Warganet tersentuh hati bila tengok video perpisahan dengan ibu angkat.Selepas 3 bulan serah kat ibu kandung tak sangka ini yang berlaku

berita

Kata ibu angkat,Norlida Hassan,“SAYA menyesal kerana tak pertahankan Amir ketika ibu kandungnya beriya-iya mahu ambil dia dulu”luah ibu angkat kepada Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek, 7, yang dilaporkan pergi buat selamanya pada Jumaat, dipercayai akibat did3ra.

Tak dapat menahan sebak ketika dihubungi mStar pada tengah hari Sabtu, Norlida berkata dia terlalu sedih dan masih terkejut dengan berita pemergian anak angkat yang mesra disapa sebagai Amir, yang sudah dipeliharanya selama enam tahun.

mStar pada Oktober tahun lalu menyiarkan kisah Norlida dan keluarganya yang terpaksa menyerahkan semula Amir kepada ibu kandungnya yang menetap di Melaka selepas wanita berkenaan mahu mengambil semula kanak-kanak tersebut.Video detik perpisahan keluarga Norlida dan Amir yang dikongsikan di Facebook begitu menyentuh hati warganet, apabila memaparkan mereka saling menangis teresak-esak dan berdakapan sebelum kanak-kanak tersebut dibawa pergi.

Menurut Norlida yang menetap di Rawang, Selangor, dia kini baharu tiba di Melaka selepas diminta memberi keterangan oleh pihak polis.Bercerita saat mendengar perkhabaran duka yang disampaikan suaminya malam tadi, Norlida berkata hatinya begitu luluh mengenangkan cara pemergian kanak-kanak malang berkenaan yang sudah dianggap seperti anak kandung sendiri.

“Malam tadi suami dapat panggilan daripada jiran ibu Amir di Melaka. Jiran tersebut beritahu suami, katanya Amir dah tak ada. Katanya, dia dapat tahu Amir sudah tiada dan ditemui di bilik air.”Bila suami beritahu saya, ya Allah…. luluh sangat hati ini. Saya terlalu rindu, nak dengar suara dia, nak jumpa dia… tiga bulan tak dengar khabar berita kerana ibu kandungnya ‘control’.

“Kali terakhir jumpa bapa tirinya bawa Amir pada 7 November. Amir ceria dan gembira sangat. Dia cakap nak sekolah dekat rumah ‘Umi’, nama panggilan untuk saya. Anak-anak saya pun ikut sekali nak jumpa adik bongsu mereka. Kini saya tak berpeluang lagi nak tengok dia, dengar suara dia,” ceritanya dalam nada sebak.

Tambah wanita berusia 50 tahun ini, dia tidak dapat membayangkan kesakitan yang ditanggung oleh Amir sebelum menghembuskan nafas terakhir memandangkan dia dan keluarga menatang kanak-kanak itu ibarat minyak yang penuh.”Saya tak tahu nak cakap macam mana… dari malam tadi, sikit pun saya belum lelap. Saya tahu, saya dapat rasa dia memanggil-manggil ‘Umi’ ketika sakit. Sebab kalau dia jatuh atau sakit, saya lah orang yang akan dicari dulu.

“Kalau tak mampu jaga, tak payah lah ambil Amir. Sebab tu saya rasa terkilan sangat tak pertahankan Amir sebelum ini tapi nak buat macam mana, itu hak mutlak ibu kandungnya.”Anak-anak saya semua terlalu sedih dengan kehilangan adik bongsu mereka. Amir pergi buat selamanya di tangan manusia kjam… manusia yang ada hubungan dengannya. Saya berharap sangat keadilan berpihak kepada Amir. Moga pelakunya dapat hukman setimpal,” ujar ibu kepada lima cahaya mata ini.

Menurut Norlida, dia cuba mengusahakan untuk membawa pulang jnzh anak angkatnya itu untuk dibawa pulang dan disemadikan di Rawang.”Selepas ini urusan bdh siasat jnzh Amir. Saya berharap sangat dapat kebenaran untuk bawa pulang jnzh Amir dekat kediaman keluarga kami di Rawang, supaya dapat ziarah tempat persemadiannya selalu,” katanya lagi.

Anak-anak Norlida begitu rapat dengan Amir.Media pada Jumaat melaporkan seorang kanak-kanak lelaki pergi buat selamanya dipercayai dibuat oleh ibu kandung dan bapa tirinya di rumah di Taman Krubong Jaya.Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, anak angkat dia ditemukan lemas dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.Ketua Jabatan Siasatan Jnyh Melaka, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata pihak polis kini menahan ibu dan bapa tiri masing-masing berusia 32 dan 38 tahun.Kedua-duanya direman tujuh hari sehingga 5 Februari depan untuk membantu siasatan.

Sebak Dengan Kisah Budak Lelaki Ini Bila Dia Kehilangan Ayahnya Sebab Covid19 Masa Dalam Kuarantin Dan Lebih Menyedihkan Lagi Apabila Melihat Riak Wajah Adik Ini

Sungguh mengharukan, seorang anak muda kehilangan ayahnya akibat Covid-19 ketika dirinya sedang menjalani tempoh kurarantin.Tak dapat menatap buat kali terakhir, apatah lagi mencium dahi kerana pandemik yang membahayakan ini.Video adik ini tular di Twitter setelah perkongsian daripada Fahmi ini telah meraih sebanyak hampir 7K retweets dalam masa 13 jam ia dikongsikan.

Adik ini dikatakan sedang menjalani tempoh kuarantin di Maeps Serdang. Orang ramai yang turut bersimpati di dalam pusat kuarantin itu turut memberikan sokongan moral.Mereka membuat bacaan yassin dan tahlil untu arwah ayah adik ini. Orang ramai yang berada disana juga turut memberikan sumbangan kepada adik ini.

Sudah semestinya  ia membuatkan kami rasa sebak bahkan warganet juga apabila mengenangkan nasib ini, lebih menyedihkan lagi apabila melihat riakk wajah adik ini. Mungkin dia sunyi berseorangan dalam pusat kuarantin sebab ayah dia dah tak ada.Tak boleh bayangkan kalau aku ada dalam situasi ini – Warganet

Orang ramai yang ingin salurkan bantuan boleh berikan sumbangan anda ke nombor akaun Maybank,  Nur Kamilatul Alifah, 162021615921 atau ke nombor akaun ibunya NORASAH BINTI ABDUL AZIZ, Agrobank seperti yang tertera dibawah.

Sebelum Ini Kecoh Video Budak 5 Tahun Naik Ambulans Seorang Diri Selepas Disahkan Positif Covid 19. Ini Keadaan Terkininya.

Ketika ambulans sampai untuk mengambil anak perempuannya, Nur Saffiya di rumahnya di Sepang malam tadi, hati Ira Hazwani tidak tenteram. Baru berusia lima tahun, Saffiya disahkan positif Covid-19, sedangkan ibu dan adik perempuannya tidak dijangkiti virvs berkenaan.

“Semasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ambil Safiyya, saya tak dapat ikut untuk hantar dia. Kalau saya ikut, saya perlu bawa anak yang kecil sekali. Ini akan merisikokan anak kedua saya yang baru berusia tiga tahun,” kata Ira Hazwani kepada Malaysiakini hari ini.

Saffiya dipercayai mendapat virus itu daripada ayahnya, yang disahkan positif selepas disaring di tempat kerja. Ayahnya, Muhammad Ifwan ditempatkan pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Setelah Saffiya disahkan positif, Ira Hazwani berkata KKM memindahkan suaminya ke Hospital Kuala Lumpur, supaya dia dan Saffiya dapat bersama. Meskipun tahu Saffiya akan tinggal bersama ayahnya, Ira Hazwani tetap risau untuk melepaskan anak perempuannya itu ke hospital menaiki ambulans seorang diri.

“Perasaan saya memang sedih dan risau, sebab dia baru umur lima tahun, kena pergi seorang-seorang naik ambulans. Takut tak jumpa ayah dia dekat sana. Tapi bila tanya dia, ‘Kakak okay ke naik ambulans seorang-seorang? Mama tak ada’ Dia jawab, ‘Kakak okay. Kakak nak jumpa ayah. Nak peluk ayah. Sekarang dia dah bersama ayah dia,” kata Ira Hazwani.

Dalam satu video yang dirakam Ira Hazwani, Saffiya kelihatan tenang dan bersemangat ketika mengucapkan selamat tinggal. Satu lagi video yang dirakam Muhammad Ifwan selepas itu pula, menunjukkan Saffiya teruja apabila dapat bertemu dengan ayahnya. Ira Hazwani mengucapkan rasa terima kasih buat KKM kerana membantu Saffiya untuk diwadkan bersama Muhammad Ifwan.

“Terima kasih sangat pada KKM yang sangat-sangat bertoleransi dalam situasi kami ini, dan dapat satukan wad anak dan suami,” katanya lagi. Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri

Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pastinya situasi itu sangat menyebakkan kerana kanak-kanak perempuan terbabit sempat mendengar nasihat ibunya dan sempat berpesan supaya wanita itu turut sama menjaga diri sebelum dia melambai dan bergerak ke arah ambulans.

Tak nangis, pesan dekat ibu jaga diri. Walau bagaimanapun, sikap positifnya itu membuatkan warganet berasa terharu serta mendoakan agar kanak-kanak tersebut segera sembuh. Mereka juga berharap agar dia terus kuat walaupun berada seorang diri di pusat kuarantin itu nanti.

Pakcik Ini Tercungap Cungai Buat Pengakuan Di Hospital Sebab Tak Percaya Covid 19. Sebak Doktor Ini Bila Mendengar Pesanannya.

Seorang doktor berkongsi mengenai perbualannya bersama pesakit Covid-19. Masih ada yang mempercayai bahawa Covid-19 itu merupakan satu teori konspirasi, termasuk spekulasi yang mengaitkan virus itu dengan golongan iluminati.

Keadaan itu sedikit-sebanyak mempengaruhi mereka untuk melanggar prosedur operasi standard (SOP) seperti tidak memakai pelitup muka dan tiada penjarakkan sosial. Seorang doktor pakar perubatan berkongsi luahan seorang pesakitnya yang dijangkiti Covid-19 sehingga isu mengenai virus itu terus hangat menjadi topik perbualan Dalam keadaan tercungap-cungap, pesakit berkenaan masih mampu tersenyum, tetapi dengan linangan air mata.

Petugas kesihatan memakai PPE membawa pesakit Covid-19. gambar hiasan/ foto AZHAR MAHFOF/The Star

“Pakcik ini seorang pesakit positif ujian Covid-19. Aku terpaksa masuk dalam bilik dekontaminasi/ isolasi untuk memeriksa pakcik sama ada memerlukan bantuan pernafasan atau tidak. Pakcik didiagnoskan Covid-19 tahap empat-lima. Setiap kali aku berkelengkapan dengan PPE (peralatan perlindungan diri) penuh, namun hati ini tetap kurang senang. Yalah, kita berdepan dengan virus Covid-19 seolah-olah halimunan. Setiap kali, hati ini mesti berdebar-debar. Inikan pula berdepan dengan pesakit sah positif Covid-19 yang sedang bertarung nyawa. Tipulah jika kata aku tak takut. Demi Allah aku takut,” kata Dr Ahmad Zakimi Abdullah yang berkongsi kisahnya di laman Facebook beliau.

Dikenali sebagai Dr Zek, beliau memeriksa keadaan pakcik tersebut sebelum pesakit itu mahu bercerita mengenai kisahnya berkaitan dengan Covid-19. “Asalnya pakcik tak percaya Covid ni tau. Sebab ada orang kata Covid ni iluminati la, tak wujudlah, konspirasilah. Pakcik ambil lewa je la. Covid ni betul pakcik. Tak apa pakcik. Pakcik jangan cakap banyak sangat nanti susah nafas,” katanya yang mengimbas kembali perbualannya bersama pesakit itu.

Perkongsian Dr Zek di Facebook.

Menurut Dr Zek, keadaan pakcik tersebut tercungap-cungap seperti memerlukan bekalan oksigen sebelum menyambung perbualan. Pesakit itu kemudian membuat pengakuan mengenai kemungkinan dirinya terdedah kepada bahaya jangkitan virus itu. “Pakcik ingat macam selesema biasa saja. Rupa-rupanya begini bahaya ye. Demi Allah, pakcik mengaku, pakcik salah. Sebelum ini tak percaya doktor. Pakcik menyesal tak pakai mask (pelitup muka).

Demi Allah aku yang sering berdepan dengan Covid-19 tahu apa sebenarnya dan aku pasti mereka yang menafikan pandemik… tak pernah berdepan dengan pesakit Covid-19.

“Itulah satu pengakuan dari pesakit Covid-19 aku sendiri. Mata kepala telinga aku sendiri mendengar keluhan hatinya. Namun ada di luar sana masih mengatakan Covid-19 ini konspirasilah, iluminatilah, plandemiklah, macam selesema biasalah. Demi Allah aku yang sering berdepan dengan Covid-19 tahu apa sebenarnya dan aku pasti mereka yang menafikan pandemik… tak pernah berdepan dengan pesakit Covid-19,” tambah beliau.

Pengakuan seorang pesakit Covid-19 yang tidak memakai pelitup muka.

Dr Zek berkata, pesakit tersebut sempat memberikan pesanan terakhir sebelum beliau beredar dari bilik rawatan, sehingga mengundang sebak dalam dirinya. “Nanti apa-apa doktor beritahu orang lain semua percayalah Covid ni, lepas tu suruh pakai mask ye doktor. Ya, pakcik. Aku akan sampaikan kepada seluruhnya. Hatiku sayu. Please people please! Covid-19 adalah benar. Tolonglah ikut pemakaian pelitup muka, kekalkan penjarakkan, kerap basuh tangan dan elakan di tempat yang sesak.mIkut SOP. InsyaAllah sedikit masa lagi kita akan menerima vaksin. Kami hampir maksima. Ya Allah, lindungilah kami,” katanya.

16 Sekeluarga Termasuk Seorang Kanak Kanak Berusia 2 Tahun Di Johor Disahkn Positif COVID19. KKM Tampil Jelaskan Berkenaan Isu Ini

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu. 16 sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Labis, Segamat, Johor disahkan positif Covid-19 selepas menghadiri perjumpaan di Lembah Klang.

Menurut sumber Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua mereka tinggal di sebuah rumah yang sama di Labis, dan telah mengunjungi ahli keluarga lain di zon merah di Kuala Lumpur dan Selangor antara 17 dan 25 Disember.Difahamkan, perjumpaan keluarga itu turut dihadiri seorang warga emas berusia 60 tahun yang pergi buat selamanya akibat wabak itu pada 3 Januari.

Individu yang sudah tiada menghidap sakit diabetes dan tekanan drah tinggi, mula menunjukkan simptom selepas kembali ke Segamat.16 sekeluarga itu turut pulang ke Segamat pada hujung Disember untuk melawat wanita itu.Dia dihantar ke Hospital Segamat untuk menerima rawatan sebelum meninggal dunia.

Sehari selepas pemergian warga emas, salah seorang saudara perempuannya didapati positif Covid-19, kata sumber itu.”Pengesanan kontak dan tindakan susulan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan mendapati bahawa 16 anggota keluarga warga emas itu menghidap Covid-19.”Mereka dikuarantin sementara ada yang ditahan di hospital untuk rawatan yang diperlukan,” katanya. – The Star.

Pengantin Perempuan Disahkan Positif COVID19. Pasangan Ini Sanggup Sarung PPE Dan Teruskan Perkahwinan Di Pusat Rawatan

Sebuah video dimuat naik di Twitter menunjukkan satu pasangan di India disatukan dalam suasana lain daripada yang lain telah mendapat perhatian ramai.Menurut India Times, video itu menunjukkan majlis perkahwinan satu pasangan yang diadakan di sebuah pusat rawatan Covid-19 Kelwara di Shahbad. Pasangan itu serta paderi yang menyatukan mereka dilihat memakai PPE selepas pengantin perempuan disahkan positif pada hari perkahwinan mereka.

Melalui video tersebut, mereka dilihat mengenakan persalinan lengkap PPE dan melafazkan ikrar perkahwinan. Selain mereka bertiga, terdapat seorang dua individu lain dipercayai ahli keluarga yang turut hadir dan memakai persalinan PPE.

Tidak melupakan adat dan budaya, meskipun menyarung PPE pengantin lelaki tetap memakai serban tradisional. Pengantin perempuan juga dilihat memakai pelindung muka dan kedua-duanya dilihat memakai sarung tangan sepanjang upacara itu berlangsung.

Majlis mereka itu dijalankan mengikut norma baharu Covid-19 dan protokol yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan. Disebabkan kenaikan kes Covid-19 di Rajasthan, Ketua Menteri Ashok Gehlot memutuskan untuk melanjutkan perintah berkurung sehingga 31 Disember 2020.

Wanita Ini Sanggup Botakkan Kepala Semata Nak Taja Majlis Perkahwinan. Lebih Menarik Sekali Ini Yang Kawan Dia Buat Lepas Kantoi Dan Siap Ada Yang Nak Derma Wang Sebab Lakonan Menjadi

Toni Standen (kanan) turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.LAIN manusia lain ragamnya.Begitu juga dengan seorang wanita ini yang sanggup mengaku kononnya dia mempunyai sakit teruk atau knser terminal.Lebih teruk, Toni Standen, 29, turut membotakkan kepalanya untuk menjadikan pembohongan itu lebih nyata.

Perbuatan itu berjaya membohongi rakannya sehingga ada yang bersimpati dan menaja majlis perkahwinannya.Di Facebook, dia turut memuat naik kenyataan bahawa hayatnya hanya berbaki dua bulan lagi.Tidak lama kemudian, rakan-rakan mula menghidu pembohongannya.

Malah, dia tampil dengan idea baharu, kononnya dijangkiti Covid-19 pula.Namun segalanya terbongkar sehingga menyebabkan rakannya berang.Malah, salah seorang rakan yang menderma wang mendakwa lakonan wanita itu boleh melayakkan dia untuk memenangi Anugerah Oscar. – Daily Star.

Tiga Beranak Termasuk Pengantin Perempuan Hembuskan Nafas Terakhir Setelah Dapati Mereka Positif Covid19. Berikut Kisah Tentang Kluster Kenduri Kahwin Yang Berlaku Di Indonesia

Seorang pengantin perempuan yang baru saja beberapa hari melangsungkan perkahwinannya dilapor sudah menghembuskan nafas terakhirnya setelah dijangkiti COVID-19.Lebih memilukan, jangkitan itu turut mengambil nyawa kedua orang tuanya — dalam satu kejadian yang berlaku di Kabupaten Sragen, Jawa Tengah, Indonesia.

CNN Indonesia melaporkan, pengantin perempuan didapati baru pulang dari Jakarta pada 22 Oktober lalu, iaitu dua hari sebelum majlis pernikahannya.Dia kemudiannya mengadu sakit pada 26 Oktober dan dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif COVID-19.Setelah beberapa hari diletakkan dalam kuarantin, pengantin perempuan tersebut akhirnya hembuskan nafas terakhirnya pada 5 November.

Sehari kemudian, ibunya pula disahkan positif dan hembuskan nafas terkahirnya pada 6 Oktober. Ia turut disusuli bapanya yang hembuskan nafas terakhirnya pada 9 November.Kes tersebut turut diklasifikan sebagai kluster baru yang dikesan pada 24 Oktober lalu. Menurut laporan jabatan kesihatan tempatan, susulan itu seramai 113 kontak rapat dikesan dan diarah menjalani swab test secara berperingkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *