PKP dilanjutkan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 5 hingga 18 Februari. KKM ramalkan 10 ribu kes sehari bulan depan gara gara ini

berita

Sudah tiga minggu PKP dijalankan tetapi kes positif covid19 masih tetap tak tunjuk sebarang penurunan. Baru minggu lepas,kita merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 5700 kes. Dan untuk makluman,KKM meramalkan kalau kadar jagkitan tak menunjukkan apa apa penurunan,kes harian di Malaysia boleh cecah 10000 kes sehari bulan depan.

Kadar jangkitan ini dikira dalam unit R0 atau sebutannya R-naught. Sebagai contoh, kalau nilai R0 sekarang adalah 1.5, ini bermakna seorang pesakit positif boleh menjangkiti seramai 1.5 orang.Buat masa sekarang, nilai R0 di seluruh Malaysia adalah 1.15 dan dalam graf yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Dr Hisham di Facebook, ia menunjukkan yang ramalan KKM bahawa kes akan meningkat ke 5,000 kes sehari ternyata benar.

Malah, kes pertama melebihi 5,000 kes direkodkan pada 27 Januari, lebih awal dari jangkaan KKM.Jika kadar jangkitan ini terus meningkat, kes positif di Malaysia mungkin akan cecah 8,000 pada minggu pertama bulan Mac dan cecah 10,000 kes sehari pada minggu ke-2!Dekat bawah ni, korang boleh tengok kadar jangkitan di setiap negeri setakat ini:Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri umumkan yang PKP akan dilanjutkan di seluruh negara kecuali Sarawak bermula 5 hingga 18 Februari dengan SOP yang lebih kett.

Mak Dan Anak Keluar Pergi Beli Printer Pada Musim PKP Ini. Rupa Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Printer Yang Baru Beli Itu.

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kini menjadi norma baharu buat anak-anak. Norma baharu akibat pandemik Covid-19 menyaksikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilakukan secara dalam talian pada masa ini. Bukan sahaja pelajar yang terkesan perlu belajar dari rumah, golongan pendidik juga menghadapi cabaran untuk memastikan anak didik tidak tercicir dalam pelajaran.

Seorang guru berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang rakan yang telah lama bergelar pendidik, bersama anaknya yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Pertemuan di kawasan parkir itu menyaksikan dua beranak itu membawa sebuah mesin pencetak.

“Saya tanya beli printer kak? Haah, ni ha anak akak nak SPM dah tahun ni, dia kata apa kata mama beli printer, tolong print kan kerja-kerja rumah dia dan kawan dia sekali. Ada kawan-kawan yang dia nak tolong print kan kerja katanya. Akak kata bagus juga, mana tahu berkat tolong kawan-kawan ni dia dapat SPM bagus,” tulis Muhammad Yusof di laman Facebook miliknya, mengimbas kembali perbualan bersama guru berkenaan.

Dirinya begitu kagum, malah terharu dengan jawapan yang diberikan oleh guru tersebut dengan situasi negara yang dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagusnya apa yang dia dan anak dia buat nak bantu masalah pembelajaran anak-anak orang lain yang kurang berkemampuan. Sebenarnya masa PKP ni kalau kita mampu, bantulah mana yang kita boleh bantu. Tanya cikgu-cikgu apa yang ibu bapa boleh buat untuk bantu pembelajaran anak-anak mereka,” katanya.

Dunia pendidikan menjurus ke arah teknologi terkini. – gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

Jelasnya, ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing juga boleh memberikan kerjasama untuk kemudahan pengajaran guru. Boleh set up satu studio untuk digunakan oleh cikgu-cikgu untuk mengajar anak depa (mereka). Tak rugi pun beli rasanya sebab memang dunia pendidikan dah menjurus ke arah teknologi sekarang ni.

Dah masuk tahun 2021 ni, takkan kita masih nak main isu ‘potong gaji cikgu, cikgu makan gaji buta!’. Cukup dah kot. Macam dah tak relevan dah isu ni

“Mana-mana cikgu yang nak rakam video boleh guna studio tu lepas tu masuk je dalam grup pembelajaran. Kemudian, pihak sekolah juga boleh buat channel (saluran) sekolah kat YouTube dan muat naik video cikgu-cikgu sekolah tu mengajar bagi yang tak sempat nak tengok. Untung-untung boleh juga dapat duit untuk sekolah kalau video tu ramai orang tengok. Ye tak?” tambahnya.

Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

Menurut Muhammad Yusof, guru-guru juga perlu rajin bertanya kepada ibu bapa pelajar bagi mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak dalam sesi pembelajaran.

“Kalau ada mak ayah yang ada masalah dalam pembelajaran anak-anak boleh PM (mesej secara peribadi) cikgu-cikgu. Mungkin cikgu-cikgu boleh membantu apa yang termampu cikgu tu boleh bantu. Dah masuk tahun 2021 ni, takkan kita masih nak main isu ‘potong gaji cikgu, cikgu makan gaji buta!’. Cukup dah kot. Macam dah tak relevan dah isu ni rasanya,” ujarnya.

Saranan kepada guru dan ibu bapa demi kepentingan pelajar.

Sehubungan, dia menyarankan agar golongan ibu bapa dan guru tidak menyalahi antara satu sama lain, sebaliknya mencari jalan penyelesaian demi kebaikan para pelajar. “Masa sekarang ni bukanlah masa untuk kita cari salah cikgu-cikgu atau cikgu-cikgu hentam mak ayah tapi sekarang ni adalah masa untuk ibu bapa bantu cikgu-cikgu dan cikgu-cikgu bantu ibu bapa. Semua ini adalah untuk kebaikan anak-anak kita juga, kan?” kata Muhammad Yusof.

Guru Ini Berkongsi Rasa Sebak Apabila Berjumpa Seorang Pelajar SPM Di Bengkel Motor. Sekali Pelajar Ini Minta Guru Ini Mendoakannya Dan Dia Juga Beritahu Apa Yang Dia Nak Buat Dengan Gaji Pertamanya.

Seorang guru berkongsi kisah pertemuannya dengan seorang remaja yang menghantar motosikal ibunya untuk dibaiki. Sejakkebelakangan ini, banyak kisah mengenai pelajar gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disajikan kepada masyarakat. Walaupun berdepan kegagalan, ia bukan bermaksud gelap masa depan, tetapi adalah lebih baik mempromosikan budaya cemerlang dalam pelajaran. Ketika ada yang menganggap SPM bukan perkara penting, seorang guru berkongsi pengalaman bertemu seorang pemuda di sebuah bengkel motosikal.

“Hari tu saya pergi ke sebuah bengkel nak perbaiki motor. Tak lama lepas saya datang, ada seorang budak baru sampai nak servis motor juga. Motor lama, Yamaha Sport. Sambil duduk kat bangku saja, saya sembang dengan dia. Budak tu kata dia nak ambil SPM tahun depan,” tulis guru berkenaan di laman Facebook bernama Muhammad Yusof.

Sementara menunggu musim persekolahan baharu yang bakal dibuka awal tahun ini, kata Muhammad Yusof, anak muda itu bekerja secara sambilan di sebuah pasar raya. Di bengkel itu, pemuda berkenaan berkongsi berita gembira mengenai dia baru menerima gaji pertama pada hari tersebut.

“Dia kata; Dapat gaji pertama ni bang benda pertama saya nak buat, saya nak pergi servis motor mak saya. Dengan motor inilah mak saya guna hantar saya dan adik-adik pergi sekolah. Harap SPM saya dapat baik bang, doakan saya ye bang. Saya nak balas jasa mak saya, ayah saya. Saya nak balas jasa cikgu-cikgu yang banyak tolong saya sekeluarga.

Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

“Bila dia cerita macam tu, ya Allah, punyalah sebak saya masa tu. Air mata saya nak tumpah dah masa tu tapi saya kawal (tahan),” ujarnya. Susulan pertemuan tersebut, Muhammad Yusof dapat membuat kesimpulan mengenai kesediaan seorang remaja meskipun bukan dilahirkan dalam keluarga yang berada.

Moga dengan asbab dia berjaya dalam SPM nanti, bakal mengubah landskap keluarganya ke arah yang lebih baik.

“Pada saya, inilah contoh kemenjadian murid terbaik yang saya pernah jumpa depan mata saya. Alangkah baiknya kalau semua anak-anak murid saya dan semua murid kat Malaysia dapat mencontohi budak ni. Dia mungkin tak kaya harta tapi saya nak ucapkan jutaan tahniah pada si ibu dan cikgu-cikgunya kerana dapat membentuk peribadi budak ni, jadi sebaik ini,” tambahnya.

Keperibadian seorang remaja menarik perhatian Muhammad Yusof.

Bukan sekadar mahu membaiki motosikal ibu menggunakan gaji pertama, malah pemuda itu mahu menghargai keluarganya dengan belanja makan. “Lepas ni nak pergi mana? Saja saya tanya. Dia kata dia nak pergi beli KFC nak jamu mak dan adik-adik makan sedap sikit hari ni, lama tak makan sedap-sedap dia kata. Dalam hati, saya berdoa semoga dia akan dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM dan jadi anak yang baik buat keluarganya. Moga dengan asbab dia berjaya dalam SPM nanti, bakal mengubah landskap keluarganya ke arah yang lebih baik. Naluri saya percaya budak ni akan jadi someone special satu hari nanti, InsyaAllah. Amin,” ujar Muhammad Yusof.

Disebabkan Kertas Catatannya Pernah Basah Akibat Hujan Dulu. Kini Dia Lebih Kreatif Dengan Create Nota Di Iphone 7 Miliknya.

Setiap pelajar ada cara tersendiri setiap kali mahu mengulang kaji pelajaran. Ada yang gemar membaca buku tebal, ada pula yang kreatif mencipta nota-nota ringkas tersendiri. Begitu juga dengan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini yang tular dek nota-nota kreatif hasil ciptaannya sendiri. Menurut Danish Haiqal Shajehan, 17, nota yang tular di Twitter itu dihasilkan menggunakan telefon pintar iPhone 7 miliknya.

“Dulu selalu buat nota atas kertas, tapi pernah basah banyak kali akibat terkena hujan. Jadi saya buat secara maya, lebih ramai dapat manfaat. Dulu saya buat guna iPad rakan di sekolah.

Kata Danish, nota itu cukup memudahkan urusan pengajiannya di sekolah.

“Sekarang duduk rumah, saya guna telefon sahaja,” ujarnya yang mesra disapa Danish. Menurut penuntut Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur itu, ia juga agak mencabar memandangkan skrin telefon itu bersaiz kecil. Namun katanya, hasil akhir membolehkan dia mengulang kaji pelajaran dengan lebih efisyen dan menyeronokkan. Kalau nak exam, jimat masa tak perlu buka buku tebal.

Antara nota yang dihasilkan Danish menggunakan pen khas dan telefon iPhone 7 miliknya.

“Agak mencabar sebab skrin kecil. Saya juga gunakan sejenis pen khas untuk melukis di skrin telefon. Biasanya satu nota ambil masa dua jam lebih. Susah sebab tangan saya berpeluh,” ujarnya lagi. Menurut Danish, penghasilan nota secara digital itu juga ternyata menjimatkan kos dan mesra alam.

“Sebelum ni bila buat nota atas kertas, saya banyak menggunakan pen berwarna-warni. Sekarang tak perlu pakai pen, unlimited boleh buat. Jimat kos. Saya dulu pernah sertai pertandingan syarahan. Banyak skrip kena hafal, jadi saya buat nota kecil begini.. Senang. Kalau nak exam, jimat masa tak perlu buka buku tebal, tengok nota sahaja,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, nota-nota yang dihasilkan Danish turut menerima pujian ramai di Twitter. Sehingga kini, posting yang dibuat menerusi Twitter abangnya dikenali sebagai @Kedbil_ menerima lebih 10,000 ulang kicau (Retweet).

Guru Ini Sedih Tiada Seorang Pun Calon SPM Hadir Ke Kelas Online. Mengagumkan Sekali Anak Kepada Guru Ini Sanggup Tularkan Situasi Ayahnya Dan Ini Tindakan Yang Diamil Oleh Warganet

Penutupan sekolah susulan Cov1d-19 yang melanda negara, memerlukan para guru dan pelajar melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian di rumah.Namun, salah satu masalah yang dihadapi oleh para guru ialah apabila pelajar mengambil mudah dan tidak mengikuti kelas yang diadakan.

Dianggap umpama ‘cuti sekolah’, sebilangan pelajar tidak peduli akan tanggungjawab mereka sebagai pelajar seperti kisah yang dikongsikan di Twitter oleh individu yang dikenali sebagai Nuha.Dia tampil menceritakan pengalaman bapanya yang menunggu pelajar untuk masuk ke dalam kelas online tetapi hampa apabila tiada seorang pelajar pun yang hadir dan memberikan kerjasama.Lebih menyedihkan, mereka menutup telefon ketika bapanya cuba menelefon pelajar itu seorang demi seorang untuk meminta mereka hadir ke kelas.

Malah, menurut Nuha, ada pelajar yang memberikan alasan mereka berkerja, sedangkan pelajar tersebut akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari depan.Dia yang tidak sampai hati melihat bapanya diperlakukan sedemikian, kemudian bertindak mendaftar masuk ke kelas tersebut untuk menghiburkan hati bapanya yang sedih.

Menurut Nuha, pada awal, bapanya begitu teruja meminta mereka mengajarnya membuat kelas secara online menggunakan aplikasi zoom dan google meet.Sudah tentu bapanya merasa sebak, apabila pelajar tidak hadir dan menghargai jasa guru yang bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu.

Setelah posting tersebut tul4r, terdapat beberapa akaun daripada warganet yang mendaftar masuk ke kelas bapanya sebagai usaha memberikan semangat dan menggembirakan hati guru tersebut.Bapanya yang dikenali sebagai Mustakim, turut berterima kasih kepada semua warganet di Twitter yang memberikan semangat kepada beliau.

Cikgu Mustakim turut meminta supaya semua warganet mendoakan pelajar-pelajar tersebut untuk hadir ke kelas dan berjaya di dalam SPM kelak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *