Setelah sekian lama terpisah si ibu menangis apabila lihat kelibat suami di tingkap hotel. Sekali anaknya dedahkan apa yang berlaku.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Bapa gadis yang bernama Hannan ini siap melambai tangan dari bilik hotel sewaktu sedang menjalani kuarantin kendiri sama-sama dengan ibunya yang melambai dari jauh. Berjauhan dengan insan tersayang sewaktu pandemik ini amatlah menyedihkan. Setelah sekian lama terpisah, Bapanya akhirnya dapat menjejakkan kaki ke Malaysia setelah beberapa lama berada di luar negara.

malah, bukan sesuatu yang mudah setelah berada di Malaysia tapi terpaksa menjalani tempoh kuarantin wajib selama 10 hari di sebuah hotel terlebih dahulu. Untuk mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan ke atas mana-mana individu yang baru pulang dari luar negara. Menerusi satu video yang dikongsikan di laman sosial, bapa berkenaan dilihat melambai-lambaikan tangan dari tingkap bilik hotel, yang dirakamkan oleh anak perempuannya.

Bapa Hannan di lapangan terbang di Doha, Qatar sebelum berlepas pulang ke Malaysia. foto ihsan Hannan Sabrina Mohd Nor Azman

Hannan Sabrina Mohd Nor Azman berkata, bapanya berusia 52 tahun bertugas sebagai jurutera di sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di Doha, Qatar. Hannan,23, menceritakan sejak kali terakhir dia dan keluarga bertemu dengan bapanya adalah pada Januari tahun lepas sewaktu pandemik belum lagi melanda dunia.

“Banyak syarikat yang terjejas akibat pandemik, termasuk syarikat ayah hingga ada yang diberhentikan kerja. Jadi, ayah perlu bertahan dan meneruskan kerjanya, daripada mengambil cuti panjang untuk balik ke Malaysia. Kalau sebelum ni, ayah biasanya balik ke rumah untuk bercuti, kira-kira tiga bulan sekali atau mak yang ke Qatar untuk jumpa ayah,” katanya.

Hannan rapat dengan bapanya.

Lebih mesra disapa Hanna, katanya, setelah setahun tidak berjumpa, bapanya akhirnya berpeluang untuk pulang ke tanah air, Jumaat lalu. “Kami sekeluarga begitu gembira dan yang paling teruja sudah tentu mak. Tapi ayah kena kuarantin wajib selama 10 hari di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor. Esoknya, saya dan mak pergi ke hotel di tempat ayah kuarantin untuk menghantar barang-barang seperti kelengkapan diri termasuk pakaian,” ujarnya yang menetap di Subang.

(dari kiri) Hannan, ibu dan bapanya.

Kerana tidak dibenarkan berjumpa bapanya sepanjang kuarantin, dia cuba mencari kelibat bapanya yang menginap di salah sebuah bilik dari luar hotel bagi mengubat kerinduan ibunya. “Walaupun saya buat video call dengan ayah semasa tiba di hotel, tapi kami tercari-cari juga di mana bilik ayah. Saya yang memandu tiga kali pusing-pusing sekitar luar hotel cari ayah.

Kami dari luar pagar hotel teruja sangat dapat nampak ayah lambai-lambai tangan tu. Mak gembira sampai menangis

“Sampai la ayah dari biliknya di tingkat lima kata dah nampak kereta kami. Dah nampak, ayah cakap. Kami masih tercari-cari, lepas tu ayah kata ni ayah lambai-lambai. Kami dari luar pagar hotel teruja sangat dapat nampak ayah lambai-lambai tangan tu. Mak gembira sampai menangis,” ujar anak ketiga daripada lima beradik itu.

Menurut Hannan, sesi ‘melihat bapanya di tingkap hotel dari jauh’ itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum mereka pulang dan ibunya yang merupakan suri rumah menangis dalam perjalanan.

Hannan (depan, tengah) ketika bercuti bersama sebahagian keluarganya.

Dia yang bekerja sebagai pembantu peribadi mengakui melihat bapanya walau hanya di sebalik tingkap bilik hotel benar-benar membuatkannya sebak.

“Walaupun lambai kat tingkap je pun, saya tahu ayah pun gembira sangat. Dah setahun tak balik, hari-hari ayah dan mak buat video call kerana berjauhan. Sedih juga bila hari-hari ayah video call cakap rindu nak balik Malaysia, nak jumpa kami. Memang ujian besar buat kami sekeluarga ketika pandemik ni. Ayah dah balik Malaysia, bersyukur sangat dah. Tak sabar tunggu ayah habis kuarantin Ahad ni. Mesti ayah tak sabar nak rasa masakan Malaysia, terutama masakan mak… paling special sudah tentu ayam masak kicap dan sambal tahun (makanan tradisi Jawa),” katanya.

Anak Gerak Bangun Pukul 3 Pagi Ajak Main Layang Layang. Sekali Ini Ayah Dann Ibu Kepada Budak Ini Buat

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berlangsung,karenah dan ragam anak anak ini memang sangat luar biasa dan sukar untuk dijangka. Macam kita sedia maklum,anak adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pasangan suami isteri dan tidak dinafikan segala permintaan mereka sentiasa dipenuhi.

Demikianlah kisah si bapa yang berusia 32 tahun ini apabila dia berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan anaknya yang digelar Bambam walaupun berasa ia sesuatu yang mustahil untuk dilakukan lebih-lebih ketika ramai sedang dibuai mimpi.“Bambam buat hal lagi… kalau tengah malam minta nasi goreng ikan bilis itu perkara biasa, tetapi lain macam pula perangai kali ini. Boleh pula awak kejut ayah nak ajak main layang-layang, ” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Shahrul Ridzuan Abu Hassan yang menetap di Banting, Selangor berkata anaknya, Muhammad Asy-Syakirin yang berusia tiga tahun memang banyak sangat gelagat dan semuanya dilakukan secara spontan.Si bapa itu memberitahu bahawa sebenarnya dia langsung tidak jangka perkongsiannya itu akan tular dan mendapat banyak komen dalam kalangan ibu bapa biarpun yang positif atau negatif.

Sehingga kini perkongsian di laman Facebook itu mendapat 12,000 tanda suka dan rata-rata ramai yang terhibur.“Saya pun pelik kadang-kadang anak saya ini memang banyak kerenah dan ada masa sangat melucukan. Apa yang dia buat semuanya tak tahu dia belajar dari mana atau entah ikut siapa, memang spontan.

“Perkongsian itu biasa sahaja, kenangan untuk saya anak beranak tetapi kalau ada yang terhibur tu baguslah.. kalau yang tak berapa suka sebab ingat saya terlalu manjakan anak, mereka salah, ” ujarnya.Jurutera teknikal ini mengakui kerap tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan (outstation) dan terasa sedih jika tidak dapat melayan permintaan anaknya.

Bercerita lanjut mengenai kejadian lucu bersama anaknya yang tular di laman Facebook, Shahrul berkata ketika dia nyenyak tidur Bambam mengejutkannya pada Khamis lalu, kira-kira dalam pukul 3 pagi.“Saya mula agak terkejut dia gerak pukul 3 pagi dan masa tu saya ingat dia mengigau tetapi bila tengok muka, senyuman dia nampak cergas semacam ja.

Shahrul bersama isterinya, Nur Asyikin dan dua orang cahaya mata Muhammad Asy-Syakirin, 3 dan Nur Asy-Syifa Husna yang kini berusia tujuh bulan.“Selalunya dia akan bangun kalau nak susu atau lapar sahaja tetapi lain pula jadinya kali ini, boleh pula ajak saya main layang-layang.

“Saya masa tu buntu tak tahu nak buat apa, saya kejutkan isteri dan tanya nak buat macam mana. Kalau tunggu esok pun bukan boleh main kat luar dan sebagainya. Saya pun bangun solat sunat dua rakaat. Lepas sahaja bagi salam saya nampak kerusi. Masa tu datang idea, ” ujarnya.Kemudian, Shahrul bersama isterinya iaitu Nur Asyikin Abdul Khak Salim, 32 terus bangun ke ruang tamu, menutup kipas siling, seterusnya mengambil kipas kecil dan layang-layang untuk melayan anak sulung mereka itu.

Shahrul sentiasa melayan kerenah anaknya dan menganggap gembira anaknya itu satu kebahagian besar baginya.“Dapat sahaja idea guna kipas untuk main layang-layang tu, saya terus ajak isteri ke ruang tamu untuk bermain dengannya.“Yang terkejut, dia boleh buat tanda ‘peace’ padahal isteri saya tak cakap pun nak ambil gambar atau apa.

“Saya sebenarnya bukan apa nak gembirakan hati dia sahaja. Saya tegas cuma takut apa-apa terjadi kalau tak sempat penuhi permintaan dia. Selagi saya mampu buat, apa salahnya, ” katanya.Dalam pada itu, Shahrul juga berkongsi bersama mStar bahawa sebelum ini anaknya itu pernah tular kira-kira tiga minggu lepas apabila dia menggantikan ikan laga Shahrul dengan ikan bilis.

“Sejujurnya saya gembira tengok perkembangan dia membesar. Dia pernah tukar ikan laga saya dengan ikan bilis dan dia ambil ikan laga saya letak dalam kolam yang agak besar depan rumah sebab dia cakap mimpi ikan laga nak hidup bebas, ” ujarnya sambil ketawa.Pada Disember lalu, pernah tular kisah si bambam ini menggantikan ikan laga ayahnya dengan ikan bilis.

Biarpun ramai warganetyang memuji tindakan si bapa ini tetapi ada juga yang tinggalkan komen negatif dengan berkata Shahrul terlalu manjakan anak.“Saya terima semua komen itu dengan hati yang terbuka. Biasalah ada yang boleh terima tindakan saya, ada yang tak.

“Sebenarnya anak saya ini dulu dia kerap sangat sakit, tiga bulan sekali masuk hospital sampai kena duduk di wad seminggu dua tetapi alhamdulillah sekarang dah sihat banyak sebab itu saya nak dia ceria selalu, ” jelasnya.Shahrul mendirikan rumah tangga bersama Nur Asyikin pada tahun 2016 dan selain Bambam, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Nur Asy-Syifa Husna yang baru berusia tujuh bulan.

Sebak Jodoh Tak Kesampaian. Wanita Kongsi Cerita Bakal Suami Pergi Dulu Selepas 10 Minit Bertemu Kali Terakhir Dan Tular Di Twitter

Husnina dan Allahyrhm Muhammad Ilham bersama sijil kursus perkahwinan.“SAYANG, kenapa tinggalkan saya seorang? Awak janji nak nikah dengan saya this year, kenapa awak pergi dulu?”Begitulah ciapan penuh meruntun jiwa oleh seorang wanita di Twitter, meluahkan kesedihannya ekoran pemergian bakal suami, sehingga membuatkan rata-rata warganet turut sama berduka.

Perkongsian tesebut sehingga kini meraih melebihi 10,000 retweet malah warganet juga memberikan kata-kata semangat buat wanita itu.Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nur Husnina Azman berkata bakal suaminya, Muhammad Ilham Norsham pergi buat selamanya pada Ahad lalu, akibat kejadian jalan raya.

Lebih menyedihkan kata Nur Husnina, lelaki tersebut ditimpa kecelakaan ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya.”Malam itu beliau baru je datang rumah keluarga saya di Klang, Selangor. Kira-kira 10 minit selepas beliau bergerak pulang, saya dapat panggilan telefon daripada kakaknya menyatakan beliau kejadian yang tidak diingini di Lebuhraya Persekutuan.

“Saya fikir hanya kejadian biasa. Saya kemudian cuba hubungi telefon bimbitnya, dan ia disambut oleh orang lain yang memberitahu owner telefon terlibat dengan kejadian terbabit. Kali kedua saya hubungi, orang di sebelah sana beritahu dia sudah tiada,” ceritanya.

Husnina dan Muhammad Ilham sudah tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing.Menurut wanita ini yang senang disapa sebagai Husnina, meskipun begitu, dia enggan percaya khabar duka yang baru didengari sebentar tadi.Lantas tanpa berlengah, dia ditemani ibu dan bapanya segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri keadaan lelaki tersebut.

“Sebaik sampai, dia sedang terbujur di tempat kejadian. Dia yang menunggang motosikal terlnggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan.”Saya segera berlari mendapatkannya yang sedang kaku… keadaan beliau ketika itu tak ubah seperti orang yang sedang pengsan. Beliau tidak mengalami luka luaran yang teruk pun.

Husnina turut berkongsi mengenai kisahnya dengan menerusi thread.“Ketika itu salah seorang orang awam yang berada di situ memeriksa denyutan nadi beliau, dan mengesahkan bahawa beliau sudah hembuskan nafas terakhir.”Saya memang tak boleh terima khabar itu, apatah lagi kami baru saja berjumpa. Siapa sangka, rupa-rupanya ia adalah pertemuan terakhir kami sebelum sempat dinikahkan,” kata wanita berusia 23 tahun ini.Menurut Husnina, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar Oktober tahun ini selepas tujuh tahun mengenali hati budi dan keluarga masing-masing.

“Sebenarnya sebelum ini dah plan untuk bernikah tapi tertangguh gara-gara PKP dan pandemik Covid-19. Jadi kami sepakat untuk bernikah hujung tahun ini.”Siapa sangka dia pergi terlebih dahulu meninggalkan kami. Empat hari selepas pemergiannya, kehidupan sangat berbeza. Tiada lagi insan yang rajin hantar mesej setiap hari, tiada lagi orang yang mendengar masalah.

“Hati memang kosong… pergi kerja teringat beliau, buat apa pun teringat beliau. Apa yang saya tak boleh lupa adalah senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya. Saya hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan tatap gambar serta video beliau setiap kali teringatkannya,” ceritanya.

Husnina (dua, kanan) dan Muhammad Ilham (tiga, kiri) bersama keluarga masing-masing ketika majlis perkahwinan kakak kepada beliau.Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di Twitter, Husnina berkata dia pada mulanya sekadar mahu mengabadikan kenangan bersama beliau.

“Tak sangka beliau dan ramai beri kata-kata semangat… terima kasih saya ucapkan. Apa yang boleh saya kata, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada. Kita tak tahu siapa yang pergi dulu,” katanya sambil menambah, perkara pertama yang akan dilakukannya sebaik sahaja ada kelonggaran merentas negeri adalah menziarahi tempat persemadian beliau di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *