Nabil Ahmad sebak sehingga menitiskan air mata dengar cerita UEL. UEL kongsi cerita serba sedikit cara untuk terus istiqamah untuk membantu orang ramai.

artis

Berlangsung semalam,program MeleTOP telah menjemput tetamu istimewa iaitu pendakwah tersohor, Ustaz Ebit Lew secara atas talian untuk berkongsikan cerita mengenai misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh beliau. Melalui temu bua itu,UEL turut bercerita tentang sedekag serta permulaan beliau melakukan kerja kerja amal dan dakwah.

Mendengar cerita perjalanan dakwah Ustaz Ebit, pengacara program tersebut iaitu Nabil Ahmad sebak sehingga menitiskan air mata.Lebih menjadi perhatian adalah jawapan Ustaz Ebit apabila Nabil ada bertanyakan apa yang membuatkan pendakwah itu terus istiqamah untuk membantu orang ramai.

“Saya ingat daripada saya usia 12 tahun, selalu cikgu saya ajar, doa ‘Ya Allah jadikan saya matahari kebaikan untuk manusia dalam dunia,” katanya.Diakhir temubual itu, Nabil turut mendoakan agar misi bantuan Ebit Lew dipermudahkan serta meluahkan rasa rindu untuk bertemu dengan pendakwah tersebut.

Ada Yang Merasa Pelik Bila Nabil Masuk Tandas Khas Untuk Orang Kurang Upaya. Nabil Ahmad Akhirnya Buka Mulut Hal Tersebut

Rupanya masih ramai yang tidak tahu akan nasib malang yang telah dilalui oleh pelakon dan pelawak terkenal Nabil Ahmad sewaktu bekerja sebagai seorang Mat Dispatch suatu ketika dahulu. Imbas kembali kejadian yang tidak diingini yang belaku di saat dia berusia 19 tahun. Jelas Nabil,gara gara kejadian tersebut itu juga,dia terpaksa berpaut pada sesuatu benda untuk kembali berdiri sekiranya duduk dalam jangka masa yang lama.

Tanpa ragu dia membuka akan rahsia hidupnya, Nabil mengakui bahawa pada usia yang begitu muda iaitu 15 tahun dia sudah mula bekerja di warung. “Saya masih bersekolah pada masa itu, tetapi semuanya saya tanggung sendiri. Yuran sekolah pun saya yang bayar sendiri. Kemudian pada umur 16 ke 17 tahun, saya bekerja di sebuah kedai yang menjual nasi lemak. Selepas itulah baru saya menjadi seorang dispatch.”

“Pada umur 19 tahun, saya hanya terlantar selama setahun kerana telah mengalami kejadian tersebut. Paha saya ptah dan inilah yang menyebabkan saya sebenarnya cact. Ramai orang yang merasa pelik apabila melihat saya masuk ke tandas OKU. Memang mengejutkan kerana jika dilihat dengan mata kasar, saya di kaca televisyen nampak begitu sempurna. Tapi sebenarnya semua orang tidak tahu bahawa saya tidak boleh bangun dengan cepat sehinggalah ke hari ini.” Kenyataan eksklusif ini telah didedahkan sendiri oleh Nabil menerusi rancangan ‘Rumah No 107’.

“Sebenarnya, orang tak tahu bahawa saya selepas membuang tak boleh bangun terus secara mendadak sehinggalah ke hari ini.  Selepas saya duduk di dalam tandas untuk satu tempoh yang agak lama, saya akan susah untuk bangun dan terpaksa berpaut pada sesuatu.”“Badan saya ada besi yang bermula dari tulang pinggul hingga ke bahagian tulang paha. Gigi depan saya juga adalah gigi palsu sebab gusi saya patah susulan kejadian itu sewaktu saya bekerja sebagai dispatch,” kongsi Nabil.

Pernah Tular Lepas Ikuti Jemaah Tabligh. Nabil Dan Isterinya Sekali Lagi Raih Tumpuan Ramai Lepas Mereka Buat Satu Perkongsian Ini

Khabar berita tentang pelawak dan pengacara Nabil Ahmad sebelum ini yang mengikuti jemaah tabligh telah mendapat respon positif daripada warganet apabila video luahan tersebut mengaitkan tentang pengalam sepanjang mengikuti jemaah.

Tambahan pula,penampilan terbaru isteri kepada Nabil iaitu Zira Ayuh menjadi tumpuan warganet apabila mengenakan hijab dalam gambar gambar yang dikongsi di IG. Melalui akaun IG kendalian dia dan suami,Zira atau nama sebenarnya Nazirah Ayub memuat naik beberapa gambar dan video terkini dengan mengenakan tudung secara sopan.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata warganet serta rakan selebriti menyokong usaha wanita berusia 32 tahun itu dan memuji kecantikan serta penampilannya sewaktu berhijab. Ada juga seorang bekas pelakon iaitu Azuan Mazlan yang meluahkan rasa hormat kepada pasangan terbabit kerana mereka dikatakan semakin mendekatkan diri dengan ilmu agama Islam.

Tambah Azuan lagi,dia memuji sikap Nabil sebagai ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri untuk mendalami ilmu agama.Menerusi akaun Instagram miliknya, Azuan memuji sikap Nabil sebagai seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab untuk mendidik isteri mendalami ilmu agama. Difahamkan lagi gambar yang dikongsi oleh Azuan diambil ketika pasangan itu menyertai jemaah masturat

“MasyaAllah Allahuakbar Tabarakallah. Tahniah Nabil. Sejuk mata memandang. Bukan senang ya untuk bawa keluarga amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.“Seronok sangat bila Allah SWT pilih mereka ini, untuk buat kerja Agama Allah SWT. Semoga pengrbanan mereka dalam usaha dakwah ini, hidayah tersebar seluruh Alam. Allahumma Ameenn,” tulisnya.

Rata-rata peminat Nabil gembira dengan perkhabaran tersebut dan mendoakan agar kedua pasangan itu terus istiqamah untuk melakukan kebaikan kerana Allah SWT.Buat pengetahuan, pasangan tersebut berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan bernama Nayla Mikayla, Leyla Medyna dan Mishall Imani. Alhamdulillah semoga terus istiqamah di jalan Allah SWT!

Penampilan Terkini Isteri Nabil Ahmad Jadi Perbualan Hangat Warganet. Sekali Ini Respon Dari Nabil Buat Orang Ramai Terkedu.

Saban tahun, antara yang dinantikan buat peminat rancangan Meletp merupakan Anugerah Meletop Era (AME) dan tahun ini juga majlis yang dinantikan itu dilakukan penghujung 2020 dengan pelbagai perkara yang menarik perhatian.

Pastinya ramai juga mengetahui bahawa, Anugerah Melet0p Era (AME 2020) ini dihoskan oleh Nabil Ahmad iaitu selaku hos tetap rancangan hiburan itu bersama gandingan hebat, Jihan Muse dan juga bersama Zizan Razak.

Walau bagaimanapun, tentu sahaja antara momen paling menarik yang dinantikan peminat juga apabila dapat menyaksikan pelbagai fesyen menarik yang digayakan selebriti Malaysia. Manakala seperti tahun lalu juga, fesyen selebriti lelaki dan wanita menarik perhatian ramai dengan keunlkan tersendiri namun bagaimana pula pada tahun ini.

KOMEN WARGANET:

Lihat beberapa foto yang dikongsikan para selebriti dan beberapa laman Instagram yang memuat naik foto-foto fesyen yang digayakan mereka pada malam Anugerah Melet0p Era 2020.

PELAKON dan pengacara, Nabil Ahmad, 34, menganggap tindakan isterinya kembali tidak berhijab selepas dilihat mengenakan hijab penghujung Ogos lalu sebagai pilihannya sebagai individu. Menurutnya, dia sudah menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami memberikan nasihat.

“Pada ketika itu, mungkin dia sedang mencuba untuk berhijab dan saya beri galakkan. Tapi bila dia tak mahu berhijab, saya tak tahu nak cakap macam mana sebab saya dah pernah memintanya untuk berhijab,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabil, dia sebagai suami sentiasa mendoakan isterinya, Zira Ayub supaya diberikan keikhlasan untuk berhijab. “Setiap hari saya doakan supaya dia dapat rasa keikhlasan untuk berhijab. Saya dah rujuk kepada beberapa ustaz dan kata mereka, kerja saya sebagai suami adalah untuk memberitahunya mengenai kewajipan menutup aurat.

“Sampai satu tahap, bila kita dah cukup menasihatinya, itu terpulang kepada dia pula untuk menjalankan tanggungjawabnya,” katanya. Selain menasihatinya, Nabil kerap berkongsi informasi mengenai kewajipan berhijab dan sebagainya.

“Ada juga beberapa kali saya buka ceramah mengenai kewajipan menutup aurat dan menghantar kiriman WhatsApp kepadanya,” katanya. Dia tidak mahu terlalu memksa kerana inginkan isterinya kekal sekiranya berhijab. “Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab. Saya nak dia kekal berhijab dan bukan sekejap pakai, dan tak lama kemudian, kembali buka hijab,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : http://www.news.dekiwaketek.com/haji-nabil/

Pernah Berdepan Kerugian Hampir Setengah Juta Ringgit Ketika Cuba Ceburkan Diri Dalam Dunia Perniagaan. Nabil Ahmad Dedahkan Sapai Ada Yang Dm Minta Bantuan RM100 Dan RM200

Pelakon dan pelawak Nabil Ahmad mendedahkan bahawa dirinya pernah berdepan kerugian hampir setengah juta ringgit ketika cuba menceburkan diri dalam dunia perniagaan.Menurut Nabil atau nama sebenarnya, Ahmad Nabil Ahmad, 37, dia mengakui keg4galan dalam bisnes yang dialaminya itu berpunca daripada diri sendiri yang tidak mempunyai ilmu dalam perniagaan.

“Sebelum ini pelbagai perniagaan yang saya lakukan. Antaranya termasuklah bisnes studio Muay Thai dan zumba.“Semuanya tak boleh ‘pergi’ (tak beri keuntungan). Memang banyak habis duit. Semuanya disebabkan saya tak ada ilmu nak berniaga. Tak tahu nak uruskan hal berkaitan pemasaran dengan betul, main buat sahaja.

“Kita ingat bila ada duit, kita boleh buat (berniaga), tapi itu sebenarnya satu kesilapan. Nak berniaga kena ada ilmu. Kalau ingat balik (kerugian) memang rasa ral4t,” katanya kepada Gempak.Nabil ditemui pada sidang media pelancaran produk makanan ringan, DoryLicious di Gombak, Selangor hari ini.

Jelas Nabil lagi, biarpun berdepan kegagalan, dia tidak pernah berputus asa untuk terus menjadi seorang usahawan.Bahkan, katanya, perniagaan makanan yang diusahakan sejak tahun lalu  ini juga merupakan salah satu cara dirinya menyalurkan bantuan kepada mereka yang terkesan dengan pandemik.

“Sebenarnya, ramai yang mesej di DM (mesej peribadi di Instagram), minta bantuan RM100, RM200.“Jadi, apa yang saya boleh bantu, saya ajak mereka berniaga,” katanya yang turut memperkenalkan dua rakan niaga lain iaitu pelawak Achey dan Zizan Razak.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral.Sumber: GEMPAK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *