Anak membuat perangai semata mata mahukan sesuatu ini. Sekali bila ibu amalkan perkara ini anaknya terus jadi seperti ini.

Kehidupan Keluarga Uncategorized Viral

Gambar sekadar hiasan.

Kanak-kanak kebiasaannya tidak dapat ungkapkan apa yang dia inginkan. Apa yang dia boleh buat hanyalah dengan tangisan. Apa yang dia rasa kemahuan mereka tidak dipenuhi pasti akan menangis. Kalau masih anak kecil, apa lagi yang mereka boleh lakukan selain daripada menangis, marah dan merajuk sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi.

Lagi-lagi jika kanak-kanak tersebut suka menghabiskan waktunya dengan gajet, maka sudah semestinya mereka akan cepat menangis sekiranya gajet tersebut tidak diberikan atau disembunyikan. Bagi ibu bapa yang sering mengalai situasi ini, pasti akan sentiasa menguji tahap kesabaran kita.

Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu bijak untuk mengawal emosi dan juga situasi dalam masa yang sama agar anak mereka dapat memahami rasional di sebalik tindakan yang diambil. Menerusi satu perkongsian di Facebook, seorang ibu berkongsi pengalamannya berdepan dengan ‘tantrum’ anak kecilnya dan bagaimana dia mengatasi situasi tersebut.

“Lepas solat Maghrib tadi, aku punya kesabaran memang tahap maksima. Semua gara-gara anak dara ni membuat perangainya hanya disebabkan gajet . Hanya kerana aku tak bagi dia main telefon bimbit. Dan, membuatkan dia lagi marah sebab aku dah tukar password. Waktu dia membuat perangai tu, aku baru nak solat Maghrib. Aku solat je macam biasa. Lagi la dia bengang. Mulalah dia buat perangai tarik-tarik cadar katil dan jerit-jerit. Aku teruskan je solat sampai habis. Lepas bagi salam, dia mula tolak-tolak katil. Dalam hati ni dah membara rasa nak amik hanger je. Tapi aku sabar lagi. Buat tak tahu je. Teruskan doa,” kongsinya.

Sebahagian posting yang dikongsikan ibu berkenaan di Facebook.

Di tengah-tengah kesabaran yang semakin memuncak itu, ibu berkenaan teringat kepada pesanan yang dikongsikan oleh seorang penceramah popular, Ustazah Asma’ Harun.

“Ustazah ada bagitahu, hidup kita ni celik mata je ujian dah menunggu. Sama ada ujian dari bos kita, anak-anak kita, suami kita atau dengan siapa saja. Jadi hari ni Allah uji aku dengan anak mengamuk di waktu senja. Aku switch (tukar) fikiran aku dan bagitau yang Allah yang hantar ujian ni. Anak itu hanya perantaraan saja. Allah nak tengok macam mana aku handle. Jadi aku ikut nasihat Ustazah Asma’ Harun. Ustazah ada pesan, jika kita diuji ucapkanlah, Innalillahiwainnailaihirojiun. Ertinya ‘sesungguhnya kita semuanya adalah milik Allah, dan kepada-Nya nanti kita akan kembali. Aku ucap kalimah Allah ni banyak kali dengan yakin, Allah yang pegang hati anak aku. Allah yang menguasai segala alam ini,” kongsinya lagi.

Tanpa disangka-sangka, anak kecilnya yang menangis dan membuat perangai tadi sebentar tadi terus berubah secara automatik, selepas ibu berkenaan mengungkapkan kalimah tersebut beberapa kali dengan penuh yakin.

“Dia bangun betulkan cadar yang dia dah tarik-tarik dan susun balik katil yang dia dah tolak. Allahuakbar, aku jadi terkedu sekejap. Aku terus menangis atas tikar sejadah tu juga. Sakan aku nangis. Allah terus perbaiki keadaan jadi baik. Masa tu terasa diri ni terlalu kerdil dan lemah. Aku rasa Allah betul-betul dekat dengan aku. Sebenarnya, apa saja ujian yang kita lalui, Allah sentiasa ada dengan kita. Sama ada kita sedar atau tidak, Allah menguji sebab Dia nak tengok macam mana kita bertindak atas ujian yang diberikan,” tulisnya. Sehingga kini posting tersebut meraih hampir 200 shares di Facebook.

4 Beradik Ini Tak Kekok Apabila Memakai Pakaian Menutup Aurat. Kini Usahawan Ini Tampil Dedahkan Caranya Mendidik Anak Anaknya.

Si kecil molek anak usahawan ini mencuri perhatian warganet menerusi perkongsian oleh ibu mereka di laman media sosial. Setiap ibu bapa sudah semestinya ada cara tersendiri untuk mendidik anak mereka. Begitu juga dengan Usahawan Wanita ini apabila dia dan suami memilih untuk mendidik anak untuk menutup aurat mereka sejak kecil lagi.

Malah video yang dikongsikan oleh Amiera Baharudin memaparkan empat daripada lima anaknya yang berpakaian comel yang masing-masing menutup aurat mereka. Amiera akui anak sulungnya yang berusia 11 tahun itu, Cyrus Dzulqarnain banyak mengajar cara mendidik anak-anaknya yang lain.

“Saya sebenarnya tak pernah kongsi secara terperinci, tapi ia bermula dengan anak sulung saya. Dia seorang yang kuat pemarah, budak-budak ada ‘angin’ masing-masing, dia lahir pramatang. Bila dia terlampau manja, jadi keras kepala. Bukanlah dia tak dengar kata, tapi saya banyak kena mengalah dengannya. Jadi saya hantar dia ke sekolah islamik. Ustazah dia cakap kepada saya, sebenarnya dia tak boleh dididik dengan kekerasan, tapi kelembutan. Anak kecil ni kena bertegas dengan cara lembut. Saya sebagai mak dia, nak ubah dia, kena ubah diri saya dulu. Cara percakapan kena lembut, tak boleh marah tak tentu pasal dan sebagainya.

Ada orang kata terlalu awal, bagi saya itu cara masing-masing. Saya tak paksa, tapi saya ajar mereka.

“Bermula dari situ juga saya wujudkan suasana islamik dalam rumah supaya anak kedua dan seterusnya tak buat perangai macam dia. Along the way sampai sekarang, dia adalah leader kepada adik-adik yang lain,” ujarnya.

Menurut Amiera lagi, penting untuknya memastikan anak-anak dididik mengenai aurat biarpun mereka belum dewasa lagi. Namun katanya, dia tidak mengambil pendekatan memaksa, sebaliknya memberi contoh teladan kepada mereka sehingga pemakaian itu menjadi kebiasaan yang dilakukan dengan keikhlasan hati sendiri.

Amiera mewujudkan suasana islamik di rumah dalam memberi didikan buat anak-anaknya.

“Macam mana adik kecil yang lelaki tu boleh pakai jubah dan kopiah? Sebab dari cara didikan dan contoh kita sendiri. Macam mana anak perempuan saya pakai niqab? Sebab saya sendiri yang pakai. Tapi ia bukan wajib pun. Mereka pun bukanlah berjubah sepanjang masa, cuma bila keluar akan pakai pakaian yang menutup aurat. Yang dalam video viral tu sebab baru lepas photoshoot. Sebab tu anak saya pakai niqab. Anak tengok apa yang saya pakai.

Amiera banyak berkongsi mengenai anak-anaknya menerusi aplikasi TikTok.

“Anak perempuan saya yang pertama tu, seawal usia tiga bulan saya dah pakaikan tudung. Masa tu baru mula meniarap. Ada yang bagi tanggapan negatif, tapi saya ambil sebagai cabaran. Dulu pernah orang kritik di Instagram. Pada saya, kita didik anak-anak dengan cara kita. Ada orang kata terlalu awal, bagi saya itu cara masing-masing. Saya tak paksa, tapi saya ajar mereka,” ujarnya yang sudah 12 tahun mendirikan rumah tangga.

Ujar Amiera lagi, akaun TikTok viral itu pada mulanya didaftarkan untuk tujuan promosi bisnes pakaian muslimah yang diusahakan dengan suaminya, namun tanpa semena-mena ia berubah menjadi platform perkongsian mengenai tip didikan anak-anak. Malah, rata-rata warganet di ruangan komen turut memberi respon positif dan memuji cara pemakaian anak-anaknya. Selain Cyrus Dzulqarnain, Amiera dikurniakan empat lagi cahaya mata iaitu Hannah Zulaikha, 8, Thowus Dzakwan, 4, Maria Al Qibtiyyah, 2, dan Ezra Uzayr, 9 bulan.

Lelaki Muallaf Ini Membuat Orang Ramai Terpegun Apabila Dia Boleh Baca Surah Dengan Begitu Lancar. Ini Pula Komen Menteri Agama Islam.

Umum sedia maklum bahawa Menteri Agama Islam, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri sangt dekat dengan semua lapis masyarakat walaupun bergelar agamawan. Dia juga aktif bermedia sosial dan tidak sombong menjawab sebarang kemusykilan yang diajukan oleh orang ramai.

Kedatangan orang kurang upaya ini adalah ketika beliau menjawat jawatan Mufti Wilayah Perseketuan melalui program menyantuni Orang Kurang Upaya di pejabat mufti. Menerusi muat naik terbarunya di Fesbuk, beliau dikunjungi oleh beberapa wakil dari NGO Orang Kelainan Upaya Berdaya Hulu Langat.

Lebih mencuri tumpuan Sahibul Samahah ialah seorang mualaf yang baru sahaja memeluk Islam kira-kira setahun lalu lancar mengalunkan surah al- Fatihah. Dikenali sebagai Wan, lelaki berbangsa Cina itu begitu mudah membaca umul kitab walaupun berstatus begitu.

“Maluu dengan golongan mulia ini. Menurut coretan yang dibuat oleh Dato’ Dr. Zulkifli, beliau sempat menitipkan pesanan kepada para pengikutnya di facebook tentang bagaimana seorang mualaf yang kelainan upaya boleh berusaha menjadi seorang muslim yang bagus dalam masa terdekat. “Tambahnya lagi, seharusnya insan normall segan dengan lelaki itu kerana kerap leka dengan duniawi sedangkan mampu melakukan sesuatu ibadah dengan mudah.

Masya Allah hebat lelaki ni. Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa kagum dengan kesungguhan lelaki mualaf itu. Walaupun tidak berada dalam keadaan sempurna, namun kegigihannya harus dipuji kerana berusaha menjadi seorang muslim yang sejati. Baru 1 Tahun Peluk Islam, Mualaf 0KU Lancar Hafaz Ayat Al-Quran Depan mufti.

Contoh teladan yang baik

Sumber:Mufti Wilayah Persekutuan via i muslim network

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *