Soalan cepumas wanita ini bikin kantoi. Warganet turut terkejut dengan jawapan daripada pemuda ini.

Amalan Info Uncategorized Viral

Setiap orang sudah menjadi kebiasaan, setiap tahun pasti kita akan teruja apabila tibanya hari kelahiran dan ingin menyambutnya dengan yang tersayang. Walaupun tidaklah mengharapkan apa-apa buah tangan namun ucapan tanda keringat itu sudahpun memadai. Bagi mana mana pasangan, pasti tidak mahu melupakan tarikh hari jadi masing-masing bukan?.

Sama ada ia diraikan dengan memberikan hadiah yang istimewa, mengadakan jamuan dan acara memotong kek hari jadi dan atau diberi kejutan yang kreatif daripada pasangan, ahli keluarga atau kawan-kawan. Ia dilakukan semata-mata untuk mengembirakan dan menghargai orang tersayang. Kadang kala pening juga memikirkan hadiah yang sesuai agar pasangan berasa gembira menyambut ulang tahun kelahiran yang hanya setahun sekali. Sebab itulah penting bagi pasangan mengenali dan memahami minat, hobi atau kesukaan pasangannya agar hadiah yang diberikan benar-benar istimewa dan dihargai.

Kisah kejutan hari jadi yang dikongsikan oleh seorang pengguna tiktok deechanteq ini begitu menarik dan unik. Dengan lebih 19 rlbu tontonan reaksi lelaki ini seperti lupa nama pasangan beliau pada awalnya buat ramai terhibur dengan telatah individu ini.

Reaksi Orang Ramai

Pehh..yang mana dia tanya..aduhai sedih dengar..haha. Gitula lelaki..senang jee..jangan nanti dah kawin kabo masih bujang pulak yerkkk. Dia punya alamak..huhu. xmengaku ada awekk..sian awek dia. Dia t0ngengkan kek tu macam tu je..hahaha. nak tunggu gelak tu je.

Askar Plan Balik Cuti Nak Buat Kejutan Buat Isteri Sampai Terpaksa Lakukan Ini. Sampaikan Ganti Sesuatu Ini Untuk Hadiahkan Pada Isteri.

Setahun di Lubnan, Izzat dan isterinya kembali bersua pada Sabtu lalu. Setahun mengikuti misi pengaman di Lubnan, suami tiba-tiba muncul di hadapan rumah. Begitulah kisahnya yang berlaku apabila Nur Hidayah Rusli, 33, terkejut melihat kehadiran suaminya, Izzat Farhan Jamaluddin, 32, yang juga seorang tentera di hadapan kediaman isteri di Sepang, Selangor pada Sabtu lalu.

Anggota tentera yang mesra disapa Izzat itu mendedahkan turut bersepakat dengan rakan-rakan isterinya dalam merealisasikan kejutan berkenaan yang sudah lama dirancang. Namun katanya, dia juga terpaksa dikuarantin di sebuah hotel sejurus tiba baru-baru ini sebelum melaksanakan kejutan berkenaan pada Sabtu lau.

“Kami 150 orang mengikuti misi di bawah Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama setahun di sana. Saya pergi pada Oktober 2020 dijangka pulang Oktober 2021. Sekarang saya balik cuti sebulan dan akan ke sana pada 13 Februari ini. Saya dah tiga tahun berkahwin. Sejak saya ke Lubnan, isteri menyewa dengan rakan-rakannya. Jadi sebelum balik saya dah berpakat awal-awal dengan rakan serumah isteri.

Izzat dikuarantin di ibu negara sejurus tiba baru-baru ini.

“Sepanjang tempoh kuarantin di Kuala Lumpur, saya juga terpaksa berlakon setiap kali buat video call. Pakai uniform dalam bilik hotel, duduk belakang dinding. Bila hantar mesej pun saya ikut macam masa saya di Lubnan,” ujarnya. Menurut Izzat, dia cukup gementar untuk membuat kejutan itu memandangkan sudah lama tidak bersua muka dengan isterinya.

Isteri saya marah, dia kata kenapa tipu? Kenapa tak bagitahu dah balik?

Selain kepulangan penuh kejutan itu, dia turut membeli sebuah gajet sebagai hadiah atas kesabaran isterinya sepanjang berjauhan selama ini. “Syukur Alhamdulillah, saya rasa bersyukur, impian jadi kenyataan dapat buat kejutan tu. Saya juga ada belikan iPhone 12 Pro untuk dia. Saya buat kejutan, letak telefon tu dalam kotak KFC. Reward untuk dia kena tinggal di sini. Kawan-kawan serumah dia empat orang turut ambil cuti pada hari tu, mereka beli makanan untuk raikan kami.

Mereka mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu.

“Kalau ikut rancangan asal, saya dah tempah resort di Pulau Redang, mak saya pula berada di Kuching, Sarawak. Tapi semua tak boleh dilaksanakan sebab Covid-19. Untuk habiskan tiga minggu cuti, saya sewa sebuah tempat di Sepang buat sementara waktu sebelum balik ke Beirut bulan depan,” jelasnya.

Menerusi video yang dikongsi, isterinya yang terkejut melihat kehadiran Izzat di hadapan rumah sempat melemparkan selipar ke atas jalan raya. Jelas Izzat, isterinya geram kerana tidak diberitahu terlebih dahulu mengenai kepulangan itu.

Antara babak dalam video kejutan berkenaan.

“Kalau tengok video tu boleh nampak yang saya nervous. Dari keluar hotel, pergi beli telefon sehingga ke rumahnya, saya nervous. Isteri saya marah, dia kata kenapa tipu? Kenapa tak bagitahu dah balik?” ujarnya berseloroh.

Kata Izzat yang masih belum diberi rezeki cahaya mata, dia bagaimanapun cukup bersyukur dapat pulang dengan selamat dan bertemu dengan buah hatinya itu yang kini berkhidmat sebagai kakitangan Qatar Airways. Dalam pada itu, dia sempat menitipkan pesanan buat rakyat negara ini agar terus tabah dalam menghadapi Covid-19 dan meminta semua terus menjaga diri sepanjang tempoh pandemik ini.

Gadis Ini Tidak Menyangka Dengan Kejutan Yang Dibuat Oleh Ibu Bapanya. Abang Sanggup Berhenti Tepi Jalan Untuk Try Jubah.

Ruhana Syakirah (kanan) menerima kejutan daripada ibu bapanya dengan meraikannya tamat pengajian dalam satu majlis di kediamannya di Alor Setar, Kedah. foto ihsan DJ Don  Begitulah suasana kenduri-kendara yang dihadiri ramai tetamu. Siap dengan pentas dan simbolik perasmian hingga ke alunan gamelan berkumandang, majlis yang diadakan di rumah ibarat istiadat konvokesyen di universiti.

Namun, ia adalah kejutan untuk seorang gadis yang menamatkan pengajiannya, dan kemudian memakai jubah konvokesyen seolah-olah berada di majlis sebenar.

Bercakap kepada mStar, bapa kepada gadis itu, Saadon Awang berkata, kejutan tersebut merupakan majlis untuk meraikan anak perempuannya, Ruhana Syakirah, 22, yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Bina di Universiti Malaya (UM), tahun ini.

Syakirah turut dikejutkan dengan kek..

Bapa berusia 54 tahun itu memberitahu, majlis yang diadakan di kediamannya di Alor Setar, Kedah itu susulan penangguhan majlis konvokesyen yang diputuskan oleh pihak universiti berikutan peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

“Jadi kami sekeluarga membuat perancangan dua minggu dengan kerjasama rakan-rakan anak bagi memastikan kejutan ini berjaya. Perkara pertama yang kami lakukan adalah menyembunyikan skrol dan transkrip pengajiannya sehingga dia asyik bertanya mana skrol tak sampai-sampai lagi,” katanya kepada mStar sambil menambah pelbagai alasan yang diberikan selain mengalihkan tumpuan anaknya itu.

Abang Syakirah membeli jubah di UM dan mencubanya di tepi jalan.


Lebih dikenali sebagai DJ Don, katanya, mereka turut membeli jubah konvokesyen di UM dengan bantuan seorang anak lelakinya yang bekerja di Kuala Lumpur. “Anak lelaki saya yang berusia 27 tahun iaitu abang Ruhana sanggup berhenti tepi jalan, untuk try pakai jubah sebab nak pastikan semula saiz yang dibeli benar-benar sepadan dengan adiknya,” katanya. Menjelang hari yang dijadualkan untuk majlis kejutan Sabtu minggu lalu, bapa kepada tujuh anak itu mendapatkan bantuan rakan-rakan baik anaknya untuk membawa anaknya itu keluar ke bandar.

Syakirah (kiri) menerima ‘skrol’ daripada majikannya.

Jelasnya, ia bagi membolehkan mereka membuat persiapan dengan pemasangan khemah, meja dan kerusi serta hidangan termasuk ketibaan tetamu jemputan. “Saya suruh kawan-kawan baik dia bawa dia keluar dari pagi sampai ke malam, temankan beli baranglah, jalan-jalanlah. Pukul 8 malam baru hantar dia balik. Setiba di rumah, anak memang tertanya-tanya tiba-tiba rumah meriah siap pasang khemah dan ramai orang. Dia tanya kami majlis apa, kami cakap ada perasmian dan kenduri kesyukuran.

Majlis kejutan ini merupakan penghargaan buat dia di atas penat-lelahnya sepanjang pengajiannya di universiti

“Tapi saja kenakan dia, kami minta dia menyempurnakan upacara perasmian sebagai ‘denda’ sebab dia keluar dari pagi tapi tak tolong untuk buat persiapan majlis,” tambahnya. Menurut DJ Don, anak ketiganya itu hanya menyedari majlis itu untuk meraikannya apabila sepanduk di pentas diturunkan, dan tertera ucapan tahniah.

DJ Don (kiri) meraikan anaknya, Syakirah yang tamat pengajian di UM.

“Muzik gamelan dipasang seperti mana yang sering dimainkan di dalam dewan kebanyakan universiti ketika istiadat konvokesyen. Anak kemudian memakai jubah yang dibeli di UM. Skrol pula disampaikan sendiri oleh majikannya ketika latihan praktikal sehingga diserapkan sebagai pekerja di syarikat yang sama,” katanya sambil menambah majlis turut diserikan dengan doa kesyukuran, acara potong kek dan pemberian hadiah serta jamuan makan.

Beliau yang merupakan pengusaha stesen minyak menyifatkan majlis kejutan itu sebagai tanda penghargaan buat anaknya itu yang selama ini bertungkus-lumus untuk menamatkan pengajian dalam peringkat ijazah sarjana muda.

“Dengan norma baharu ini, majlis kejutan ini merupakan penghargaan buat dia di atas penat-lelahnya sepanjang pengajiannya di universiti. Siang malam dia berada di studio untuk menyiapkan tugasan. Walaupun dia pernah hampir putus asa, tapi dia tetap komited dengan meneruskan pengajian di atas sokongan moral kami sekeluarga. Dia seorang anak yang baik dan wajar dihargai di atas kesungguhannya,” kata DJ Don.

Graduan UiTM Ini Sanggup Lakukan Kerja Ini Untuk Menjadikan Pengalaman. Tapi Tak Sangka Dia Menjadikan Pengalaman Sebagai Modal Sesuatu Kerja Ini.

Shah berkongsi jatuh bangunnya yang melakukan pelbagai pekerjaan sehingga akhirnya bergelar seorang penyedia kandungan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Begitulah kata-kata yang dapat menggambarkan kisah perjalanan jatuh bangun seorang pemuda sebagaimana yang dipaparkan dalam video tular di TikTok.

Menurut pemuda berusia 27 tahun itu, dia yang diberhentikan kerja pada November lalu selepas tiga tahun berkhidmat di sebuah kedai buku enggan berputus asa dan kini bangkit menjadi penyedia kandungan (content creator) di media sosial yang kini menjadi kerjayanya.

Bercerita lanjut kepada mStar, Muhammad Shahrul Samsudin, mengakui sukar untuk mendapat pekerjaan, lebih-lebih lagi apabila dia tinggal di kawasan pendalaman.

“Banyak pengalaman jatuh bangun saya. Saya mungkin belum sampai tahap mengalami kemurungan, tetapi saya pernah duduk dalam bilik seminggu untuk dapatkan semula semangat. Saya sama seperti orang lain yang terkesan akibat pandemik Covid-19 dan diberhentikan kerja baru-baru ini kerana kedai buku tempat saya bekerja antara cawangan yang terpaksa ditutup. Situasi yang dilalui membuatkan saya terfikir cara untuk memenuhi tanggungjawab menjaga ibu, dalam keadaan sangat sukar untuk saya mencari pekerjaan yang menjamin masa depan,” ujarnya yang berasal dari Kampung Parit Besar, Rengit di Batu Pahat, Johor.

Selama tiga tahun bekerja di sebuah kedai buku, Shah diberhentikan kerja gara-gara pandemik Covid-19.

Lebih mesra disapa Shah, katanya, video TikTok yang tular itu menggambarkan kehidupannya dari awal kerjaya yang diceburinya sehingga hari ini.

“Arwah ayah saya bekerja sebagai seorang cleaner, jadi lepas SPM saya pun macam budak lain nak cari duit sampingan, nak kerja. Memandangkan semua kedai di Pekan Rengit tak ada jawatan kosong, saya pun setuju bekerja dengan ayah sebagai cleaner. Selama enam bulan saya bekerja di situ, tidak dinafikan ada juga perasaan malu tetapi sejujurnya saya bersyukur sebab banyak benda saya dapat belajar.

Shah yang juga graduan bidang Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah menceritakan pengalamannya selepas tamat pengajian dan memulakan perniagaan percetakan bersama rakan baiknya.

Selepas tamat pengajian, Shah bersama rakannya membuka bisnes percetakan.

“Lepas dapat ijazah, saya buka bisnes printing bersama rakan. Bisnes yang hanya berbekalkan semangat ini hanya mampu bertahan selama setahun. Lagipun dari mula lagi keluarga dan rakan terdekat tak memberi sokongan kerana kebanyakkan keluarga saya semua jenis makan gaji, mereka tak nampak masa depan dalam bisnes. Masa tu saya memang kecewa sangat, tetapi saya cari balik semangat dan teruskan hidup,” demikian luahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *