Pemuda ini menceritakan pengalamannya yang hampir dikenakan kompaun. Sekali ini yang berlaku.

Amalan Covid 19 Dunia Uncategorized

Amr berkongsi pengalamannya mengenai pasukan polis membuat pemeriksaan di sebuah restoran, beberapa hari PKP dilaksanakan di Terengganu. Bukan semua orang mampu membayar kompaun sebanyak RM1,000 kerana ingkar arahan mendaftar nama dan nombor telefon apabila memasuki mana-mana premis.

Namun, semua orang boleh mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang wajib untuk dilakukan ketika pandemik Covid-19 selain memakai pelitup muka dan pemeriksaan suhu. Kompaun RM1,000 akan dikenakan kepada sesiapa yang degil di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988). Menerusi satu video aplikasi TikTok, seorang pemuda mengimbas kembali insiden dirinya nyaris dikenakan kompaun ketika berada di sebuah restoran.

Anggota polis melakukan pemeriksaan dari meja ke meja.

Pemuda berkenaan, Amrul Hakim Abd Razak berkata, kejadian berlaku di Kemaman, Terengganu, beberapa hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan di negeri itu bermula 22 Januari. Anak muda berusia 28 tahun itu memberitahu, ketika itu Terengganu dalam PKP Bersyarat (PKPB) yang masih membenarkan pengunjung makan di restoran berbanding hanya bungkus, pandu lalu dan penghantar sepanjang PKP.

“Hampir setiap hari saya lepak di bistro (kedai mamak), sama ada untuk minum, makan atau buat kerja. Kebiasaannya saya akan daftar dulu, tulis nama di buku yang disediakan. Tapi memandangkan petang tu saya untuk jumpa kawan di situ dan bawa laptop, jadi saya letak dulu beg untuk ‘cop’ tempat dulu,” katanya.

Amr sering berkunjung ke sebuah restoran mamak di Kemaman.

Lebih mesra disapa Amr, dia bagaimanapun terlupa untuk mendaftar dan hanya menyedarinya selepas berada di premis itu selama kira-kira dua jam. “Dekat dua jam saya duduk saya tiba-tiba terasa macam ada yang tak kena. Bukan rasa tak sedap hati, tapi lebih kepada sesuatu yang saya selalu buat tapi belum lakukan. Baru saya teringat yang saya masih belum daftar. Saya bangun dan pergi ke depan restoran dan mendaftar tulis nama dan nombor telefon,” ujar anak kelahiran Kemaman itu.

Walaupun kita hanya masuk sekejap saja ke mana-mana premis, pastikan daftar nama dan nombor telefon atau imbas guna aplikasi seperti MySejahtera terlebih dahulu

Bagaimanapun, anak kedua daripada lapan beradik itu terkejut sebaik kembali ke meja makan dan seakan tidak mempercayai apa yang berlaku selepas itu.

“Saya baru je kembali duduk kira-kira 10 minit, tiba-tiba satu pasukan polis masuk ke dalam restoran dan periksa setiap pelanggan buat spot check. Seorang demi seorang, dari meja ke meja anggota polis datang periksa tanya nama dan nombor telefon untuk pastikan pelanggan telah mendaftar,” katanya. Amr yang merupakan video creator menjelaskan dia benar-benar tidak menyangka menyaksikan kehadiran polis membuat pemeriksaan dari segi pematuhan SOP.

Amr merupakan ‘video creator’.

“Masa tu saya bersyukur sebab Tuhan gerakkan hati saya untuk rajinkan diri bangun dan mendaftar. Saya sedikit lega sebab hampir kena saman RM1,000. Rasa gemuruh tu tetap ada sebab abang polis garang tanya seorang demi seorang, rasa kecut perut macam kena spot check dengan warden masa saya tinggal di asrama di sekolah tahfiz di Kuantan, Pahang dulu. Tapi saya faham mereka lakukan tugas mereka demi kebaikan bersama,” katanya yang akan lebih berwaspada pada masa akan datang.

Menurut Amr, perkongsiannya itu mahu mengingatkan kepada orang ramai supaya tidak mengambil ringan terhadap pematuhan SOP sebagai norma baharu dalam kehidupan.

“Walaupun kita hanya masuk sekejap saja ke mana-mana premis, pastikan daftar nama dan nombor telefon atau imbas guna aplikasi seperti MySejahtera terlebih dahulu. Bukan hanya memudahkan pengesanan kontak sekiranya berlaku kes Covid-19, tetapi mengelakkan kita daripada dikenakan kompaun. RM1,000 bukannya sikit, jadi patuhilah SOP bila ke mana-mana,” katanya.

Disebabkan Terkesan Dengan PKP Kali Ini Pak Badut Iklankan Ini Pula Di Facebook. Tapi Tak Sangka Tiba Tiba Ini Pula Yang Dia Dapat.

Suwaibatun atau lebih dikenali sebagai Pak Kadut menjual makanan seperti tauhu bakar. Musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini ternyata memberi kesan kepada banyak pihak yang bekerja untuk menyara kehidupan.

Ini terutama mereka yang menjana pendapatan ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapi oleh seorang lelaki yang berkhidmat sebagai badut sepenuh masa, Suwaibatun Nahar Mohd Juffri. Enggan berputus asa dan bergelar penganggur, lelaki berusia 45 tahun itu mengambil keputusan untuk menjual makanan dari rumahnya di Simpang Renggam di Kluang, Johor.

Antara makanan yang dijual oleh Suwaibatun.

Mengakui baru berjinak-jinak dalam bisnes secara kecil-kecilan, Suwaibatun yang lebih dikenali sebagai Pak Kadut mengharapkan sokongan terhadap usahanya itu.

“Saya adalah seorang peniaga yang baru belajar. Saya akan iklankan jualan hari-hari walaupun tiada yang like (tanda suka). Inilah azam saya. Sokong ya,” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Antara yang dijual oleh Suwaibatun adalah tauhu bakar, sosej bakar dan sate ikan atau lebih dikenali sebagai lokcing ikan serta mempelam asam boi. Bapa tiga anak itu berkata, dia berniaga untuk meneruskan kelangsungan hidup bagi menyara keluarganya.

Pak Kadut merindui momen menceriakan orang ramai. foto Facebook Shamsusahar Eban

“Walaupun ia tidak banyak, selagi keluarga saya gembira, ia sudah mencukupi,” kata Suwaibatun. Walaupun PKP, dia masih memakai topeng badut dan melakukan gimik belon ketika menjual makanan memandangkan kebanyakan pelanggannya adalah kanak-kanak. Semasa PKP yang pertama tahun lalu, semasa melakukan pertunjukan jalanan atau di majlis tertentu, mahupun ketika saya bersiaran langsung di Facebook, saya sentiasa mengingatkan orang ramai supaya mengamalkan norma baharu termasuk penjarakkan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan mencuci tangan mereka,” katanya yang mempunyai lebih 10,000 pengikut di Facebook turut membantu rakan-rakannya menjual produk mereka di media sosial.

Saya adalah peniaga yang baru belajar. Saya akan iklankan jualan hari-hari walaupun tiada yang like. Inilah azam saya

Dalam pada itu, Suwaibatun berharap wabak Covid-19 segera berakhir tidak lama lagi bagi membolehkannya kembali beraksi sebagai Pak Kadut untuk menceriakan orang ramai.

Posting Suwaibatun mengenai sumbangan yang diterimanya daripada seorang individu.

Menyedari kesulitan yang dihadapi oleh Suwaibatun, muncul seorang insan yang bermurah hati menyumbangkan bantuan buat dirinya sekeluarga.

“Terharu Pak Kadut menerimanya. Datangnya tiba-tiba, tak tahu dari mana berborak sekejap sambil Pak Kadut membuatkan tauhu bakar buatnya. Tak lama (kemudian) datang kembali dengan membawa sumbangan barangan kering buat Pak Kadut sekeluarga. Semoga bos sekeluarga diberikan rezeki yang halal melimpah ruah, keimanan, kebahagiaan, kesihatan, kejayaan dunia dan akhirat,” katanya menerusi posting di Facebook tanpa mendedahkan identiti penyumbang tersebut.

Satu Keluarga Menjual Nasi Kukus Perniagaan Turun Temurun Dari Bapanya. Sekali Tak Sangka Pula Dulu Bapa Pergi Sebab Ini Tapi Kali Ini Ibu Pula.

Bapa Bella yang pergi pada tahun 2015 bersama ibunya yang kini terlantar sakit, dipercayai akibat terkena buatan orang. “Jangan malu nak mengaku kita susah.”

Itulah kata-kata yang menjadi pegangan Nur Salshabila Muhammad Rufdi, 21, sejak kematian bapanya pada tahun 2015. Terbaharu, kisah gadis itu serta perniagaan nasi kukus keluarganya yang terjejas teruk sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lepas menjadi tular di laman Twitter.

Menurut gadis yang mesra disapa Bella itu, kedai nasi kukus mereka di Uptown Shah Alam, Selangor terpaksa dihentikan operasi dan ‘direhatkan’ sepanjang tahun lalu. Baru-baru ini, dia serta adik-beradik yang lain tampil dengan alternatif baharu dengan membuka gerai nasi kukus di Bandar Putera 2, Jalan Kebun Nenas, Shah Alam. Kata Bella yang juga anak kelima daripada enam beradik, dugaan itu cukup berat memandangkan dia dan adik beradiknya yang lain sama-sama mencari rezeki dengan perniagaan itu sejak sekian lama.

Bella bersyukur menerima sokongan ramai di Twitter.

“Kami berniaga di Uptown sejak tahun 2005. Jadi sekarang terpaksa cari alternatif lain, kami buka gerai. Kami bahagikan tugas, ada abang dan kakak uruskan gerai, saya dan kakak yang lain uruskan proses penyediaan di rumah. Masa awal PKP tahun lepas kami tak boleh berniaga langsung. Mama pun korek duit simpanan yang ada. Tahun lepas sangat sukar untuk kami. Tahun ni baru je bisnes nak elok, PKP lagi sekali,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar.

Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah.

Menurut Bella, ibunya kini hanya berehat di rumah kerana uzur sejak beberapa tahun lalu. Dakwa Bella, ibunya terkena buatan orang yang dipercayai iri hati dengan perniagan mereka.

“Masakan nasi kukus tu memang resepi turun-temurun ibu. Tapi sekarang kakak saya yang masak. Mak sakit, berniaga ada orang dengki. Boleh cakap macam terkena buatan oranglah. Papa pun kena macam tu, tapi telah pergi kena sakit jantung.

Sebahagian ahli keluarga Bella.

“Mak sakit sejak 2016. Tak boleh nak jalan sangat, mak banyak berehat je,” ujarnya yang juga penuntut bidang Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan. Dalam pada itu, Bella turut berkongsi kata-kata bapanya yang masih menjadi pegangan sehingga ke hari ini. Papa kata jangan malu nak mengaku susah, malulah mengaku senang tapi sebenarnya kita susah. Sebab kami memang susah dari dulu. Sebelum buka kedai nasi kukus, ibu bapa saya bangun pukul 3 pagi buat kuih, hantar ke kilang.

Hidangan nasi kukus ini menjadi punca pendapatan mereka sekeluarga sejak sekian lama.

“Itulah satu kata-kata semangat dari papa sebelum dia tinggalkan kami,” ujar Bella yang juga seorang model sambilan. Dalam pada itu, posting Bella mengenai gerai nasi kukus keluarganya menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter. Ujarnya, dia bersyukur menerima sokongan ramai, sekali gus membuka pintu rezeki buat mereka sekeluarga. “Sangat terharu sebab ramai bagi sokongan, ramai yang cakap nak datang,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *