Penduduk di sini terkejut apabila ada warga emas yang tinggal dalam keadaan begini. Sekali tak sangka rupanya dia sudah tiada sesiapa.

Amalan Kehidupan KESIHATAN Uncategorized

Tular di media sosial beberapa video yang sedikit sebanyak buatkan warganet berasa sebak. Di video tersebut, dapat dilihat kekuatan seorang warga emas yang telah uzur dan tinggal sendirian di rumahnya. Namun, apa yang lebih menyedihkan adalah melihat keadaannya yang sangat kurus kering dan sangat tak berdaya. Kejadian ini terjadi di Lamongan, Jawa Timur Indonesia.

Menerusi laporan, nenek ini yang berusia 80 tahun ini dikenali sebagai Muntiah yang merupakan seorang janda yang duduk sendirian dan tidak mempunyai anak. Video itu mula tular apabila ada seorang pengguna laman Instagram yang dimuat naik video tersebut dan ianya meraih perhatian penduduk di Indonesia. Malah, suaminya juga sudah pun pergi menghadap illahi.

Sebenarnya, Muntiah ini sering dilawat oleh saudaranya yang lain. Namun, kadang kala saudaranya tidak dapat memantaunya kerana duduk di dua rumah yang berbeza. Menurut Ketua Kampung, Pangkatrejo Kecamatan Sugio, Usmin, Muntiah tinggal secara berseorangan di rumahnya dan kadang kala saudaranya yang lain tampil memberi makanan dan membantu dari segi barangan keperluannya.

Difahamkan berikutan usianya yang telah lanjut, warga emas itu tidak lagi mampu berjalan dan menyebabkan dia hanya terbaring di lantai sahaja. Bahkan, jika dilihat pakaian yang dipakainya juga telah lusuh dan kotor. Susulan daripada itu, Usmin menjelaskan pihaknya akan memantau Muntiah dengan lebih kerap selepas ini dan ditugaskan seorang untuk menjaga segala keperluan Muntiah.

Segala perbelanjaan termasuk upah merawat, saya yang akan jelaskan. Pada masa yang sama, nama Muntiah juga akan didaftarkan sebagai salah seorang penerima bantuan sosial daripada pihak kerajaan. Susulan daripada itu, Usmin menjelaskan pihaknya akan memantau Muntiah dengan lebih kerap selepas ini dan ditugaskan seorang untuk menjaga segala keperluan Muntiah. Sumber: Tribun News

Tular Di Media Sosial Seorang Warga Emas Yang Pakai Gelang Pink Berada Di Stesen Minyak. Kini Individu Terbabit Tampil Memperjelaskan Isu Tersebut.

Polis menjelaskan lelaki warga emas memakai gelang merah jambu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook kononnya ingkar perintah kuarantin sebenarnya kehabisan minyak ketika dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah untuk memotong gelang itu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, disebabkan itu, warga emas berumur 69 tahun terbabit terpaksa berhenti untuk mengisi minyak di Masjid Tanah kira-kira 9.54 pagi Sabtu sebelum dirakam seorang individu dan ditularkan sehingga menerima pelbagai kritikan.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati individu tersebut telah diarah menjalani kuarantin di rumahnya di Pengkalan Balak bermula 13 Januari lepas hingga Sabtu dan stesen minyak Petron Masjid Tanah itu merupakan stesen minyak pertama yang dijumpai mngsa dalam perjalanan tersebut.

“Berdasarkan siasatan, lelaki berkenaan dalam perjalanan ke Hospital Alor Gajah bersama isteri dan anak perempuannya bagi memotong gelang merah jambu itu,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Menurut beliau, lelaki itu hanya mengetahui gambarnya mengisi minyak tersebut tular pada Ahad selepas dimaklumkan oleh anaknya sebelum dia membuat laporan p0lis pada kira-kira 1 tengah hari Ahad bagi menjelaskan perkara sebenar selain meminta mereka yang berkenaan memadamkan gambar berkenaan. Gambar lelaki warga emas memakai gelang merah jambu yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook

Jangan pot0ng gelang merah jambu sesuka hati, polis kenakan tindakan teg4s

Individu dalam pengawasan (PUS) dan yang memakai gelang merah jambu atau putih, diingatkan agar tidak memotong gelang terbabit sesuka hati semata-mata untuk keluar rumah. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah, SAC Che Zaimani Che Awang berkata, jika tertangkap, individu terbabit akan dikenakan tindakan keras dan diheret ke mahkamah.

“Kita harap orang yang terlibat ini juga jangan mem0tong (gelang) sebarangan atau keluar daripada kuarantin di rumah. Untuk makluman, pihak polis telah ditaklimatkan semua perkara ini. Kalau kita jumpa, memang kita akan t4ngkap. Kalau dia (PUS) hendak keluar, dia mesti minta kebenaran pihak hospital. Memang ada orang yang ada hal penting, nak jumpa orang s4kit atau jika ada kehilangan ahli keluarga contohnya, dia nak pergi juga, boleh, dengan syarat, dapat kebenaran pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebab, kita tidak begitu drastik sehinggakan ada masalah yang begitu kritik4l, tidak boleh pergi. Tidak begitu. Dapatkan permohonan, kebenaran, daripada KKM,” katanya.

Beliau berkata, gelang merah jambu itu hanya boleh ditanggalkan di Pejabat Kesihatan atau Klinik Kesihatan Malaysia kerana perlu melalui prosedur yang ditetapkan.

Penyanyi Ayai Illusi Kini Tampil Memperjelaskan Kenapa Dia Terpaksa Tarik Diri Pada GV7 Kali Ini. Tak Sangka Ini Yang Berlaku Pada Dirinya Dan Warganet Mendoakan Yang Terbaik Untuk Dirinya Dan Keluarga.

Penyanyi Ayai Illusi mengakui bukan sengaja menarik diri dari melakukan persembahan duet bersama Ashira iaitu bintang finalis Gegar Vaganza musim ke tujuh (GV7) yang sepatutnya dijadualkan malam tadi.Menurut Ayai atau nama sebenarnyaZaharuddin Kamaruddin, 58, selain kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan dia juga terpaksa kuarantin kerana merupakan kontak rapat kepada isterinya, Siti Hajar Ali, 51, yang disahkan positif Covid-19.

“Saya mahu memohon maaf kepada Ashira dan seluruh produksi GV7 kerana tidak dapat meneruskan persembahan pada malam tadi. Sebenarnya sejak bulan lalu saya jatuh sakit dan tidak dapat berjalan kerana doktor mengesahkan usus saya bengkak dan buah pinggang saya juga terkena jangkitan kuman. Dalam masa seminggu saya berulang alik ke hospital dan dijaga rapi oleh isteri saya, tiba-tiba isteri saya mengadu badannya seram sejuk dan tiada deria rasa. Selepas membuat pemeriksaan, isteri saya disahkan positif Covid-19 pada 28 November lalu. Saya terkejut dan sedih mengenangkan nasib isteri saya. Jadi bukan saya sengaja tarik diri, saya dan seluruh ahli keluarga juga perlu kuarantin kerana kontak rapat kepada isteri,” katanya.

Juara GV1 itu dihubungi Astro Gempak menjelaskan perkara tersebut selepas dia memaklumkan tidak dapat meneruskan persembahan dalam siaran langsung Konsert Akhir GV7 semalam.Selain isterinya, anak sulung perempuannya yang berusia 31 tahun turut disahkan positif Covid-19.

Pun begitu, Ayai bersyukur dia disahkan negatif Covid-19 dan sudah bebas dari kuarantin mulai hari ini.“Alhamdulilah, isteri saya kini pun sudah pulang ke rumah dan tamat kuarantin begitu juga dengan anak saya.

“Saya juga baru sahaja potong ‘gelang pink’ dan tamat kuarantin pagi tadi. Cuma saya masih perlu melakukan pemeriksaan penuh terhadap kesihatan saya untuk mengetahui lebih lanjut apakah sebenarnya penyakit yang saya alami. Esok saya akan ke hospital untuk membuat pemeriksaan terhadap usus, buah pinggang , jatung dan sebagainya. Saya berharap dapat sembuh dan sihat seperti sedia kala,” katanya lagi.

Sekadar info Ayai memulakan kerjaya sebagai penyanyi selepas menyertai pertandingan realiti Bintang RTM pada tahun 1986, seterusnya menganggotai kumpulan Illusi pada tahun 1988.

Juara GV7 Pada Kali Ini Membawa Pulang RM100k . Tapi Ada Pula Pihak Yang Cuba Mengkritik.

Tampil dengan persembahan memukau, penyanyi Cliff Umar berjaya merebut gelaran juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad. Cliff, 38, menewaskan enam peserta lain menerusi mempersembahkan lagu I’ll Do Anything For Love duet bersama juara GV5 iaitu Noryn Aziz, manakala segmen battle berentap bersama Muss dan Oja menerusi lagu Inilah Nasibku.

Dalam ucapan kemenangan, Cliff berkata, kejayaan yang diperoleh itu adalah untuk semua yang terlibat dalam program berkenaan. “This one is not belong to me tapi untuk semua orang yang menjayakan program ini dan semua orang yang bekerja keras setiap minggu. Saya memang peminat abang Muss, Kak Ani dan semua orang, ” kata Cliff.

Cliff Umar juara GV7, manakala Mus May tempat kedua dan Ayu akur di kedudukan ketiga. FOTO ASTRO GEMPAK. Kemenangan itu melayakkan vokalis Projek Pistol itu membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi.

Penyanyi Muss selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Ayu Damit membawa pulang RM30,000. Tempat keempat pula menjadi milik Noraniza Idris dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan tempat kelima Linda Nanuwil (RM15,000) manakala keenam serta ketujuh pula menjadi milik Oja (RM10,000) dan Ashira (RM5,000).

Kesemua peserta perlu menyelesaikan dua tugasan iaitu nyanyian solo (medley, duet) dan pusingan battle antara mereka. Ia dinilai oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan penyanyi rap terkenal Joe Flizzow. Dalam pada itu, segmen kongsi rezeki menyaksikan penyanyi dan penulis lirik lagu Isabellla iaitu Bob Lokman menerima sumbangan sebanyak RM10,000 daripada pihak penaja iaitu Farm Fresh dan Astro.

Biodata Penyanyi Cliff Umar, Peserta Gegar Vaganza Musim 7 (GV7) 2020

Siapa Cliff Umar? Cliff Umar Joseph merupakan antara penyanyi yang tersenarai sebagai peserta program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7). Turut serta dalam edisi 2020 pertandingan itu adalah Mus (May), Noraniza Idris, Haslinda, Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira Aziz, Oja, Rozita Izlyn, Nomad, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

Biodata Dan Latar Belakang

Cliff Umar atau Cliff Umar Joseph. Berumur 38 tahun. Bergiat dalam dunia hiburan sebagai seorang penyanyi dan komposer. Merupakan vokalis kumpulan Projek Pistol. Projek Pistol pernah meletup menerusi lagu ‘Wanita Seluruh Dunia’. ‘Wanita Seluruh Dunia’ pernah berentap dalam Anugerah Juara Lagu ke 26 pada tahun 2012, selain tercalon dalam kategori Lagu Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik 2010/2011. Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama akaun @cliffumar sehingga kini mempunyai lebih 2000 pengikut.

Kerjaya

Kerjaya Cliff Umar dalam bidang muzik bermula sebagai penyanyi di kelab malam.[Beliau menyertai Projek Pistol sebagai vokalis utama. Ahli lain termasuk Edrie Hashim (gitar), Zham Badri (bes) dan Pae Nasir (dram). Projek Pistol telah menikmati kejayaan muzik sejak penubuhan pada 2010 dan telah menerbitkan dua album studio. Pada tahun 2016

Fakta Menarik

Merupakan seorang mualaf. Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Mahadi (SMK Raja Mahadi), Klang, Selangor. Pernah dikenali sebagai Boy Clifford. Pernah muncul sebagai pasangan duet kepada penyanyi Nora Ariffin di Gegar Vaganza Musim Musim 3 (GV3) menerusi lagu Bring Me To Life. Aktif menjayakan persembahan Live Band di sekitar ibu kota.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *