Ibu angkat Amir nak belanja warganet Laksa Sarang yang merupakan kegemaran adik Amir. Ini penjelasan ibu angkat Amir berbuat sebegitu

Viral

Dimaklumkan bahawa adik AMir telah selamat disemadikan di Jasin,Melaka. Berita terbaru mengenai ibu angkatnya iaitu Norlida Abu Hassan,dia menawarkan laksa sarang percuma buat warganet sebagai jamuan tahlil anaknya itu.

Terima kasih pada warganet, Umi gembira sangat, jadi Umi nak jemput kalau Umi sudah balik sana (Rawang, Selangor) jemputlah datang ke rumah Umi. Siapa datang rumah Umi, dapat makan laksa sarang. Umi nak buat macam ini, Umi nak guna sikit sumbangan yang diberikan oleh orang ramai untuk Amir , satu hari Umi nak buat, sesiapa pun boleh pergi (datang ke rumah) makan free. 

Terima kepada semua warga warganet yang memberi sokongan kepada Umi, keluarga Umi, anak-anak, sepanjang tiga hari ini.Menerusi Instagram Tuhfah Nazira, Norlida telah menyertakan alamat kediamannya di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor. Tambahnya, dia ingin menjemput semua orang datang ke rumahnya untuk makan laksa sarang.

Ujarnya lagi, dia akan menggunakan sedikit wang sumbangan yang diberikan oleh orang ramai buat adik Amir.Laksa sarang ini juga merupakan makanan kegemaran Amir, Umi berniaga depan rumah sahaja. Umi besarkan Amir, bagikan kemudahan apa semua pun (guna) hasil jual laksa.Jelasnya lagi, usaha untuk menyediakan juadah itu akan bermula pada minggu hadapan. Bukannya sehari dua ini. Bercerita lanjut, Norlida memberitahu dia sememangnya menjalankan perniagaan laksa.

Hasil pendapatan daripada perniagaan itu, dia dapat membesarkan Amir.Video siaran langsung yang berdurasi lebih kurang 50 minit itu, dipercayai ditonton lebih 10 ribu  orang. Norlida turut mengambil kesempatan mengajak warga warganet menyedekahkan Al-Fatihah, bukan sahaja untuk anak syurganya itu, namun bagi mendoakan ketenangan buat dirinya dan keluarga.Sumber: Tuhfah Nazira

Beberapa Hari Ni Tular Tentang Kisah Adik Amir. Sayu Bila Ibu Angkat Dedahkan Adik Amir Sempat Datang Dalam Mimpi. Mengejutkan Dalam Mimpi Tu Adik Amir Siap Pesan Benda Ni.

Beberapa hari ni tular tentang kisah Adik Amir. Sayu bila ibu angkat dedahkan adik Amir sempat datang dalam mimpi. Mengejutkan dalam mimpi tu Adik Amir siap pesan benda ni.

Tengah hari semalam, adik Amir yang yang pergi menghadap illahi dipercayai didra ibu kandung dan bapa tirinya, Jumaat lalu, selamat diuruskan kira-kira 12.40 tengah hari tadi di Jasin Melaka. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila tidak dapat membawa pulang Amir pulang, ibu angkat kepada kanak-kanak itu iaitu Norlida Abu Hassan reda ‘anak bongsunya itu diuruskan di kampung ibu kandungnya.

Dalam pada itu, Norlida yang mesra dipanggil Ummi berkata anak lelakinya ada mimpikan Amir dan dalam mimpi tersebut Amir meminta agar segera diuruska. “Adik minta diuruskan cepat. Itu permintaan dia kepada abangnya dalam mimpi malam tadi,” katanya.

Menceritakan keadaan kanak-kanak itu sewaktu proses pengecaman dan operasi siasat semalam, Ummi berkata wajah Amir tenang dan bersih seolah bukan seperti orang sudah pergi menghadap illahi.

“(Sepanjang menjaganya) dia selalu tidur dengan saya, peluk saya sebelum tidur. Sebelum tidur dia akan tengok wajah saya dan saya tengok wajah dia. “Wajahnya (selepas pergi menghadap illahi) tenang dan bersih, sama seperti apa yang saya tengok hari-hari (sebelum ini).

“Saya berjanji dengan dia dalam hati untuk datang semula ke tempatnya lagi. Insya-Allah saya akan selalu datang sini. Tolong doakan untuk Adik ya,” katanya. Terdahulu, siasatan polis mendapati, hasil pemeriksaan fizikal terhadap Amir menemui kesan lebm dan kelukaan di beberapa anggota badan. Selain itu, terdapat kesan luka kecil sepanjang tiga sentimeter di belakang kepala yang dipercayai baru berlaku ke atas Amir.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: https://gulapop.com/amir-datang-dalam-mimpi-minta-cepat-

Tular Kisah Pemergian Adik Amir. Akhirnya Individu Ini Tampil Kongsi Cerita Tentang Ibu Kandung Kepada Amir

Baru baru ini tular satu hantaran di FB mengisahkan beliau mengenali ibu kandung adik Amir iaitu Zuraida Atan.Ternyata perkongsian yang dibuat oleh individu ini meraih perhatian ramai.

Imbau – 2017.Aku dalam perjalanan ke ofic, di Rumah Media MITC. Awal pagi itu mataku tertancap pada seorang wanita muda dengan sebelah tangan memangku bayi dalam dukungan, seorang anak kecil dalam usia 2 tahun merangkul erat badan wanita muda itu, dan sebelah tangan lagi memegang handle motor buruk yang begitu nazk kondisinya.“Jika berlaku apa2, hish, ” hati berbisik.“Aku pandu kereta, menyusuri wanita tadi. Aku hon dan berhenti. Dia juga berhenti. Aku meluru keluar kereta dan bertanya.“Adik nak ke mana ni?Ni bawa anak2 mcm ni bahaya.”

“Saya nak ke bangunan WAY. Ada kursus.“Kenapa bawa anak naik motor mcm ni. Bahaya,” sekali lagi aku sergah.“Tak de orang jaga kak. Saya nak join kursus tu. Ni peluang saya untuk belajar dan tambah income. Saya tak kerja kak.“Nama apa? “Zura. Zuraida, ” dia jawab.“Tinggalkan motor dekat McD tu, naik kereta akak hantar ke bangunan WAY tu,” aku memberi usul.park motor di McD MITC. Kemudian aku hantar ke WAY yang jaraknya dalam 5 minit.“Zura tak de keluarga ke, tolong jagakan anak” tanyaku.

“Adik beradik ramai kak. Duduk pun merata2. Tapi saya malu nak minta tolong dengan family, mereka macam tak suka saya,” jawabnya.“Kenapa pulak?“Dulu masa saya belajar di KYM saya ada kenal dengan seorang lelaki ni. Agak tua, jauh beza usia, macam pangkat bapak2. Tapi dah jodoh, kami kahwin. Anak2 suami lagi tua daripada saya. Mereka memang tak suka saya. Keluarga saya pun, ada yang tak suka perkahwinan saya. Kami ada dua anak. Lepas tu kami berpisah. Sorang anak, saya bagi orang, keluarga angkat jaga “cerita si Zura.

Aku ralit pandang bayi di pangkuannya, dan dia langsung bersuara.“Lepas tu saya kahwin lain kak. Suami sekarang muda juga la. Tapi dia pun kewangan sederhana je. Dulu kerja maintenance di MITC hotel, tapi dah berhenti, gaji sikit, ni baru tiga minggu pergi kerja Singapore. Gaji sana tinggi, ceritanya lagi.

“Dah sampai WAY ni. Pergi dulu kursus tu, dah habis nanti call akak. Akak ambil ” ujarku.“Eh anak tak kacau ke masa kursus ni. Kalau tak boleh jaga biar akak jagakan. Dah habis nanti akak ambil awak kat sini ““Tak pe kak, ok ni. Dia tak banyak ragam sebenarnya”.Lepas hantar dia ke WAY, aku balik ofic siapkan kerja2 yang tertangguh. Tengah hari selepas jam 2 seingatnya, si Zura tu call.“Akak saya dah habis ni. Akak boleh ambil saya ke?”dia minta kepastian.

“Boleh. Tunggu situ. Nanti akak sampai. Dekat je ni, “beritahuku.Sampai WAY, si Zura dah tunggu di bawah. Aku terus bukakan pintu kereta, dia dan anak2 masuk.“Dah makan?“Belum,” jawabnya pantas. Lapar barangkali.“Jom kita makan dulu. Nanti baru akak hantar awak ambil motor. Anak2 naik kereta, akak hantar sampai rumah.Aku terus bawa tiga beranak ni makan di Restoran Bung di Taman Tasik. Berselera sungguh. Sambil makan kami bersembang lagi.“Kenapa pergi kursus kosmetik tu.“Saya minat beauty kak. Kalau ada rezeki nak kerja di saloon ke. Tak pun nak buat dropship.”Panjang lagi dia bercerita kisah hidup. Lebih banyak sedih daripada gembira. Konklusinya, dia tertekn. Susah berganda. Dpresion maha dasyat. Kasihan… muda, cantik, tapi diduga berbagaikesakitan.

Selepas makan aku hantar dia ke McD, ambil motor. Anak2 dalam kereta. Aku mengekori dia dari belakang. Bawaannya sangat perlahan. Perlahan yang merbahaya. Jauh juga. Dari Krubong ke MITC pagi tadi dengan mempertaruhkan dua anak. Kalau apa2 terjadi di tengah jalan. Oh seram.“Akak terima kasih banyak, tak terbalas jasa dan budi baik akak. Sepanjang jalan dari Krubong ke MITC tu tak de seorang pun yang berhenti nak bantu saya. Tapi Allah hadirkan akak untuk saya pagi ni. Terima kasih kak,” dia mencium tanganku. Terus peluk sambil menangis. Aku turut sebak.

“Tak apa la Zura. Itu yg termampu akak bantu. Akak risaukan anak2 tu. Lain kali jgn buat mcm tu lagi. Jika ada kerja tak de orang nak jaga anak bagi tau. Boleh tinggalkan sekejap di rumah akak. Anak2 akak pun ada boleh tolong layan anak2 Zura. Ok akak nak balik ofic semula ni. Masih byk kerja. Zura take care. Apa2 call akak ye,” balasku sambil memegang tangannya. Air mata bertakung. Entah apa lagi deritanya ketika itu yang tidak terluah.Sejak itu kami berhubung.Sesekali dia hantar gambar dan berita.“Akak, baby dah besar.”“Akak, ada kerja kosong tak.”Akak, saya str3ss.”Akak, apa nak buat ni.”Akak, boleh bantu saya.”Zura! Kenapa begini?Kenapa buat Amir macam tu .

Jiran kanak-kanak yang sudah pergi buat selamanya di Taman Krubong Jaya, di sini mendakwa budak lelaki itu sering kelihatan bersendirian dan kerap termenung.Jiran yang berusia 47 tahun itu berkata, anaknya juga pernah mengambil gambar beliau termenung di sebalik jeriji besi di hadapan rumahnya.

“Apabila anak saya melambai ke arahnya dan ajak bersembang, dia tidak membalas dan segera masuk ke dalam rumah.“Dengan ibu bapanya juga kami jarang bersembang,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Keadaan rumah yang didiami adik amir bersama ibu kandung dan bapa tirinya. FOTO Amir Mamat Seorang lagi jiran berusia 43 tahun pula mendakwa sempat bertanya petugas kesihatan yang hadir di kediaman berkenaan mengenai penemuan amir.Dakwanya, petugas berkenaan memaklumkan kanak-kanak malang itu berkemungkinan sudah lama pergi buat selamanya Menurutnya, dia sering mendengar bunyi tangisan budak di rumah namun tidak mengambil serius kerana menganggapnya biasa bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *