Tak sangka kecuaiannya mengundang sesuatu detik cemas buat anaknya. Kini wanita ini tampil dedahkan perkara yang berlaku.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Gambar sekadar hiasan.

Apa yang ingin terjadi itu pasti akan terjadi walaupun diluar kemampuan kita. Buat ibu bapa pinta hati-hati dengan setiap perkara. Walaupun di kawasan rumah anda sendiri. Ianya belum cukup selamat untuk anda lepaskan anak anda sendiri. Zaman kini bukanlah seperti zaman dahulu kala yang boleh bebas bermain dengan bahagianya. Jika hari ini walaupun anda terleka sedikit pasti sudah berlaku banyak kes yang berlaku. Perkongsian dari seorang ibu ini, Puan Rehana Ahmad boleh dijadikan peringatan buat semua. Allah.. terima kasih semua keluarga dan kawan-kawan yang tolong doakan. Tak tahu perasaan kami ni macam mana. Masih terkejut, fobia walaupun ramai yang bertanya kejadian sebenar yang berlaku.

Hati-hati, depan rumah pun tak selam4t

Tapi mungkin takdir ingin melindungi keluarga kami lagi. Perkongsian ini hanyalah untuk memberitahu orang ramai supaya lebih berhati-hati. Mungkin cara baru untuk mengambil tanpa izin budak. perkara ini berlaku kira-kira 6.30-6.50 petang pada 21/12/2020.

” Pintu grill rumah kami memang sentiasa bertutup dan bermangga. Tapi sewaktu perkara ini terjadi ada ahli keluarga yang mengunjungi rumah kami. Jadi memang ramai dalam rumah kami. Pintu grill juga bukan lah sengaja untuk membiarkan ia terbuka dan membenarkan anak main di luar kawasan rumah. Anak juga tidak pernah untuk main di luar sekiranya tiada ahli keluarga lain di luar. Dia akan sentiasa duduk di pintu dan mengintai orang.

namun sewaktu hari kejadian itu kira-kira pukul 6.30 pm sewaktu suami baru sahaja balik kerja. Jadi sewaktu itu, saya beritahu anak, Aryan, papa balik. Jadi, Aryan akan tunggu di pintu grill untuk menunggu kepulangan bapanya. Kami juga duduk di meja makan sambil berbual bersama ahli keluarga sambil melihat Aryan yang setia tunggu di pintu grill. Bagaimanapun, pada hari tersebut, papanya lewat sikit. Allahu masa ni, adik Zaliana Asmida keluar dari tandas dan dia nampak dekat cermin nako tu bayang orang pakai baju pink menarik Aryan.

Mula-mula ingat papanya balik, tapi pelik kenapa seorang, sebab selalunya dengan adik sorang lagi Zahirah Azian. Bila dengar Aryan menangis terus dia menjerit Aryan. Waktu dia menjerit Aryan nampk orang tu lari. Bila tengok dekat pintu orang tu dah tak ada. Aryan nak nangis pegang pipi. Masa kejadian tu berlaku betul memang tak alert. Sebab first ingat ada orang nak main dengan Aryan, sebab kejiranan sini memang selalu main dengan Aryan. Jadi saya ingat mula-mula tak ada apa-apa sebab kejiranan sini memang tak ada masalah.

Pipi anak bengk4k

Lepas abang ipar dah balik, Mida tak puas hati cerita balik. Dan bila tengok pipi Aryan bengkak, rasa tak sedap hati. Sebab pertama kenapa lari bila Mida jerit nama Aryan. Kedua, kenapa kalau dia nak main dengan Aryan kenapa perlu rentap Aryan sampai muka Aryan luka. Tak pasti kena cekar atau kena grill. Sebab masa tu tangan kiri Aryan berpaut pada grill. (yang ni memang saya tengok sebab mata tengok ke Aryan sebab tu tak perasan dekat cermin nako ada orang).

Dan sebab ketiga yang menguatkan lagi instint, papanya baru keluar lif masa kejadian, dan nampak ada seorang lelaki pakai baju pink margenta gelap-gelap sikit lari lintang pukang dari balkoni bertentangan rumah kami hampir nak langgar seorang mak cik. Cuma dia tak la tengok muka lelaki tu, sebab fikir lelaki tu mungkin tengah bergurau dengan siapa-siapa main kejar-kejar. Nak-nak pulak letih balik dari kerja.

Masa related semua tu rasa macam tak jejak tanah kaki ni. Kalau la orang tu berjaya tarik Aryan.. Allahu..tak tahu la macam mana. Bila inform pada blok supaya hati-hati dengan anak masing-masing, mereka suruh report polis. Dan akan periksa CCTV. Blok ni memang budak lepas je bermain. Kadang boleh tengok budak kecil-kecil turun pergi beli jajan, beli aiskrim. Macam anak saya memang saya tak lepas keluar. Duduk la dalam rumah kalau mama tak keluar. Mungkin sebelum ni parents sini rasa selamat. Sebab dia orang pun cakap ni kes pertama la dalam sejarah kawasan rumah kami.

Sebelum ni selalunya cubaan cu-lik depan rumah, rumah taman atau rumah bawah.. Tak terfikir duduk rumah tinggi yang ramai orang pun berani dia buat kerja. Rumah kami lot tepi pulak tu. Sekarang terjadi dekat diri sendiri. Allahuakhbar, tak tahu nak cakap macam mana.

Jadi anda perlu hati-hatilah. Keep alert anak masing-masing. Walaupun depan rumah, belum tentu selamat. Orang sekarang macam-macam. Bukan macam kita kecil-kecil dulu bebas ke mana-mana. Main dalam semak, hutan rileks je. Pergi kayuh basikal pergi kedai rileks je. Sekarang dah tak selamat guys. Beringatla.. Bukan dengan peny4kit je risau, dengan manusia pun risau.

Ajar anak anda 8 perkara ini …

Tidak salah jika mereka menjerit atau berteriak “Tidak!” ketika mereka berada dalam bahaya. Kanak-kanak perlu melakukan apa sahaja untuk menarik orang ke arah mereka, dan meminta bantuan. Berkumpul di kawasan tertentu jika mereka terses4t, terutamanya apabila anda pergi ke tempat baru. Kemudian, beritahu anak untuk berada di satu tempat sehingga anda datang untuk menjemputnya. Jadikan ia lebih mudah bagi mereka untuk ingat dengan menunjukkan apa-apa mercu tanda tertentu yang dekat.

Mengingati maklumat penting seperti nombor telefon anda, nombor kenalan rakan anda dan alamat anda. Tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Kanak-kanak tidak boleh cuba mesra dengan orang yang mereka tidak tahu sebarang maklumat tentang mereka.

Beritahu anak anda maklumat pegawai polis tempatan dan keluarga lain dengan anak-anak boleh dipercayai. Orang-orang ini dapat membantu anak-anak anda jika keadaan kecemasan berlaku atau jika mereka terses4t. Tidak memasuki kereta atau menemani seseorang yang tidak mereka kenali – walaupun orang asing itu meminta bantuan, seperti sama ada kanak-kanak “kehilangan haiwan peliharaan” itu berada di dalam kenderaan orang yang tidak dikenali itu.

Menjadi terbuka kepada anda jika seseorang yang mereka tidak kenal telah mendekati mereka, walaupun anak anda dalam bahaya untuk tidak bercerita. Jelaskan kepada anak anda bahawa mereka tidak akan menghadapi masalah dan anda berada di sini untuk melindungi mereka.

Tidak mendedahkan lokasi mereka dalam tetapan telefon bimbit melalui pelbagai aplikasi atau orang, dan tidak mendedahkan nombor mudah alih mereka di internet. Kredit: Rehana Ahmad

Tular Pengalaman Abang Food Panda Ini Bila Dapat Pesanan Di Suatu Tempat Misteri Ini. Tapi Bila Dihubungi Ini Pula Yang Berlaku.

Dunia yang serba teknologi ini, sangatlah menyenangkan kehidupan seseorang itu dalam hariannya. Sebagai contoh, aplikasi makanan antara dunia teknologi yang dapat membantu kehidupan seseorang serba sedikit. Walaupun begitu, tular pula video yang dikongsikan seorang penghantar makanan yang digelar Abang Panda, di laman Tiktok berkongsikan nasibnya yang ditipu oleh pelanggan misteri. Lebih misteri lagi, apabila pelanggannya itu meminta supaya dia menghantar makanan tersebut di tempat perkuburan Cina. Bila telefon tak angkat pula, haish seram!

Sekarang siapa yang order?

Menerusi video TikTok itu, lelaki ini menceritakan pengalamannya menghantar makanan yang ditempah oleh seorang pelanggan di tempat perkuburan Cina. Namun, apa yang lebih pelik apabila dia cuba untuk menghubungi pelanggannya itu, namun panggilan tersebut tidak dijawab. Malahan, ketika sampai di tempat tersebut, tidak kelihatan sesiapa pun melainkan hanya kubur yang berada di situ.

Ada orang ordercall tak angkat. Memang prank orderlocation dia bagi dekat kawasan perkuburan Cina. Persoalannya siapa yang order dekat sini? Manalah tahu penggali kubur yang order. Jelasnya lagi, tindakan pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu secara tidak langsung menyusahkan ramai pihak dan dia terpaksa membatalkan pesanan itu. Pada masa yang sama, dia juga sempat membayangkan jika pesanan itu diterima pada waktu malam dan dia terpaksa menghantar makanan itu secara bersendirian di tempat yang sunyi.

Prank order memang berlaku, setiap minggu mesti ada rider yang kena. Seseorang rider tu tak tahu pon dia kena prank ke apa unless lepas dia pick up makanan tu. Sebelum buat tu fikir dulu, jangan menyusahkan rider. Menerusi video kedua, lelaki ini turut menceritakan jika seseorang itu bertindak melakukan prank order perkara itu secara tidak langsung merugikan pelbagai pihak termasuk rider itu sendiri. Malahan, pemilik akaun itu juga boleh disekat dan tidak boleh lagi membuat sebarang pesanan pada masa yang akan datang. Takkan penggali kubur yang order?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *