulans seorang diri.

“Perasaan saya memang sedih dan risau, sebab dia baru umur lima tahun, kena pergi seorang-seorang naik ambulans. Takut tak jumpa ayah dia dekat sana. Tapi bila tanya dia, ‘Kakak okay ke naik ambulans seorang-seorang? Mama tak ada’ Dia jawab, ‘Kakak okay. Kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah. Sekarang dia dah bersama ayah dia,” kata Ira Hazwani.

Dalam satu video yang dirakam Ira Hazwani, Saffiya kelihatan tenang dan bersemangat ketika mengucapkan selamat tinggal. Satu lagi video yang dirakam Muhammad Ifwan selepas itu pula, menunjukkan Saffiya teruja apabila dapat bertemu dengan ayahnya. Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan.

“Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi. Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri

Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri. Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *