Mungkin ramai yang belum ketahui salah satu rahsia untuk kita murah rezeki. Kini ada 6 tips untuk membuka pintu rezeki anda.

Amalan Dunia tips Uncategorized

Semoga rezeki anda kian bertambah, terus diberkati dan dilimpahkan olehNya. Ingat kaya di dunia biarlah selari dengan amalan untuk bekalan ke akhirat. Di sini kami berikan 5 cara untuk menjadi kaya yang semua orang boleh praktikkan dalam kehidupan seharian.

1.Solat

Orang yang sentiasa menjaga solat dengan ikhlas, tawaduk dan khusyuk akan diberi jaminan rezeki oleh Allah.Jaga solat berjemaah dan awal waktu menjadi syarat utama mendapat limpahan rezeki dari Sang Pencipta. Ayat Al-Quran berikut menjadi bukti bahawa solat adalah amalan yang mendatang rezeki kepada kita.” Suruhlah keluargamu untuk solat dan sabarlah dalam mengerjakannya. Kami tidak menuntut rezeki daripadamu. Kamilah yang memberi rezeki. Balasan yang baik akan diberikan kepada orang yang bertakwa” –ayat 132 Surah Thaha

2.Istighfar

Istighfar ialah memohon ampun kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan. Realiti istighfar mengakui salah diri sendiri dan berazam untuk tidak mengulangi lagi pada masa yang akan datang. Lafaz istighfar bukan hanya pada mulut tetapi perlu dihayati ke dalam hati.

Rezeki kita terhalang akibat dosa sebab itu hilangkan dosa maka rezeki akan masuk dengan mudah dan senang. Malah orang yang Allah terima istighfar mereka, akan mendapat kekayaan dan kejayaan berlipat kali ganda. Dalam ayat berikut cukup jelas mengambarkan istighfar boleh mendatangkan rezeki yang kita idamkan dalam hidup ini.

“ Maka aku katakan kepada mereka, mohon ampunlah kepada TuhanMu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan ( pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai ” –ayat 10-12 Surah Nuh

3.Sedekah

Hanya mereka yang faham konsep sedekah sanggup melakukan amalan ini baik semasa dalam kekurangan maupun ketika lebihan rezeki. Ada pula orang hanya bersedekah ketika dikurniakan rezeki lebih dan tidak kurang juga yang semakin sukar bersedekah walaupun sudah hidup senang. Itu terpulang kepada iman masing-masing. Sedekah bukan kewajipan sebagaimana zakat. Namun siapa yang bersedekah pasti mendapat balasan daripada Allah.

Ayat berikut boleh menjadi dalil untuk menyatakan apa sahaja yang disedekah akan diberi balasan. “Dan apa jua yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dia Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya.” –ayat 39 Surah Saba’ Sedekah juga sebenarnya amalan murah rezeki dan cepat kaya.

4.Takwa

Takwa adalah matlamat utama orang beriman. Sebab iman dan takwa mesti bergerak sejajar dalam minda dan pemikiran. Maksud termudah takwa ialah buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. Hanya dengan bertakwa maka rezeki akan mudah datang. Kedatangan pula mungkin dari tempat atau jalan yang kita tidak sangka-sangka. Begitulah yang dinukilkan dalam ayat Al-Quran berikut.

“ Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka” –ayat 2-3 Surah al Talaq. Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa surah ini adalah surah pembuka rezeki

5.Asmaul Husna

Hanya dengan menyebut nama Allah kita boleh menarik rezeki yang diingini. Bunyinya seperti kurang serius tetapi itulah realiti yang wajar dipercayai. Asmaul Husna terdiri daripada 99 nama Allah yang sangat indah dan sangat sempurna. Ada yang menjadikan Asmaul Husna sebagai doa pembuka rezeki dan kekayaan.

Namun sedar atau tidak, Asmaul Husna mempunyai fadilat yang tersendiri. Antaranya mendatangkan rezeki dan memudahkan doa pengamalnya diterima Allah. Terdapat dalil yang cukup kuat berkaitan perkara ini seperti berikut. “Dan bagi Allah Asmaul Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-Nya” –ayat 7, Surah al-A’ra

6.Bernikah

Bernikah adalah tuntutan agama bagi mereka yang mampu dan berkeinginan untuk berkeluarga.Membina keluarga yang sakinah, mauwadah wal rahmah jadi impian kebanyakkan orang.

Sungguhpun begitu masih ada yang meletakkan kemampuan kewangan dan harta benda untuk bernikah.Tidak sepatutnya begitu jika bersandarkan dalil Al-Quran berikut.

““Dan kahwinkanlah orang-orang buj4ng (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Ayat 32 Surah An-Nuur Sumber : Pesona Pengantin

Gadis Ini Tanya Sebegini Pada Pemuda Tersebut Sekiranya Ingin Berkahwin Dengannya. Sekali Ini Jawapan Dari Pemuda Tersebut.

Jodoh merupakan perkara yang tidak diduga kerana ia merupakan perancangan Allah SWT yang tidak ketahui oleh hamba-Nya. Ia tidak akan datang bergolek jika kita sendiri tidak berusaha untuk mencarinya. Walaupun manusia ditakdirkan untuk hidup berpasangan, namun jodoh tak semestinya datang bergolek. Ada yang mudah bertemu jodoh, tak kurang juga yang ada hasrat untuk berkahwin tapi sukar bertemu kekasih hati. Ternyata bukan mudah sebenarnya nak memilih pasangan hidup.

Pada zaman kini, setiap orang yang ingin mendirikan rumah tangga pasti akan bergelut dengan berbagai masalah terutamanya wang. Pasangan zaman kini lebih menitik beratkan soal kerjaya, harta dan wang lebih dari soal hatinya, perangai sifatnya dan akhlak agama. Seolah-olah masa depannya akan terbentuk sekiranya ada wang. Wang memang penting buat setiap manusia di bumi ini tetapi itu tidak bermakna agama dan sifatnya kita boleh anggap remeh dan boleh diubah.

Harta sebenarnya bukan faktor utama yang mesti dipertimbang dalam hal memilih jodoh. Kerana keberadaan harta ibarat bayangan yang satu saat boleh lenyap dalam waktu sekejap. Baru-baru ini, tular satu perbualan WhatsApp tentang hal ini. Dalam perbualan itu, si gadis menyuruh teman lelakinya menyatakan pekerjaannya yang bergaji tinggi kepada ibunya. Gadis itu juga menyuruh teman lelakinya menyediakan wang hantaran RM20 ribu. Memang tak salah meminta wang sebanyak itu, tetapi cara penyampaian si gadis itu macam tak kena caranya. Setiap pasangan itu tercipta untuk melengkapi dan sering memahami antara satu sama lain. Lalu teman lelakinya berikan jawapan yang agak pedas untuk si gadis itu untuk terima. Dibawah adalah perbualan mereka.

Bijak dalam memilih orang yang harus kita cintai bukan bererti perlu banyak untuk memilih atau mempertimbangkan aspek harta benda, miskin kaya, pangkat atau melarat dan lain sebagainya. Setiap orang berhak untuk memilih siapa pasangan hidup mereka ini. Jual mahal atau terlalu memilih itu semua bergantung kepada individu tersebut, tetapi jangan sesekali kita menghakimi mereka dengan beranggapan bahawa mereka ini terlalu memilih akan pasangan hidup.

Sebak Jodoh Tak Kesampaian. Wanita Kongsi Cerita Bakal Suami Pergi Dulu Selepas 10 Minit Bertemu Kali Terakhir Dan Tular Di Twitter

Husnina dan Allahyrhm Muhammad Ilham bersama sijil kursus perkahwinan.“SAYANG, kenapa tinggalkan saya seorang? Awak janji nak nikah dengan saya this year, kenapa awak pergi dulu?”Begitulah ciapan penuh meruntun jiwa oleh seorang wanita di Twitter, meluahkan kesedihannya ekoran pemergian bakal suami, sehingga membuatkan rata-rata warganet turut sama berduka.

Perkongsian tesebut sehingga kini meraih melebihi 10,000 retweet malah warganet juga memberikan kata-kata semangat buat wanita itu.Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nur Husnina Azman berkata bakal suaminya, Muhammad Ilham Norsham pergi buat selamanya pada Ahad lalu, akibat kejadian jalan raya.

Lebih menyedihkan kata Nur Husnina, lelaki tersebut ditimpa kecelakaan ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya.”Malam itu beliau baru je datang rumah keluarga saya di Klang, Selangor. Kira-kira 10 minit selepas beliau bergerak pulang, saya dapat panggilan telefon daripada kakaknya menyatakan beliau kejadian yang tidak diingini di Lebuhraya Persekutuan.

“Saya fikir hanya kejadian biasa. Saya kemudian cuba hubungi telefon bimbitnya, dan ia disambut oleh orang lain yang memberitahu owner telefon terlibat dengan kejadian terbabit. Kali kedua saya hubungi, orang di sebelah sana beritahu dia sudah tiada,” ceritanya.

Husnina dan Muhammad Ilham sudah tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing.Menurut wanita ini yang senang disapa sebagai Husnina, meskipun begitu, dia enggan percaya khabar duka yang baru didengari sebentar tadi.Lantas tanpa berlengah, dia ditemani ibu dan bapanya segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri keadaan lelaki tersebut.

“Sebaik sampai, dia sedang terbujur di tempat kejadian. Dia yang menunggang motosikal terlnggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan.”Saya segera berlari mendapatkannya yang sedang kaku… keadaan beliau ketika itu tak ubah seperti orang yang sedang pengsan. Beliau tidak mengalami luka luaran yang teruk pun.

Husnina turut berkongsi mengenai kisahnya dengan menerusi thread.“Ketika itu salah seorang orang awam yang berada di situ memeriksa denyutan nadi beliau, dan mengesahkan bahawa beliau sudah hembuskan nafas terakhir.”Saya memang tak boleh terima khabar itu, apatah lagi kami baru saja berjumpa. Siapa sangka, rupa-rupanya ia adalah pertemuan terakhir kami sebelum sempat dinikahkan,” kata wanita berusia 23 tahun ini.Menurut Husnina, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar Oktober tahun ini selepas tujuh tahun mengenali hati budi dan keluarga masing-masing.

“Sebenarnya sebelum ini dah plan untuk bernikah tapi tertangguh gara-gara PKP dan pandemik Covid-19. Jadi kami sepakat untuk bernikah hujung tahun ini.”Siapa sangka dia pergi terlebih dahulu meninggalkan kami. Empat hari selepas pemergiannya, kehidupan sangat berbeza. Tiada lagi insan yang rajin hantar mesej setiap hari, tiada lagi orang yang mendengar masalah.

“Hati memang kosong… pergi kerja teringat beliau, buat apa pun teringat beliau. Apa yang saya tak boleh lupa adalah senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya. Saya hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan tatap gambar serta video beliau setiap kali teringatkannya,” ceritanya.

Husnina (dua, kanan) dan Muhammad Ilham (tiga, kiri) bersama keluarga masing-masing ketika majlis perkahwinan kakak kepada beliau.Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di Twitter, Husnina berkata dia pada mulanya sekadar mahu mengabadikan kenangan bersama beliau.

“Tak sangka beliau dan ramai beri kata-kata semangat… terima kasih saya ucapkan. Apa yang boleh saya kata, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada. Kita tak tahu siapa yang pergi dulu,” katanya sambil menambah, perkara pertama yang akan dilakukannya sebaik sahaja ada kelonggaran merentas negeri adalah menziarahi tempat persemadian beliau di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *