Ebit Lew antara nama yang dikenali ramai. Sekali wanita ini dedahkan perangai sebenar Ebit Lew yang tidak diketahui ramai.

artis Pengetahuan Semasa Uncategorized

Ebit Lew bukan lah suatu nama asing buat rakyat di Malaysia. Boleh dikatakan setiap orang di setiap negeri sudah pun menerima bantuan darinya. Di pelusuk mana pun sekiranya terdapat orang susah, pasti akan dibantu oleh dirinya sendiri. Dengan sumbangan yang diberikan olehnya pasti setiap orang akan terharu dan rasa seperti mustahil orang seperti kita akan dapat memberinya.

Siapa sangka ketika penduduk mempunyai masalah air, Ebit Lew jugalah yang tampil menghantar lori air. Dan ketika ibu bapa sedang runsing dengan gajet yang ingin diberikan oleh anak untuk pembelajaran online di sekolah, Ebit lew jugalah yang datang dan menghadiahkan tablet dan macam-macam lagi bantuan yang diberikan oleh Ebit Lew sendiri.

Tapi tahukah anda siapa sebenarnya Ebit Lew ? Pasti ramai belum tahu siapakah yang sebenarnya Ebit Lew sebelum beliau menjadi sesuatu nama yang dibanggaka di satu Malaysia. Cerita ini diambil dari laman Facebook salah seorang yang dikatakan sahabat Ebit Lew, Noor laila Aniza Binti Zakaria. Dia juga turut menceritakan siapa sebenarnya Ebit Lew sebelum dikenali ramai.

“Saya antara sahabat yg menyaksikan Ebit Lew, org yg betul2 susah miskin, dikritik, dikenakan, diketawakan.. Tiba-tiba Allah beri kekayaan padanya yg bukan sedikit. Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya. Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing2 belum kahwin. Ustaz Ebit baru bertunang. Dulu kami kerja selang satu meja waktu di Company Dato Fadzilah Kamsah. Ustaz Ebit ni antara yg selalu dtg kumpul depan meja saya bercerita kisah Nabi dan Sahabat. Ada satu ketika, Ustaz Ebit bagi saya duit, minta hias pula kawasan meja dia bagi lawa. Sebab katanya buruk sgt. Saya beli barang2 hiasan, dan hias dengan bunga2 warna putih waktu Ustaz Ebit sedang cuti kerja”. Katanya.

“Ustaz Ebit ni takde satu hari tak sembang kisah Nabi. Kalau dgr Ebit bersembang, rasa macam wayang gambar depan mata kisah2 sahabat. Bila dia ada masalah, dia dtg cari sy dan terus cerita pung pang pung pang apa org kritik dia. Selepas 2 bulan kerja di ofis yang sama, Ustaz Ebit ni kahwin. Kemudian dia keluar jemaah tabligh, dia call sy kirimkan duit minta belikan bunga untuk isterinya. Saya pilih dan minta kedai gubahkan dgn sgt cantik. Tak lama sy terima whatspp gambar isteri Ebit pegang bunga tu dgn senyum manis. Ya tuhan, hati sy sgt2 berbunga. Saya juga belikan rantai emas untuk sang bidadari. Ebit transfer duit gaji dia untuk saya tolong belikan. Saya pergi kedai emas carikan. Waktu tu duit dia cukup2. Kata dia, “cukuplah Farah (nama isterinya) gembira, Ebit dah puas hati.

“Sebelum tu bila dia bagitahu dia nak keluar jemaah ke sekian2 tempat..saya tanya dia.. “Ebit.. Ebit nak keluar jemaah, asyik keluar duit..Nanti macam mana kalau duit habis?” ( soalan saya 14 tahun dlu waktu tak faham *hakikat memberi* )dan saya tahu dia memang tak ada duit. Ebit jawab.. “Takpe laila.. Keluar je jemaah dlu.. Nanti Allah ganti” Dulu keretanya buruk sgt2. Masih terbayang di mata saya kereta dia. Org ketawakan dia.. Kawan2 kata, “Ebit.. Ko pakai macam ni.. Cakap macam ni..lembik…Sapa nak dgr cakap ko.. Sapa nak dgr ko ceramah.. Tak laku”

” Memang org kenakan dia cukup2, ketawakan dia cukup2.. Sebelum buka Elews Mart tahun lepas, tengah tahun dia bagitahu saya yg dia nak buka 10 cwgn tahun lepas.Akhirnya Allah makbulkan dlm 2bulan. Bahkan lebih berganda banyak lagi cawangan Elews Mart, dan macam2 perancangan dia yg dia bagitahu saya, Allah bg semuanya jadi kenyataan. MashaAllah Tabarakallah! Sampai kes org sakit hati,kritik ke.. Tu perkara biasa Sampai dia kata, kdg Ebit rasa nak lari bawak family ke luar negara. Malas pikir. Dok je sana terus. Buat baik salah. Tak buat baik pun salah. Tp saya tahu, tu kata2 saja. Kata2 org yg letih sgt berjuang dgn karenah pelbagai pihak tp cintanya pada dakwah Nabi untuk tengok semua org peluk Islam dan dapat kalimah Lailaha illallah tu x pernah padam dalam dirinya.

“Amalan dia yg sy takkan lupa yg sy tengok di ofis selama 4 tahun tiap2 hari tanpa gagal. Rajin sgt2 usaha, Qailulah, Cara tidur ikut sunnah Nabi, Selalu belanja kami, Senyum setiap hari, Nangis bila berdoa, Dhuha 6 rakaat dan lebih, Solat jemaah & bersiap awal ke Masjid tanpa gagal, Berbuat baik dgn isteri tanpa gagal, Amalan memberi hadiah buat isteri, Berbuat baik dgn mak ayah, adik beradik, Keluar dakwah, Amalan doa khusus. Inilah antara yang Ebit lew amalkan. Nampak macam biasa2… Kita pun tahu amalan tu.. Tapi dia ada amalan memaafkan org dan meminta maaf serta amalan memberi walaupun dia sendiri tak cukup.. ” Kredit: Noor Laila Aniza Binti Zakaria

Kini Ebit Lew Hantar Ini Pula Terus Ke Sabah. Ramai Yang Luah Rasa Syukur Terhadap Bantuan Dari Ustaz Ebit Lew.

Figura pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew, antara individu yang terawal tampil menghulurkan bantuan kepada individu yang memerlukan. Bahkan, bantuan yang disampaikan tidak terkecuali kepada mana-mana agama dan bangsa. Terbaru, beliau sekali lagi menghantar bantuan makanan dan beberapa keperluan asas yang lain kepada penduduk di Sabah.

Misi bantuan di Sabah

Menerusi perkongsian Ebit di Facebook, beliau menceritakan sebanyak 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 75 ribu pelitup muka dan 200 tab jenama Samsung akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan di Sabah. Terima kasih terharu sangat dengan My Jet dan Zen Aviation sponsor kapal untuk kami. Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet. Terima kasih Klia Kargo Airport yang beri free caj. Baik sangat semua.

Pada masa yang sama, beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat My Jet dan Zen Aviation yang menaja sebuah kapal bagi proses penghantaran bantuan tersebut. Saya hantar barang dulu. Flight saya dijadualkan lusa dengan MAS Airlines. Terima kasih tak terhingga juga Mas Airlines beri special rate buat team kami. Semoga menjadi asbab kebaikan.

Terima kasih UEL!

Dengan Kehilangan Mak Di Usia Yang Muda Dan Diduga Pula Lagi Satu Ujian Buat Adik Beradiknya. Sekali Ustaz Ebit Lew Tampil Untuk Memberi Sesuatu Kepada 2 Beradik Ini.

Beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai seorang remaja yang sudahpun kehilangan ibunya yang tercinta. Namun, pada keesokannya dia sekali lagi diuji dengan motosikalnya pula yang hilang. Kisah tersebut telah mendapat perhatian penceramah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew. Beliau telah tampil menghulurkan bantuan dan menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada remaja ini.

Berdasarkan perkongsian Ustaz Ebit di Instagram, dia memberitahu remaja yang dikenali dengan nama Adam ini baru sahaja kehilangan ibu tercinta pada 21 Januari yang lalu. Ibu Adam dikatakan merupakan seorang pejuang pesakit buah pinggang dan sebelah kakinya juga sudah tiada disebabkan masalah kesihatan yang dialami.

Ada seorang kakak dibesarkan oleh nenek dan makcik. Mereka berdua dengan mak. Sekarang tinggal berdua sahaja. Seorang 17 tahun dan seorang 16 tahun. Dah lama juga tak ke sekolah. Difahamkan, kedua-dua beradik ini sudah lama tidak bersekolah. Oleh hal yang demikian, beliau sedang berbincang supaya Adam dan adiknya dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain dan segala perbelanjaan seperti yuran akan ditanggung oleh Ustaz Ebit.

Selain menghadiahkan motosikal baharu, Ustaz Ebit juga ada memberi bantuan wang perbelanjaan kepada Adam dan adiknya. Saya hadiahkan motor baru Modenas biru. Dapat diskaun. Tauke kedai THM Motorcyles Trading Desa Pandan baik. Setahun adik ni service dan ganti barang dapat free di kedainya selepas ini. Dia kasihan pada adik tadi. Dia kenal saya. Selalu tengok ebit lew.

Saya beri sedikit duit belanja buat keduanya. Semoga adik berdua kuat yer. Ibunya mendapat bantuan bulanan dari BaitulMal KL. Dalam kesempatan itu, Ustaz Ebit berharap agar kedua adik-beradik ini sentiasa kuat dan tabah dalam menempuh dugaan serta akan berjaya dalam hidup. Sumber: Ustaz Ebit Lew

Ebit Lew Merealisasikan Impian Remaja Yang Telah Pergi Selamanya Untuk Membina Rumah Buat Seseorang Yang Istimewa Ini.

Pendakwah terkenal, Ebit Lew merealisasikan keinginan dan impian seorang remaja yang telah pergi akibat lem4s ketika membantu individu yang terlibat dengan banjir di Kampung Manjor, Kuala Krai, Kelantan baru-baru ini. Menurut Ebit, Mohammad Hakimin Rahim, 20, pernah mengimpikan untuk mendirikan rumah untuk keluarganya.

“Cita-cita Hakimin nak buat rumah untuk mak ayahnya. Hari-hari doa. Saya lihat rumah keluarga yang tiada bilik dan tandas kecil diluar. Saya hadiahkan tunaikan cita-citanya belikan barang untuk tambah bina dua bilik dan tandas di dalam rumah. Terus belikan barang untuk binaan dan terus bayarkan. Berikan juga sedikit belanja,” katanya menerusi satu perkongsiannya di laman Instagram.

Terdahulu, Ebit bertandang melawat keluarga pemuda tersebut di Kampung Manjor, Kuala Krai, Kelantan.”Tadi dengar kisah adik ini kagum sangat. Cita-cita nak jadi polis. Umur baru 20 tahun. Maknya sedih sahaja sebab tempat lem4s dekat dengan rumah. Sempat ziarah tempat persemadian Hakimin dan berdoa bersama keluarga,” ceritanya.

Baru-baru ini, kisah Hakimin yang telah pergi akibat lem4s selepas terjatuh dari sampan mencuri perhatian ramai. Hakimin dikatakan kepenatan pengsan ketika mendayung perahu membawa orang kampung pindah ke pusat pemindahan sementara.

Semalam Tular Kisah Mak Cik Ini. Dan Hari Ini Je Ebit Lew Terus Datang Ziarah Rumahnya Dan Ini Respon Mak Cik Ini Yang Lebih Tersentuh.

Sejak semalam, tular di media sosial gambar seorang warga emas duduk di batu melihat rumahnya yang telah tiada kerana hanyvt dibawa arus banjir di Kampun Ajai Ulu Dong Pahang.

Tular di media sosial

Pastinya gambar diperoleh dari Bernama dan dikongsikan semula oleh wartawan berita itu menyentuh hati warganet kerana sayu melihat kediaman yang hanya tinggal tapak serta serpihan-serpihan sisa rumah tersekat di pokok-pokok tidak jauh dari tapak asal rumah.

Ebit Lew datang beri sumbangan

Sehubungan dengan itu, pendakwah muda yang sememangnya tidak asing lagi dalam urusan membantu masyarakat iaitu Ustaz Ebit Lew telah tampil menziarahi wanita terbabit yang dikenali sebagai Rafiah Jamaludin. Menurut Ebit Lew, ketika beliau sampai, wanita warga emas itu sedang mengutip barangan yang masih boleh dipakai untuk membina rumah di kebunnya di kawasan lain.

Dikesempatan itu, Ebit Lew telah memberikan sedikit sumbangan kepada makcik Rafiah bagi membolehkannya membeli barangan untuk membina kembali rumahnya yang sudah ranap itu. Walau bagaimanapun, wanita berusia 69 tahun terbabit tetap bersyukur kerana dengan musibah ini, dia dapat bertemu dengan pendakwah yang menjadi kesayangan warga Malaysia.

Sumber:Mohd Redzuan Abdul Manap, Ebit Lew

Ebit Lew Pinta Doa Untuk Pembukaan Elewsmart Di Danau Kota. Sekali Fedtri Yahya Harapkan Ebit Lew Dapat Buka Sesuatu Ini Pula.

Nama Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ustaz Ebit Lew memang tidak asing lagi sebagai seorang dermawan yang sering membantu golongan memerlukan tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Beliau juga seorang usahawan yang memiliki pasar raya sendiri di bawah nama Elewsmart dengan memiliki banyak cawangan di sekitar Lembah Klang.

Baru-baru ini, pendakwah popular itu memuat naik sebuah posting berkongsi tentang pembukaan cawangan pasar raya tersebut di Danau Kota. “Pohon doakan yer. Esok pembukaan @elewsmart Danau Kota. Jumpa esok yer. Semoga menjadi asbab kebaikan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan setelah pelbagai bentuk bantuan diberi kepada golongan susah. Dalam pada itu, personaliti televisyen Fedtri Yahya turut meninggalkan komen pada posting berkenaan terbabit. Dia meluahkan harapan agar suatu hari nanti Ebit dapat membuka hospital sendiri pula.

Harap suatu hari nanti ada hospital sendiri

Semoga dipermudahkan urusan ustaz

Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur

Bagi warganet, mereka menyifatkan Ebit adalah ‘hero’ apabila sering menjadi individu terawal tampil menghulurkan bantuan sekiranya terdapat kisah golongan daif yang menjadi tular di media sosial. Sumber: Instagram Ebit Lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *