Disebabkan mukanya yang begini ada pula warganet yang keliru dengan jantinanya. Sekali dia dedahkan perkara ini buatkan warganet terkejut.

Amalan Kehidupan Uncategorized Viral

Wajah ‘jambu’ Ray Drac sering disalah anggap oleh warganet. Ray Drac berpenampilan kasual seperti kebanyakan lelaki. Sekali imbas melihat wajah seorang pengguna aplikasi TikTok yang mempunyai lebih 400,000 pengikut ini membuatkan ramai berasa keliru.

Walaupun jelas sekali suaranya garau apabila bercakap atau menyanyi, masih ada yang sukar mempercayai pengguna akaun ray_drac itu adalah lelaki.

“Cantiklah akak ni,” antara komen warganet gara-gara pemuda itu berwajah ‘jambu’. Pemuda berkenaan, Khairul Razin Nordin menganggap semua komen yang menyangkanya sebagai wanita sekadar gurauan semata-mata di laman sosial.

Segelintir warganet memuji wajahnya ‘cantik’.

Walaupun sering diajukan soalan dan komen berhubung kekeliruan tersebut, anak muda berusia 22 tahun itu tetap melayan para pengikutnya dengan nada bergurau.

“Itu antara cara saya beramah mesra dengan warganet dan pengikut saya. Walaupun nampak kasar tapi kami tengah melawak. Ada yang panggil saya kakak, sis dan pengkid. Saya setuju saya disangka perempuan sebab muka ‘jambu’, misai dan janggut saya susah nak tumbuh,” katanya.

Ray Drac menganggap netizen yang menyangkanya sebagai perempuan sekadar gurauan semata-mata.

Lebih dikenali dengan panggilan Ray Drac di laman sosial, pemuda tersebut bersyukur apabila masih ada segelintir warganet lain yang memujinya kerana menganggap wajahnya kacak.

“Saya anggap ia sebagai kelebihan dalam kekurangan diri saya yang merupakan OKU (Orang Kelainan Upaya) pendengaran. Kalau orang kata suara saya jantan habis… sebabnya saya lelaki, jadi memang wajarlah lelaki suara macam tu. Rupa tu letak je tepi,” ujarnya secara berseloroh.

Berasal dari Taiping, Perak, anak muda itu lebih gemar menyanyikan lagu-lagu berkonsepkan ‘jiwang’ seperti lagu-lagu dendangan penyanyi Haqiem Rusli. Namun, siapa sangka pemuda yang gemar memasak dan menyanyi itu sebenarnya juga berminat dalam sukan elektronik (e-sukan) dan bola sepak.

“Saya dan pasukan pernah mewakili satu jabatan bermain bola sepak sampai ke Songkhla di Thailand untuk perlawanan persahabatan pada 2018,” katanya yang juga berminat bermain badminton, ping pong dan boling.

Kalau orang kata suara saya jantan habis… sebabnya saya lelaki, jadi memang wajarlah lelaki suara macam tu. Rupa tu letak je tepi

Dalam pada itu, pengikut Ray Drac dikejutkan dengan berita pertunangannya dengan seorang gadis berusia 18 tahun, selepas dia memuat naik foto bersama tunang di akaun Instagram miliknya, pada Ahad. Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, majlis pertunangan tersebut dibuat menerusi satu majlis tertutup di Manjung, Perak pada 21 Januari lalu.

Ray Drac (kiri) bertunang dengan gadis pilihan pada 21 Januari 2021.

“Ramai pengikut saya di Instagram terkejut dengan pertunangan saya sehingga jumlahnya berkurangan kira-kira 6,000 orang. Di TikTok, saya ada juga buat video tentang tunang saya. Jadi, ada followers TikTok yang dah jatuh hati dengan saya tak boleh terima yang saya sudah bertunang. Walau bagaimanapun, followers di TikTok tetap bertambah sebab pengikut-pengikut baru lebih menyokong siap kata saya dan tunang muka sama, secocok,” tambahnya.

Ray Drac yang bertugas sebagai juruteknik elektrik itu menganggap situasi ini sebagai ‘pasang surut’ apabila menjadi personaliti media sosial atau influencer. “InsyaAllah kalau tiada halangan saya dan tunang merancang untuk berkahwin awal tahun depan. Harap kita semua dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan dijodohkan dengan orang yang sesuai,” katanya.

Gadis Ini Teruja Bila Dapat Jumpa Dengan Boyfriend. Tapi Ada Pulak Yang Mengaku Bahawa Lelaki Ini Adalah Tunangan Orang.

Selain tips berkaitan masakan dan juga video lawak, ramai juga suka berkongsi kisah cinta masing-masing yang bermacam ragam di aplikasi TikTok. Namun siapa sangka rakaman yang dikongsi seorang wanita ini mendapat perhatian individu lain.

Teruja share video dating dengan boyfriend, sekali ada lain mengaku jugak

Menerusi perkongsian TikTok @ckinizzilfy, gadis itu sudah pun setahun menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki. Difahamkan, mereka tidak dapat bertemu dek kerana masing-masing bekerja sebagai petugas barisan hadapan dan tinggal jauh. Namun, baru-baru ini dia telah menerima satu komen memeranjatkan daripada seorang individu mencurigai bahawa berkemungkinan teman lelaki mereka adalah orang yang sama.

Dah contact individu tu, cakap baik-baik pasal lelaki yang ‘sama’

Terkejut dengan pengakuan berkenaan, gadis tersebut tidak memadamkan video itu sehingga ada yang tampil mengungkapkan kebenaran. Jelasnya lagi, dia telah berhubung dengan individu tersebut untuk bercakap tentang lelaki yang dimaksudkan.

Eh ada pulak yang mengaku pemuda tersebut dah bertunang.. Lesap tanpa khabar

Bukan itu sahaja, ada juga individu lain menghantar mesej kepadanya mengatakan jejaka itu sudah pun bertunang berserta sekeping gambar sebagai bukti. Lebih menyedihkan lagi, si lelaki lesap tanpa khabar berita selain nombor telefonnya turut disekat. Walau bagaimanapun, ramai yang dilihat memberi semangat kepada gadis tersebut untuk terus tabah menghadapi dugaan.

Tak Sangka Akhirnya Bekas Kekasih Lamanya Juga Yang Jadi Bini. Ramai Warganet Memuji Cara Pemuda Itu Dan Ada Yang Mahu Menggunakan Taktiknya Yang Ini Juga.

Mesej antara pasangan ini pada 2018 menjadi tular di laman Twitter. Ramai sebenarnya yang masih buntu bagaimana untuk memulakan langkah menuju ke alam perkahwinan. Antara masalah utama, bagaimana untuk memulakan bicara dan menzahirkan lamaran kepada si dia. Di Twitter, tular satu paparan skrin perbualan WhatsApp memaparkan cara seorang lelaki melamar rakannya secara spontan dan bersahaja.

“Wei nak kahwin tak? Tapi ni jujur ni. kalau tuhan jodohkan aku dengan kau kan, kau nak kahwin tak?” soal lelaki itu. Bercerita kepada mStar, Saidatul Athirah Mohd Zafri mengaku mesej berkenaan dihantar oleh Muhammad Hafizuddin Bujang yang kini sah menjadi suaminya sejak 27 November lalu.

Saidatul Athirah berkata dia berkongsi paparan mesej itu kerana mendapat inspirasi daripada posting seorang rakan dan sama sekali tidak menyangka ia akan tular.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November lalu.

“Saya nampak kawan saya buat posting macam tu. Jadi saya buat juga, tapi tak sangka dapat perhatian ramai. “Rata-rata warganet terhibur sebab cara dia mesej ajak saya kahwin. Ramai yang kata nak take note, nak cuba cara itu. Saya dan suami pun ada baca komen. Kami gelak-gelak sebab ia kelakar,” ujarnya,

Menurut wanita dari Melaka yang mesra disapa Athirah itu, perjalanan ke arah penyatuan dirinya dan suami bukanlah seringkas yang disangka, sebagaimana ringkasnya cara dia diajak berkahwin dalam mesej tersebut. Katanya, mereka yang sudah berkenalan sejak tamat sekolah pernah membawa haluan masing-masing sebelum kembali berkawan sekitar dua tahun lalu.

“Saya dan suami dah kenal masa lepas sekolah pada tahun 2013. Kenal melalui kawan-kawan, kami dalam satu geng sama. Kami bercinta sekejap dan putus pada tahun 2014. Sejak itu, kami bawa haluan masing-masing sehinggalah dia start contact balik pada tahun 2018.

Kawan-kawan semua terkejut. Mereka tak sangka kami akan bersama semula.

“Dalam tempoh senyap lama tu, dia ada orang lain… begitu juga saya. Memang tak pernah terfikir akan bersama semula,” imbasnya. Menurut Athirah lagi, dia dan suaminya, masing-masing berusia 26 tahun mengambil keputusan untuk berkahwin selepas mereka kembali bersahabat pada 2018.

“Saya terima balik sebab saya pun dah kenal dia. Masa tu kami pun tiada sesiapa. Dia pun nak settle down. Kalau dah betul-betul serius nak kahwin, InsyaAllah dua-dua pihak akan cuba untuk ke arah yang lebih baik,” ujarnya. Dedah Athirah lagi, rakan-rakan dia dan suaminya turut terkejut apabila mendapat tahu perhubungan yang ternoktah pada 2014 itu kembali terjalin semula pada 2018.

Athirah tidak sangka dia dan suami akan kembali berhubung selepas membawa haluan masing-masing pada 2014.

“Kawan-kawan semua terkejut. Mereka tak sangka kami akan bersama semula. Sebab selama ni dah bawa haluan sendiri. Kebanyakannya memang terkejutlah. Tapi saya percaya dengan ketentuan Allah,” ujarnya.

Tambahnya, dia kini turut bekerja sebumbung dengan suaminya di sebuah syarikat di Melaka. Sehingga kini, posting di Twitter wanita itu turut menerima lebih 2,200 ulang kicau dan dihujani pelbagai komen warganet.

“Kau nak kahwin tak? Seronok kalau betul mudah sebegini. “Simple and direct. Saya suka. “Senangnya dia ajak kahwin,” tulis beberapa warganet

Gadis Ini Tak Sangka Selama Ini Bertahun Tahun Cuba Move On Dari Bekas Kekasih. Sekali Tak Sangka Tiba Tiba Bekas Kekasihnya Masuk Meminang.

Meskipun sudah lama menyulam cinta dan putus di pertengahan jalan, namun andai sudah ditakdirkan berjodoh tetap bersatu jua akhirnya. Walaupun bunyinya kedengaran agak tidak masuk akal, begitulah yang terjadi kepada pasangan kekasih ini.

Menerusi sebuah perkongsian video di aplikasi TikTok, gadis bernama Siti sempat menceritakan kisahnya yang telah dilamar oleh bekas teman lelakinya sendiri. Gadis berkenaan menjelaskan hubungan antara dia bersama pemuda yang dikenali sebagai Azri pernah berakhir tiga tahun lalu iaitu pada 2017. Selepas melalui fasa sedih untuk ‘move on’ daripada kisah cinta silam, siapa sangka rupa-rupanya jodoh mereka masih kuat.

Bukan dilamar kekasih, tapi bekas kekasih!

Alkisahnya sebaik Azri mendapat tahu Siti kembali ‘single’, dia terus masuk meminang. Berkat restu daripada kedua ibu bapa, kini hari bahagia mereka bergelar suami isteri semakin hampir.

Rata-rata warganet berasa gembira dan membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan mendoakan kebahagiaan pasangan terbabit. Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang memberi reaksi sebaliknya kerana bukan semua orang sanggup berjodoh dengan bekas kekasih.

Orang yang betul pada masa yang salah

Inilah namanya jodoh

Tak nak kahwin dengan ‘ex’, penat kot nak ‘move on’

Orang cakap, kalau dah jodoh tu takkan kemana. Beribu batu perginya, kalau dah jodoh jumpa juga akhirnya. Moga terus hingga ke jinjang pelamin! Sumber: TikTok Yayang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *