Siapa sangka dari rakan sekerja frontliners ke suami isteri. Sekali pasangan ini sanggup lakukan ini di waktu photoshoot mereka.

Amalan Kehidupan Keluarga Uncategorized

Siapa sangka wabak Covid-19 yang telah melanda negara sejak tahun lalu telah menyatukan pasangan kekasih sehingga ke jinjang pelamin. Perkenalan yang bermula di pusat kuarantin telah menemukan dua hati sebelum pasangan ‘frontliners’ Pija dan Azwa sah sah bergelar suami isteri. Menerusi perkongsian seorang jurugambar Taufiq Noor di Facebook, dia memuat naik foto pasangan tersebut melakukan ‘photoshoot’ tetapi agak sedikit berlainan daripada pasangan pengantin yang lain.

Covid-19 menyatukan dua hati

Menurut Taufiq, pasangan berkenaan berjumpa ketika bertugas di pusat kuarantin sewaktu awal negara menghadapi wabak pandemik tersebut. Tambahnya lagi, pasangan sama cantik sama padan itu ingin melakukan ‘photoshoot’ dengan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE) sebagai kenang-kenangan.

Taufiq juga turut mengakui dirinya begitu teruja melihat kedua-duanya sanggup berpanas dan berpeluh ketika panas terik sewaktu melakukan ‘photoshoot’ itu yang dipercayai diadakan di Batu Pahat, Johor. Perkongsian itu menerima ratusan tanda suka daripada warganet selain pelbagai reaksi termasuk mendoakan kebahagiaan pasangan tersebut. Wah tabiklah pan4s-pan4s boleh gigih ‘photoshoot’ pakai PPE! Sumber: Facebook TaufiqNoor via omm

Frontliners Ini Lakukan Swab Test Pada Pekerja Kilang. Sekali Bila Dia Nak Solat Terdetik Pula Dihatinya Apabila Dia Nampak Sesuatu Ini.

Dr Sakinah (kiri) berkongsi pengalamannya melihat sebuah pondok pengawal ketika bertugas menjalankan ujian saringan Covid-19 di sebuah kilang. foto facebook Sakinah Sulong Peningakatan kluster membabitkan tempat kerja menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Kes harian jangkitan virus itu naik mendadak sehingga mencatatkan rekod paling tinggi pada Rabu iaitu sebanyak 3,309 kes. Dalam keadaan semasa, malah sejak di awal pandemik melanda negara, petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus-lumus untuk memerangi Covid-19.

Dengan semangat tinggi, mereka menjalankan tanggungjawab tanpa mengenal erti penat dan lelah melakukan ujian saringan Covid-19 bagi membendung penularan wabak ini. Di sebalik menjalankan tugas dengan penuh dedikasi, seorang doktor berkongsi pengalaman beliau yang tidak disangka-sangka sewaktu menjalankan ujian saringan pekerja di sebuah kilang.

“Baru-baru ni saya bertugas bersama pasukan saya buat (ujian) swab di sebuah kilang. Sebelum operasi bermula, sedang kami menyiapkan peralatan, masuk waktu Zohor. Kami fikir, elok kami solat dulu memandangkan urusan kami belum pasti habis jam berapa,” tulis Dr Sakinah Sulong di laman Facebook beliau. Mahu menunaikan kewajipan itu, beliau bersama pasukannya menemui lokasi yang sesuai di kawasan kilang tersebut.

“Bila tanya, rupa-rupanya memang ada tempat solat di pondok pengawal (keselamatan). Kecil je tempatnya. Muat-muat seorang atau dua orang dewasa. Berdindingkan plywood (papan lapis) saja, pintu pun tiada. Lantainya papan beralaskan karpet lama. Ada kipas dinding,” tambah beliau.

Orang susah macam mana pun, kalau hatinya sentiasa ingat Allah, dia akan berusaha untuk solat dan menyediakan tempat solat sebaik mungkin

Menerusi sekeping gambar keadaan dalaman pondok yang dimuat naik Dr Sakinah menyaksikan beberapa sejadah digantung kemas di dinding, bersebelahan dengan sehelai baju pengawal keselamatan. Melihat keadaan sekeliling di dalam pondok pengawal keselamatan itu nyata menyentuh perasaan Dr Sakinah yang merupakan seorang pakar perubatan keluarga.

Perkongsian Dr Sakinah di laman sosial.

Malahan terdetik di hati beliau mengenai petugas yang ditempatkan dalam bilik yang kecil itu, namun mempunyai keperibadian yang wajar dijadikan contoh.

“Saya pandang keliling, saya rasa tersentuh. Orang susah macam mana pun, kalau hatinya sentiasa ingat Allah, dia akan berusaha untuk solat dan menyediakan tempat solat sebaik mungkin. Walaupun dalam keadaan kekurangan. Saya doakan rezeki pakcik pengawal ini akan diberkati Allah selalu,” tambah beliau. Walaupun profesion doktor sering dipandang tinggi masyarakat terutama ketika pandemik, beliau tetap mengamalkan sikap merendah dirinya dalam menghargai orang lain. “Terima kasih, pakcik, bagi kami tumpang bersolat di sini. Besar pahala pakcik memudahkan urusan kami,” kata Dr Sakinah.

Penularan Kes Covid 19 Di Kedah Semakin Membimbangkan. Kali Ini Ada Pula Kes Berpunca Orang Luar Yang Bercuti Dan Balik Kampung Di Kedah.

Musim cuti hujung tahun dan sudah boleh rentas negeri mahupun daerah telah membuatkan segelintir masyarakat mula merancang untuk pergi bercuti ke serata negara kerana bosan terperuk lama di rumah. Walau bagaimanapun, agenda untuk ‘cuti-cuti Malaysia’ tersebut terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana penularan COVID 19 di negara kita dalam situasi yang sangat membimbangkan.

Menurut Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan Kedah, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, penularan COVID 19 di Kedah kini agak membimbangkan kerana terdapat kes berpunca penduduk luar yang balik bercuti ke kampung masing-masing. Allahu…  Malah menerusi pengalamannya di Langkawi, dia agak terkejut melihat orang ramai bersesak-sesak menaiki feri tanpa menghiraukan penjarakan sosial.

Semalam saya ke Langkawi, saya nampak ketika mahu naik dan turun feri orang terlalu ramai dan bersesak-sesak, memang agak susah hendak kawal, sekarang masing-masing kena jaga diri,” katanya. Meskipun Kedah kini tiada kluster baru, namun Kluster Kolam yang berpunca daripada Orang Kena Tahan (OKT) pada 12 Disember lepas masih lagi aktif.

“Kita memang bimbang, kelmarin saya berjumpa dengan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ishak Hussain dan beliau beritahu ada kes disebabkan individu dari zon merah pulang ke kampung di sini dan ia menyebabkan kes di negeri ini naik sikit. Kemudian ada kes individu dari Pulau Pinang membawa virus ke kampung, lepas itu mereka pergi bercuti, pergi kedai makan dan rumah kenduri,” katanya lagi.

Tambah Dr Mohd Hayati lagi, pihaknya sangat berharap penduduk setempat dan mereka yang pulang ke kampung untuk sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Rakyat Kedah juga pada masa yang sama harus menjadikan kes penularan COVID 19 di Selangor sebagai pengajaran sehingga kerajaan terpaksa lanjutkan PKPB sehingga 14 Januari 2021.

“Kalau boleh tangguhkan dulu majlis perjumpaan rakan sekolah atau jamuan makan, jika ada kenduri kahwin ikutlah SOP. Kita tak mahu berlaku seperti di Kelantan, kes meningkat kerana aktiviti balik kampung semasa musim cuti,” katanya. Harap masyarakat kat luar sana dengarlah nasihat KKM ini. 

Tular Video Seorang Lelaki Ini Minum Peluntur Untuk Mencegah Covid 19. Lalu Tampil Seorang Doktor Tepis Kenyataan Tersebut.

Tidak dinafikan ramai pihak bimbang dengan kewujudan virus Covid-19 yang melanda serata dunia. Tambahan pula, sehingga kini, vaksin bagi virus tersebut masih belum diedarkan dan disuntik kepada orang ramai. Namun, terdapat sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan info yang tidak masuk akaI, dengan mendakwa seseorang itu mampu sembuh daripada penyakit C0vid-19 jika air yang diminumnya dicampur dengan cecair peIuntur. Wow an0ther level p0wer betul!

Campur dengan air.

Menerusi video yang berdurasi satu minit 16 saat itu memaparkan tindakan seorang lelaki, mencampurkan cecair peluntur ke dalam dua cawan air minumnya. Selepas peluntur itu dimasukkan, dia bertindak mengacau air tersebut bagi melarutkan air tersebut. Selepas air itu dikacau, lelaki itu bertindak minum air tersebut dengan sekali teguk. Haish lain macam! Walau bagaimanapun, video tersebut telah mengundang ratusan komen yang mengkritik tindakan lelaki itu.

Dikongsi di Whatsapp.

Seorang doktor dikenali sebagai Nimalesh, berkongsi tangkap layar mesej di Whatsapp, di mana seseorang itu mampu sembuh daripada virus Covid-19 jika minum air yang dicampur dengan peIuntur. Menerusi mesej tersebut juga menjelaskan peluntur mampu dijadikan ubat bagi sakit teruk yang lain seperti knser. Namun, doktor tersebut menjelaskan tindakan minum peluntur sama sekali tidak dapat menjadi ubat kepada badan seseorang itu, malahan memudaratkan kesihatan seseorang itu.

Wanita Ini Positif Covid 19 Ketika Sedang Sarat Mengandung. Akhirnya Wanita Ini Kongsi Pengalamannya Di Hospital.

Di Twitter, seorang wanita hamil dikenali sebagai ShaaAjis, menceritakan pengalamannya menjadi salah seorang pesakit Covid-19. Menerusi thread yang dibuatnya, dia menceritakan prosedur hospital yang perlu diikuti olehnya sehingga dia selamat melahirkan anaknya.

Positif Covid-19 semasa mengandung

Wanita itu menceritakan dengan terperinci akan pengalamannya melahirkan anak di saat dia positif Covid-19. Pada mulanya, dia tidak menyangka simptom-simptom yang dialaminya merupakan simptom Covid-19. Risau dengan apa yang terjadi, dia tampil ke hospital bagi melakukan pemeriksaan.

“13 Dec 2020, badan start mengigil, batuk kering. Since i pregnant 38 weeks dah, jadi rasa memang meluak-luak since Sha bawa lagi 1 nyawa inside me. Malam tido pon tak lena sebab nafas laju. Jupi cuba pujuk, try tido tapi kejap je, the sampai pagi I can’t sleep. For your information, Jupi baru baik dari demam, kemungkinan i berjangkit dengan dia, yelah tido pun 1 katil.  14 Dec 2020. Sampai je terus dapat ward 1 orang, tak boleh share sebab Sha kes PUI (cepat berjangkit). Hanya bersendirian di dalam bilik tersebut ditemani katil tanpa ada sebarang tingkap, kipas, mahupun pendingin hawa. I cried whole night sebab badan dah penat sangat, tapi tak boleh tidur sebab penat sangat.”

Susulan daripada simptom yang dialaminya, keesokan harinya, Sha mengajak suaminya untuk membuat pemeriksaan lanjut mengenai masalah yang dihadapinya. Namun, dia didapati mempunyai simptom Covid-19 dan terpaksa ditahan di hospital bagi rawatan selanjutnya. Setelah dimasukkan ke hospital, pelbagai prosedur hospital yang terpaksa dia turuti demi keselamatan dia dan kandungannya. Malahan, sepanjang berada di hospital, dia beberapa kali mengalami tanda-tanda akhir sebelum bersalin ditambah pula dengan usia kandungannya yang sudah cukup bulan.

Kemungkinan yang terjadi

“18 Dec 2020, 10 am, pakar datang, dia cakap maafkan kami, ini jalan yang terbaik untuk selamatkan nyawa mama dan baby, awak akan masuk OT jam 1 petang. Banyak kan doa moga semuanya dipermudahkan. Doktor bagitahu apa yang akan terjadi atau bakal terjadi masa dalam OT seram? Semestinya sebab dia akan guna cecair merah yang sedia ada, dan kemungkinan dapat HIV tu tinggi. Macam-macam lah dia explain, masa ni Sha dah redha, Sha cuma harap kalau betul aku tak selamat, moga Allah selamatkan zuriat aku. Pada mulanya doktor yang merawatnya, sempat menceritakan kemungkinan-kemungkinan yang bakal dia hadapi di saat melahirkan bayinya. Tambahan pula, pada tarikh yang sama, bayinya selamat dilahirkan menerusi kaedah pembedahan. Jika bayinya lambat dikeluarkan, besar kemungkinan anaknya mendapat jangkitan p4ru-p4ru. Jelasnya lagi, dia amat risau dengan keadaan bayi ditambah pula keadaannya yang masih sakit.

Masih ada Covid-19

Walaupun, dia dah selamat melahirkan bayinya, wanita itu masih positif Covid-19 dan anaknya perlu membuat ujian calitan kedua. Kini, dia masih menjalani rawatan selanjutnya dan paling menyedihkan apabila keluarganya yang lain semua turut positif Covid-19. Di hujung tersebut, dia sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberikan semangat kepadanya.

Sumber: ShaaAjis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *