Ramai yang tidak tahu khasiat ubi keledek Ungu dalam kesihatan kita. Ini 9 khasiat yang buatkan kita perlu amalkan.

Pengetahuan Petua tips Uncategorized

9 Khasiat Ubi Keledek Baik Untuk Kesihatan. Ubi keledek biasanya digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk gorengan atau kuih seperti lepat dan kuih talam. Bagaimanapun daun ubi keledek yang kaya dengan nutrisi biasanya dibuang begitu saja atau dijadikan makanan ternakan. Kajian menunjukkan daun keledek kaya dengan polifenol, lutein, vitamin A dan B, kalsium serta zink. Di negara ini, walaupun ubi keledek ditanam dengan meluas tetapi banyak yang tidak diketahui mengenai tanaman ini. Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. K Jeevan berkata, kandungan nutrisi bagi daun keledek setara dengan sayuran yang dibeli di pasar.

“Tambahan pula kosnya murah memandangkan daun keledek merupakan bahan sampingan tanaman keledek. Ini membolehkan masyarakat mendapatkan nutrisi dengan kos yang lebih rendah,” katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.

Kajian ke atas kandungan polifenol dan ciri anti radikal dilakukan bagi mencari punca sumber antioksidan semulajadi, makanan berfungsi dan nutraseutikal. Sayuran berdaun seperti daun keledek mempunyai kelebihan dituai beberapa kali setahun menjadikannya mudah dipasarkan. Dr. Jeevan menambah, kandungan antioksidan dan polifenol yang tinggi berbanding sayuran lain dapat memberikan pilihan kepada pengguna mendapatkan sayuran berkhasiat pada harga yang murah. Selain itu, daun ubi keledek yang mengandungi bahan semulajadi boleh membantu mengurangkan pergantungan kepada bahan sintetik import yang digunakan dalam pembangunan produk makanan.

“Jika daun keledek digunakan sebagai sayuran bermakna daun yang biasanya dibuang boleh menjadi sumber ekonomi kepada pekebun kecil. Ini bakal memberikan kesan yang besar kepada sektor pertanian dan makanan selain pembukaan lebih banyak ladang keledek manakala pengeluar makanan akan dapat mengurangkan kos bahan mentah,” katanya. Bahan aktif dalam daun keledek sesuai digunakan sebagai bahan untuk snek berkhasiat dan tepung dalam pembuatan roti dan mi.

Khasiat Ubi Keledek Ungu

Khasiat ubi keledek ungu jarang diketengahkan sedangkan makanan yang sering dihidangkan diwaktu petang itu mempunyai pelbagai khasiat seperti vitamin B, C dan E, zat mineral, beta karotin, protein dan kanji. Kandungan anthocyanin dalam ubi keledek mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan DNA, membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kenc1ng m4nis serta meningkatkan daya ingatan.

Kajian oleh penyelidik dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendapat tempat di pasaran komersial dan bakal diinovasikan kepada pelbagai produk seperti makanan, produk kecantikan dan sebagainya. Menyedari hakikat itu, USIM menjalinkan kerjasama dengan Nutramedica Laboratories Sdn. Bhd. untuk pemindahan teknologi pengekstrakan Anthocyanin daripada ubi keledek ungu (Purple Sweetpotato, PSP).

Anthocyanin adalah salah satu antioksidan yang penting untuk kesihatan dalaman dan luaran bagi memerangi serangann pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, kanser dan lain lain penyakit moden serta proses penuaan. Penyelidikan USIM yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Zaiton Hassan dan pasukannya menunjukkan bahawa anthocyanin daripada keledek ungu memberi warna merah kebiruan yang stabil apabila digunakan pada produk yang diproses menggunakan haba seperti penghasilan minuman dan makanan.

9 Khasiat Ubi Keledek

1. Kandungan vitamin B6 yang tinggi. Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan ‘homocysteine’ kimia dlm badan kita. Homocysteine dikaitkan dengan beberapa penyakit dan kandungan Vitamin B6 di dlm ubi keledek dapat mencegah daripada sakit jantung.

2. Sumber Vitamin C yang baik. Kita sedia maklum bahawa vitamin C adalah penting untuk membantu imunisasi badan dan mengelakkan daripada diserang virus selsem4. Namun begitu, tidak ramai yang tahu bahawa vitamin C juga memainkan peranan dlm pembentukan tulang dan gigi, sistem penghadaman dan pembentukan sel darah. Selain itu, vitamin C juga membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menghasilkan kolagen yang berfungsi untuk mengekalkan keanjalan kulit dan turut membantu kita apabila sedang ‘stress’. Ia juga membantu melindungi badan daripada terdedah dengan toksin yang boleh mengakibatkan kanser.

3. Kandungan Vitamin D dalam ubi keledek penting untuk sistem imun dan kesihatan keseluruhan. Mungkin anda pernah mendengar tentang Seasonal Affective Disorder (SAD) yang dikaitkan dengan matahari yg tidak mengcukupi dan ini menyebabkan seseorang itu kekurangan vitamin D. Vitamin D memainkan peranan yg penting dlm tahap tenaga, mood dan juga membantu membina tulang yang sihat, jantung saraf, kulit dan gigi serta menyokong kelenjar tiroid.

4. Ubi Keledek mengandungi besi (iron). Ramai orang tidak menyedari bahawa kite memerlukan galian besi yang membantu kita untuk mempunyai tenaga yang mengcukupi serta memainkan peranan yang penting didalam badan manusia seperti pengeluaran sel darah merah dan putih, ketahanan terhadap tekanan, fungsi imun dan metabolisme protein.

6. Ubi Keledek juga mengandungi sumber magnesium yang baik di mana merupakan mineral relaksasi dan anti-tekanan. Magnesium diperlukan agar arteri, darah, tulang, jantung, otot dan fungsi saraf berada dlm keadaan sihat dan normal.

7. Ubi Keledek merupakan sumber kalium (potassium), ianya salah satu elektrolit yang penting untuk badan manusia yang membantu mengawal isyarat degupan jantung dan saraf. Seperti elektrolit lain, kalium berfungsi dlm merehatkan otot yang mengecut, mengurangkan bengkak dan melindungi dan mengawal aktiviti buah pinggang.

8. Ubi Keledek mempunyai rasa manis yang semulajadi dan gula semulajadi tersebut dilepaskan ke dalam aliran darah dan membantu untuk menghasilkan sumber tenaga serta memastikan tenaga berada dlm keadaan seimbang dan tetap tanpa dikaitkan dengan keletihan dan pertambahan berat badan.

9. Warna oren ubi keledek menunjukkan bahawa kandungan karotenoid yg tinggi seperti beta karotin dan lain-lain. Karotenoid membantu menguatkan penglihatan dan meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit dan ianya merupakan antioksida yang membantu melawan kanser dan melindungi kesan penuaan. Kajian di Universiti Harvard, lebih daripada 124,000 orang menunjukkan pengurangan 32 peratus risiko kanser paru-paru bagi mereka yang mengamalkan pelbagai makanan yang kaya dengan karotenoid sebagai sebahagian daripada diet.

Tips: Memilih/membeli ubi keledek yang segar adalah sangat bagus. Elakkan dari membeli ubi keledek yang pecah dan agak layu. Kemudian simpan ubi keledek itu di tempat yang jauh dari sinaran matahari dan berada di suhu bilik. Ubi keledek tersebut mampu bertahan lama dengan anggaran selama satu ke dua minggu – Source

Tak Sangka Sebenarnya Banyak Khasiat Kelebihan Halia. Dan Ini Sebenarnya Rahsia Orang Tua Dahulu.

Rahsia Orang Tua Dahulu Hidup Beratus Tahun, Inilah Kelebihan Halia Yang Ramai Tidak Tahu. Halia adalah antara herba yang paling menyihatkan. Banyak digunakan dalam masakan tetapi sebenarnya halia juga cukup membantu dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Berikut adalah kebaikan halia untuk kesihatan wanita dan lelaki yang mungkin anda tak pernah tahu.

Pertama, legakan loya terutamanya morning sickness. Halia telah lama digunakan sebagai pelega mabuk laut. Tidak hairanlah halia amat berkesan untuk digunakan bagi menentang loya. Biasanya halia digunakan untuk melegakan loya dan muntah-muntah selepas pembedahan dan terhadap pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. Tetapi penggunaan halia paling berkesan adalah apabila digunakan terhadap loya berkaitan kehamilan seperti morning sickness.

Kedua, kurangkan sakit otot & kelenguhan. Sifat anti keradangan yang terdapat dalam halia dikatakan berkesan dalam menentang sakit otot akibat senaman. Halia tidak memberi kesan yang segera tetapi mampu mengurangkan sakit otot yang dialami dari sehari ke sehari.

Ketiga, bantu pesakit osteoarthritis. Kesan anti keradangan dalam halia juga mampu mengurangkan simptom-simptom osteoartritis. Osteoarthritis adalah masalah kesihatan yang melibatkan kelemahan pada sendi badan. Ia membawa kepada simptom-simptom seperti sakit sendi dan kekakuan.

Keempat, rendahkan gula dalam darah. Ada kajian yang menunjukkan bahawa halia mempunyai sifat-sifat anti diabetes. Kajian tahun 2015 itu mengkaji 41 orang yang menghidap diabetes tahap 2. Mereka diberi 2 gram serbuk halia setiap sehari bagi merendahkan gula dalam darah sewaktu berpuasa. Keputusannya, ia memperbaiki HbA1c (penanda tahap gula dalam darah buat jangka panjang), sekali gus membawa kepada penurunan 10 peratus dalam masa 12 minggu.

Kelima, baiki sistem pencernaan kronik. Pencernaan kronik (dyspepsia) boleh dikenal pasti melalui sakit dan rasa tidak selesa berulang kali pada bahagian atas perut. Dipercayai melambatkan proses membuang adalah penyebab utama ketakcernaan. Menariknya, halia dikatakan mampu mempercepatkan pembuangan najis terhadap mereka yang mengalami masalah ini.

Keenam, kurangkan sakit haid. Salah satu kegunaan halia dalam perubatan tradisional adalah melegakan sakit termasuklah sakit akibat haid. Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap 150 orang wanita yang mengambil 1 gram serbuk halia setiap hari selama 3 hari mereka datang haid ia mampu melegakan rasa sakit yang dialami.

Ketujuh, merendahkan tahap kolesterol. Tahap kolesterol jahat atau LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Makanan yang anda ambil mempunyai pengaruh kuat terhadap tahap LDL. Pengambilan halia dikatakan mampu mengurangkan tahap trigliserid dan LDL kolesterol.

Kelapan, cegahan Demam dan Selesema. Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati. Untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

Kesembilan, melawan Masalah Pernafasan yang biasa. Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda, Dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semula jadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

HALIA JUGA BAGUS UNTUK ANAK KECIL

Sebenarnya halia bukan sahaja bagus untuk orang dewasa, tetapi bagus untuk bayi seawal lebih lapan bulan. Kesan luar biasa halia boleh meningkatkan kesihatan tubuh badan kanak-kanak.

1. Hilangkan Selesema
Mungkin ada yang masih tak tahu, betapa mujarabnya halia untuk metrawat anak kecil yang selesema. Caranya, rebus halia dan sejukkan. Berikan minuman halia pada anak yang selesema. Pasti selesema anak akan berkurangan. Jangan lupa, pastikan anda rasa dulu supaya tidak terlalu pahit. Anda juga boleh tambahkan sesudu madu asli untuk kanak-kanak berusia setahun ke atas.

2. Melegakan batuk. Kalau teruk sangat anak batuk, anda perlu cuba petua ini. Campurkan satu sudu jus halia segar bersama biji halba dan beri pada anak minum untuk meredakan batuk.

3. Rawat masalah penghadaman. Percaya atau tidak, halia juga boleh mengurangkan masalah kembung yang selalu dialami anak kecil. Jadi mak-mak boleh sediakan sedikit bubur yang dimasukkan hirisan halia untuk kanak-kanak. Nak lagi sebati, anda boleh tumbuk halus. Cara ini sesuai untuk anak kecil yang sudah boleh makan. Jadi seeloknya, pastikan ada halia dalam rumah. Bukan hanya untuk memasak tetapi untuk jaga kesihatan. Selamat mencuba! Sumber: Mingguan Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *