Disebabkan kedegilan individu terbabit pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan ini. Rupanya telahpun ditegur.

Amalan Covid 19 ISU SEMASA Uncategorized

Hanya disebabkan ingkar Peraturan Perintah kawalan Pergerakan (PKP), tiga individu ini ditahan oleh pihak berkuasa ketika mereka didapati sedang melepak di kawasan kolam renang di sebuah kondominium. Didapati ketiga-tiga individu itu sedang bersantai-santai kawasan kolam renangwalaupun ianya sudah dilarang oleh pengawal keselamatan kediaman tersebut. Walau bagaimanapun, pengawal keselamatan itu terus menghubungi pihak polis setelah dicabar oleh mereka.

Cabar polis

Tular video di aplikasi whatsapp yang menunjukkan kedegilan tiga individu yang sedang elok bersantai di sebuah kolam renang di kawasan Kompleks BM City, Bukit Mertajam. Video tersebut turut menyaksikan tiga individu itu telah pun ditegur oleh Pengawal Keselamatanyang melarang mereka berkumpul di kawasan tersebut untuk mengikuti saranan PKP. Namun, individu tersebut tidak mengendahkan malah lagi mencabar pengawal keselamatan untuk melaporkan kepada pihak polis dan turut memberi makluman alamat penginapan mereka sekali.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah iaitu Asisten Komisioner Shafee Abd Samad memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar 6.30 petang dan pihaknya telah menerima laporan yang dibuat oleh pengawal keselamatan berhubung perkara tersebut.

Daripada maklumat yang diterima, polis menahan lelaki terbabit berusia 41 tahun bersama dua rakannya berusia 20 dan 22 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 269 Kanun Kes3ksaan dan Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].

Semakan mendapati lelaki berusia 41 tahun itu mempunyai rekod jenayah berkaitan kes komersial, manakala dua lelaki lain tidak mempunyai rekod jenayah. Sumber: Sinar Harian

Wanita Ini Kantoi Dating Semasa PKP. Sekali Bila Ingin Dibawa Ke Balai Ini Pula Respon Mereka.

Masih ada lagi individu yang berdegil dengan SOP yang telah ditetapkan. Malah, pihak berkuasa juga telah diingatkan dan telah memberi kompaun pada yang berdegil tetapi masih mengingkari oleh sesetengah pihak. Pihak polis menganggap serious soal SOP PKP yang telah ditetapkan ini. Ianya juga untuk kebaika kita bersama supaya wabak ini tidak berpanjangan dan tidak merebak jauh ke seluruh tempat.

Setiap pasangan mesti merancang setiap kali keluar berjumpa. Ini untuk membuatkan setiap destinasi yang dituju itu bakal dijadikan kenangan manis. Walaupun pada masa ini masih lagi dalam mood PKP, anda boleh simpan dahulu apabila tempoh PKP ini sudah selesai.

Seperti sebuah rakaman video yang tular di media sosial hari ini, dengan hampir 10 ribu tontonan rata rata warganet terhibur dengan gelagat gadis ini cuba untuk balik setelah dihalang pihak berkuasa kerana dating semasa tempoh PKP.

Anakkk oiii…tu Mak pak pesan ..jgn p mne..kan dah mendapat..nak keslan ka nak gelak…..brlajar dari kes.ilapan naaa…aduhaiiii. Tak mauu laa paklonggg takk mauuu la paklongg .. saat bilaa aku jadi paklong hang .. katanya. Ni mesti keluar tak habaq mak pak hang kan..sat g balik kepala hilang. Punyala r.omantik siap pakai baju sama kaler..hahahaha…sekali teqiak. Suh duk uma bkn melepak pandai kess dh naik mend.adak tak t.akut ka hampa semua, duk m.erayap buat apa. Suara die. Haha! Anywoos semut berkawad satu satu hoora hoore. Semut berkawad satu satu hoora hoore. Pompuan yg lebih2..lelaki tu duk relaxx jerr. Rakaman video boleh dilihat di sini.

Nilai komp4un, denda ingk4r SOP dinaikkan dalam Ordinan D4rurat – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Kompaun dan denda bagi kesalahan individu atau syarikat yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dinaikkan dalam Ordinan Darurat. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang menggubal hukuman lebih berat melalui ordinan berkenaan berikutan masih ramai yang gagal mematuhi SOP mengekang penularan COVID-19 ketika ini. Jelas Ismail Sabri, melalui pelaksanaan Ordinan Darurat tersebut, individu yang dihadapkan ke mahkamah akan dikenakan denda yang lebih tinggi berbanding sekarang.

“Jadi saya harap rakyat tidak perlulah sehingga diambil tindakan oleh pihak berkuasa kerana disiplin diri yang paling penting. Maka, tuan-tuan perlu patuh kepada setiap SOP yang dikeluarkan kerana SOP yang dikeluarkan bukan untuk menyusahkan rakyat tetapi memastikan kesihatan tuan-tuan dapat dijaga dengan baik,” katanya dalam sidang media, pada Khamis.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri menambah Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 494 lagi individu atas kesalahan ingkar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara Daripada jumlah tersebut, seramai 464 individu telah dikompaun sementara 29 direman dan seorang dibebaskan dengan jaminan polis. Kesalahan tersebut termasuk tidak memakai pelitup muka, merentas negeri tanpa kebenaran serta tidak mengamalkan penjarakan fizikal.

Mengenai Op Benteng pula, Ismail Sabri berkata, 21 warga asing tanpa izin (PATI) ditangkap, manakala dua kenderaan darat dirampas. Dalam operasi itu, turut dikesan 110 bot dan kapal berada di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan. Sumber: OM, astro awani

Tular Di Twitter Satu Paparan Skrin Di Status Whatsapp Seperti Mempersoalkan Situasi PKP. Sekali Ini Respon Warganet.

Ramai warganet mengkritik individu itu yang disifatkan seolah-olah sedang mengata diri sendiri. Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai untuk mengambarkan sikap individu ini yang seolah-olah mencari kesalahan orang lain, sedangkan dia turut melakukan perkara sama. Terbaharu, tular paparan skrin status WhatsApp individu itu yang memuat naik foto pelanggan di sebuah gedung perabot terkenal.

Posting asal status WhatsApp berkenaan.

Menerusi kapsyen, dia mempersoalkan situasi itu yang kelihatan seperti bukan dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “PKP ke tak ni oii?” soalnya sambil meletakkan satu emoji ketawa. Paparan skrin status WhatsApp itu kemudiannya ditularkan ke Twitter sehingga menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet). Pergi I**a, up gambar tayang makhluk ramai ya ampun, lepas tu persoalkan PKP ke tak ni oii?

Kan! Patut dia tanya diri dia semula soalan tu.

“Eh buntal, kau tak kira makhluk ke menyemak kat I**a tu?” soal @fazrulazreen menerusi Twitter. Rata-rata warganet turut mempersoalkan tindakan idividu itu yang dianggap tiada beza dengan pelanggan lain yang berkunjung ke sana.

Status WhatsApp itu tular selepas dikongsi seorang individu menerusi Twitter.

Malah kata warganet, melihat kepada situasi itu, maka tidak hairan jika kes Covid-19 di negara ini meningkat saban hari. “Agak pelik sekali. Orang yang ambil gambar ni mengadu ramai kat I**a walaupun PKP. Tapi apa yang dia sendiri buat kat sana waktu PKP?

Warganet di Twitter luah rasa bimbang ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

“Agaknya dia seorang je ada urusan penting dekat I**a. Orang lain yang ramai-ramai tu pergi tanpa sebab. Salahkan I**a kenapa? Salahkan diri sendiri yang gigih pergi sana jalan-jalan. Sedangkan dah cakap stay at home. “Kan! Patut dia tanya diri dia semula soalan tu,” tulis beberapa warganet.

Mak Dan Anak Keluar Pergi Beli Printer Pada Musim PKP Ini. Rupa Rupanya Ini Kisah Di Sebalik Printer Yang Baru Beli Itu.

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) kini menjadi norma baharu buat anak-anak. Norma baharu akibat pandemik Covid-19 menyaksikan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dilakukan secara dalam talian pada masa ini. Bukan sahaja pelajar yang terkesan perlu belajar dari rumah, golongan pendidik juga menghadapi cabaran untuk memastikan anak didik tidak tercicir dalam pelajaran.

Seorang guru berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang rakan yang telah lama bergelar pendidik, bersama anaknya yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini. Pertemuan di kawasan parkir itu menyaksikan dua beranak itu membawa sebuah mesin pencetak.

“Saya tanya beli printer kak? Haah, ni ha anak akak nak SPM dah tahun ni, dia kata apa kata mama beli printer, tolong print kan kerja-kerja rumah dia dan kawan dia sekali. Ada kawan-kawan yang dia nak tolong print kan kerja katanya. Akak kata bagus juga, mana tahu berkat tolong kawan-kawan ni dia dapat SPM bagus,” tulis Muhammad Yusof di laman Facebook miliknya, mengimbas kembali perbualan bersama guru berkenaan.

Dirinya begitu kagum, malah terharu dengan jawapan yang diberikan oleh guru tersebut dengan situasi negara yang dikuat kuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagusnya apa yang dia dan anak dia buat nak bantu masalah pembelajaran anak-anak orang lain yang kurang berkemampuan. Sebenarnya masa PKP ni kalau kita mampu, bantulah mana yang kita boleh bantu. Tanya cikgu-cikgu apa yang ibu bapa boleh buat untuk bantu pembelajaran anak-anak mereka,” katanya.

Dunia pendidikan menjurus ke arah teknologi terkini. – gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

Jelasnya, ibu bapa menerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah masing-masing juga boleh memberikan kerjasama untuk kemudahan pengajaran guru. Boleh set up satu studio untuk digunakan oleh cikgu-cikgu untuk mengajar anak depa (mereka). Tak rugi pun beli rasanya sebab memang dunia pendidikan dah menjurus ke arah teknologi sekarang ni.

Dah masuk tahun 2021 ni, takkan kita masih nak main isu ‘potong gaji cikgu, cikgu makan gaji buta!’. Cukup dah kot. Macam dah tak relevan dah isu ni

“Mana-mana cikgu yang nak rakam video boleh guna studio tu lepas tu masuk je dalam grup pembelajaran. Kemudian, pihak sekolah juga boleh buat channel (saluran) sekolah kat YouTube dan muat naik video cikgu-cikgu sekolah tu mengajar bagi yang tak sempat nak tengok. Untung-untung boleh juga dapat duit untuk sekolah kalau video tu ramai orang tengok. Ye tak?” tambahnya.

Perkongsian Muhammad Yusof di Facebook.

Menurut Muhammad Yusof, guru-guru juga perlu rajin bertanya kepada ibu bapa pelajar bagi mengetahui masalah yang dihadapi anak-anak dalam sesi pembelajaran.

“Kalau ada mak ayah yang ada masalah dalam pembelajaran anak-anak boleh PM (mesej secara peribadi) cikgu-cikgu. Mungkin cikgu-cikgu boleh membantu apa yang termampu cikgu tu boleh bantu. Dah masuk tahun 2021 ni, takkan kita masih nak main isu ‘potong gaji cikgu, cikgu makan gaji buta!’. Cukup dah kot. Macam dah tak relevan dah isu ni rasanya,” ujarnya.

Saranan kepada guru dan ibu bapa demi kepentingan pelajar.

Sehubungan, dia menyarankan agar golongan ibu bapa dan guru tidak menyalahi antara satu sama lain, sebaliknya mencari jalan penyelesaian demi kebaikan para pelajar. “Masa sekarang ni bukanlah masa untuk kita cari salah cikgu-cikgu atau cikgu-cikgu hentam mak ayah tapi sekarang ni adalah masa untuk ibu bapa bantu cikgu-cikgu dan cikgu-cikgu bantu ibu bapa. Semua ini adalah untuk kebaikan anak-anak kita juga, kan?” kata Muhammad Yusof.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *