6 kategori penuntut yang dibenarkan pulang. Kini MKN dedahkan perkara ini.

Amalan Dunia Semasa Uncategorized

Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju membenarkan enam kategori pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang berkeperluan, untuk pulang ke kampus masing-masing mulai 1 Mac bagi sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara hibrid, iaitu secara fizikal dan dalam talian.

Menyedari kepentingan dalam memastikan keperluan program pengajian pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berjalan dengan sempurna walau negara kini berhadapan dengan cabaran pandemik COVID-19. Atas dasar itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan media mengumumkan kemasukan semua penuntut ke kampus secara fizikal bermula 1 Mac depan membabitkan enam kategori penuntut.

KPT telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan sesi libat urus bersama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), pihak pengurusan IPT, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pakar kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkenaan tarikh kemasukan pelajar ke kampus secara fizikal.

“Selain itu, kajian dan survey yang dibuat oleh Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) mendapati majoriti pelajar mahukan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) diadakan secara dalam talian. Justeru, berdasarkan hasil dan usaha daripada sesi libat urus tersebut, pihak MKN telah bersetuju untuk membenarkan enam (6) kategori pelajar berkeperluan kembali ke kampus secara fizikal seawal 1 Mac 2021 bagi mengikuti PdP secara hibrid iaitu secara fizikal dan secara dalam talian,” ujar pihak kementerian.

Disenaraikan enam kategori penuntut yang dibenarkan pulang ke kampus seawal 1 Mac depan adalah seperti berikut:

1. Penuntut dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas. 2. Penuntut yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian. 3. Penuntut Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid. 4. Semua penuntut antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom. 5. Penuntut Berkeperluan Khas (OKU). 6. Penuntut yang menduduki peperiksaan Malaysia University EnglishTest (MUET), antarabangsa dan badan profesional.

Pelaksanaan PdP secara hibrid di dalam kampus boleh dijalankan dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengutamakan keselamatan serta kebajikan pelajar.

“Manakala, penuntut yang tidak termasuk dalam kategori ini akan meneruskan PdP secara dalam talian. Bagi penuntut berkeperluan dari Semenanjung yang akan pulang ke kampus IPT di negeri Sabah dan Sarawak diwajibkan untuk menjalani Ujian Swab yang akan dibiayai oleh KKM. Bagi penuntut yang tiba di Sarawak, mereka diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampus. Kos makan minum dan kuarantin mulai 1 Mac depan akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak,” kata pihak berkenaan.

Bagi pergerakan pulang penuntut berkeperluan dari negeri Sabah dan Sarawak ke Semenanjung pula, mereka akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala COVID-19.

“Selain dari ketetapan pergerakan penuntut IPT yang dinyatakan di atas para penuntut turut disaran untuk merujuk kepada SOP Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak yang sedang berkuat kuasa. Pihak IPT juga boleh merujuk kepada SOP Sektor Pengajian Tinggi sedia ada yang telah diwartakan merangkumi aspek pengoperasian IPT bagi semua kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” tambah  pihak KPT.

Sehubungan itu, para penuntut boleh mendapatkan  lanjut mengenai urusan kemasukan ke IPT melalui Bilik Gerakan COVID-19 KPT yang dibuka 24 jam di talian 0388706777 / 6949 / 6623 / 6628, melayari laman web IPT atau terus menghubungi IPT masing-masing. Sumber: BERNAMA, themalayapost

Disebabkan Terkesan Dengan PKP Kali Ini Pak Badut Iklankan Ini Pula Di Facebook. Tapi Tak Sangka Tiba Tiba Ini Pula Yang Dia Dapat.

Suwaibatun atau lebih dikenali sebagai Pak Kadut menjual makanan seperti tauhu bakar. Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini ternyata memberi kesan kepada banyak pihak yang bekerja untuk menyara kehidupan.

Ini terutama mereka yang menjana pendapatan ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki yang berkhidmat sebagai badut sepenuh masa, Suwaibatun Nahar Mohd Juffri. Enggan berputus asa dan bergelar penganggur, lelaki berusia 45 tahun itu mengambil keputusan untuk menjual makanan dari rumahnya di Simpang Renggam di Kluang, Johor.

Antara makanan yang dijual oleh Suwaibatun.

Mengakui baru berjinak-jinak dalam bisnes secara kecil-kecilan, Suwaibatun yang lebih dikenali sebagai Pak Kadut mengharapkan sokongan terhadap usahanya itu.

“Saya adalah seorang peniaga yang baru belajar. Saya akan iklankan jualan hari-hari walaupun tiada yang like (tanda suka). Inilah azam saya. Sokong ya,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Antara yang dijual oleh Suwaibatun adalah tauhu bakar, sosej bakar dan sate ikan atau lebih dikenali sebagai lokcing ikan serta mempelam asam boi. Bapa tiga anak itu berkata, dia berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi menyara keluarganya.

Pak Kadut merindui momen menceriakan orang ramai. foto Facebook Shamsusahar Eban

“Walaupun ia tidak banyak, selagi keluarga saya gembira, ia sudah mencukupi,” kata Suwaibatun. Walaupun PKP, dia masih memakai topeng badut dan melakukan gimik belon ketika menjual makanan memandangkan kebanyakan pelanggannya adalah kanak-kanak. Semasa PKP yang pertama tahun lalu, semasa melakukan pertunjukan jalanan atau di majlis tertentu, mahupun ketika saya bersiaran langsung di Facebook, saya sentiasa mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan norma baharu termasuk penjarakkan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan mereka,” katanya yang mempunyai lebih 10,000 pengikut di Facebook turut membantu rakan-rakannya menjual produk mereka di media sosial.

Saya adalah peniaga yang baru belajar. Saya akan iklankan jualan hari-hari walaupun tiada yang like. Inilah azam saya

Dalam pada itu, Suwaibatun berharap wabak Covid-19 segera berakhir tidak lama lagi bagi membolehkannya kembali beraksi sebagai Pak Kadut untuk menceriakan orang ramai.

Posting Suwaibatun mengenai sumbangan yang diterimanya daripada seorang individu.

Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh Suwaibatun, muncul seorang insan yang bermurah hati menyumbangkan bantuan buat dirinya sekeluarga.

“Terharu Pak Kadut menerimanya. Datangnya tiba-tiba, tak tahu dari mana berborak sekejap sambil Pak Kadut membuatkan tauhu bakar buatnya. Tak lama (kemudian) datang kembali dengan membawa sumbangan barangan kering buat Pak Kadut sekeluarga. Semoga bos sekeluarga diberikan rezeki yang halal melimpah ruah, keimanan, kebahagiaan, kesihatan, kejayaan dunia dan akhirat,” katanya menerusi posting di Facebook tanpa mendedahkan identiti penyumbang tersebut.

Satu Keluarga Menjual Nasi Kukus Perniagaan Turun Temurun Dari Bapanya. Sekali Tak Sangka Pula Dulu Bapa Pergi Sebab Ini Tapi Kali Ini Ibu Pula.

Bapa Bella yang pergi pada tahun 2015 bersama ibunya yang kini terlantar sakit, dipercayai akibat terkena buatan orang. “Jangan malu nak mengaku kita susah.”

Itulah kata-kata yang menjadi pegangan Nur Salshabila Muhammad Rufdi, 21, sejak kematian bapanya pada tahun 2015. Terbaharu, kisah gadis itu serta perniagaan nasi kukus keluarganya yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas menjadi tular di laman Twitter.

Menurut gadis yang mesra disapa Bella itu, kedai nasi kukus mereka di Uptown Shah Alam, Selangor terpaksa dihentikan operasi dan ‘direhatkan’ sepanjang tahun lalu. Baru-baru ini, dia serta adik-beradik yang lain tampil dengan alternatif baharu dengan membuka gerai nasi kukus di Bandar Putera 2, Jalan Kebun Nenas, Shah Alam. Kata Bella yang juga anak kelima daripada enam beradik, dugaan itu cukup berat memandangkan dia dan adik beradiknya yang lain sama-sama mencari rezeki dengan perniagaan itu sejak sekian lama.

Bella bersyukur menerima sokongan ramai di Twitter.

“Kami berniaga di Uptown sejak tahun 2005. Jadi sekarang terpaksa cari alternatif lain, kami buka gerai. Kami bahagikan tugas, ada abang dan kakak uruskan gerai, saya dan kakak yang lain uruskan proses penyediaan di rumah. Masa awal PKP tahun lepas kami tak boleh berniaga langsung. Mama pun korek duit simpanan yang ada. Tahun lepas sangat sukar untuk kami. Tahun ni baru je bisnes nak elok, PKP lagi sekali,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah.

Menurut Bella, ibunya kini hanya berehat di rumah kerana uzur sejak beberapa tahun lalu. Dakwa Bella, ibunya terkena buatan orang yang dipercayai iri hati dengan perniagan mereka.

“Masakan nasi kukus tu memang resepi turun-temurun ibu. Tapi sekarang kakak saya yang masak. Mak sakit, berniaga ada orang dengki. Boleh cakap macam terkena buatan oranglah. Papa pun kena macam tu, tapi telah pergi kena sakit jantung.

Sebahagian ahli keluarga Bella.

“Mak sakit sejak 2016. Tak boleh nak jalan sangat, mak banyak berehat je,” ujarnya yang juga penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan. Dalam pada itu, Bella turut berkongsi kata-kata bapanya yang masih menjadi pegangan sehingga ke hari ini. Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah. Sebab kami memang susah dari dulu. Sebelum buka kedai nasi kukus, ibu bapa saya bangun pukul 3 pagi buat kuih, hantar ke kilang.

Hidangan nasi kukus ini menjadi punca pendapatan mereka sekeluarga sejak sekian lama.

“Itulah satu kata-kata semangat dari papa sebelum dia tinggalkan kami,” ujar Bella yang juga seorang model sambilan. Dalam pada itu, posting Bella mengenai gerai nasi kukus keluarganya menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Ujarnya, dia bersyukur menerima sokongan ramai, sekali gus membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga. “Sangat terharu sebab ramai bagi sokongan, ramai yang cakap nak datang,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *