Gadis Lin ini kekal tabah mencari wang hasil titik peluhnya sebagai Pink Walker. Sekali tindakan gadis ini dapat memudahkan sedikit kerjanya.

Amalan Dunia Info

Tular cerita gadis bernama Lin yang berusaha mencari rezeki sebagai Pink Walker sehingga ramai sudi memberi sumbangan pada dirinya. Memang tidak pelik, sejak pandemik Covid-19 ini menular, kebanyakan rakyat begitu terkesan dengan keadaan dunia sekarang sehingga ada yang kehilangan pekerjaan. Ketika ini tiada lagi istilah memilih pekerjaan, asalkan ia mampu memberikan pendapatan untuk meneruskan kehidupan dengan pekerjaan yang halal.

Beginilah juga kisah gadis bernama Lin ini yang sanggup memilih pekerjaan sebagai foodpanda pejalan kaki atau dikenali sebagai Pink Walker demi untuk mencari hasil titik peluh sendiri. Kisah Lin ini mula menarik perhatian sejak dimuat naik di instagram oleh seorang wanita ini. lalu turut tular selepas dikongsikan oleh pelayar lain di Facebook. Menurut gadis bernama Bella Audri ini, niatnya hanya mahu berkongsi di Instagram Story unutk meminta sesiapa yang sudi memberi sumbangan daipada kenalannya di Instagram bertujuan untuk membeli sebuah basikal untuk memudahkan pergerakan Lin.

Bella berkongsi kisah Lin yang bekerja sebagai Pink Walker di Instagram Story, sebelum ia tular di Facebook.

“Suami saya, Yeop Huzaifah kebetulannya merupakan seorang rider Foodpanda di sini (Kulim). Baru-baru ni dia dan rakan-rakan nampak adik Lin ni berjalan kaki hantar pesanan. Sebelum ni tak pernah nampak. Jadi dia dan rakan-rakan pun approach dan bertanya adik ni serba sedikit. Rupa-rupanya adik ni baru je datang ke Kulim seorang diri, nak cari rezeki sebagai Foodpanda Walker sebab tak semua tempat ada ‘walker’. Menurut cerita adik ni, ibunya di Indonesia, ayah sudah meninggal. Adik beradik lain di Melaka. Dia berusia 22 tahun dan kini menyewa sebuah bilik di pekan ni. Suami dan rakan-rakan rider Foodpanda pun pakat-pakat nak kutip sumbangan untuk beli basikal sebab nak mudahkan pergerakannya mencari rezeki… untuk keselamatannya juga sebab dia perempuan,” cerita wanita berusia 28 tahun ini.

Hasil sumbangan yang dikutip akhirnya hajat untuk membelikan Lin sebuah basikal tercapai.

Tambah Bella, dia sama sekali tidak menyangka kisah Lin meraih perhatian ramai sehinggakan sumbangan yang diterima lebih daripada mencukupi walaupun pada asalnya dana yang dikutip hanyalah untuk membelikan sebuah basikal.

“Selepas rakan saya share di Facebooknya, bertalu-talu orang hantar mesej di Direct Message (DM), WhatsApp dan sebagainya… malah sumbangan yang diterima lebih daripada cukup. Timbul pula isu kenapa saya sertakan nombor akaun bank saya dan suami, bukan adik Lin. Ada juga persoalkan kenapa tak letak nombor telefon Lin. Saya nak jelaskan, sebelum ini kami hanya nak kutip dana beli basikal saja dan hanya hebah kepada rakan-rakan.

“Dalam masa yang sama, Lin pun enggan nombor telefonnya didedahkan. Tapi viral selepas rakan saya share di Facebook… tak sangka begitu banyak sumbangan yang diterima. Alhamdulillah, niat untuk beli basikal untuk Lin dah ditunaikan selepas dua hari hebahan dilakukan. Manakala lebihan sumbangan, kami dah berbincang dengan Lin sendiri dan merancang untuk menggunakannya mendapatkan lesen motosikal, serta buat bayaran muka untuk membeli motosikal kelak,” katanya.

Alhamdulillah, tak sangka sumbangan datang dari pelbagai ceruk… malah ada yang bukan Islam pun sama-sama menyumbang.

Dedah Bella lagi, jika diikutkan, wang yang berjaya dikumpul itu masih mempunyai lebihan baki namun menurutnya, Lin sendiri menolak kerana merasakan apa yang diterimanya lebih daripada mencukupi.

“Lin mahu wang tersebut disedekahkan kepada orang lain yang memerlukan. Dia kata kalau beli motosikal, dia sendiri nak bayar ansuran bulanan dengan wang hasil titik peluhnya sendiri. Lihatlah betapa bagus akhlaknya. InsyaAllah, selepas ini kami akan menggunakan wang lebihan itu untuk membantu orang lain pula,” ujarnya.

Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Bella bagaimanapun bersyukur dan terharu kerana pertolongan kecilnya itu mendapat perhatian ramai sekali gus menjadi platform untuk sama-sama mengumpul pahala.

Rider Food Panda sewaktu sesi penyerahan basikal kepada Lin pada Khamis.

“Selain sumbangan wang, ada yang nak tawarkan Lin pekerjaan namun dia mahu berbincang dengan keluarga dahulu katanya. Alhamdulillah, tak sangka sumbangan datang dari pelbagai ceruk… malah ada yang bukan Islam pun sama-sama menyumbang. Nilai kecil atau besar bukan ukuran, tetapi niat untuk sama-sama berkongsi rezeki sebab masing-masing faham betapa struggle sekarang nak cari rezeki. Rider-rider kawan suami pun seronok dapat sama-sama buat kerja kebajikan selepas kisah Lin ni tular. InsyaAllah dana yang ada akan digunakan untuk bantu orang lain pula. Moga kita sama-sama dapat kumpul bekalan untuk ‘di sana’ (akhirat) kelak,” ujarnya lagi.

Order Pizza Tapi Duit Tak Cukup. Budak Ini Bayar Guna Syiling Dan Ini Tindakan Rider Food Panda Lepas Dapat Tahu Duit Syiling Yang Budak Tu Bagi Tak Cukup

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.Nampak mudah, tapi tugas sebagai seorang penghantar makanan atau rider memerlukan kecekalan yang tinggi. Mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kejadian yang tidak diingini tetapi ragam pelanggan juga terpaksa ditelan demi mencari rezeki yang halal.

Menerusi perkongsian oleh seorang indiviu dengan akaun @idealuzair di Twitter, pemuda ini ‘dit1pu’ oleh seorang ‘scmmer’ kanak-kanak yang membayar makanan secara cash on delivery (COD).Wang yang diterima adalah berupa duit syiling di dalam plastik dengan jumlah yang tidak mencukupi. Untuk makluman, jumlah makanan tersebut RM28.50.

Dia yang ingin cepat beredar tidak memeriksa wang syiling yang diberikan. Setelah dikira, wang tersebut hanya berumlah RM18 ringgit sahaja.Dia kemudiannya menghantar pesanan WhatsApp kepada kanak-kanak tersebut meminta penjelasan kerana ditipu.Tetapi jawapan yang diberikan oleh kanak-kanak tersebut yang sedang ketakutan, menghiburkan hati rider ini.

Dia yang merasa kasihan, menghalalkan wang tersebut dan meminta supaya kanak-kanak itu tidak men1pu la.Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengakui terhibur dengan jawapan kanak-kanak itu yang dianggap begitu sopan dan berbudi bahasa.

Terkesan Apabila Melihat Kanak Kanak Positif Covid-19 Datang Pada Tahap 4 Dan 5. Dr Atfina Kongsi Pengalaman Dua Bulan Bertugas Di Sabah Dan Sempat Kongsi Sinar X Pesakit COVID19 Tahap 5

Dr Atfina berkongsi kisah suka duka selama hampir dua bulan ditugaskan ke Sabah. Foto: Facebook Atfina Ibrahim.DUA bulan ditugaskan ke Sabah, antara negeri yang paling terjejas teruk gara-gara pandemik Covid-19, kini doktor wanita ini akhirnya kembali ke pangkuan keluarga.

Apa yang pasti, kepulangan tersebut turut membawa 1001 pengalaman yang tidak dapat dilupakan olehnya sepanjang 10 tahun berkecimpung dalam bidang perubatan.Merangkumkan serba ringkas kisah suka dukanya di Facebook, perkongsian tersebut sehingga kini meraih lebih 1,100 shares selain dibanjiri ratusan komen.

Menurut Dr Atfina Ibrahim yang ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, rutin hariannya bersama petugas kesihatan yang lain begitu padat sejak tiba di pekan itu pada 25 September lalu, apatah lagi ketika itu musim pilihan raya negeri (PRN).

“Penduduk penuh di mana mana. Penjarakkan sosial? Maaf laa. Oh baru aku sedar apabila melihat poster di tampal merata-rata, bendera di mana-mana. Kereta di jalan penuh. Jem sepanjang perjalanan pulang ke bilik. Bertahan la. Anda tahu apa yang bakal terjadi seterusnya.”Bermula la episod #thelittleWuhan dalam rutin harian aku. Oncall di hari minggu. 24 jam active call di kecemasan. Full set PPE sepanjang masa,” demikian antara coretan doktor berkenaan.

Dr Atfina ditugaskan di Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, Sabah.Dr Atfina merupakan salah seorang doktor yang diterbangkan ke Sabah untuk pasukan bantuan Covid-19.Dia sebelum ini pernah berkongsi pengalamannya bertugas di Semporna atau digelar #thelittlewuhan, merujuk kepada pusat bermulanya pandemik Covid-19 di China, penghujung tahun lalu.

Berdepan pesakit yang datang silih berganti, doktor ini berkata dia paling tidak boleh melupakan perngalaman merawat pesakit kanak-kanak yang dijangkiti virus berkenaan.”Pengalaman yang terkesan apabila melihat kanak kanak positif Covid-19 datang pada tahap 4 dan 5. Mereka hanya insan kecil yang tidak berdosa,” katanya kepada mStar.

Sebahagian perkongsian Dr Atfina mengenai suka duka pengalamannya sewaktu ditugaskan ke Sabah, bermula hujung September lalu.Mengakui cabaran yang dihadapinya dan petugas kesihatan lain bukanlah calang-calang, bagaimanapun doktor ini berkata dia meletakkan keutamaan pesakit di tangga teratas, sekalipun ada kalanya semangat turun merudum.

“Alhamdulillah sepanjang tempoh mobilisasi saya tiada simptom Covid-19. Tipu saya katakan jika kesihatan emosi tidak terjejas langsung. Apabila berjauhan dari keluarga dan rakan-rakan akan ada pada satu ketika saya agak rasa down.”Tapi yang membuatkan saya terus kuat adalah niat untuk membantu. Rawatlah mereka seperti ibu bapa sendiri. Buat yang terhabis baik yang kita mampu,” ujarnya yang kini baharu selesai menjalani kuarantin selepas tiba di Semenanjung.

Tambah Dr Atfina, ketika bertugas di Sabah, dia bukan sahaja merawat pesakit Covid-19, malahan kes-kes kecemasan bukan berkaitan virus itu yang juga tidak kurang bilangannya.”Termasuk merawat pesakit bukan warga negara. Peringatan dan pengajaran untuk diri saya sendiri, rawatlah mereka sebaik mungkin. Mungkin ada satu waktu kita terlalu penat tapi ingatlah itu adalah tanggungjawab. Kerja kita adalah satu ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Atfina tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewa apabila wujud segelintir pihak yang mengambil ringan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang menyaksikan pertambahan kes saban hari.Imej sinar-x seorang pesakit Covid-19 tahap 5 yang dikongsikan Dr Atfina di Facebook.

“Sangat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang ambil mudah SOP baru. Saya sendiri tidak sanggup sekiranya perkara yang sama berlaku lagi seperti di Sabah.”Tolong jangan sia-siakan usaha kami selama ini. Cukup la untuk menidakkan kewujudan Covid-19 ini. Cukuplah dengan spekulasi agenda Yahudi dan kini isu vaksin.”Terapkan norma baru dalam hidup kita. Bukan hanya untuk diri sendiri tapi untuk keluarga kita. Untuk masyarakat dan komuniti. Jangan sudah terhantuk baru terngadah,” katanya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *