Setiap dapur rumah pasti akan mengalami masalah ini. Kini ini cara untuk mengelak kumbang membiak dalam beras.

Amalan Kehidupan Petua Uncategorized

Setiap rumah pasti pernah dan sedang mengalami masalah kutu beras di dalam bekas beras. Beras yang disimpan lama akan terdapat kutu beras. Cuba amalkan petua ini untuk mengelakkan kutu beras hinggap di tempat simpanan beras. Masukkan salah satu atau sebaik-baiknya (supaya lebih berkesan) benda-benda berikut di dalam bekas simpan beras:-  Beberapa helai daun limau purut, Beberapa helai pelepah daun belimbing, Pelepah perlu dijemur hingga kering terlebih dahulu sebelum disimpan dan  Beberapa biji cili kering.

Cili kering jika disimpan di dalam tempat menyimpan beras juga mampu menghindarkan kumbang beras. Sebaiknya masukkan kira-kira 10 biji cili kering dan pastikan cili tersebut ditimbus di dalam beras.

Tak Sangka Sebenarnya Banyak Khasiat Kelebihan Halia. Dan Ini Sebenarnya Rahsia Orang Tua Dahulu.

Rahsia Orang Tua Dahulu Hidup Beratus Tahun, Inilah Kelebihan Halia Yang Ramai Tidak Tahu. Halia adalah antara herba yang paling menyihatkan. Banyak digunakan dalam masakan tetapi sebenarnya halia juga cukup membantu dalam dunia kecantikan dan kesihatan. Berikut adalah kebaikan halia untuk kesihatan wanita dan lelaki yang mungkin anda tak pernah tahu.

Pertama, legakan loya terutamanya morning sickness. Halia telah lama digunakan sebagai pelega mabuk laut. Tidak hairanlah halia amat berkesan untuk digunakan bagi menentang loya. Biasanya halia digunakan untuk melegakan loya dan muntah-muntah selepas pembedahan dan terhadap pesakit kanser yang sedang menjalani kemoterapi. Tetapi penggunaan halia paling berkesan adalah apabila digunakan terhadap loya berkaitan kehamilan seperti morning sickness.

Kedua, kurangkan sakit otot & kelenguhan. Sifat anti keradangan yang terdapat dalam halia dikatakan berkesan dalam menentang sakit otot akibat senaman. Halia tidak memberi kesan yang segera tetapi mampu mengurangkan sakit otot yang dialami dari sehari ke sehari.

Ketiga, bantu pesakit osteoarthritis. Kesan anti keradangan dalam halia juga mampu mengurangkan simptom-simptom osteoartritis. Osteoarthritis adalah masalah kesihatan yang melibatkan kelemahan pada sendi badan. Ia membawa kepada simptom-simptom seperti sakit sendi dan kekakuan.

Keempat, rendahkan gula dalam darah. Ada kajian yang menunjukkan bahawa halia mempunyai sifat-sifat anti diabetes. Kajian tahun 2015 itu mengkaji 41 orang yang menghidap diabetes tahap 2. Mereka diberi 2 gram serbuk halia setiap sehari bagi merendahkan gula dalam darah sewaktu berpuasa. Keputusannya, ia memperbaiki HbA1c (penanda tahap gula dalam darah buat jangka panjang), sekali gus membawa kepada penurunan 10 peratus dalam masa 12 minggu.

Kelima, baiki sistem pencernaan kronik. Pencernaan kronik (dyspepsia) boleh dikenal pasti melalui sakit dan rasa tidak selesa berulang kali pada bahagian atas perut. Dipercayai melambatkan proses membuang adalah penyebab utama ketakcernaan. Menariknya, halia dikatakan mampu mempercepatkan pembuangan najis terhadap mereka yang mengalami masalah ini.

Keenam, kurangkan sakit haid. Salah satu kegunaan halia dalam perubatan tradisional adalah melegakan sakit termasuklah sakit akibat haid. Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap 150 orang wanita yang mengambil 1 gram serbuk halia setiap hari selama 3 hari mereka datang haid ia mampu melegakan rasa sakit yang dialami.

Ketujuh, merendahkan tahap kolesterol. Tahap kolesterol jahat atau LDL dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Makanan yang anda ambil mempunyai pengaruh kuat terhadap tahap LDL. Pengambilan halia dikatakan mampu mengurangkan tahap trigliserid dan LDL kolesterol.

Kelapan, cegahan Demam dan Selesema. Halia telah digunakan beribu-ribu tahun sebagai rawatan semula jadi untuk demam dan selesema di seluruh Asia. Kajian di University of Maryland Medical Center mendapati. Untuk merawat demam dan selesema di kalangan orang dewasa, rendam 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum dua hingga tiga kali sehari.

Kesembilan, melawan Masalah Pernafasan yang biasa. Jika anda mengalami penyakit pernafasan biasa seperti batuk, halia membantu dalam mengembangkan paru-paru anda, Dan melonggarkan kahak kerana ia adalah ekspektoran semula jadi yang mencairkan dan membuang kahak. Dengan cara ini anda boleh dengan cepat pulih daripada kesukaran bernafas.

HALIA JUGA BAGUS UNTUK ANAK KECIL

Sebenarnya halia bukan sahaja bagus untuk orang dewasa, tetapi bagus untuk bayi seawal lebih lapan bulan. Kesan luar biasa halia boleh meningkatkan kesihatan tubuh badan kanak-kanak.

1. Hilangkan Selesema
Mungkin ada yang masih tak tahu, betapa mujarabnya halia untuk metrawat anak kecil yang selesema. Caranya, rebus halia dan sejukkan. Berikan minuman halia pada anak yang selesema. Pasti selesema anak akan berkurangan. Jangan lupa, pastikan anda rasa dulu supaya tidak terlalu pahit. Anda juga boleh tambahkan sesudu madu asli untuk kanak-kanak berusia setahun ke atas.

2. Melegakan batuk. Kalau teruk sangat anak batuk, anda perlu cuba petua ini. Campurkan satu sudu jus halia segar bersama biji halba dan beri pada anak minum untuk meredakan batuk.

3. Rawat masalah penghadaman. Percaya atau tidak, halia juga boleh mengurangkan masalah kembung yang selalu dialami anak kecil. Jadi mak-mak boleh sediakan sedikit bubur yang dimasukkan hirisan halia untuk kanak-kanak. Nak lagi sebati, anda boleh tumbuk halus. Cara ini sesuai untuk anak kecil yang sudah boleh makan. Jadi seeloknya, pastikan ada halia dalam rumah. Bukan hanya untuk memasak tetapi untuk jaga kesihatan. Selamat mencuba! Sumber: Mingguan Wanita

Turun Berat Dari 100 Kg Ke 67 Kg. Wanita Ini Kongsi Rahsia Dan Pengalamannya Sepanjang Dia Berusaha Untuk Menurunkan Berat Badannya

Untuk makluman, Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Ramai antara kita yang inginkan berat badan ideal untuk menikmati gaya kehidupan yang lebih sihat tanpa ancaman penyakit.Namun, tidak ramai yang sedar bahawa matlamat itu boleh sahaja dicapai jika ada azam yang kuat untuk berubah.

Seperti sedia maklum, cara terbaik untuk dapatkan berat badan sempurna adalah dengan menjaga pemakanan atau lebih tepat lagi, berdiet.Baru-baru ini, seorang warganet, Maria Nazri Said berkongsi pengalaman jatuh bangun dietnya dalam ‘group’ Facebook Diet Suku-Suku Separuh.

Menariknya, perkongsiannya itu diluahkan dengan begitu jelas, bermula daripada bagaimana dia terdetik untuk berdiet, melalui fasa-fasa sukar pada tempoh yang panjang, sehinggalah akhirnya berjaya mencapai tahap kesihatan yang baik pada hari ini.Mari ikuti perkongsiannya ini. Semoga terinspirasi.

Perjalanan turun berat daripada 100 kg ke 67 kg, berjaya hilang 33 kg selama setahun lebih

Saya nak kongsi pengalaman dan cara saya turunkan berat badan sebanyak 33 kilogram, dari ‘zero’ tidak tahu apa-apa bab diet ni, sampai boleh. Ada la sikit-sikit tak banyak ilmu pun, cukup untuk belajar sendiri. Nak ajar orang, saya tak pandai, tapi saya fahamlah sikit-sikit.

100 kilogram mungkin lebih, sebab timbang saya jenis jarum ketika itu dah rosak. Yang terakhir itulah saya ingat dalam sekitar 100 kilogram.Mula-mula saya mula diet tekad nak ubah diri, macam semua orang yang pernah berat tahu, puncanya sakit, macam-macam saya kena hadap bila berbadan besar.Saya tak kisah lagi apa orang nak kata, tapi saya jadi kisah apabila sudah melibatkan kesihatan saya. Umur baru 36/37 tahun, tapi saya dah ‘struggle’ nak bergerak, sakit sana sini.

Permulaan

Saya mulakan dengan berhenti makan malam. Siang saya makan macam biasa, tiada diet tiada bersenam bagai. Saya cuma berhenti makan malam.Dalam sebulan, berat saya sudah 97 kilogram. Ketika itu sudah beli alat penimbang baharu. Bila tengok (berat) sudah turun, gembira tak terkatalah walaupun baru dua kilogram lebih sebab sudah lama tak cecah bawah 100 kilogram tu. Tengok angka sembilan tu jadi ‘kecewa’.

Ketika 97 kilogram

Saya mula berjinak-jinak dengan berjoging, tapi jalan-jalan saja. Jalan perlahan-lahan, masa tu tak pandai kira langkah lagi. Jalan saja perlahan-lahan, ‘outfit jogging’ pun hmm tak sesuai sebab tak bersedia apa pun.Kasut pun pinjam kasut anak. Itu tak mengapa. Yang penting semangat. Masa itu saya jumpa kawan saya, Kak Wan. Dia ada dalam group ini (Diet Suku-Suku Separuh). Nanti mesti dia muncul, untung saya kenal dia.

Dia yang ajar saya buat permulaan, apa yang boleh dan tidak boleh. Ibarat dia bagi saya satu inspirasi untuk berubah. Dia berumur 50 tahun, tapi dia lebih sihat (dan) berjoging daripada saya. Tak boleh jadi ni, saya kena berjuang untuk diri saya.

Tanggal 1 Mac 2018

Secara rasminya (ketika tarikh ini), saya isytiharkan diet ke atas diri sendiri. Saya kawal ‘portion’ makanan, tapi lauk saya makan saja apa-apa lauk.Tapi apa yang saya kawal, ‘portion’. Ketika itu saya tak potong gula, setiap kali balik joging saya beli teh ‘O’ ais limau. Kalau coach tengok ni, matilanak (katanya).Masa itu saya tidak tahu lagi wujudnya diet ‘suku-suku separuh’ (DSSS) ini. ‘Just do it’, saya mula belajar dengan Kevin Zahri punya Youtube dan Instagram, dengar dan fahamkan. Hari-hari saya dengar.

Bulan kedua, 95 kilogram

Alhamdulillah, walaupun makan tak berapa ‘sihat’ tapi sebab kawal ‘portion’ dan ‘enjoy’ dengan ‘workout’, walaupun masa itu lutut kiri saya dah mula bagi kesan sakit.Saya tak boleh bengkokkan lutut, tapi mujur saya boleh lagi berjalan-jalan. Saya tak menyerah masa itu, walaupun sakit tu mengganggu saya. Saya hanya teruskan saja. Saya mula beli pita pengukur, saya tulis berapa-berapa inci, bahu lengan dada perut betis semua itu saya tanda.

Fokus

Saya tak fokus pada berapa berat saya turun. ‘Im just do it’. Apa yang saya fokus ialah rutin saya. Saya tukar dari A ke B, ‘workout’ pun saya tukar dari satu kilometer naik ke dua kilometer. Makin ringan badan, makin hilang berat badan, makin saya naikkan ‘level workout’.Daripada kira jumlah langkah guna telefon (aplikasi), saya beli jam pintar (smart watch). Daripada situ saya belajar tentang pembakran kalori dan saya tetapkan target sendiri.Bukan target turun berat, tapi target berapa langkah nak buat dalam sehari. Dalam masa sama saya diet macam biasa.

Sihat

Saya pernah cakap dengan kawan saya, saya ‘workout’ bukan untuk kurus. Saya ‘workout’ untuk saya boleh makan apa yang saya nak. Saya ‘workout’ sebab saya nak sihat. Itu fokus utama saya.Tak kisah berapa kilogram berat turun dalam seminggu ke, sebulan ke. Yang penting saya buat. Alhamdulillah, berat turun cantik je.

Plateau

Ya, jauh perjalanan luas pemandangan. Haha. Setiap 10 kilogram turun, dia ‘stuck’. Jadi saya belajar lagi, nak buat macam mana, ‘stuck’ seminggu dua boleh lagi terima. ‘Stuck’ dekat sebulan dah tentu saya hairan.Saya tukar rutin pemakanana. Ada masa saya kawal diet ketat sikit. Ada masa saya ‘enjoy’ dalam sehari saya ‘load’ kalori, saya makan apa yang saya nak. Minggu depannya Alhamdulillah turun.Ada masa saya berehat daripada ‘workout’. Apabila sambung balik, turun elok je dia. Apa yang saya belajar masa itu, badan kita juga ada kalanya ‘bosan’ dengan rutin yang sama. Dia perlukan sedikit perubahan, sama ada ‘enjoy’ atau ketatkan lagi rutin. Itu pengalaman sayalah.

Disiplin

Bila dah mula diet, disiplin itu penting. Bila ‘enjoy’, ‘enjoy’ betul-betul. Bila diet, buat betul-betul. Kalau rasa tak ‘enjoy’, stres, jangan buat. Orang boleh cakap macam-macam, tapi akhirnya balik pada diri sendiri, “Apa yang terbaik aku boleh buat”.Saya cabar diri sendiri, selalunya dalam ‘workout’. Dulu joging, ‘pace’ usah cakaplah perlahannya. Alhamdulillah ‘pace’ lapan ke sembilan tu kira ok dah bagi saya. InsyaAllah akan datang nak cuba ‘pace’ tujuh pula.Selalu ‘refresh’ diet kita supaya ‘enjoy’ dan minat. InsyaAllah berat mudah nak turun. Jangan fokus pada berat berapa kilogram turun, (tapi) fokus untuk hidup secara sihat. Itulah dia.

Perasaan sekarang

Saya rasa seronok sangat haha. Sakit-sakit yang saya rasa dulu, tak pernah rasa lagi dah sekarang. Saya tak pernah rasa badan dan dalaman saya seringan ini.Pernah dengar kan, bila lepas urut badan anda akan rasa ringan? Percayalah, lepas ‘workout’, lepas diet dan bangun esok pagi, itulah nikmat ringan badan yang saya tak pernah dapat dulu kalau saya tak ubah diri. Bangun pagi tak pernah lembik, cergas, cerdas, jauh beza kalau nak dihitung.

Kehidupan saya sudah berubah 100 peratus. Dulu tidur berdengkur, (sekarang) dah tiada. Bangun tidur dulu sakit tapak kaki, sekarang dah tiada. Dulu baru bangun tidur, saya boleh tidur balik lepas hantar anak-anak ke sekolah. Sekarang siang pun saya jarang tidur, selalu sibukkan diri.Walaupun saya seorang surirumah, saya ada Athma, tapi itu bukan halangan. Sebab saya nak rasa nikmatnya sihat. Alhamdulillah syukur saya sempat berubah.Nak turun berat ni perjalanan dia bukan macam lif, masuk tekan butang laju je turun. Tak.Perjalanannya berliku-liku. Kalau awak nak sihat, dengarlah ‘suara’ tubuh badan awak. Masa saya mula-mula diet, saya tak sertai mana-mana ‘group’. Sampailah sekarang baru saya sertai ‘group’ DSSS ni, sebab saya akan belajar bila saya nak dan saya akan cari sendiri.

Produk kurus tak mengubah apa-apa

Saya gunakan sumber yang saya boleh terima cara diet tu dan praktis pada diri sendiri. Bukan tak pernah usaha, saya dah berhabis duit beribu-ribu ringgit dengan produk-produk kurus, akhirnya tak jadi apa.Akhirnya baru saya tahu, saya sendirilah yang kena berubah. Bila saya masuk ‘group’ ni, macam-macam soalan yang saya tengok. (Jadi) terbuka hati saya nak kongsi pengalaman saya sendiri.Banyak-banyak diet, DSSS inilah paling ‘simple’ dan untuk jangka masa panjang, sangat-sangat berbaloi untuk ‘investment’ diri kita pada masa akan datang.Sihat tak boleh dibeli, kita sendiri kena ubah. Saya mohon maaf andai saya ada tersalah bahasa. Saya menulis sekadar kongsi pengalaman sahaja. Sekian terima kasih sudi baca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *