Azmeer Yusof terasa bersalah apabila terlepas pandang sesuatu ini. Sekali dia terus bercadang untuk membina sesuatu ini demi membantu Makcik tersebut.

artis Kehidupan Uncategorized

Tidak semua antara kita yang betul-betul ikhlas mengambil berat terhadap keadaan sekeliling. Lagi-lagi tentang kesusahan hidup insan lain. Dan berapa ramai juga yang sentiasa mendoakan untuk orang lain yang sedang diuji dengan pelbagai dugaan. Pasti kita tak sedar menyenangkan dan menggembirakan orang lain itu antara amalan yang disukai oleh Allah. Kejarkanlah kita untuk membuat amal kebaikan. Tidak semestinya kita perlu senang dahulu baru boleh menyenangkan orang lain.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook pagi ini, Azmeer menyatakan bahawa dia merasa serba salah selepas terlepas pandang nasib yang menimpa jirannya, justeru dia berhasrat mahu membina sebuah rumah baharu buat seorang warga emas di kampungnya.

“InsyaAllah pagi ini saya akan cari rumah makcik ini. Dari semalam saya tidur tak lena kerana rasa berdosa. Rumah makcik ini ikut alamat hanya lima minit dari rumah saya. Tapi saya tak tahu jiran saya sendiri yang susah di kala saya tidur di rumah yang selesa,” Katanya dalam hantaran tersebut. Saya minta maaf makcik kerana lambat tahu. Saya utamakan jiran yang jauh dari saya tapi saya membiarkan makcik hidup dalam keadaan rumah macam ni,” itu ungkapan yang diucap oleh bekas pemain bola sepak Kedah, Azmeer Yusof apabila mengetahui bahawa ada jirannya yang hidup dalam kesusahan.

Dalam hantaran tersebut, Azmeer juga memberitahu bahawa dia mendapat tahu mengenai perkara ini semalam apabila menerima mesej daripada orang awam. Disebabkan rasa tanggungjawab, dia berhasrat mahu membina sebuah rumah baharu untuk mak cik ini dan turut membuka tabung sumbangan awam.

Bagi anda yang mahu menyumbang, sumbangan boleh disalurkan melalui nombor akaun 8604202446 (CIMB Bank) atas nama Pusat Pengajian Azmeer Yusof serta boleh menghubungi 011-5500 5525 melalui aplikasi WhatsApp. Untuk rekod, Azmeer Yusof sebelum ini bermain sebagai pertahanan kiri untuk pasukan Kedah sebelum memilih untuk bersara dan fokus kepada perniagaan serta kerja kebaikan. – Sumber dipetik dari The v0cket, Facebook Azmeer Yusof

Lepas Pinjam RM20 Minta Pula Bantuan Lain. Aktivis Ini Mohon Maaf Dan Cerita Punca Dia Terpaksa Tolak Beri Bantuan

Baru baru ini,aktivis masyarakat Syed Azmi ALhabshi kongsi pengalaman beliau dihubungi seorang ibu yang merupakan antara penerima bantuan beberapa kali dari pertubuhan yang diasaskan beliau sebelum ini,”Assalam Encik Azmi…. Saya tak pasti saya bodh ikut kehendak anak atau memang ibu-ibu akan rasa macam saya rasa. Ni anak yang paling kecil enam tahun.”Malam ni merajuk, tak nak makan tak nak (minum) susu. Tidur dalam keadaan perut kosong. Sambil menangis, tertidur,” kata Syed Azmi mengimbas semula mesej berkenaan, yang dikongsikannya di laman Facebook beliau.

Ia bermula selepas si anak mengikut bapanya pergi menghantar mesin tebng pokok dan terdapat sebuah khemah permainan berwarna merah jambu di luar rumah.Syed Azmi berkata, si ibu memaklumkan bahawa khemah tersebut begitu dihajati oleh anaknya itu dan pernah dijanjikan oleh suaminya untuk membelinya.

Dah lama sangat dia nak, dari umur empat tahun. Masa tu ayah dia janji tunggu ada duit ayah beli. Lepas tu senyap, ingatkan dia lupa.”Hari ni meraung-raung tuntut janji. Tak tahu nak pujuk dah. Dia duk ulang-ulang dari dulu suruh beli tapi ayah ibu tak beli-beli sampai tahap kena marah. Last-last merajuk.

Bukan tak pernah ada duit, tapi kami dahulukan mana yang penting. Bagi kami ni sekadar mainan je. Tapi bila dia tertidur dalam air mata, perut kosong…. terkilan juga,” ujar Syed Azmi memetik kata-kata wanita itu.Untuk pengetahuan, Syed Azmi yang merupakan pengasas badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Untuk Anak Kita (Puak Payong) berkata, wanita berusia 36 tahun itu merupakan ibu kepada empat anak dan juga suri rumah.

Beliau berkata, wanita itu mahu meminjam sebanyak RM20 untuk membeli khemah permainan untuk anak bongsunya itu.Sehari sebelumnya, Syed Azmi telah memberi bantuan kepada wanita itu lebih RM300 untuk keperluan barang dapur, bil elektrik, makanan untuk sekeluarga termasuk tayar motosikal.

Antara mesej wanita itu kepada Syed Azmi. foto facebook Syed Azmi.Tambah beliau, kelengkapan persekolahan anak-anak wanita itu juga telah diselesaikannya dan sebanyak RM1,000 disalurkan kepada keluarga tersebut pada Disember lalu.”Minta duit buat cermin mata, bila saya dah bagi kata dah buat dah lepas tu minta duit lebih pakai baiki motor, saya kata okay. Ni nak minta pinjam,” katanya.

Bersikap tegas, Syed Azmi memberi jawapan tidak untuk meminjam wang kepada wanita wanita itu.”Saya rasa janji mak ayah pada anak memang kena mak ayah kotakan sendiri, ini jawapan saya. Bukan nak buatkan saya rasa bersalah. Jangan janji pada anak, mereka takkan lupa,” ujarnya.

Bercakap mengenai semua kes yang dikendalikan, Syed Azmi mahu penerima bantuan belajar untuk mempunyai rasa tanggungjawab dalam diri mereka.”Kalau kita berikan, dia akan nampak peluang untuk sentiasa minta, minta, minta dan sentiasa tunjuk pada anak nak itu ini. Dan dia akan rasa senang jaja kisah sedih dan dapat.

“Sampai bila dia belajar nak bertanggungjawab? Dalam kes ini janji dia pada anak. Kalau senang dapat, kita tak nak jadikan mereka penagih bantuan.”Maaf, saya tak setuju. Dia kena berusaha dulu. Paling kurang tunjukkan usaha dulu. Tak boleh nak cepat dapat. Itu tak boleh. Jangan biasakan,” katanya.

Walaupun mengasihani anak wanita itu, Syed Azmi tetap dengan pendiriannya yang mahu membimbing keluarga dalam kalangan penerima bantuan.”Saya sarankan si ibu untuk minta anak buat kerja rumah dan bagi hadiah (khemah mainan) sebagai upah. Tapi dia senyap saja (tidak memberikan respons).

“Ibu bapa seharusnya mendidik anak-anak untuk berusaha bagi mendapatkan sesuatu. Jangan manjakan anak… usaha tu penting, jika ada usaha sedikit pun, pasti saya bagi.”Manjakan anak ini kena bertempat, tak nak jadi Anakku Sazali. Kita kena bimbing. Biarpun tegas dan dia bukan seorang dalam bab macam ni. Harap jadi pedoman. Maafkan saya apa-apa pun,” katanya.

Sebak Isteri Sanggup Minta Maaf Berkali Kali Kepada Suami. Doktor Ini Kongsi Kisah Sebak Tentang Keadaan Pesakit Ini Dan Isterinya

Macam yang kita semua tahu, jodoh, pertemuan serta bila kita akan pergi adalah ketentuan Tuhan. Kita sebagai mnusia hanya mampu merancang,tetapi dia yang menentukan. Begitulah juga seorang doktor,mereka hanya mampu berusaha untuk merawat pesakit dengan harapan diberikan kesembuhan dan kembali sihat.

Menurut seorang doktor,dia berasa sebak berkongsi kisah beliau yang menyaksikan pelbagi derma air mata antara seorang pesakit dan isterinya di hospital. “Baru saja aku terangkan “Baru saja aku terangkan kepada isteri pesakit. Pesakit perlu diberi bantuan pernafasan kerana keadaan semakin teruk.”Dia mengangguk faham dan bersetuju. Tapi mata sudah berkaca. Aku beri ruang padanya untuk berjumpa suami sebelum diintubasi,” tulis Dr Ahmad Samhan Awang di Facebook. Sambil memeluk tubuh suaminya, wanita itu berulang kali berkata sesuatu kepada suaminya yang terlantar di katil.

“Maafkan Ida bang, maafkan Ida bang. Halal makan minum Ida bang. Tangan suaminya mengusap lembut kepala isteri. Abang redakan Ida,” kata Dr Ahmad Samhan mengimbas kembali perbualan suami isteri itu.Menurut Dr Ahmad Samhan, sudah jadi kebiasaan mereka akan memberi penerangan dan mendapat persetujuan daripada pesakit dan waris sebelum melakukan intubasi.

Jelas doktor berusia 35 tahun itu, pesakit akan diberi ubat tidur dan dimasukkan tiub yang disambungkan pada alat bantuan pernafasan (ventilator).”Setelah diintubasi, mereka akan dipantau di ICU (unit rawatan rapi). Jika keadaan pesakit semakin baik, maka tiub tersebut akan dicabut.

“Tetapi jika keadaan semakin teruk, pesakit takkan sedarkan diri dan terus pergi tanpa dapat berbicara lagi,” ujar beliau yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Tr4uma di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Memantau keadaan, Dr Ahmad Samhan yang berada dari kepala katil dapat melihat pergerakan dada pesakit selain nafasnya yang tercunga-cungap.”Turun naik dada pesakit. Mulutnya tercungap-cungap untuk memastikan lebih banyak oksigen memasuki paru-paru. Encik A, kami akan masukkan ubat tidur ya. Dia mengganguk.

“Ikut saya mengucap, Lailahaillah muhammadurrasullah. Terkumat-kamit mulutnya mengikuti,” kata beliau yang memimpin pesakit itu untuk mengucap dua kalimah syahadah.Walau bagaimanapun, Dr Ahmad Samhan berkata, setiap manusia tidak akan tahu bagaimana pengakhiran yang bakal dihadapi ketika ajl datang menjemput.

“Kita tidak pasti bagaimana pengakhiran yang bakal kita hadapi. Ada orang berakhir di atas jalan raya. Ada orang berakhir lemas dalam air. Ada orang berakhir terlantar di atas katil.”Yang pasti kita semua akan mati. Yang paling kaya pun mati. Yang paling miskin pun mati. Yang sihat mati, yang sakit apatah lagi.

“Kita cuma perlu doa, moga dipermudahkan saat-saat roh kita terpisah dari tubuh. Dapat lafaz kalimah syahadah dengan baik dan diampunkan segala dosa sebelum diambilnya nyawa kita… dan berharap kita tidak menyusahkan sesiapa dan tidak tinggalkan beban pada mereka yang masih hidup,” kata beliau.

Rasa Kenyang Sebelum Habis Makan Dan Hilang Berat Badan. Doktor Ini Ulas Lebih Lanjut Sakit Yang Akan Muncul Sekiranya Kerap Makan Mi Segera

Macam yang kita semua tahu,mi segera merupakan antara makanan paling disukai orang ramai. Ciri-ciriny a yang berharga murah dan mudah disediakan telah membuatkannya sungguh popular terutamanya di kalangan belia. Namun begitu,benarkah makan mi segera kerap boleh menyebabkan masalah yang serius seperti sakit teruk

Menerusi posting dikongsikan @ZaharahHafizah di Twitter, ramai yang bertanyakan kepadanya sama ada mi segera boleh menyebabkan kanser perut atau tidak. Wanita bergelar doktor ini memberitahu bahawa makanan yang diperasakan, disalai atau telah diawet merupakan salah satu faktor terjadinya stomach cncer. Namun begitu, ia juga boleh berlaku disebabkan beberapa faktor lain seperti jangkitan pada perut (H. Pylori Infection) ataupun gangguan genetik.

Dr Hafizah berkata jarang sekali seorang remaja berumur 18 tahun menghidap sakit tersebut hanya kerana kerap memakan mi segera. Merujuk kepada rajah dikongsikan wanita itu, masalah berkenaan sering dihidapi oleh golongan yang lebih dewasa.

Beliau memberitahu bahawa ia amat mustahil bagi seseorang itu untuk menghidap sakit tersebut hanya kerana mi segera, melainkan jika dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Wanita ini turut menasihati orang ramai supaya bertemu doktor dengan kadar yang segera jika mempunyai simptom-simptom sakit tersebut. Antaranya adalah merasa kenyang sebelum habis makan, kehilangan berat badan dengan tiba-tiba, pedih ulu hati dan masalah gastrik serta penghadaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *