Tular video seorang bapa yang sehinggakan mengalir air mata hanya ingin hantar anak ke sini. Ramai warganet yang terhibur melihat situasi bapa ini.

Amalan ISU SEMASA Kehidupan Keluarga Uncategorized

Sejak minggu lalu, Taman Asuhan Kanak-kanak atau tadika sudah dibuka semula dengan syarat megikut protokol kesihatan yang ketat. Jadi, ibu bapa yang mempunyai anak kecil sudah mulai menghantar anak-anak ke tadika sebelum bergerak ke tempat kerja. Sudah tentu pelbagai ragam dapat dilihat apabila mereka memulakan sesi persekolahan itu kerana kebanyakkannya pertama kali menjejakkan kaki ke tadika.

Bapa yang menangis sungguh2

Namun begitu, bukan hanya anak-anak yang menangis, bahkan ada juga ibu bapa yang turut beremosi melihat anak kecil mereka sudah mulai memakai uniform sekolah. Perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Deeyla Rusly, dia telah memuat naik video suaminya yang begitu sebak ketika menghantar anak ke tadika. Dapat dilihat air mata berjujuran keluar ketika suaminya sedang memandu kereta dan diselangi ketawa kecil anaknya di tempat duduk belakang.

Suka tengok bapa caring dengan anak

Melihat momen tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Tiktok Deeyla Rusly itu dengan berseloroh membayangkan bagaimana penerimaan lelaki tersebut apabila melihat anak perempuannya bernikah ketika sudah dewasa nanti. Pastinya suasana lebih mengharukan kerana baru sahaja berpisah sementara untuk ke sekolah sahaja bapanya sudah menangis dengan teruk seperti itu.

Tak boleh bayang kalau anak dia kahwin

Respect lelaki yang sensitif macam ni

Sumber: Deylaa Rusly

Pihak Sekolah Akan Mengeluarkan Surat Kebenaran Khas. KPM Jelaskan Lebih Lanjut Berkenaan Surat Dan Makluman Tentang Tadika Swasta

Susulan daripada pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, beberapa prosedur operasi standard (SOP) telah diumumkan.Terbaru, arahan berkenaan pengoperasian institusi pendidikan juga telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Berdasarkan kenyataan itu, sesi persekolahan bersemuka di kawasan perintah kawalan pergerakan akan hanya melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan.Ia adalah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijl Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 dan 2021 serta peperiksaan antarabangsa yang setara

KPM menerusi kenyataan itu berkata, murid sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian yang akan menduduki peperiksaan tersebut dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021. Pihak sekolah akan mengeluarkan surat kebenaran khas bagi membolehkan murid merentas negeri atau daerah untuk pulang ke asrama.

Sehubungan dengan itu, semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah di kawasan PKP akan mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), mengikuti kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.Manakala, pelajar Kolej Matrikulasi di kawasan PKP yang telah berada di kolej perlu kekal di kolej yang disediakan untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Memetik dari kenyataan itu, pelajar dari Institut Pendidikan Guru (IPG) yang berada di kawasan PKP, akan belajar secara dalam talian mulai 17 Januari 2021. Manakala, Guru yang terlibat dengan peperiksaan yang seperti dinyatakan di kawasan PKP perlu hadir ke sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka. 

Bagi tujuan pengoperasian sekolah, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Jan.Pihak sekolah juga akan mengeluarkan surat kebenaran bagi membolehkan guru untuk merentas negeri atau daerah untuk menghadiri sekolah. Di samping itu, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka.

Pelitup Muka Kain Tak Boleh Pakai Buat Selama Lamanya. Berikut 4 Petanda Tanda Pelitup Muka Kain Perlu Ditukar Sebelum Terlambat

Pelitup muka kain bukan jaminan melindungi diri daripada kuman apatah lagi ia sudah digunakan untuk tempoh lama.RAMAI memilih pelitup muka menggunakan fabrik kerana ia bukan sahaja boleh dicuci malah boleh digunakan berulang kali.

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui bahawa pelitup muka fabrik juga perlu diganti dan tidak boleh digunakan selama-lamanya kerana ia mungkin sudah tidak efektif dalam menyekat penyebaran kuman dan virus menerusi cecair daripada hidung dan mulut.Apakah tanda-tanda and perlu menukar pelitup muka kain anda?Jika pelitup muka sudah dibasuh lebih 30 kali, ia perlu ditukar dengan yang baharu.

1. Tali mula longgar.Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah tali pelitup muka anda. Jika ia sudah mula longgar dan pelitup muka tidak melekap pada wajah dengan baik, ia perlu ditukar.

2. Pelitup muka mulai kendur.Dipakai dan dicuci berulang kali pasti akan membuatkan pelitup muka anda mula mengendur. Ukuran mask yang pada awalnya melekap di muka dengan baik, kini seakan-akan sudah longgar. Tukarlah yang baru.

3. Pelitup muka mula ‘berbulu’.Apabila sering dicuci, fabrik pasti akan mengeluarkan benang atau ‘bulu’. Barangkali akan ada lubang kecil kerana kain sudah mula menipis yang membuatkan virus mudah keluar dan masuk.

4. Pelitup muka dicuci lebih 30 kali.Jika anda sudah mencuci pelitup muka lebih 30 kali, fikirlah 3o kali sebelum memakainya semula. Ini kerana pelitup muka anda mungkin sudah tidak efektif melindungi diri anda dan orang lain.Mencucinya berulang kali akan membuatkan pelitup muka kehilangan bentuk dan ketahanan dalam melindungi diri anda.

Ada Yang Alami Masalah Jerawat Kerana Memakai Pelitup Muka. Ini Dia Cara Mudah Untuk Anda Hilangkan Dengan Kadar Segera

Sejak 1 Ogos 2020, kita sudah diwajibkan oleh kerajaan untuk memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam. Tiap kali keluar rumah wajib pakai pelitup muka, memandangkan pemakaian pelitup muka sangat penting untuk mengelak wabak Covid-19 daripada merebak.

Bukan semua orang selesa pakai pelitup muka. Lebih-lebih lagi perempuan, sebab keluar rumah rasa tak lengkap kalau tak solek kan? Tapi korang tahu tak, tak boleh tau pakai pelitup muka terlalu lama dengan solekan tu. Korang mungkin akan hadapi masalah maskne nanti!

Apa itu maskne? Ia merupakan singkatan daripada mask acne iaitu masalah kulit berjerawat yang berlaku disebabkan pemakaian pelitup muka dalam tempoh lama. Wajah akan mula ditumbuhi jerawat terutama di kawasan yang kerap tertutup seperti di pipi, hidung dan dagu.Kredit: www.usdermatologypartners.com

Maskne terjadi apabila terdapatnya geseran sewaktu anda memakai pelitup muka. Cuaca panas akan buat kita mudah berpeluh dan bakteria pasti membiak dengan pantas. Tambah pula dengan bakteria yang ada di persekitaran dan cuaca yang berubah-ubah, makin menjadi-jadi la maskne ni.

Sesetengah individu mungkin tidak mengalami masalah maskne yang begitu teruk. Tapi ada juga yang mengalami masalah kulit yang serius sehingga menyebabkan rasa gatal, bengkak, kemerahan dan lain-lain. Serius tak selesa.Siapa je yang suka kulit muka berjerawat kan? Tambah-tambah perempuan, mesti nak jaga penampilan, lepas tu kulit muka pula kenalah bersih dan cantik. Baru ada keyakinan diri. Risau jugak kalau dah mengalami masalah maskne ni. Bolehkah ia dirawat?

Hilangkan masalah kulit berjerawat dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Nak jaga kulit wajah ni, tak susah mana. Korang hanya perlu gunakan produk Cetaphil, tak perlu risau dah lepas tu. Cetaphil memang terkenal sebagai produk pencuci dan penjagaan kulit muka. Bukan setakat membersih tapi produk Cetaphil sangat membantu melembutkan kulit.

Sebagai rutin kecantikan harian, kami syorkan korang untuk gunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Tak kisah la kulit muka korang jenis normal, berminyak, kering malah sensitif sekali pun. Pencuci muka ni sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat dipercayai oleh pakar dermatologi untuk kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian yang dilakukan oleh Home Tester Club (HTC), 99% wanita yang menggunakannya setuju produk ni membersih dan melembapkan kulit dengan lembut tanpa mengikis pelindung semula jadi kulit.

Bagi korang yang selalu mengenakan solekan ringan, boleh guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser untuk cuci muka korang tu. Pencuci muka ni bersifat tak comedogenic jadi ia tak la menyumbat liang-liang roma yang menjadi punca jerawat pada kulit wajah.

Kandungan bahan di dalam Cetaphil Gentle Skin Cleanser dijamin selamat dan tiada kesan sampingan berbahaya. Pencuci muka ni takkan memedihkan mata. Paling penting, ia bebas dari wangian dan sabun. Nak guna pada badan pun boleh.Pendek kata, Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai digunakan seisi keluarga. Lepas ni boleh pakat dengan keluarga kat rumah tu untuk bertukar kepada produk Cetaphil!Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang kebaikan Cetaphil, korang boleh klik sini. Gunakan Cetaphil supaya kulit muka korang kembali bersih dan flawless. Semoga masalah maskne korang akan hilang dengan Cetaphil!

Ramai Masih Keliru Biru Atau Putih Di Luar. Akhirnya Doktor Ini Jelaskan Pemakaian Sebenar Pelitup Muka Yang Ramai Tak Tahu

Masih ramai yang keliru tentang penggunaan pelitup muka terutamanya yang mempunyai warna.PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan kerajaan Malaysia sejak 1 Ogos lalu dalam usaha membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 terutamanya di tempat awam.

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan sebaik-baiknya pemakai pastikan bahagian mana patut di luar atau di dalam.Atas dasar itu juga kata Dr. Arisman, pemilihan pelitup muka sangat penting sebelum memakainya.

Bahagian berwarna perlu dipakai di bahagian luar.“Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja… Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman Covid-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang,” katanya.

Bagaimanapun, Dr. Arisman menyenaraikan lima tip membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?Jawapan: Warna biru.2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?Jawapan: Warna hijau

Sentiasa memastikan bahagian putih dipakai ke arah mulut.3. Kalau warna lain pula… misalnya merah? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ianya masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Isu Pemakaian Purdah Dan Niqab Bagi Elak Dijangkiti Koronavirus. Dr Noor Hisham Ulas Lebih Lanjut Kebenaran Berkenaan Pemakaian Pelitup Muka Bagi Berpurdah

Pemakaian purdah dan berniqab tidak mampu menghalang individu tersebut daripada dijangkiti koronavirus (Covid-19).Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya dua jenis pelitup muka yang disaran digunakan untuk mengelak daripada dijangkiti virus berkenaan.

“Purdah satu lapisan tidak cukup (melindungi dari dijangkiti),” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyorkan individu yang memakai purdah dan niqab turut memakai pelitup muka di bahagian dalam.

“Sama ada menggunakan pelitup muka perubatan ataupun fabrik tiga lapis di sebalik purdah,” katanya.Beliau berkata demikian mengulas mengenai keperluan pemakaian pelitup muka bagi wanita berpurdah.Ia sekali gus menoktahkan persoalan bagi wanita berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *