Gadis yang cantik molek ini tak kekok uruskan haiwan ternakan milik keluarganya. Sekali ada pula warganet yang beri komen begini.

Amalan Dunia Haiwan Uncategorized

Nadia mula membantu keluarganya menguruskan haiwan sejak kecil lagi. Biarpun ada segelintir individu yang memandang rendah terhadap dirinya, gadis ini tidak pernah berasa malu untuk menjadi penternak haiwan. Menurut Nadia Yusof, 19, dia seronok menguruskan haiwan seperti kerbau, lembu dan rusa di sebuah ladang milik keluarganya di Kuala Nerus, Terengganu.

“Saya dah bermula sejak umur lima tahun lagi. Memang keturunan saya bela kerbau. Saya merupakan generasi keempat, ia dimulakan oleh nenek saya. Kami memang ada ladang sendiri. Sekarang ada dalam 70 ekor kerbau, 60 ekor lembu dan 15 ekor rusa. Ia diternak untuk dijual jika ada kenduri, Hari Raya Koban dan sebagainya,” ujarnya.

Nadia tak kekok melakukan kerja-kerja berat di ladang haiwan milik keluarganya.

Mesra disapa Nadia, dia mengakui tidak kekok melakukan kerja-kerja lasak termasuklah memandikan haiwan serta memotong rumput untuk haiwan-haiwan ternakannya. Malah katanya, segala penat lelah tidak dihiraukan memandangkan dia cukup meminati bidang itu sejak kecil lagi.

“Saya mandikan haiwan, bagi makan, potong rumput untuk dijadikan makanan. Seingat saya, saya sudah belajar menggunakan mesin pemotong rumput sejak darjah lima.

Jangan pandang rendah kepada penternak atau orang kerja kampung, kadang-kadang pulangannya lebih lumayan.

“Saya memang niat nak jadi usahawan dan penternak haiwan muda. Pada masa sama, saya ada impian nak sambung belajar dalam bidang yang berkaitan apa yang saya usahakan ini,” ujarnya yang turut dikenali sebagai ‘gadis kerbau’. Kini, dia juga aktif berkongsi kehidupan sehariannya sebagai penternak dengan pelbagai video menarik di laman TikTok.

Nadia menetap di Kuala Nerus, Terengganu.

Namun katanya, ada segelintir individu turut memberi komen negatif termasuklah menganggap kerjanya itu tidak menjamin masa depan. “Komen negatif pun ada. Mereka cakap kita ternak kerbau tak ada masa depan. Tapi saya abaikan, tak ambil hati. Sebab saya tahu apa saya buat dan apa yang saya dapat. Jangan pandang rendah kepada orang yang buat kerja kampung, ataupun yang jadi penternak. Kadang-kadang pulangannya lebih lumayan,” ujar anak kedua daripada empat beradik itu.

Nadia menasihtkan orang ramai jangan sesekali pandang rendah terhadap mereka yang melakukan kerja-kerja kampung.

Namun, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum akan kegigihan Nadia, tak kurang juga yang menganggap video-video dikongsi seolah-olah mengimbas kenangan mereka di kampung. “Saya akan terus berkongsi kalau ada yang menarik. Syukur, ramai yang komen positif, mereka kata rindu kampung kalau tengok video saya,” ujarnya lagi. Sehingga kini, Nadia memiliki lebih 88,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Lain Daripada Yang Sampai Jaga Haiwan Ni. Seorang Rider Ini Sanggup Turun Padang Bantu Kucing Dan Ajak 50 Rider Untuk Buat Sesuatu

Menarik sekali kisah seorang pencinta haiwan ini,Saifullah membela ular di kediamannya di Pengkalan Chepa,Kelantan. Katanya,jupo kucing bui makey (jumpa kucing bagi makan).Itulah tanda pagar (hashtag) yang digunakan oleh Saifullah Omar, 31, rider yang terlibat dalam aktiviti memberi makan kepada kucing terbiar di negeri Kelantan.Terkini dia yang juga Pengerusi Pet Lover Kelantan bersama hampir 50 rider penghantar makanan yang lain, turun padang untuk membantu kucing-kucing terbiar di sekitar negeri itu.Mesra disapa Saifullah, dia sewaktu dihubungi mStar meluahkan rasa syukur apabila program itu berjaya direalisasikan pada malam Khamis lalu.

“Sebelum ini, sekitar dua tahun lepas saya sudah membuat kerja-kerja ini bersama isteri. Tapi aktiviti ini terhenti apabila adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).”Kemudiannya, saya baru sahaja menjadi rider sebulan yang lalu. Jadi saya ambil kesempatan dengan kerja saya untuk hidupkan semula aktiviti itu.

Dan untuk pengetahuan Program yang diadakan pada Khamis malam.”Saya ajak 50 rider untuk buat program ini. InsyaAllah akan teruskan lagi pada masa akan datang.”Pada masa sama, saya syorkan agar ia dilakukan setiap hari. Setiap rider boleh bawa satu botol makanan kucing, simpan dalam bakul motor. Kalau nampak kucing, boleh terus bagi makan,” ujarnya. Jelas Saifullah yang menetap di Pengkalan Chepa, program itu juga dilaksanakan bagi membersihkan persepsi negatif yang sering diberikan terhadap golongan rider.”Rider, sering dikaitkan dengan cerita-cerita busuk.

“Mungkin ada segelintir, tapi tak semua. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.”Jangan disebabkan adanya cerita yang tak elok, masyarakat dah tak nampak semua kerja amal yang rider buat.”Bila ada tanggapan negatif, semua rider yang lain pun akan terkena. Niat saya nak bagi persepsi positif sahaja,” ujarnya lagi.Bercerita mengenai dirinya, Saifullah mendedahkan dia dan isteri juga merupakan peminat haiwan.Di kediamannya, dia membela empat ular sawa burma, dua katak, seekor cicak geeko dan empat kucing.

Ternyata warganet di ruangan komen turut memuji usaha murni kumpulan rider berkenaan.Malah, mereka turut mendoakan kumpulan itu agar terus berbakti kepada masyarakat dan pada masa sama, tidak lupa menjaga keselamatan diri.”Alhamdulillah. Semoga semua murah rezeki yang memberi anak-anak ini makan.”Semoga semuanya dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah.”Semoga kalian semua diluaskan rezeki dan sentiasa dilindungi Illahi,” tulis warganet

Ada Yang Mengatakan Makanan Lambat Sampai Ke Tangan Pelanggan Gara Gara Rider Leka Bermain TikTok. Rider Ini Tampil Beri Penjelasan Tentang Hal Tersebut

Kata Haikal.dia baru sahaja menyertai Tiktok pada awal tahun ini. Seperti yang kita tahu, setiap individu ada cara tersendiri dalam menghilangkan tekanan kerja. Begitu juga rider penghantar makanan ini apabila menjadi aplikasi Tiktok sebagai medium penghibur buat dirinya. Baru je buka akaun Tiktok pada awal tahun ini,Muhammad Afiq Haikal Fared Fahishal,23,sama sekali tidak menyangka video yang dibuatnya akan meraih perhatian ramai. Akaun tiktoknya:karitulistiwa

Jelas Haikal,”Saya dah jadi rider sejak tahun 2019. Baru aktif TikTok sejak tahun ini, tapi dah ‘masuk air’ sejak lahir.”Saya main TikTok untuk release tension. Dulu takut, takut kena kritik. Tapi sekarang, orang kritik pun tak apa… yang penting puas hati.”Kita geng-geng motor, mana nak main menari macam ni? Lepas saya mulakan, ramai kawan-kawan download TikTok juga. Ia bantu dari segi keyakinan diri nak bercakap depan kamera,”

Mesra disapa Haikal, pemuda dari Putrajaya itu berkata dia seronok dengan penerimaan warganet terhadap golongan rider sepertinya di TikTok.Namun katanya, dia tidak terlepas menerima komen negatif segelintir individu termasuklah yang mengatakan makanan lambat sampai ke tangan pelanggan gara-gara rider leka bermain TikTok.”Memang terkejut. Alhamdulillah rasa sangat teruja dengan penerimaan semua. Tapi kami faham, kami pun tahu bila nak main TikTok.

“Ada yang salah tanggapan. Tapi saya tak ambil hati. Saya jenis happy go lucky. Apa pun, saya seronok sebab ramai yang hargai.”Saya main TikTok masa dengan kawan-kawan, atau di luar waktu kerja,” ujarnya lagi.Menrut Haikal, dia turut terharu dengan komen positif orang ramai yang mendoakan serta memberi kata-kata positif buat rider di media sosial.Haikal mencari masa yang sesuai untuk membuat video agar tidak menggnggu kerjanya.”Saya nak cakap kepada yang sokong kami dalam industri penghantaran makanan, terima kasih. Kami tahu kadang-kala ada kekurangan, kami minta maaf dan cuba lakukan yang terbaik.“Peristiwa manis sepanjang jadi rider tentunya apabila dapat duit tip daripada pelanggan. Kena marah sebab makanan lambat tu biasalah.”Saya berani ambil kerja ni, kena berani terima apa yang diberikan. Pengalaman seram pula memang tak ada sebab saya tak takut hantu,” ujarnya berseloroh.

Haikal kini bukan lagi rider sepenuh masa.Dedah Haikal, dia kini hanyalah rider sambilan dan hanya melakukan kerja itu pada waktu lapang kerana sudah bekerja sebagai recruiter dalam sebuah syarikat penyedia khidmat penghantaran makanan.Namun katanya, dia komited terus menghasilkan video menghiburkan dan bermanfaat agar golongan rider terus dekat di hati masyarakat.

Gadis Ini Sebak Lihat Lelaki Uruskan Ibunya Yang Sakit Dan Sempat Merakam Video Sehinggakan Ia Tular Di TikTok. Ini Rupanya Cerita Di Sebalik Rakaman Video Tersebut Dibuat

Sebuah rakaman memaparkan seorang lelaki sedang menguruskan ibunya yang sakit ternyata mengundang air mata warganet .Dalam rakaman tular yang meraih hampir 100,000 tontonan itu, lelaki berkenaan sedang menyuap makanan kepada ibunya yang sedang terlantar di katil sebuah hospital di Terengganu.Menurut pemilik video, Umi Qazrina, 24, dia tidak mengenali lelaki itu dan hanya membuat rakaman dari jauh sewaktu berada dalam wad sama untuk menjaga ibunya, Mehrunisah, 58, yang baru sahaja menjalani operasi kaki.

“Mak saya masuk wad. Sewaktu berada dalam wad, saya tertarik melihatnya sebab dia tolong buatkan air untuk mak dia dan suapkan makanan.”Lap rambut dengan air dan sebagainya. Saya rasa teruja sebab dia anak lelaki tapi dia boleh layan mak dia macam tu.”Sebab tu saya rakam dan kongsi di TikTok, tak sangka pula tular. Lagipun saya rakam senyap-senyap,” ujarnya kepada mStar.Rakaman ini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di TikTok.Mesra disapa Umi, gadis dari Pengadang Baru, Kuala Terengganu itu mengakui turut sebak melihat sifat penyanyang lelaki berkenaan yang disifatkan cukup bertanggungjawab terhadap ibunya.

Jika berkesempatan, dia juga mahu bertemu lelaki itu dan menceritakan mengenai video yang telah dirakamnya itu.”Rasa sebak dan terharu sebab dia lelaki, jaga mak dia. Jarang sangat anak lelaki jaga mak dia macam apa yang saya nampak ni.“InsyaAllah saya nak slow talk dengan tuan yang saya rakam. sebab video dia dah tular.”Masa tengok dia, saya cakap dalam hati. Untung siapa dapat dia. Mak sakit pun dia layan macam tu apatah lagi isteri kan?”Tak semua lelaki dapat buat macam dia buat. Macam saya ni jaga mak sakit juga, tapi saya perempuan rasa normal lah bila kita layan mak kita macam dia layan mak dia tu.

“Sebab dia lelaki, nampak wow, hebat… untung mak dia,” kata Umi lagi.Dalam pada itu, Umi mengakui keadaan kesihatan ibunya juga beransur pulih.Ibunya yang juga penghidap diabetis baru sahaja menjalani operasi untuk merapatkan tulang sendi pada kaki dan dimasukkan ke hospital itu pada 18 November lalu.Di kesempatan sama, Umi memohon orang ramai agar turut sama mendoakan kesembuhan ibunya serta ibu lelaki tersebut.Malah, dia juga sempat menitipkan pesan kepada semua individu agar mencontohi sikap yang dipamerkan lelaki dalam video itu.”Nasihat saya kepada anak-anak diluar sana, hargailah ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.“Jangan sakiti hati mereka dengan perbuatan kita. Moga kisah lelaki itu mampu menjadi inspirasi kepada anak-anak muda semua,” ujarnya mengakhiri bicara.Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *