Tular di laman media sosial situasi pelanggan dan staff KFC ini. Tak sangka staff KFC boleh balas begini.

Amalan Kehidupan Uncategorized Viral

Pada zaman kini, boleh dikatakan semua rakyat di dunia pasti akan ketahui cara untuk membeli makanan menerusi pesanan penghantaran. Setiap orang pasti akan mempunyai pengalaman sendiri. Ada yang suka dan ada juga yang duka. Tak kurang juga dengan kisah wanita ini, Rosnani Zakariah berkongsi pengalaman yang melucukan dengan salah seorang staff KFC apabila membalas nota wanita ini dalam nada yang terhibur.

Kata wanita ini, dia sengaja menulis nota pesanan tersebut dan tidak menyangka pekerja tersebut membalasnya. “Ni memang tak jadi masak… sebab beli je.. tapi tak kire.. nak kongsi jugakk..”

She really made my day.

Aku saje try promo code yg Foodpanda bagi.. disamping trick yg aku tgk viral kat Facebook tu. Since aku suka makan dada aku guna la statement… “Nak isi dada yang besar, tak de tak pe, Allah tau. Nak extra sos chili thai”.. which is aku tau mmg confirm tak de sos chili thai pun dalam list. Guess what? It’s working babe.. it is working.. haha.. the best part was they did reply to me ….. eh korang tengok la ape mesej dorang bagi kat gambar.

Thanks to staff KFC yang rajin balas note yang aku letak tu..

Sumber: Rosnani Zakariah

Bagi Pesanan Deep Semasa Order KFC. Perkongsian Lelaki Ini Raih Perhatian Lepas Dia Menceritakan Hal Sebenar

Sungguh kreatif idea bernas lelaki ini. Perkongsian idea berna Syed menulis mesej ringkas semasa membuat peanan makanan menggunakan aplikasi mudah raih perhatian ramai. Katanya,bukan nak kata customer is always right,tetapi dah alang alang membeli biarlah puas hati. Bak kata orang,benarlah pengalaman mendewasakan seseorang dan mungkin tindakan seseorang itu adalah disebabkan dia pernah berdepan situasi sama berulang kali.

Tak terkecuali,seorang remaja dari Subang Jaya,Selangir ini membuat tempahan makanan menggunakan aplikasi Foodpanda lali tinggalkan pesanan pada ruangan yang disediakan bagi memuaskan hatinya dan berlaku adil kepada ahli keluarga yang lain. Di laman Twitter,dia membuat ciapan ” Nak hidup kena bijak”

Sehingga kini perkongsian pemuda berusia 26 tahun itu meraih 44,000 likes dan 27,000 retweets.”Memang ini pertama kali saya tulis macam tu sampai abang saya pun WhatsApp cakap ramai retweet dan mak yang tak tahu apa tertanya-tanya,” ujarnya.Perkongsian Syed mengenai kejadian pada Isnin lalu itu meraih perhatian warganet sekaligus dipenuhi pelbagai komen warganet.

“Sebenarnya, saya tak berniat nak kurang ajar atau apa pun. Idea tu tiba-tiba datang,” katanya yang bertugas di sebuah syarikat penghantaran barang.Ciapan Syed di Twitter yang menjadi tular.Menceritakan lebih lanjut, kata Syed, malam itu kami sekeluarga makan bersama untuk sambut kejayaan adik saya dapat menamatkan pengajian di peringkat diploma.

“Selalunya kami makan seorang seketul ayam sahaja. Order yang lima ketul sebab kami empat beradik termasuk mak. Ayah saya tak ada di rumah.”Cumanya yang tak seronok selalu bila order mesti ada seketul ayam yang kecil dan selalu mak saya yang mengalah makan yang tu,” jelasnya.Kebiasaannya ibu Syed akan berkata ‘tak apalah ibu nak yang kecil ja, ibu tak lapar sangat pun’.Disebabkan selalu berdepan situasi yang membuatkan dia serba, jadi remaja itu terpanggil untuk buat catatkan pada tempahan itu.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata dia faham kalau sememangnya premis terbabit tiada stok ayam sebab itu tiada unsur paksaan dalam catatannya itu.”Saya cakap kalau tak ada tak apa, cuma saya akui macam tak baik juga guna nama Allah dalam tu.”Tak ada niat lain pun, kalau yang baca dari sudut positif, jadi positiflah,” katanya.Dalam pada itu, Syed berkata selepas perkongsiannya itu tular dia tidak pasti sama ada taktik itu boleh guna lagi atau sebaliknya kerana ramai yang kini menggunakannya.Syed berharap adiknya yang bongsu itu iaitu Syed Lukman Hakim, 21 gembira dengan usahanya untuk berlaku adil kepada semua.”Tak terima kasih lagi tak tahulah, bukan senang nak ada kekuatan nak tulis macam itu,” ujarnya berseloroh.

Anak Anak Tidak Kekok Untuk Makan Makanan Berasaskan Durian Atau Tempoyak. Puan Habibah Dedahkan Tentang Anak Anaknya Dan Suami

Baru baru ini video suami dan anak Noor Habibah berbahasa Melayi yang dimat naik di aplikasi Tiktok meriah perhatian warganet. Berkahwin dengan pasangan yang berlainan negara semestinya berdepan dengan pelabagai dugaan dan cabaan memandangkan isteri dan suami mempunyai latar belakang yang berbeza.

Sudah semestinya aspek seperti adat resam,budaya dan bahasa pertuturan merupakan antara perkara yang menajdi cabaran utama dalam melayari bahtera perkahwinan. Namun begitu,itulah keunikan hubungan cinta antara dua negara,sebagaimana pasangan Malaysia-Afrika ini meraih perhatian ramai gara gara video Tiktok cabaran berbahasa Melayu tular sejak dua menjak ini

Telatah Noor Habibah Hairi yang menguji suami dan anak sulungnya dengan beberapa perkataan serta ayat dalam bahasa melayu begitu mengagumkan warganet apabila kedua duanya lulus cabaran berkenaan. Malah warganet juga memuji kedua dua beranak berkenaan yang dilihat langsung tidak kekok apabila berbahasa kebangsaan. Sejak dikongsi Isnin,video tersebut setakat ini meraih lebih 600 ribu jumlah tontonan.

“Memandangkan sekarang ni pun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ada banyak masa terluang, jadi saya pun suka-suka buat video TikTok. Tak sangka tular dan ini kali pertama video jadi begitu hit,” ujar wanita berusia 35 tahun ini yang mengahwini lelaki warga Nigeria, Adam Desmond.

Menurut Noor Habibah, dia sememangnya melatih keempat-empat anaknya bertutur bahasa Melayu dalam perbualan seharian.Malah tiga anaknya dihantar bersekolah di sekolah kebangsaan biasa, bukan sekolah antarabangsa.”Masa mula mendapat anak pertama, ramai yang cadangkan supaya kami hantar anak ke sekolah antarabangsa. Selepas berbincang dengan suami, kami putuskan untuk hantar anak ke sekolah kebangsaan. Lagipun kita di Malaysia kan.

“Anak kedua dan ketiga pun sama, kami hantar ke sekolah kebangsaan. Kami tak mahu ada jurang komunikasi antara mereka dengan orang kita.”Anak sulung yang berusia 13 tahun malah beritahu adik-adiknya, kenapa nak kena bazirkan duit mama dan papa untuk ke sekolah antarabangsa? Dalam usia muda, dia sendiri sudah mengerti.”Kalau bertemu dengan opah dan adik beradik di sebelah saya, saya sendiri menyuruh mereka bertutur dalam bahasa Melayu dengan anak-anak saya,” ujarnya yang menetap di Seri Kembangan, Selangor.

Begitu juga dengan makanan, Noor Habibah berkata anak-anaknya begitu menggemari hidangan Melayu malah tidak kekok untuk makan makanan berasaskan durian atau tempoyak.”Jika hari Isnin hingga Jumaat saya masak makanan Melayu, pada hari minggu bapa mereka pula akan masak makanan Nigeria. Anak-anak suka dua-dua jenis makanan,” ujarnya yang baru menjalankan perniagaan berasaskan makanan ringan, Chin Chin.

Tidak menafikan pernah menerima kata-kata kurang enak lantaran memilih lelaki asing sebagai pasangan, Noor Habibah bagaimanapun berkata situasi itu semakin kurang dirasai pada ketika ini disebabkan ramai yang sudah berfikiran terbuka.”Awal-awal tu biasa dah. Tapi sekarang ni mungkin dah ramai yang berfikiran terbuka. Contohnya apabila kami menerima komen-komen positif daripada warganet mengenai video yang tular baru-baru ni.

“Saya tunjukkan komen-komen tu kepada anak dan suami… mereka gembira sangat sampai siap ajak buat video lagi,” ujarnya.Noor Habibah dan suami saling menghormati dan tidak melihat perbezaan budaya sebagai satu isu besar dalam perkahwinan mereka.

Menurut Noor Habibah lagi, apa yang penting dalam sesebuah perkahwinan adalah sikap saling menghormati antara pasangan.”Macam kami contohnya, saya belajar budaya suami dan suami juga belajar budaya saya. Sebenarnya suami tiada masalah nak suaikan diri kerana dia dah tinggal di Malaysia selama 17 tahun.”Sebelum kami berkahwin lagi, suami dah terbiasa dengan budaya Malaysia. Malah dia juga ada ibu dan bapa angkat Melayu. Pokoknya, kita saling hormat menghormati,” katanya lagi

Ramai Warganet Tersengih Tengok Kepetahan Dua Beradik Berbangsa Nigeria Petah Bercakap Bahasa Melayu. Perkongsian Tersebut Meraih Perhatian Ramai

Ramai orang senang terhibur kalau tengok seorang anak kecil petah bercakap. Lagi-lagi kalau kanak-kanak bangsa asing petah bercakap bahasa kita.Ada satu video yang buat ramai warganet tersengih tengok kepetahan dua beradik berbangsa Nigeria petah bercakap Bahasa Melayu. Korang boleh dengar dan tengok sendiri video yang admin cakap tu dari tweet @aliffshanusi.

Lembut je cara bercakap.Menerusi tweet ini dan beberapa lagi komen warganet, dua beradik ni tinggal dekat Kuantan, Pahang. Tak pasti pulak admin dari mana dua beradik ni belajar cakap BM.Dia punya ‘jerr’ tu paling win. Tersengih admin tengok video tu sorang-sorang kat rumah time PKP ni.

Lembut cara dia bercakap. Mungkin hasil didikan ibubapa yang mementingkan adab dan sopan dalam pertuturan. Itu yang buat dorang bercakap lembut-lembut tu.Mungkin bila anak-anak warga asing ni bersekolah dan bersosial dengan anak-anak muda tempatan buatkan dorang fasih. Kalau dah boleh cakap loghat negeri tu memang level lain dah tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *