Isteri minta teman beli kertas A4 tapi bila keluar banyak barang dibelinya. Ini respon paling win suami dia beri

Kehidupan

Lazimlah kebanyakan wanita suka berbelanja. Senang cerita ada sahaja yang nak dibeli mereka dari sekcil kecil sehinggalah benda yang besar. Di sini,seorang suami berkongsi pengalaman menemani isterinya untuk membeli barang di sebuah kedai tetapi kemudian berbelanja lebih daripada apa yang dihajati.

“Hari tu, bini saya suruh teman dia beli kertas A4. Saya pun bawalah dia pergi kedai buku. Punyalah lama saya tunggu, lepas tu bila dia masuk kereta punyalah banyak dia beli kertas A4 la, kertas warnalah, fail, kertas liminate, pen dan segala macam barang yang ada kat kedai buku tu.

“Saya macam nak marah juga, buat apalah beli banyak-banyak. Membazir saya kata. Kata nak beli kertas A4 je,” tulis seorang guru di laman Facebook Muhammad Yusof.Pada sebelah malam hari kejadian, guru tersebut mempunyai tugasan yang perlu diselesaikan.”Kena buat laporan tu, laporan ni, kertas kerja tu, kertas kerja ni. Masa nak print (cetak) saya cari kertas dalam rumah..

Last-last saya jumpa kertas yang bini beli tadi jadi saya print guna kertas tu. Lepas tu nak cantik saya print guna kertas glossy. Ambil fail dia satu. Lepas tu saya liminate poster Covid pakai kertas liminate yang bini beli tadi,” katanya.Kisah seorang isteri bermula dengan pembelian kertas A4.

Hasilnya begitu memuaskan selepas dia menggunakan peralatan yang dibeli isterinya di kedai buku.Bagaimanapun, selepas itu kata Muhammad Yusof, isterinya dapat mengesan barang-barang miliknya seperti diselongkar.”Dia terus tanya sinis kat saya, Ai tadi bukan main marah, membazirlah apalah. Ni siapa yang banyak guna ni?” ujarnya mengimbas kembali perbualan bersama isteri.Menurut Muhammad Yusof, kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama berlaku antara mereka.

“Sebelum ni, bila bini saya kata nak main kutu beli iron Philips dan periuk Noxxa, saya kata buat apalah beli mahal-mahal, pakai je apa yang ada.”Tapi bila dah ada rupa-rupanya saya yang banyak guna. Sebab mudah pakai benda alah tu. Sungguh. Lepas tu dia kata nak beli printer Epson, mahal sikit… lebih RM500.”Saya kata beli Canon jelah murah. Tapi bila dah ada, saya pula yang banyak print sebab mudah. Dakwat pun murah,” katanya.

Muhammad Yusof memberitahu, dia seperti biasa pada mulanya membantah terhadap setiap pembelian itu sebelum akhirnya dia yang paling banyak menggunakannya.”Lepas daripada itu, saya dah tak berapa nak bangkang apa yang dia beli sebab saya tahu apa yang dia beli semua untuk memudahkan kerja dia dan juga kerja saya.”Ini point pentingnya. Saya akui pemikiran perempuan ni sebenarnya 10 tahun ke depan. Serius!” katanya.

Anak Gerak Bangun Pukul 3 Pagi Ajak Main Layang Layang. Sekali Ini Ayah Dann Ibu Kepada Budak Ini Buat

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula berlangsung,karenah dan ragam anak anak ini memang sangat luar biasa dan sukar untuk dijangka. Macam kita sedia maklum,anak adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pasangan suami isteri dan tidak dinafikan segala permintaan mereka sentiasa dipenuhi.

Demikianlah kisah si bapa yang berusia 32 tahun ini apabila dia berusaha sedaya upaya untuk memenuhi permintaan anaknya yang digelar Bambam walaupun berasa ia sesuatu yang mustahil untuk dilakukan lebih-lebih ketika ramai sedang dibuai mimpi.“Bambam buat hal lagi… kalau tengah malam minta nasi goreng ikan bilis itu perkara biasa, tetapi lain macam pula perangai kali ini. Boleh pula awak kejut ayah nak ajak main layang-layang, ” tulisnya di laman Facebook miliknya.

Shahrul Ridzuan Abu Hassan yang menetap di Banting, Selangor berkata anaknya, Muhammad Asy-Syakirin yang berusia tiga tahun memang banyak sangat gelagat dan semuanya dilakukan secara spontan.Si bapa itu memberitahu bahawa sebenarnya dia langsung tidak jangka perkongsiannya itu akan tular dan mendapat banyak komen dalam kalangan ibu bapa biarpun yang positif atau negatif.

Sehingga kini perkongsian di laman Facebook itu mendapat 12,000 tanda suka dan rata-rata ramai yang terhibur.“Saya pun pelik kadang-kadang anak saya ini memang banyak kerenah dan ada masa sangat melucukan. Apa yang dia buat semuanya tak tahu dia belajar dari mana atau entah ikut siapa, memang spontan.

“Perkongsian itu biasa sahaja, kenangan untuk saya anak beranak tetapi kalau ada yang terhibur tu baguslah.. kalau yang tak berapa suka sebab ingat saya terlalu manjakan anak, mereka salah, ” ujarnya.Jurutera teknikal ini mengakui kerap tiada di rumah kerana bekerja di luar kawasan (outstation) dan terasa sedih jika tidak dapat melayan permintaan anaknya.

Bercerita lanjut mengenai kejadian lucu bersama anaknya yang tular di laman Facebook, Shahrul berkata ketika dia nyenyak tidur Bambam mengejutkannya pada Khamis lalu, kira-kira dalam pukul 3 pagi.“Saya mula agak terkejut dia gerak pukul 3 pagi dan masa tu saya ingat dia mengigau tetapi bila tengok muka, senyuman dia nampak cergas semacam ja.

Shahrul bersama isterinya, Nur Asyikin dan dua orang cahaya mata Muhammad Asy-Syakirin, 3 dan Nur Asy-Syifa Husna yang kini berusia tujuh bulan.“Selalunya dia akan bangun kalau nak susu atau lapar sahaja tetapi lain pula jadinya kali ini, boleh pula ajak saya main layang-layang.

“Saya masa tu buntu tak tahu nak buat apa, saya kejutkan isteri dan tanya nak buat macam mana. Kalau tunggu esok pun bukan boleh main kat luar dan sebagainya. Saya pun bangun solat sunat dua rakaat. Lepas sahaja bagi salam saya nampak kerusi. Masa tu datang idea, ” ujarnya.Kemudian, Shahrul bersama isterinya iaitu Nur Asyikin Abdul Khak Salim, 32 terus bangun ke ruang tamu, menutup kipas siling, seterusnya mengambil kipas kecil dan layang-layang untuk melayan anak sulung mereka itu.

Shahrul sentiasa melayan kerenah anaknya dan menganggap gembira anaknya itu satu kebahagian besar baginya.“Dapat sahaja idea guna kipas untuk main layang-layang tu, saya terus ajak isteri ke ruang tamu untuk bermain dengannya.“Yang terkejut, dia boleh buat tanda ‘peace’ padahal isteri saya tak cakap pun nak ambil gambar atau apa.

“Saya sebenarnya bukan apa nak gembirakan hati dia sahaja. Saya tegas cuma takut apa-apa terjadi kalau tak sempat penuhi permintaan dia. Selagi saya mampu buat, apa salahnya, ” katanya.Dalam pada itu, Shahrul juga berkongsi bersama mStar bahawa sebelum ini anaknya itu pernah tular kira-kira tiga minggu lepas apabila dia menggantikan ikan laga Shahrul dengan ikan bilis.

“Sejujurnya saya gembira tengok perkembangan dia membesar. Dia pernah tukar ikan laga saya dengan ikan bilis dan dia ambil ikan laga saya letak dalam kolam yang agak besar depan rumah sebab dia cakap mimpi ikan laga nak hidup bebas, ” ujarnya sambil ketawa.Pada Disember lalu, pernah tular kisah si bambam ini menggantikan ikan laga ayahnya dengan ikan bilis.

Biarpun ramai warganetyang memuji tindakan si bapa ini tetapi ada juga yang tinggalkan komen negatif dengan berkata Shahrul terlalu manjakan anak.“Saya terima semua komen itu dengan hati yang terbuka. Biasalah ada yang boleh terima tindakan saya, ada yang tak.

“Sebenarnya anak saya ini dulu dia kerap sangat sakit, tiga bulan sekali masuk hospital sampai kena duduk di wad seminggu dua tetapi alhamdulillah sekarang dah sihat banyak sebab itu saya nak dia ceria selalu, ” jelasnya.Shahrul mendirikan rumah tangga bersama Nur Asyikin pada tahun 2016 dan selain Bambam, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan Nur Asy-Syifa Husna yang baru berusia tujuh bulan.

Sebak Jodoh Tak Kesampaian. Wanita Kongsi Cerita Bakal Suami Pergi Dulu Selepas 10 Minit Bertemu Kali Terakhir Dan Tular Di Twitter

Husnina dan Allahyrhm Muhammad Ilham bersama sijil kursus perkahwinan.“SAYANG, kenapa tinggalkan saya seorang? Awak janji nak nikah dengan saya this year, kenapa awak pergi dulu?”Begitulah ciapan penuh meruntun jiwa oleh seorang wanita di Twitter, meluahkan kesedihannya ekoran pemergian bakal suami, sehingga membuatkan rata-rata warganet turut sama berduka.

Perkongsian tesebut sehingga kini meraih melebihi 10,000 retweet malah warganet juga memberikan kata-kata semangat buat wanita itu.Ketika berkongsi cerita dengan mStar, Nur Husnina Azman berkata bakal suaminya, Muhammad Ilham Norsham pergi buat selamanya pada Ahad lalu, akibat kejadian jalan raya.

Lebih menyedihkan kata Nur Husnina, lelaki tersebut ditimpa kecelakaan ketika dalam perjalanan pulang dari rumahnya.”Malam itu beliau baru je datang rumah keluarga saya di Klang, Selangor. Kira-kira 10 minit selepas beliau bergerak pulang, saya dapat panggilan telefon daripada kakaknya menyatakan beliau kejadian yang tidak diingini di Lebuhraya Persekutuan.

“Saya fikir hanya kejadian biasa. Saya kemudian cuba hubungi telefon bimbitnya, dan ia disambut oleh orang lain yang memberitahu owner telefon terlibat dengan kejadian terbabit. Kali kedua saya hubungi, orang di sebelah sana beritahu dia sudah tiada,” ceritanya.

Husnina dan Muhammad Ilham sudah tujuh tahun mengenali hati budi masing-masing.Menurut wanita ini yang senang disapa sebagai Husnina, meskipun begitu, dia enggan percaya khabar duka yang baru didengari sebentar tadi.Lantas tanpa berlengah, dia ditemani ibu dan bapanya segera bergegas ke lokasi kejadian untuk melihat sendiri keadaan lelaki tersebut.

“Sebaik sampai, dia sedang terbujur di tempat kejadian. Dia yang menunggang motosikal terlnggar sebuah kereta yang diletakkan di lorong kecemasan.”Saya segera berlari mendapatkannya yang sedang kaku… keadaan beliau ketika itu tak ubah seperti orang yang sedang pengsan. Beliau tidak mengalami luka luaran yang teruk pun.

Husnina turut berkongsi mengenai kisahnya dengan menerusi thread.“Ketika itu salah seorang orang awam yang berada di situ memeriksa denyutan nadi beliau, dan mengesahkan bahawa beliau sudah hembuskan nafas terakhir.”Saya memang tak boleh terima khabar itu, apatah lagi kami baru saja berjumpa. Siapa sangka, rupa-rupanya ia adalah pertemuan terakhir kami sebelum sempat dinikahkan,” kata wanita berusia 23 tahun ini.Menurut Husnina, mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga sekitar Oktober tahun ini selepas tujuh tahun mengenali hati budi dan keluarga masing-masing.

“Sebenarnya sebelum ini dah plan untuk bernikah tapi tertangguh gara-gara PKP dan pandemik Covid-19. Jadi kami sepakat untuk bernikah hujung tahun ini.”Siapa sangka dia pergi terlebih dahulu meninggalkan kami. Empat hari selepas pemergiannya, kehidupan sangat berbeza. Tiada lagi insan yang rajin hantar mesej setiap hari, tiada lagi orang yang mendengar masalah.

“Hati memang kosong… pergi kerja teringat beliau, buat apa pun teringat beliau. Apa yang saya tak boleh lupa adalah senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya. Saya hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah dan tatap gambar serta video beliau setiap kali teringatkannya,” ceritanya.

Husnina (dua, kanan) dan Muhammad Ilham (tiga, kiri) bersama keluarga masing-masing ketika majlis perkahwinan kakak kepada beliau.Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular di Twitter, Husnina berkata dia pada mulanya sekadar mahu mengabadikan kenangan bersama beliau.

“Tak sangka beliau dan ramai beri kata-kata semangat… terima kasih saya ucapkan. Apa yang boleh saya kata, hargailah insan tersayang selagi mereka masih ada. Kita tak tahu siapa yang pergi dulu,” katanya sambil menambah, perkara pertama yang akan dilakukannya sebaik sahaja ada kelonggaran merentas negeri adalah menziarahi tempat persemadian beliau di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Adik Sanggup Carikan Jodoh Buat Kakak Di Twiiter. Akhirnya Juga Dengan Salah Seorang Jejaka Dan Ini Pula Respon Kakaknya Berkenaan Hal Tersebut

Maisarah memuat naik hebahan itu di Twitter sehingga ia menjadi tular.KALAU sudah sampai ‘seru’, mulalah seseorang itu terfikir soal jodoh dan berasa sudah bersedia untuk berkongsi kehidupan dengan pasangan sehidup semti.Bagi mereka yang belum mempunyai calon terutamanya yang sudah berusia, sudah pasti hati risau memikirkan nasib hidup membujang sampai ke tua.

Dalam sesetengah situasi, bukan empunya diri saja yang bimbang sebaliknya ibu bapa dan adik beradik lain turut berasa tekanannya.Begitulah yang dialami seorang gadis bernama Maisarah yang bingung memikirkan nasib kakaknya yang sehingga kini belum bertemu jodoh.

Maisarah yang berusia awal 20-an berkata kakaknya masih belum menjumpai lelaki yang sesuai untuk dijadikan suami walaupun sudah cuba menjalinkan hubungan serius dengan beberapa jejaka.”Saya dah penat tengok kakak saya kenal dengan ramai lelaki tapi selalu tak jadi.

”Bukan dia memilih, saya fikir mungkin belum jumpa jodoh. Kesian juga saya tengok dia, ” katanya kepada mStar.Tweet yang dimuat naik oleh Maisarah.Sebagai usaha, Maisarah mengambil keputusan membuat hebahan di Twitter bagi membantu mencari jodoh untuk kakaknya.Tweet itu tular dan disambut baik oleh warganet dengan pelbagai komen dan perkongsian diterima.”Tak sangka pula ramai yang senasib dengan kakak saya.

”Ramai lelaki yang DM (direct message) nak kenal-kenal dengan kakak dan ada juga yang cuba satukan abang atau adik lelaki mereka dengan kakak saya, ” katanya.Dalam pada itu, Maisarah mengakui dalam ramai-ramai lelaki yang berminat untuk berkenalan dengan kakaknya, ada seorang jejaka yang telah meraih tumpuannya.

Bagaimanapun kata Maisarah, dia menganggap ini bukanlah masa yang sesuai untuk dirinya mencari calon suami, tetapi tetap percaya bahawa jodoh pertemuan terletak di tangan Tuhan.“Ada juga minat seorang ni… tapi saya fikir belum tiba masanya lagi.

Lagi paparan skrin tweet gadis itu.”Memang susah juga nak percaya lelaki yang kenal online, tapi saya yakin ada je yang baik-baik dan boleh dipercayai. Sama macam orang lain, mereka pun dah tentu inginkan jodoh yang baik-baik juga,” katanya.

Mengulas mengenai reaksi kakaknya sebaik mengetahui tweet tentang dirinya tular, Maisarah berkata kakaknya tidak menunjukkan tanda-tanda marah atau kurang senang dengan tindakannya.“Kakak saya sebenarnya tak kisah sangat pun tak jumpa jodoh walaupun usia dia dah lanjut.”Dia sporting je, saya bagi dia baca semua DM dekat Twitter dan dia juga tengok gambar-gambar mereka yang nak kenal tu.”Sabar jap, kami kena tapis-tapis dulu,” ujarnya berseloroh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *