Niat nak bantu kawan untuk transfer sedikit duit ke akaunnya. Sekali selesai transfer ini pula yang berlaku.

Amalan Kehidupan Uncategorized Viral

Segelintir bank pasti perlukan jumlah minimum baki untuk lakukan sebarang transaksi. Sekiranya ingin lakukan pemindahan adalah sebanyak RM30 tetapi dalam akaun mempunyai jumlah tepat RM 30. Sudah semestinya transaksi itu ditolak.

Kisah ini dikongsikan oleh seorang individu yang ingin dikenali sebagai AK

Seorang sahabat memerlukan sejumlah wang untuk pemindahan ke akaun lain dan kemudiannya akan digantikan secara tunai ketika menyinggah rumahnya selepas membuat urusan di TM Unifi Shah Alam.

Menurutnya, pemindahan telah berjaya dilakukan tetapi lain pula yang terjadi setelah pemindahan dilakukan ke akaun sahabat tersebut dan resitnya telah pun dikongsikan padanya. Tetapi kejadian ini amat pelik sekali. Resit yang diterimanya kosong, tiada sebarang maklumat pemindahan yang dilakukan. Agak-agak koranglah, apa korang rasa bila terima resit kosong?

Sahabat gelak sangka ia adalah satu gurauan

Sahabatnya menyangka AK membuat satu gurauan pagi buta bagi memecah hening diwaktu pagi.

Pelik dengan respon, kenapa dia gelak?

Menurut AK, dia berasa hairan kenapa sahabatnya itu memberikan respon “hahaha”, ada sesuatu yang tidak kena ke pada jumlah transaksi? Atau salah akaun penerima transaksi?

Resit yang dikongsikan kosong tiada sebarang maklumat transaksi

Macam mana boleh kosong resitnya? Jarang sekali berlaku. Atau korang pernah alami juga?

Terkejut dengan apa yang dilihatnya, AK dengan pantas memberi respon pada mesej sahabatnya itu dan meminta untuk semak samada jumlah transaksi sudah diterima atau tidak. Dakwat dah habis ke? Dia yang tidak pernah mengalami masalah itu, berasa pelik dengan apa yang berlaku dan merasakan dakwat sudah habis dan mujurlah wang itu selamat diterima oleh sahabatnya.

Kena tipu dengan bank

Tak pasal-pasal kena game dengan bank. haha

Sebelum Ini Tular Warga Emas Yang Dikatakan Mengambil Duit Seorang Pak Cik Di Mesin CDM. Sekali Bila PDRM Siasat Ini Pula Yang Terjadi.

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tular seorang wanita mengambil wang tunai RM 150 yang ditolak dari mesin deposit tunai (CDM) sebuah bank di Bestari Jaya di sini pada 4 Januari lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, siasatan awal polis mendapati wanita terbabit tidak mengambil duit yang ditolak seperti yang dikatakan itu.

“Pihak bank atau orang awam tidak nampak wanita itu mengambil wang terbabit. Wang yang dimasukkan hanyalah RM 150 bukan seperti yang tular berjumlah RM 4,950,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Sabtu. Sebelum ini, tular gambar wanita terbabit kononnya mengambil wang milik lelaki warga emas yang ditolak oleh CDM sebuah bank.

Seorang pengguna Facebook memuat naik status meminta orang ramai mengesan wanita seperti di dalam gambar yang tular terbabit. “Laporan polis telah dibuat untuk siasatan lanjut,” katanya.

Reaksi Orang Ramai

Ade knl org ni..dia pg cdm nk klurkan duit..sbelum masukkan kad bnk tu, tiba2 ade duit terkluar dr cdm tebal betul katanya fikir punya fikir tgk kiri knan, baru nk ambik duit yg terkluar dr cdm tu, duit tu kena telan balik..skli tgok lg ade cctv atas kepla dia. Pernah dulu jadi org dpn duit dia kena tolak pkai cdm mesin dkt bank islam nilai..saya sorang jer pulak tu blkg dia isshhh nasib baik x tgamak nk amik..ada lebih 1k ..trus kejar kakak tu bg balik duit dkt dia..bukan rezeki kut jgn amik.

Aku pernah que blkg seorg ppuan masa dpn atm.boleh2 saja dia cek baki duit lps tu tinggal mcm tu ja.aku tengok baki 17,000.aku panggil dia x dgr2.aku tekan BATAL je dan kad tu klua aku bagi dkt security dan bgtahu org lupa kad.masa nk pegi kat parking keta.aku tengok ppuan tu berlari dgn x tentu psl dr parking ke mesin atm tu semula.mesti dia bru ingat..dan fikir org dh klua kan duit. Itu sebab, jangan mudah percaya apa yang kamu baca dari sumber yang tidak disahkan benar atau tidak. Guna kebijaksanaan yg dikurniakan itu baik-baik.

Sumber: SinarHarian

Polis Tak Puas Hati Dengan Rider Hanya Sebabkan Mi Goreng Ini. Rupanya Ini Yang Berlaku.

Pang bekerja sebagai runner penghantar makanan ‘mi bodo’ di kawasan berdekatan gerai makan tersebut. Kisah  rider sering kali menarik perhatian orang ramai lebih-lebih lagi ketika pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bermacam-macam gelagat dan pengalaman yang dikongsikan geng rider cepat sahaja dapat dihidu warganet sehinggakan ia tular di laman media sosial.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda berusia 34 tahun dari Pengkalan Rama Pantai, Melaka apabila dia berkongsi pengalamannya berdepan dengan pihak berkuasa dalam pemeriksaan sekatan jalan raya baru-baru ini.

Berkongsi kisah itu, Nazarrudin Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pagi Jumaat lalu dalam sekatan jalan raya di Jalan Semabok, Melaka ketika dia dalam perjalanan menghantar pesanan makanan ke rumah pelanggan di kawasan berdekatan. Pemuda itu memberitahu, ketika dia berhenti di sekatan jalan raya itu, ada anggota polis bertanya apa ada di dalam tempat isi makanan yang dibawanya. Selepas dia selamba menjawab ‘mi bodo’, anggota terbabit mengulangi soalan sama dua kali dan dia tetap memberi jawapan sama.

Pang bersama isterinya Izwanie yang sedang hamil lapan bulan dan dua orang cahaya mata perempuan.

Ketika itulah, polis bertugas terbabit dengan muka menahan marah mengarahkan dia untuk ke tepi. “Dia suruh saya buka beg makanan tersebut. Spontan dia tanya nama mi ni bodo ka? Aku ingat kau bodohkan aku. Dah jalan! Bila saya dah jalan depan sikit baru saya terfikir, oh… dia ingat saya cakap bodoh dekat dia, ” ujarnya yang mengakui gemuruh ketika melalui detik itu.

Minta maaf sangat kepada pihak polis itu, saya pun blur, masa tu pagi lagi kan biasalah. Ingat dia tahu.

Nazarrudin atau lebih dikenali sebagai Pang berkata, mungkin anggota polis tersebut bukan berasal atau tinggal di Melaka kerana rata-rata orang di negeri Hang Tuah itu tahu kewujudan ‘mi bodo’ ini. “Sejak PKP ini memang saya buat runner untuk Mee Goreng Haji Hassan aka Mee Bodo Tengkera ini. Sebelum ini saya berniaga burger sepenuh masa.

“Saya tak buat Foodpanda atau GrabFood. Baru dua minggu saya buat runner dan ini kali pertama saya ditahan dan berdepan situasi macam ini. Minta maaf sangat kepada pihak polis itu, saya pun blur, masa tu pagi lagi kan biasalah. Ingat dia tahu, ” jelasnya.

Mee Goreng Haji Hassan aka Mee Bodo Tengkera yang popular di negeri Melaka.

Dalam pada itu, bapa kepada dua cahaya mata perempuan itu, Irdina Raisya dan Airish Raika yang masing-masing berusia enam dan lima tahun berkata sejak status yang dimuat naiknya itu tular, banyak pesanan ‘mi bodo’ diterima sehingga dia tidak menang tangan dan terpaksa menolak. Sehingga kini posting itu meraih 600 likes dan 100 share di laman Facebook. “Sejak tular gerai mi hadkan sehari 100 bungkus sahaja untuk saya buat penghantaran, sebab yang beratur kat gerai pun ramai.

Tular perkongsian yang dibuat Pang mengenai perbualannya bersama salah seorang anggota polis ketika membuat sekatan jalan raya.

“Sekarang mereka bayar saya mengikut kilometer penghantaran. Alhamdulillah.. cukuplah untuk makan anak bini, ” ujarnya. Bagaimanpun, kata Pang, buat masa ini kerja sebagai runner untuk mengumpul wang sampingan dan akan memulakan operasi gerai burger jika situasi kembali pulih kerana perlu membuat persiapan untuk menyambut ahli baharu dalam keluarganya kerana isterinya kini hamil lapan bulan.

Wanita Ini Sanggup Menyediakan Snek Percuma Untuk Menghargai Geng Rider. Tak Sangka Usahanya Itu Memberi Aura Positif Pada Rider.

Usaha murni Natasha dimulakan sekitar dua minggu lalu. Setiap orang ada cara tersendiri dalam menzahirkan rasa syukur dan apresiasi mereka terhadap orang lain. Terbaharu, tular di Twitter mengenai usaha seorang wanita yang menyediakan makanan ringan dan minuman buat golongan penghantar barang serta makanan di hadapan kediamannya yang terletak di ibu negara.

Menurut Natasha Hidayah Hashim, 29, usaha murni itu tercetus menerusi Twitter, sebagaimana yang turut dilakukan oleh penduduk di Amerika Syarikat (AS). “Saya dapat idea daripada Twitter, orang dari AS letak snek di luar rumah untuk golongan rider. Saya sebenarnya jarang membuat pembelian online. Tapi sekarang makin kerap sebab kes Covid-19 meningkat, ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara kita,” ujarnya kepada mStar.

Selain inspirasi masyarakat luar negara, dia juga sedikit tersentuh apabila terserempak dengan penghantar barang yang membawa anak ketika bertugas baru-baru ini. Jelasnya, pemberian makanan dan minuman percuma itu baru dimulakan sekitar dua minggu lalu. “Saya nak tunjuk apresiasi kepada mereka. Baru-baru ini saya nampak penghantar barang tu bawa anak-anak dalam kereta. Memang terasa sedih. Bermula dari situ saya letak makanan di luar rumah. Mula-mula letak biskut sikit, tak sangka habis.

Dengan situasi negara macam ni, kita perlu berbuat baik sesama kita.

“Kemudian saya beli makanan ringan, air mineral… sekarang nak tambah air laici pula. Tambah-tambah cuaca panas, jadi mereka tak perlu pergi ke kedai, mereka pun nak cepat,” ujarnya lagi. Menurut penerbit kandungan sebuah portal gaming itu, dia gembira apabila makanan serta minuman yang disediakan dapat memberi manfaat buat golongan berkenaan. Mereka happy kami buat macam tu. Saya suruh ambil, dia tanya betul ke? Saya juga ada letak nota di situ,” ujarnya lagi.

Foto yang tular di laman Twitter.

Kata Natasha, dia tidak sangka posting berkenaan tular namun berharap ia dapat memberi inspirasi kepada orang di luar sana. Tambahnya, dia juga berharap agar perjalanan semua rider dan penghantar barang dalam tugasan mereka dilindungi dan sentiasa selamat.

“Pada saya, mereka juga frontliner. Dengan situasi negara macam ni, kita perlu berbuat baik sesama kita. Kerja mereka juga bahaya, risiko tinggi. Saya cuma nak cakap terima kasih sebab pastikan kami dapat makanan. Moga sentiasa hati-hati,” ujarnya lagi. Sehingga kini, posting Natasha di Twitter menerima lebih 1,500 ulang kicau (Retweet).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *